Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 16 Ogos 2011

SELEPAS GAMBAR LUCAH DITABUR DITEMPAT AWAM, UCAPAN MULIA DAN PERINGATAN DARI MAKSUD AL-QURAN DAN HADITH PULA DIROSAKKAN.



LENGGONG – Perbuatan merosakkan kain rentang (banner) yang digantung Pas Kawasan Lenggong di kawasan simpang empat Kota Tampan, di sini, kelmarin, dianggap sebagai kelakuan jijik dan mempunyai agenda tertentu. 

Banner berkenaan merakamkan ucapan sambutan Ramadan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain dan daripada pemimpin-pemimpin Pas setempat. 


Penolong Setiausaha Satu Pas Kawasan Lenggong, Azni Mohamed berkata, banner yang digantung berhampiran lampu isyarat itu dipercayai telah dipotong dua menggunakan senjata tajam. Menurutnya, banner berkenaan digantung di kawasan itu sejak seminggu lalu dan perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan pada sebelah malam atau awal pagi. “Kami percaya, perbuatan ini dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan dan kita juga percaya pelaku diupah pihak tertentu yang tidak senang dengan pendekatan Pas Kawasan Lenggong yang banyak membuat aktiviti serta mampu menarik sokongan ramai. 


“Tindakan mereka ini adalah seperti perbuatan tidak siuman dan kita akan berusaha untuk mengenal pasti mereka yang terlibat,” katanya ketika melihat sendiri keadaan banner yang dipotong itu. Azni juga tidak menolak kemungkinan dan mendakwa perbuatan berkenaan mungkin dilakukan pihak sama yang pernah menimbulkan maslah dengan Pas Kawasan Lenggong sebelum ini. Katanya, pelaku mungkin telah diupah pihak tertentu demi kepentingan politik mereka dan sebelum ini kerusi dan meja di Markaz Pas Banggol Belimbing, dekat sini, pernah dirosakkan. 


“Kita juga pernah jumpa lambakan risalah serta gambar lucah membabitkan pemimpin tertinggi sebuah parti politik di negara ini di Markaz Pas Banggol Belimbing. “Saya suka mengingatkan pelaku, dan mereka yang terlibat bahawa, satu masa nanti perbuatan mereka akan terbongkar dan kita beri amaran kepada pihak yang tidak bertamadun ini, lebih berhati-hati kerana Pas juga boleh mengambil tindakan sewajarnya. 


Beliau turut memaklumkan bahawa satu lagi banner milik Pas di Pekan Lenggong turut dibuang dan beliau percaya ia dilakukan oleh pihak yang sama. Menurut Azni, Pas Kawasan Lenggong akan membuat laporan polis berkenaan kedua-dua perbuatan itu agar tindakan selanjutnya dapat diambil.


Klik Gambar dan Bacalah Maksud Al-Quran Yang Tertera.
ULASAN:
PERBUATAN DENGKI DAN KHIANAT INI TELAH JELAS MENGHINA MAKSUD DARI AL QURAN, YANG DTUJUKAN KEPADA UMAT ISLAM OLEH PIMPINAN PAS YANG  AKHIRNYA, MENIMBULKAN KEMARAHAN MASYARAKAT ISLAM DISINI, INILAH ANGKARA DURJA PIHAK-PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG SENGAJA MAHU MENIMBULKAN KETEGANGAN DI DAERAH LENGGONG. 


JANGAN MULAKAN......... BARU SAHAJA GAMBAR-GAMBAR LUCAH DITABURKAN DITEMPAT-TEMPAT AWAM, JANGAN HINAKAN ISLAM, INI ADALAH SATU PERINGATAN DAN PESANAN BAIK, BENTUKLAH AHKLAK YANG MULIA BERMULA DARI BULAN YANG MULIA INI.


KALAU NAK BERPOLITIK, BIARLAH DENGAN CARA YANG TERPUJI SEPERTI BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBELA NASIB ORANG-ORANG KAMPUNG YANG SEDANG DITIPU DAN DITINDAS OLEH AGENSI KERAJAAN DI FELCRA DAN FELDA. PERBAYAKKANLAH PROGRAM DI MASJID DAN SURAU SUPAYA MASYARAKAT JADI INSAN YANG BERGUNA.


LETAKLAH KEPENTINGAN PERIBADI DIBELAKANG, JIKA TIDAK, KELAK BINASALAH BADAN.


KEPADA SEMUA MASYARAKAT ISLAM SELURUHNYA YANG BENCIKAN KEPADA PERLAKUAN MANUSIA-MANUSIA ZALIM, HASAD DENGKI DAN KHIANAT TERHADAP PERINGATAN MULIA DISISI AGAMA........... KITA DOAKAN, DAN: 


MARI KITA SAMA-SAMA BERSOLAT HAJAT, BERMUNAJAT KEPADA ALLAH S.W.T DIDALAM BULAN YANG MULIA INI SUPAYA, HIDAYAH DAN PERTUNJUK ALLAH SAMPAI  KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM, DENGKI DAN KHIANAT TERHADAP SAUDARA SEAGAMANYA SENDIRI. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan