KAMPUNG CHEPOR, Lenggong: 26 Dis – Masyarakat penduduk kariah surau di Kampung Hulu Chepor bertindak melakukan kerja bergotong-royong setelah menerima sumbangan derma daripada orang ramai untuk membaiki kerosakan teruk jalan di situ setelah bertahun-tahun jalan rosak itu tidak dibaikpulih.
Menurut kenyataan penduduk, sudah begitu lamma kali penduduk disitu membuat aduan kepada pihak JKKK supaya membaikpulih dengan segera kerana kenderaan yang melalui jalan tersebut sering mengalami kebocoran tayar disebabkan dawai jalan berkenaan bercaracak diatas permukaan jalan, namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Pengerusi JKKK di Kampung tersebut.
pakatan gotong -royong bagi membaiki kerosakan teruk jalan utama yang menghubungkan penduduk disitu ke pekan Lenggong.
Selama dua musim banjir melanda menyebabkan kerosakan jalan tersebut, aduan telah dibuat kepada JKKK apabila banyak kenderaan mengalami kebocoran tayar semasa melalui jalan tersebut, tetapi tidak diambil berat oleh JKKK untuk membuat sebarang permohonan bagi membaik pulih jalan utama yang menghubungkan 300 orang penduduk di situ.
Ekoran itu, masyarakat kariah surau Kampung Hulu Chepor mengadakan kesepakatan membuat kutipan derma ikhlas untuk memperbaiki jalan secara gotong-royong setelah mengambil kira keselamatan masyarakat penduduk yang berulang-alik melalui jalan tersebut ke pekan Lenggong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan