Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Isnin, 23 Mei 2011

KEUNTUNGAN KEPADA RAKYAT JIKA MENYOKONG PAKATAN

"Dalam pentadbiran negara Malaysia, ini merupakan kali pertama rakyat dihidangkan dengan peluang menikmati keuntungan sama rata hasil dari pendapatan negara. Rakyat yang waras tidak akan mudah menolak satu peluang yang cukup lumayan ini.
Selama ini pemerintah selalu membohongi kita dengan janji-janji palsu yang merugikan rakyat marhaen. Kerajaan sekarang telah menjanjikan pelbagai program seperti koridor-koridor yang menelan belanja hampir RM200 Bilion. Persoalannya, di manakah hasilnya? Apakah kesan pelaksanaannya kepada kita semua?
Pada 2008 rakyat dijanjikan pula dengan Model Ekonomi Baru, kemudian diubah pula kepada Model Baru Ekonomi tetapi telah hampir 3 tahun program tersebut dicanang malangnya rakyat semakin menjadi mangsa. Harga barangan keperluan naik berkali ganda, bil-bil dibenarkan membuat semakan tarif dan petrol pula diberi penyelarasan, inilah ayat-ayat yang digunakan untuk mengaburi mata rakyat.
Tekanan hidup rakyat marhean semakin hari semakin meningkat, kerajaan pula mengira keuntungan bersih yang diperolehi negara. Apakah hasil keuntungan negara digunakan untuk meringankan beban rakyat sebalik mereka sibuk dengan menara 100 tingkat?

Maka terpacul satu idea yang telah digemburkan oleh segolongan pemimpin yang ingin melihat rakyat Malaysia mendapat kesaksamaan dalam menikmati hasil pendapatan negara tanpa mengikut selera pemimpin-pemimpin korup BN. Janji yang menguntungkan semua rakyat dalam masa yang sangat singkat dan mengurangkan kesan kerugian kepada negara. Idea yang berpaksikan kepada keperluan semasa rakyat yang telah lama tertindas. Idea yang dicanang berlandaskan fakta dan dapat direalisasi dengan mudah.
1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Semoga dengan akal dan pemikiran yang waras, rakyat Malaysia dapat mengira keuntungan yang bakal diterima dari idea-idea pelaksanaan program 100 hari ini.
1. Rakyat seluruh Malaysia akan bebas dari membayar tol di lebuhraya.

2. Rakyat seluruh Malaysia akan membayar petrol dan segala bil-bil dengan harga yang rendah dari penyusunan semula subsidi sedia ada.

3. Rakyat Malaysia akan mendapat mutu pendidikan yang lebih baik dengan pengiktrafan yang tinggi diberikan kepada pendidik.

4. Rakyat Malaysia akan menikmati sumber air yang cukup murah dan terkawal dengan tanpa kawalan oleh pihak swasta yang mementingkan keuntungan.

5. Rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan suasana yang lebih selesa tanpa sekatan akta-akta yang primitif.

6. Rakyat Malaysia akan menerima satu keuntung tanpa membayar untuk melayari internet.

7. Rakyat Malaysia akan mendapat harga minyak masak dengan harga yang murah dari pengeluaran hasil kelapa sawit tanpa sekatan oleh syarikat yang mengaut keuntungan dari peladang.

8. Rakyat Sabah dan Serawak dapat membangun seiring dengan Semenanjung Malaysia.

9. Rakyat Malaysia akan menerima satu undang-undang yang cukup berkesan dan adil tanpa campurtangan pihak ketiga.

10. Rakyat Malaysia tidak lagi merasa risau kehilangan hak mereka kepada rakyat asing.
Jadi rakyat Malaysia yang celik dan berfikiran positif dalam mengharungi hidup ini dengan lebih selesa dan ceria. Jangan terlalu jumut dengan kehendak pemimpin-pemimpin yang risau rakyatnya selesa. Pastikan janji 100 hari ini menjadi realiti untuk kepentingan rakyat keseluruhannya."
Oleh: Farzu
Sumber: Tranung Kite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan