Betulkah sekarang ini ada peperangan antara YB Lenggong, Dato Shamsul dengan KetuaPemuda UMNO Lenggong, Irwan ni??? Khabar angin bahawa Irwan akan dipilih sebagai calon Parlimen Lenggong semakin kuat bertiub di Lenggong.. Ye la berita semacam ni pun dah sampai ke telinga orang PAS Lenggong.. Kalau orang PAS dah mula bercakap soal calon UMNO Lenggong, orang UMNO Lenggong lagi la banyak bercakap soal ni.... Kalau kita amati betul-betul cerita ini memang ada logiknya atas alasan seperti berikut :
1. Permusuhan antara 2 tokoh muda UMNO Lenggong ini memang sudah wujud dan tunggu nak meletop je lagi.Kita ada bukti rakaman suara seorang AJK Pemuda UMNO Lenggong yang menyatakan hal ini. Kalau nak kita boleh keluarkan.
2. Percakapan atau statement yang dianggap berasa kecewa oleh pimpinan tertinggi Pemuda UMNO Lenggong keatas Dato Shamsul yang menganggap pemuda dianak tirikan seringkali kedengaran.
3. Sering kali kita melihat sekarang kelibat Irwan di Lenggong menjalankan program-program di Kawasan Lenggong dan dilihat menggerakkan seluruh jentera pemuda dan tidak melibatkan UMNO Lenggong khususnya Dato Shamsul.
4. Banner-banner daripada pemuda khususnya gambar Irwan sudah mula kelihatan di Lenggong. Sering kali dilihat cuba memeotong populariti Dato Shamsul.
5. Tidak pernah di lihat kedua -dua tokoh ini berada semeja, 1 pentas di dalam apa jua program UMNO di Lenggong. Mungkin untuk berlakon dihadapan penyokong pun sudah tidak mampu dilakukan kedua tokoh ini.
6. Survey yang dibuat oleh 1kumpulan pelajar IPT yang dibuat sekitar daerah Lenggong baru-baru ini juga menunjukan para penyokong UMNO Lenggong memilih Irwan sebagai calon terutamanya di sekitar Lawin dan Grik.
7. Soal kroni, projek juga sering dipalitkat kepada Dato Shamsul bila ditanya berkenaan calon UMNO di Lenggong, terutamanya kumpulan kontraktor di Lenggong.
Apa pun yang terjadi kepada UMNO Lenggong ini sentiasa menjadi perhatian semua pihak dan ini pula pandangan dari pihak PAS Lenggong, memang elok di tukarkan sahaja calon UMNO ini dan siapa sahaja calon UMNO di Lenggong tetap akan menghadapi saingan sengit dari PAS Lenggong.
Iruan kaki kugiran, tak layak jadi ahli parlimen,sudahlah anak derhaka , orang lama umno tak akan sekali-kali merestui anak muda yang kurang ajar nih!!!Hidup Dato' Shamsul!Hancur iruan!
BalasPadamDato' saarani lebih layak jadi ahli parlimen!Eh, eh potong tokeh Iruan!....sedarlah diri tu sikit bagi dato' dulu Dato' Saarani ketua bahagian,Undur Shamsul !tebas Iruan!Dato' Saarani motivator terkenal layak jadi MP Lenggong!
BalasPadamzaman memenuhi kehendak rakyat... rakyat mahukan pemimpin yg sudi mendengar masalah rakyat.. siapakah pemimpin yang mampu berbuat sedemikian...
BalasPadaminsyaalah,, pru 13 kami undi pas...."takbir!!!"
BalasPadamIruan tengah melobi baik punya, suratkhabar sinar muka dia sahaja dah tenggelam nama dato Shamsul....
BalasPadamMemang tak pernak tgk program pemuda lenggong ada dato shamsul. Mana taknya aku yg buat dan terima tempahan design semua banner dan banting program iruan tu. Yang selalu dia jemput pun Khairy Jamaludin, Dato Khamsiyah Yeop, Dato Hasbullah Osman, Dato Saarani....dll
BalasPadamIshh.. mike ni.. ajenye bohong. Program motocross di Kg. Belum br2 ni kan ke Dato' Shamsul ada. Mike main tembak je kot
PadamTak kesah laa.. sapepn jd YB.. asalkan bukan razman @ calon2 PR udah ler.. hehehe.. idup Dato' Shamsul
BalasPadam