Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 10 Disember 2010

DAP Ancaman Ummat Islam - Misbahul Munir


Setiausaha PAS Perak, Ust Misbahul Munir mendedahkan tentang adanya usaha-usaha terancang pihak tertentu (Umnolah ! siapa lagi - alhusseyn) untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan menyebarkan beberapa risalah yang berbentuk fitnah bagi tujuan meracuni pemikiran rakyat.

Antaranya ialah satu risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘DAP Ancaman Ummat Islam’ yang di edarkan ke masjid-masjid dan Surau-surau di seluruh negeri Perak , yang mengandungi fakta yang tidak betul dan tidak tepat.

“Risalah tersebut bertujuan meracuni pemikiran orang ramai dan amat jelas mahu mengapi-apikan sentimen keugamaan dan perkauman,” kata Misbah.

Beliau turut menjelaskan bahawa dibuku tersebut mencatatkan kononnya ia dikeluarkan oleh Gabungan Professional Islam dan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah bagi tujuan untuk mempengaruhi dan mengelirukan ummat Islam.

“ Ini perbuatan yang sangat memalukan dan sangat keji lagi tidak bertanggungjawab , hingga sanggup mempergunakan nama persatuan orang lain," Kata Misbah.

Ustaz Bakar ( Ust Abu Bakar Hussain – PJ Perak) sendiri menafikan penglibatan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah dengan kerja-kerja hina sebegitu,” tambahnya lagi.

Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran fitnah melalui risalah tersebut yang semata-mata bertujuan bagi mengekalkan kuasa Umno di negeri Perak.

KES KAWASAN LENGGONG.
Lukisan dinding penemuan Perak Man  di lenggong.
Mengapakah UMNO sanggup berbuat demikian…… Takut sangat hilang kuasa di Ng. Perak. Kalau nak berkuasa sangat buatlah dengan cara yang bermaruah. Kata tak boleh berpolitik di Masjid & Surau. Kalo berani turun la kat pasar-pasar siang atau pasar-pasar malam edarkan kepada masyarakat umum. Kesian kat rakyat, duit setem untuk pos surat tu pun UMNO gunakan duit rakyat untuk kepentingan UMNO sendiri, takkan lah kakak atau makcik yang menjual kueh atau kakak, abang, adik, makcik yang menoreh getah sanggup keluarkan duit setem menyebarkan kononnya demi kepentingan orang melayu….. Kesian UMNO teruk sangat dah, dekat dengan sakaratul maut pun nak bohong lagi….ajar mengucap je la dan bacakan talkin je, ustaz Kamal Saidin kan ada……!!!

Kenapa di kawasan Lenggong ni UMNO teruk sangat……. Pelik jugak, DULU tak macam KINI, permainan surat layang kepada pemimpin PAS kawasan lenggong dah berpucuk-pucuk dah diterima…… Mungkin Orang-orang kuat UMNO tak dapat menahan panas sebab penyelewengan UMNO di Lenggong baru bermula dengan lembaran pendedahan yang kecil saja. Agaknya apabila pendedahan lebih besar dibuat oleh pemimpin PAS nanti, alamat tumbanglah orang-orang kuat UMNO yang suka menulis dan menyebarkan surat-surat layang tersebut disebabkan penyakit hati yang dialami oleh orang-orang UMNO yang gemar menghalang PAS melaksanakan kebaikan. Orang–orang Lenggong dah semakin cerdik sekarang, mereka tidak mudah melatah seperti penulis surat-surat layang dan mereka yang sewaktu dengannya.

Mereka telah nampak bukti-bukti ketokohan pemimpin PAS Kawasan Lenggong sekarang berbanding dengan Pemimpin-pemimpin UMNO-BN di Lenggong. Jauh sekali mereka mempercayai atau terpengaruh dengan fitnah surat layang yang ditujukan kepada YDP PAS Kawasan Lenggong. 

Mudah-mudahan Ahli Parlimen BN atau ADUN Kota Tampan dan ADUN Kenering dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin untuk menjadi IMAM bila ada Orang-orang yang meninggal, baca talqin, tahlil, mandi jenazah dan sebagainya. Nasihat ini hanya ditujukan kepada penulis-penulis surat-surat layang yang sangat takut kepada kebenaran. Keaiban pemimpin PAS (YDP PAS Kawasan Lenggong) yang anda telah tulis dan sebarkan adalah tidak benar sama sekali. Adakah mulia itu sama keadaannya dengan keji?.

Apakah menyeru kepada kebaikan untuk membela rakyat tertindas sama seperti kejahatan penyelewengan harta orang ramai……???? (5 Ekor Lembu Korban Untuk Ahli Parlimen Lenggong Menggunakan Wang Felcra.)

Bagi penyokong-penyokong UMNO yang tidak terlibat dengan fitnah surat layang tersebut atau yang lainnya, kami tidak marah kepada anda semua…… Kami faham bahawa anda semua telah sekian lama dipengaruhi ketaksuban kebangsaan oleh UMNO dengan berbagai muslihat supaya BN terus berkuasa di daerah Hulu Perak ini.

PAS Kawasan Lenggong sekarang di wakili oleh seorang tokoh pemimpin yang sangat mulia. Beliau hanya semata-mata kasih kepada semua masyarakat yang berada di Kawasan kelahirannya yang masih jauh terkebelakang dari sudut ekonomi dan pembangunan setempat berbanding dengan daerah-daerah lain di Negeri. Perak atau di Negeri-negeri lain didalam negara.

Beliau hanya berniat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa, Negara oleh kerana beliau sangat faham mengenai tuntutan agama. Amat jauh sekali untuk beliau mencari nama, pangkat, darjat ataupun untuk mengaut keuntungan didalam arena politik. Beliau lahir dalam keluarga yang berpegang kuat dengan ajaran agama. Latar belakang keluarga beliau juga sangat dihormati orang ramai kerana  berperanan didalam menyampaikan ilmu agama kepada  masyarakat setempat.

Hentikanlah sebaran surat layang seperti cara kuno tersebut, orang Lenggong sekarang dah semakin bijak menilai dengan media baru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan