Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 2 Disember 2010

HIDUP MELAYU


Assalamualaikum, salam blogger.
Sekarang satu malaysia dok sibuk pasal ketuanan melayu,kononnya ada pihak yang nak runtuhkan ketuanan melayu nak buang segala hak istimewa orang melayu. Di satu pihak lagi kononnya nak bela melayu,nak jadi hero melayu. Mengajak rakyat untuk bersama-sama dengan puaknya mempertahankan hak orang melayu.
Betul atau tidak perjuangan kedua-dua pihak ini hanya Allah yang tahu.Mungkin mereka cuma menggunakan isu ni untuk kepentingan politik masing-masing.Untuk mencari pengaruh agar dapat sokongan rakyat.sedangkan dalam hati hanya nak gunakan politik untuk kepentingan peribadi masing-masing.

Saya nak komen mudah saja. saya tak rasa bangga sedikitpun jadi melayu sebab melayu hanya bangsa berdasarkan keturunan dan warna kulit anugerah Allah sama macam bangsa-bangsa lain. Kita tak pernah berjuang untuk jadi melayu, cina , india arab. atau apa bangsa sekalipun.saya jadi melayu sebab mak ayah saya melayu. dia cina sebab mak ayah dia cina. Kalau nak bangga dengan bangsa, orang Israel lah yang paling tinggi sekali darjatnya sebab ramai nabi-dan rasul dilantik dikalangan bangsa mereka. tapi
Allah tidak memandang mulia berdasarkan bangsa dan warna kulit.yang mulia disisi Nya hanyalah iman dan taqwa.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa atau harta kamu, tetapi Allah memandang kepada hati kamu" HR Muslim

Jangan bangkitkan kisah sebelum merdeka, kerana tanah Malaysia ini (dulu tamah melayu) hanya dihuni oleh orang melayu maka melayu jadi tuan.Tapi sekarang kita kena terima hakikat, keadaan sudah berubah sebab mereka juga rakyat malaysia dan lahir di Malaysia. Adakah kita nak halau semua bangsa-bangsa lain dari bumi malaysia?

Saya lebih bangga jadi orang Islam, sebab islam adalah pilihan kita sendiri,nak jadi Islam kita kena berjuang melawan nafsu syaitan.Kita kena berjuang melawan bisikan dan hasutan musuh-musuh islam yang tak kenal penat lelah setiap hari membelanjakan wang yang banyak untuk memurtadkan kita. Kalau iman tak kuat memang mudah termakan pujukan dan tipudaya mereka. Islamlah yang betul-betul berharga dari bangsa. Berapa ramai melayu kini yang murtad. di malaysia sendiri sudah ada persatuan melayu murtad.

Sekarang mungkin kita boleh buat slogan melayu itu Islam dan Islam tu melayu sebab majoriti masyarakat Islam di malaysia adalah melayu,tapi keadaan itu makin berubah sedikit demi sedikit.
Orang melayu makin ramai yang tukar agama, bahkan bangsa cina dan India semakin ramai memeluk Islam. Jika kita masih nak mempertahankan bangsa melayu semata-mata apa akan jadi jika satu hari nanti di malaysia orang dari bangsa lain lebih ramai yang islam dari melayu sendiri. adakah kita masih nak bagi keistimewaan pada melayu murtad dan menafikan hak mualaf semata-mata kerana dia bukan melayu.

Bagi saya lebih baik istimewaan melayu ditukar kepada hak Istimewa Islam tak kira apa bangsa sekalipun asalkan dia islam dia ada hak istimewa. Itu baru betul ikut cara islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan