Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 20 April 2013

Penamaan Calon P.055 Lenggong: "Razman Harapan Baru Rakyat Lenggong."





LENGGONG 20 April 2013 - "Tn Hj Razman Zakaria Harapan Rakyat Lenggong,".... Laungan Para penyokong Pakatan Rakyat Ketika perarakan penamaan calon bagi Parlimen P0.55 (PAS) Lenggong.

Para penyokong Pakatan Rakyat mula berhimpun seawal 7.30 pagi di perkarangan Masjid Jame' Lenggong, dengan bersolat hajat sebelum melangkah ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah disini.

Kemeriahan perarakan ini bermula dengan konvoi bermotosikal berkuasa besar dan kereta daripada kumpulan anak muda yang menzahirkan sokongan padu mereka kepada calon P.055 (PAS) Tn Hj Razman Zakaria yang berlepas pada jam 7.45 pagi dari  kediamannya di kg.Luat. 

Setibanya di Masjid Jame' Lenggong, Tn Hj Razman disambut dengan gema laungan Takbir daripada para penyokong dan terus menjemput tn hj Razman menunaikan solat Sunat Hajat dan Dhuha sebelum menuju ke tempat penamaan dengan menaiki kereta klasik disediakan khas berlogo PAS dengan angka 13, sebagai simbolik yang menyaksikan kelainan dalam sejarah baru bagi pemimpin dicalonkan untuk menjadi 'Harapan Baru Rakyat Lenggong' pada masa ini. 

Harapan rakyat yang memuncak inginkan perubahan di Lenggong sangat ketara. Semuanya terbukti apabila begitu ramai para penyokong Pakatan Rakyat yang memberikan sokongan kepada PR terdiri dari golongan anak  muda yang merupakan pengundi muda yang akan membuat perubahan pada pilihanraya umum ini nanti untuk kemenangan PAS dan PR disini.

Inilah masanya rakyat membuat perubahan... 
Kami menyeru kepada semua pengundi supaya membuat pilihan betul memilih pemimpin yang benar-benar amanah, setelah sekian lama pemimpin umno bn tidak dapat menunaikan mandat yang diberikan oleh rakyat melalui Pilihanraya.

Inikali lah, kita tukar kerajaan yang baru... kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih telus dan berkebajikan.

(Kemaskini) 9:20am -
Proses mengisi borang pencalonan sedang berlangsung di pejabat Daerah Lenggong. 

Manakala, para penyokong PR sedang berselawat tanpa berhenti keatas Nabi Muhammad sementara menunggu pengumuman dilakukan di perkarangan pejabat Daerah oleh pihak SPR.

(Kemaskini) Semua calon PR keluar dari pusat penamaan dan di isytiharkan oleh pihak SPR.

Calon-calon memberikan ucapan kepada para penyokong yang menunggu.

Tn Hj Razman Menyeru dihadapan penyokong. "Pada hari ini, usaha untuk memenangkan Pakatan Rakyat merupakan tugas akhir untuk dilakukan oleh semua penyokong-penyokong yang hadir disini."

"Selepas ucapan ini, semua penyokong tidak boleh lagi menjadi penyokong parti semata-mata. Tetapi semua yang ada disini hendaklah menjadi jentera parti yang berkerja setiap masa dalam tempoh 15 hari ini untuk memastikan masyarakat pengundi menterjemahkan kemenangan untuk PR melalui peti undi."

"Masuklah kesemua rumah pengundi-pengundi mengajak dan menarik para pengundi menyokong PR dan hanya dengan itu sahajalah PR dapat memenangi semua kerusi yang telah ditandingi oleh PR."

"Saya juga mengharapkan kita semua tidak akan berasa kecewa setelah kita semua berusaha bersungguh-sungguh dengan masa, tenaga, harta dan jiwa dan semoga dengan kesungguhan itu kita tidak akan rasa kecewa dan bersalah sekiranya keputusan pilihanraya tidak berpihak kepada PR."

"Saya juga meminta kepada semua penyokong-penyokong PR, sekiranya keputusan pilihanraya nanti mengecewakan kita semua, setelah kita berusaha ketahap maksima, jangan kita cepat berputus asa. Tetapi, kita hendaklah teruskan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memastikan kemenangan dapat kita semua kecapi pada masa-masa yang akan datang."

Demikian, seruan dan harapan seorang Pemimpin berjiwa besar yang telah memikul amanah Allah dalam membawa suara rakyat yang mahukan Perubahan, terutamanya untuk kebajikan masyarakat luar bandar yang mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan Agama, bangsa dan Negara. 

Siaran Langsung Dari Pusat Penamaan Calon P.055 Lenggong
Insya Allah, sekiranya beliau diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kepimpinan, segala usaha untuk kemajuan ekonomi rakyat bawahan merupakan agenda utama beliau sebagai ahli Parlimen khusus untuk rakyat Lenggong.

Inilah masanya... tukar kerajaan yang rosak dan ganti kerajaan Baru kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik.

































Jumaat, 19 April 2013

ISU TANAH DI LENGGONG SERIUS: Inilah Masanya NGO Akan Terus Dedah...

Banner jual tanah lot banglo di Kg.Raban untuk orang kaya. Orang Miskin tengok jer la, Kroni didahulukan EXCO Kerajaan Negeri.
LENGGONG: 19 April 2013- Sekali lagi pada hari ini selepas solat jumaat, di Kg Raban, disini. Badan NGO Gabungan Anak Muda Lenggong, (GAML) KERABAT/ BAPA / ANAK/ PBTM. Mengadakan Himpunan menjelaskan kepada rakyat Lenggong, hasil kerja pemimpin tempatan
yang bergelar wakil rakyat yang sekali lagi dipilih untuk mewakili rakyat di DUN Kota Tampan, supaya menyambung khidmat menjadi calon BN pada PRU 13 nanti. 

Beliau yang sudah lama berkhidmat dikenalpasti gagal menyelesaikan masalah rakyat sepanjang menjadi EXCO kerajaan Negeri selama beberapa penggal sekali lagi turut dicalonkan menduduki kerusi DUN N.04 Kota Tampan.

Pendedahan ini perlu di ketahui umum, berikutan terlalu banyak Kontroversi yang dilakukan oleh beliau sepanjang menjadi wakil rakyat yang berkaitan isu tanah rakyat yang tidak pernah selesai.

Pemilihan di Kg. Raban merepakan tempat sesuai kerana faktor kampung halamannya sendiri terdapat banyak isu yang telah diselewengkan.

Bermula tanah ladang sawit ditengah Tasek Raban yang ditukar milik, Isu tanah peserta Felcra, Tanah Bagan Ragut penduduk tidak diganti. Malah lebih teruk. 

Lebihan tanah yang diambil dijadikan Tanah Lot Banglo untuk dijual kepada golongan kaya, sedangkan kemelut tanah untuk rakyat menumpang tinggal di tanahair sendiri yang melanda rakyat yang tinggal diatas tanah TOL, di beberapa buah kampung seperti di Kg.Kuak, Tampan Air, Lubuk Kawah, PPRT masih tidak berganjak daripada sebarang penyelesaian atau diberi keutamaan kepada rakyat setempat.

Kompleks ikan perkasam bernilai 5.8 juta hanya untuk 5 orang pengusaha dan akhirnya dijadikan pejabat perikanan daerah, Pusat Rehat dan Rawat (R&R) Tasek Raban bernilai jutaan ringgit dibiarkan usang terbengkalai. Untuk siapakah semua peruntukan itu? Apa manfaatnya kepada masyarakat setempat? 

Kesemua pengerusi badan-badan NGO yang terlibat telah berikrar akan menggerakkan seluruh jentera penerangan berkaitan isu tanah di daerah ini, serta akan menggempur dengan seluruh kekuatan dalam tempoh kempen PRU13 bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat pengundi supaya membuat keputusan yang betul dalam perkara memilih pemimpin yang akan menjadi wakil mereka untuk menyelesaikan masalah berlanjutan berpuluh-puluh tahun supaya masa depan orang melayu yang tinggal di kampung halaman diberikan hak yang sepatutnya.

Pada hari ini anjakan kesedaran daripada orang-ramai sudah mula terserlah. Berapa lama lagi rakyat harus berikan kepercayaan kepada pemimpin yang hanya mementingkan kemajuan segolongan pihak-pihak yang berkepentingan sahaja.

Umno Bn hanya perlu berjumpa dan bertemu dengan masyarakat ketika musim pilihanraya dengan tawaran sejumlah kecil wang, barangan dapur dan taburan janji-janji yang tiada kesudahan.

Pendduduk PPRT tidak diberikan geran, sedangkan merek mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai, tanpa geran pemilikan, mereka tidak dapat membesarkan rumah atau mewarisi tapak rumah itu kepada pewarisnya untuk jaminan masa depan.

Seandainya hal demikian pun tak Umno/BN tak dapat selesaikan, apalagi yang dapat rakyat harapkan daripada mereka untuk menyambung mandat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi selama ini?

Pada hari ini juga, rakyat sudah memahami tawaran diberikan oleh PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Sebelum ini, rakyat hanya dikongkong dengan doktrin jahat Umno/BN untuk kelangsungan survival politik kampung yang menjerat rakyat luar bandar supaya kekal berada didalam keadaan kemiskina yang akhirnya, dengan kemiskinan rakyat itu, Umno/Bn dapat memegang tengkuk dan mencekik rakyat dengan berbagai ugutan yang tidak masuk akal.

Hasil daripada gerakan penerangan berterusan daripada PAS dan Badan-badan NGO pro PR, harapan baru bagi orang-orang ada akal cerdik dan boleh berfikir di luar kotak, semakin menyerlah dan lebih cenderung memihak kepada Pakatan Rakyat.

Insya-Allah, Harapan Rakyat Lenggong di Parlimen P.055 Lenggong, selepas PRU 13 yang bersejarah ini, bertumpu kepada calonnya iaitu; Tn Hj Razman Zakaria.

Beliau akan berusaha memikul amanah Allah dan rakyat Lenggong dengan baik dan lebih cemerlang. Itulah janji yang murni daripada seorang bakal pemimpin yang ada karismanya yang tersendiri.

Harapan Tn hj Razman, beliau inigin melihat kejayaan hasil nikmat kekayaan tanahair rakyat disini dapat memberikan manfaat kepada rakyatnya. Tidak sepertimana yang belaku pada hari ini. Pemimpin kaya-raya  menghimpun harta peribadi dan keluarga setelah menjadi Wakil Rakyat, sedangkan rakyat tidak berganjak daripada beban kemiskinan hidup, tiada aset, harta atau sebidang tanah untuk meneruskan hidup untuk masa depan sendiri, anak cucu dan keluarga lantaran sikap pemimpin yang hanya memajukan pembangunan dan kemajuan daerah tanpa ada kesan baik terhadap ekonomi untuk rakyat bawahan untuk menjamin masa depan yang terjamin .

Justeru itu, NGO yang terlibat menyeru rakyat supaya memastikan PAS dan PR menerajui semua kerusi di pertandingkan di P.055 Lenggong, N.04. Kota Tampan. N.05 Kenering, dapat di kuasai oleh PR. 

Setiap undi yang anda berikan nanti merupakan satu pencapaian yang akan menjadi sejarah, samada rakyat yang mahukan perubahan dapat merialisasikan apa yang sedang di rangka oleh PR untuk menjana ekonomi rakyat bawahan ini terlaksana.

Atau mungkin sekiranya anda tetap tidak mahu merealisasikan harapan rakyat untuk membuat perubahan keatas ekonomi rakyat yang tinggal didaerah kaya ini menjadi kenyataan bersama Pakatan Rakyat. Maka, anda bertanggungjawab dengan apa yang telaah anda lakukan.

Oleh itu keluarlah dari kotak kongkongan dan marilah bersama memeikirkan sesuatu di luar kotak kemajuan yang lebih efektif.

Segala kemajuan dan pembangunan yang dirangka oleh PAS dan PR telah merangkumi perancangan menaik taraf ekonomi rakyat setempat, selaras dengan islam menurut pembangunan rohani dan jasmani kepada seluruh rakyat Lenggong.

Inilah masanya kita semua membuat perubahan dalam menentukan siapa yang lebih layak untuk memimpin agar dapat membawa suara rakyat untuk didengar di dalam Dewan Rakyat untuk di selesaikan dengan segera.

Kerana kita semua rakyat yang berhak keatas tanahair kita sendiri untuk menikmati sedikit hasil daripada kekayaan Daerah, Negeri dan Negara.

Marilah kita ubah.....




Ahad, 14 April 2013

56 TAHUN UMNO/BN BERKUASA DI LENGGONG, ISU TANAH SEMAKIN MENJADI SERIUS DI LENGGONG

Hampir 56 tahun Umno/BN berkuasa di Lenggong namun masalah berkaitan tanah menjadi semakin serius. Hampir keseluruh Kampung di Lenggong mempunyai masalah berkaitan tanah yang dilihat semakin kritikal. Slogan rakyat didahulukan dan membela melayu hanya dilihat janji manis untuk menutup kesalahan mereka. Tidak prihatin dengan isu tanah yang melibatkan kebayakkannya golongan muda dilihat punca anak muda Lenggong semakin terpinggir dari arus ekonomi. Peluang pekerjaan yang tipis ditambah lagi dengan ketiadaan tanah untuk mejana aktiviti pertanian dilihat faktor utama menjadi masalah pengangguran di Lenggong.

Seluruh Kampung ada isu tersendiri. Pelbagai isu tanah dilontarkan kepada ngo GABUNGAN ANAK MUDA LENGGONG (GAML) berkaitan isu tanah ini. Dengan tanggungjawab yang dipikul, GAML sedaya upaya membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Hanya tindakan politik sahaja dilihat mampu menyelesaikan masalah tanah di Lenggong ini.

Satu perhimpunan secara aman telah dianjurkan oleh GAML pada hari jumaat yang lepas. Himpuanan Selamatkan Tanah Rakyat Lenngong in imenggabungkan seluruh isu di semua Kampung, GAML sedaya upaya mengetengah isu ini agar pihak yang berkuasa mengambil perhatian terhadap masalah ini. Alhamdulillah perhimpunan ini dianggap berjaya kerana mendapat sokongan terutamanya anak muda di seluruh Lenggong.

Walaubagaimana pun, himpunan ini tetap diganggu oleh pihak polis. Polis sedaya upaya cuba untuk menggagalkan himpuanan ini. Soalnya sekarang ini berkaitan dengan masalah rakyat di Lenggong. Jika ada pihak yang ingin membantu sepatutnya pihak berkuasa perlu membantu. Dengarlah rintihan rakyat. Lebih 50 tahun rakyat di Lenggong dikhianat oleh pemimpin mereka. Ada yang cuba bersuara tetapi kemanakah suara mereka ini akan didengari. Semakin hari semakin bertambah masalah mereka. Mereka perlu dibantu dengan segera agar ada perubahan  didalam hidup mereka.



Sabtu, 13 April 2013

NGO BERHIMPUN TUNTUT RAKYAT SEDAR

LENGGONG: 12 April 2013- Beberapa NGO dari Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) KERABAT, ANAK, BAPA, PBTM berhimpun secara aman di tapak EKSPO Gerik, selepas berunding dengan pihak polis yang tidak membenarkan peserta himpunan mengadakannya ditempat letak kereta berhadapan ibu pejabat daerah polis (IPD) Daerah, Gerik.

Himpunan secara aman itu berlangsung sejurus anggota beberapa buah kumpulan NGO selesai menunaikan solat jumaat di masjid Jame' Gerik.

Antara pimpinan NGO yang mengambil bahagian dalam ucapan himpunan itu ialah, Tn Hj Razman Zakaria selaku pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA.)

Hj Razman dalam ucapannya, berkata; "inilah masanya, rakyat membuat pilihan yang tepat untuk mengubah masa depan anak bangsa daripada penguasaan pemerintah dari kalangan pemimpin yang kita pilih ketika berlaku  pilihanraya setiap 5 tahun sekali bagi membawa kemajuan dan pembangunan khususnya pengukuhan ekonomi yang dapat menjamin masa depan rakyat melalui hasil kekayaan bumi milik rakyat di negeri ini."

Tambah Hj Razman, rakyat pada hari ini boleh melihat sendiri beberapa siri pendedahan yang telah dilakukan oleh beberapa buah NGO ynag menyusuri penyelewengan tanah rizab melayu Korbu, rizab hutan simpan bintang hijau, ladang teh Lenggong, Air Karah, Bukit Sapi, Bukit Kulim, Luat, yang banyak mengeluarkan hasil bumi seperti balak, bijih besi dan tanah-tanah rizab kerajaan dengan mudah ditukarkan status untuk diambil dan diberikan kepada orang-orang yang berkepentingan peribadi dari kalangan yang tertentu sahaja.

Sedangkan, rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada pemimpin kerajaan supaya membela nasib anak bangsa untuk menyambung warisan memiliki kekayaan bumi tanah tumpah darah mereka sendiri diketepikan daripada memiliki sedikit aset untuk meneruskan kehidupan di kampung halaman mereka sendiri.

Hj Razman mendedahkan, penyelewengan yang jelas di depan mata rakyat pada hari ini telah berlaku di Kg.Cherakoh. Pengambilan tanah bagan ragut yang telah berfungsi sebagai tempat penternakan lembu kepada penduduk dibeberapa buah kampung disitu, diambil untuk pembangunan sebuah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) masih belum diganti. Lebihan tanah kosong pembangunan projek itu pula, dipecahkan dan dijadikan tanah lot banglo untuk dijual kepada umum.

Ini merupakan satu masalah besar terhadap kesan ekonomi rakyat yang rata-ratanya masih berada dibawah himpitan kemiskinan.

Apa ertinya pembangunan dan kemajuan yang hanya nampak cantik dimata untuk keuntungan orang-orang tertentu sahaja, sedangkan rakyat disini tidak mendapat manfaat yang besar untuk keluar daripada paras kemiskinan di kampung halaman mereka sendiri. Mampukah penduduk kampung didaerah ini membeli tapak lot banglo untuk dijadikan tapak rumah mereka? Sedangkan masih ramai lagi penduduk di daerah ini kekal tinggal di atas tanah rizab sungai, rizab jalan dan (TOL.)

Manakala Pengerusi NGO Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) sdr Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, menegaskan; " GAML akan terus memberi kesedaran kepada rakyat di Lenggong dengan membongkarkan segala kepincangan yang dilakukan oleh pihak penguasa kerajaan berkaitan penyelewengan hak rakyat.

Seluruh anak muda digesa agar mengetahui hak kita sebagai anak negeri Perak yang pada masa ini masih tidak memiliki sebarang aset walau sebidang tanah untuk menyambung masa depan generasi anak bangsa pada masa hadapan.

"Pada hari ini, rata-ratanya, anak muda hanya mampu berada dibawah perkongsian harta dimiliki oeh ibu-bapa masing-masing, lantaran tiada sebarang peluang dibuka oleh pihak pemimpin kerajaan yang berusaha merangka halatuju anak muda, supaya tinggal berbakti di kampung halaman sendiri dengan menyediakan tapak ekonomi kukuh daripada warisan bumi seperti membuka ladang untuk diusahakan oleh golongan muda."

Penghijrahan anak muda ke bandar untuk mencari kerja bukanlah pilihan baik yang dapat menjamin masa depan mereka. Hasil soal selidik secara terus ke atas anak muda, GAML mendapati, golongan ini kerana tiada pilihan lain, anak muda terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk meneruskan kehidupan mencari nafkah untuk menanggung keluarga.

Tambah Ramdzi, anak muda hendaklah bangkit membuat perubahan pada kali ini agar kita tidak diusir dengan cara yang halus oleh pihak yang kita berikan sokongan ketika pilihanraya. Hari ini rakyat sudah nampak jelas, segala harta kekayaan negeri dan negara hanya berlegar dari kalangan orang tertentu sahaja.

Ahmad Ramdzi berkata, rakyat pada masa ini sedang inginkan perubahan, bantulah anak muda dan kesedaran ini hendaklah diterjemahkan ketika menghadapi pilihanraya umum nanti dengan memasukkan undi kepada Pakatan Rakyat (PR.)

Sementara itu NGO KERABAT, pengerusinya, sdr Zulkafli Daud, menyeru semua bekas angkatan tentera bersama membantu kemenangan PR pada PRU tidak lama lagi.

Tambah Zul, harapan seluruh bekas tentera melalui KERABAT ialah supaya kerajaan menunggu PR akan dapat merealisasikan tuntutan bekas tentera melalui Perjanjian Majlis Angkatan Tentera (PMAT 1972) diterima oleh golongan ini.

Menurut Zul, perjanjian tertakluk itu adalah sebahagian daripada penghargaaan kerajaan yang tidak pernah di berikan perhatian oleh kerajaan, walaupun hanya sebidang tanah untuk pertanian dan sebidang tapak rumah seperti dijanjikan kepada tentera untuk menyambung kehidupan selepas bersara.

Sampai bilakah bekas tentera perlu menghabiskan usia mereka di pondok-pondok jaga setelah bersara daripada perkhidmatan sebagai anggota keluarga?

Harapan rakyat,  kali inilah rakyat bersama membuat satu perubahan besar bagi mengubah masa depan yang lebih baik.

Hasil daripada pengalaman rakyat Lenggong menyaksikan sendiri pelbagai penyelewengan dan penipuan pemimpin-pemimpin yang telah diberikan amanah mengaut kekayaan harta rakyat disini. Maka, Pihak NGO menyeru semua rakyat agar menolak kepimpinan kerajaan UMNO-BN pada pilihanraya umum yang akan tiba tidak lama lagi.

Jumaat, 5 April 2013

IJTIMA' NEGERI DAN PELANCARAN JENTERA PRU 13 PAS PERAK ESOK.

LENGGONG: 5 April 2013- PAS Kawasan Lenggong menjadi tuan rumah majlis pelancaran jentera pru 13 negeri, diadakan pada 6 April, di Maahad Tahfiz Quran Lid Da'awah Wal Imaamah, kg.Luat, Lenggong bermula pada jam 8 pagi hingga jam 2 petang esok .

Lenggong dipilih menjadi tuan rumah bagi program Ijtimak Negeri dan pelancaran jentera pru PAS yang diadakan julung-julung kalinya disini. Dan insya-Allah, pimpinan pusat yang akan dihadiri oleh tn hj. Mohammad Sabu, serta  Pimpinan PAS Negeri, akan turut mengisytiharkan calon-calon yang bakal bertanding  kerusi PAS di Negeri Perak serta turut melancarkan jentera pru peringkat Negeri Perak, disini esok.

PAS Kawasan Lenggong menjemput dan mengalu-alukan kehadiran semua pimpinan Negeri dan pimpinan kawasan di semua peringkat, serta semua jentera pru 13 PAS di setiap kawasan ditandingi PAS, ke program yang buat julung kalinya diadakan di sini esok.

Sebagai menzahirkan pecutan akhir jentera PAS dalam melaksanakan gerak kerja memenangi pilihanraya umum yang sangat mencabar pada kali ini, kami menyeru agar jentera PAS di semua peringkat hadir untuk memastikan gerak kerja akhir menghadapi pru 13 ini, tersusun dengan lebih berstrategi diatas landasan yang betul ketika menghadapi cabaran PR menuju ke Putrajaya.

Semoga suntikan semangat diberikan oleh para pimpinan PAS pusat dan Negeri nanti akan menjadi kekuatan kepada jentera PAS didalam memacu kemenangan keatas semua kerusi yang ditandingi PAS.

BANTAH PKR BERTANDING DI DUN (N.04) KOTA TAMPAN.

LENGGONG: 4 April 2013- Jentera pilihanraya umum 13, Majlis Tindakan Dun (MTD,) DUN (N.04) Kota Tampan yang mewakili sebanyak,15 Unit Peti Undi (UPU)
di sini, membuat keputusan drastik memutuskan dengan sebulat suara, menolak parti PKR yang akan bertanding di kerusi DUN Kota Tampan, setelah mendapati PKR tidak mempunyai jentera dan sokongan dari pengundi yang dapat membantu memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum tidak lama lagi.

Menurut Pengarah MTD DUN Kota Tampan, sdr Abu Ammar Mohammad, 50, tindakan ini berdasarkan keputusan dibuat oleh kesemua pengarah-pengarah dan jentera PRU13 PAS, di UPU-UPU yang bertanding.

Tambah Abu Ammar, penolakan jentera PAS terhadap PKR, bertitik-tolak daripada hasil soal selidik yang telah di lakukan jentera PAS di sepanjang tahun, berkenaan penerimaan masyarakat pengundi terhadap calon dari parti manakah yang di terima oleh masyarakat pengundi di sini, yang di percayai boleh memenangkan Pakatan Rakyat.

Tindakan yang dibuat oleh jentera PAS di peringkat akar umbi ini, berdasarkan kepada realiti hasil gerak kerja berterusan mendekati pengundi di Parlimen Lenggong, sejak 5 tahun lalu.

Bertindak untuk memenangkan PR disini, jentera pas mengambil kira suara pengundi-pengundi yang mahukan PR meletakkan calon daripada parti PAS, kerana pengundi di sini lebih mempercayai kewibawaan PAS untuk memenangi kerusi di pertandingkan dan seterusnya dapat menerajui masyarakat dengan lebih telus.

Di akhir pertemuan bersama jentera PRU PAS MTD Kota Tampan, Abu Ammar mewakili suara pengarah-pengarah UPU DUN Kota Tampan yang bertanding, telah bertegas mahu meletakkan calon di wakili PAS dan menolak calon dari parti PKR berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:

1. PKR tidak pernah sama-sekali menonjol dan memperkenalkan siapakah calon berwibawa dari parti itu untuk di nilai oleh masyarakat setempat, yang dipercayai boleh memenangi hati pengundi-pengundi sebagai calon yang diterima oleh masyarakat 5 tahun kebelakangan ini.

2. Organisasi PKR Cabang Lenggong, telah lumpuh akibat perletakan jawatan 13 orang Ajk Cabang, yang diragui tidak dapat melaksanakan tugasan dengan baik bagi menghadapi PRU 13 akibat krisis dalaman parti itu.

3. PKR tidak mempunyai jentera di peringkat UPU dan Cabang untuk melaksanakan misi besar bagi memenangkan calon dan membantu kemenangan PR di sini.

Tambah Abu Ammar, jentera PAS juga mengambil inisiatif tentang semangat dalam Pakatan Rakyat untuk memacu kemenangan PR disini, dengan mengambil kira parti mana yang boleh diterima oleh masyarakat pengundi untuk memenangkan PR.

Tujuan jentera peringkat akar umbi PAS,  bukanlah bermaksud mahu merebut kerusi di pertandingkan. Tetapi mengambil kira setiap aspek yang boleh mendatangkan kemenangan kepada PR menurut penerimaan pengundi-pengundi setempat terhadap kewibawaan pemimpin yang akan diangkat mewakili rakyat khususnya di DUN Kota Tampan.

Selasa, 26 Mac 2013

JELAJAH TRELER 'NEGARA BERKEBAJIKAN' DI LENGGONG ESOK.

LENGGONG: 26 Mac 2013- Jelajah Treler 'Negara Berkebajikan' dijangka tiba jam 12 tengahari esok, 27 Mac 2013 (rabu) di Dataran Lenggong.

Siri jelajah keseluruh daerah di negeri Perak ini, telah di susun dengan beberapa aturcara menarik sepanjang 2 jam berlangsung di setiap perhentian yang telah di jadualkan di kawasan-kawasan di tandingi oleh PAS pada PRU 13 ini nanti. 

Antara selebriti dalam program akan berlangsung itu nanti ialah, sdr. Bob Lokman dan Pak Jabit yang akan memeriahkan suasana dengan  acara 'Talk Show' dan sudah pasti akan membuatkan para penonton tidak kering gusi dengan persembahan pentas mereka.

Sementara itu, siri 'Jelajah Treler Negara Berkebajikan' ke kawasan ini juga, akan turut memperkenalkan calon-calon PAS yang akan bertanding pada PRU 13 di kawasan ini nanti.

Justeru itu, bagi pihak PAS kawasan Lenggong, kami menjemput semua masyarakat supaya hadir menyaksikan program yang di adakan selama 2 jam bermula pada jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 2 petang nanti secara lebih dekat lagi. 

Saksikan juga kecanggihan treler yang berfungsi sebagai pentas 'robot' yang dijadikan pentas ceramah, hasil daripada kreativiti reka cipta anak muda melayu yang berwawasan jauh.

Jom ajaklah saudara-mara, sahabat handai, rakan dan taulan menyaksikan hasil kerja anak muda PAS mempelopori bidang reka cipta canggih yang tidak pernah terfikir oleh pihak rakan dan lawan sebelum ini.

Jom beramai-ramai esok :  27 Mac 2013 ( rabu.) Jam 12 tengahari hingga 2 petang, di kawasan letak kereta, dataran Lenggong. 




Selasa, 19 Mac 2013

KERJA KHIANAT PUAK-PUAK FASIK BERMULA...

LENGGONG: 19 Mac - Pas kawasan membuat 2 laporan polis, berhubung kain pemidang bertulis doa untuk kemenangan islam yang tertera gambar YDP Pas Lenggong, tn hj Razman Zakaria, setelah di dapati dikoyak di persimpangan jalan masuk ke Rancangan Felda Lawin Selatan.

Manakala 1 lagi laporan berkenaan dengan fitnah terhadap ucapan Menteri Besar Kelantan tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan tn Guru Abd Hadi Awang, berkaitan pemberian bantuan BR1M 2.0 baru-baru ini.

Aduan itu di buat pada jam 3.30 petang tadi, di Ibu Pejabat Daerah Polis Gerik, oleh Sdr. Azni Mohammed Zamri, 33, selaku pen. setiausaha Pas Kawasan bersama sekumpulan penyokong Pas, meminta supaya siasatan dan tindakan segera dapat di ambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan khianat dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Azni ketika ditemui berkata, perbuatan khianat seperti ini hendaklah di hentikan segera, kerana di bimbangi akan berlaku pergeseran di antara kedua-dua belah pihak penyokong Parti yang bertanding di Parlimen dan 2 dun di daerah ini.

Menurut Azni lagi, Pas tidak mahu sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku menjelang pilihanraya umum nanti setelah ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan perkara sebegini yang di syaki, cuba untuk menimbulkan kemarahan dan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong parti. Jika perkara ini di biarkan berlanjutan, di bimbangi sesuatu yang di luar jangkaan mungkin akan terjadi, Jelas Azni.

Sementara itu, laporan polis kedua berkenaan kain pemidang berunsur fitnah yang di pasang di beberapa tempat di Dataran Lawin dan kg. Air Panas, turut di buat kerana paparan tulisan pada kain pemidang itu sama sekali tidak tepat sepertimana yang di maksudkan oleh Mursyidul Am dan Presiden Pas.

Ketua Penerangan Pas kawasan, sdr. Saidi Sabri, 41, ketika di temui berkata, “Pas Kawasan tidak membenarkan sama-sekali ahli dan penyokongnya membuat keputusan sendiri seperti menurunkan kain pemidang berunsur fitnah di pamerkan itu, dan menegah ahli parti daripada melakukan sebarang perbuatan khianat terhadap bahan kempen parti lawan di sepanjang tempoh menghadapi pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.”


Saidi yang mewakili jawatankuasa Pas Kawasan, meminta pihak polis mengambil tindakan dengan segera bagi  membendung perkara seperti ini daripada terus berlaku supaya pilihanraya umum pada kali ini berlangsung dengan adil dan selamat daripada sebarang kejadian yang tidak di ingini.

Sabtu, 16 Mac 2013

PAS LENGGONG ANJUR SOLAT HAJAT: Mohon Selamatkan Negara dan Rakyat Dari Segala Bahaya.


Lenggong: 14 Mac - Pas Kawasan Anjurkan majlis solat hajat memohon pertolongan Allah agar Negara ini aman daripada sebarang bencana dan mendoakan rakyat di selamatkan daripada sebarang keganasan serta kezaliman seperti yang sedang berlaku dalam Negara akhir-akhir ini.

 Kira-kira 250 muslimin dan muslimat hadir menunaikan solat maghrib berjemaah, seterusnya  melangsungkan solat hajat  di dataran Lawin, yang  di pimpin oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ust. Ibrahim Zakaria.

Sementara itu, hj Razman berkata, penganjuran solat hajat ini mengajak semua umat islam bersatu di bawah payung islam, serta menghayati kebergantungan kita dengan Allah di dalam menghadapi sebarang kemungkinan disetiap keadaan dan situasi.

Tambah hj Razman, peristiwa di Lahad Datu, Sabah, merupakan tragedi berulang sepertimana yang telah berlaku di Memali dan Bukit Jenalik, Sauk suatu masa dulu. Majlis di adakan ini turut mendoakan para syahid dan syuhada yang telah terkorban dalm peristiwa berdarah itu.

Sejurus selesai solat isyak, ceramah umum turut diadakan di dataran hj Zul, di lokasi yang berdekatan dengan menampilkan Ust. Mohd Asri Zainal Abidin Ajk Dewan Ulamak PAS Pusat,  sebagai penceramah utama  ust. Ibrahim Zakaria serta tn hj Razman Zakaria.

Ust. Mohd Asri dalam ucapan ceramah beliau menjelaskan, PRU 13 ini merupakan pilihanraya paling getir bagi Umno Bn. Kerana angka 13,sering di percayai oleh Umno Bn sebagai angka yang tidak memberi kelebihan kepada mereka.

Jelas ust Mohd Asri, Sebenarnya di dalam islam, angka 13 tidaklah memberikan apa-apa kemudaratan atau kebimbangan kepada seluruh umat islam. Malah, lebih memberi kekuatan iman jika di lihat dari perspektif islam menurut sejarah peperangan dunia islam yang menyaksikan angka 13 lebih berpihak kepada kemenangan islam.

Umno  Bn tidak perlu terikut-ikut teori barat yang mempercayai angka 13, sebagai angka membawa malapetaka. Sebaliknya, malapetaka yang jelas sudah berlaku, rakyat pada hari ini telah menyaksikan peristiwa berdarah di Lahad Datu, Sabah, angkara memberi kad pengenalan kepada warga asing seperti pengakuan Tun Mahathir baru-baru ini. Jelas ust. Mohd Asri.

Ust. Ibrahim Zakaria, dalam ucapan ceramah beliau menyeru semua masyarakat pengundi di Lenggong, supaya memilih tn Hj Razman sebagai wakil mereka yang akan membawa suara masyarakat di sini kedalam dewan Parlimen.

Kredibiliti yang ada pada hj Razman, kerana pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan kerajaan, di percayai dapat membawa perubahan ekonomi dan kemajuan rakyat yang selari dengan kehendak agama khususnya untuk di nikmati oleh masyarakat di sini, ujar Beliau.

Khamis, 7 Mac 2013

PESERTA FELCRA TIDAK LUPA PERISTIWA INI... Mana Durian Runtuh Kami...???


Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008.
Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.
Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor – sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.
Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi:
“Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.”) . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.
Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapati hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai “projek gagal.”
Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari “kejayaan” projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?

Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan.
Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.
Bilangan kandang 17
Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor
Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)
Harga anak lembu RM400 se ekor
Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor
Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor
Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)
Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)
Harga jualan lembu RM3,000 se ekor
Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)
Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000
Bilangan peserta 92,000
Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang
Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan
Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.
Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan
Bilangan peserta 92,000
Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan
Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000
Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor
Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan
Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun
Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor – sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan.
Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.
Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: “Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin” adalah tepat sekali.
Juga didedahkan pada Hari Raya Korban 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjual 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:
Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor
Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor
Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor
Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor
Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?
Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.
Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.
SILA RUJUK DISINI: MANA DURIAN RUNTUH KAMI...??? 
YB,... Kenapa terus tipu orang kampung...??? YB dulu seorang guru sekolah..... Tergamak 'CIKGU' tipu orang kampung....

Khamis, 21 Februari 2013

PAS LENGGONG SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASAL



Kunjungan ziarah PAS Kawasan Lenggong ke perkampungan masyarakat orang asal Air Bah, Kenering bersama YDP PAS Lenggong, tn hj Razman Zakaria di sambut baik 500 penduduk masyarakat disini.

Menurut Anjang, kunjungan pemimpin PAS ke perkampungan orang asal di sini merupakan masa yang sangat sesuai untuk masyarakat mereka mengadu masalah berkenaan jalan keperkampungan  orang asal, Air Bah. Serta percaya dengan kehadiran tn Hj Razman ke penempatan mereka, bakal merubah sesuatu yang lebih baik untuk masyarakat orang asal di masa hadapan.

Sementara itu,  kunjungan Razman ke penempatan orang asal  Air Dala, juga mendapat reaksi yang baik daripada masyarakat ini, setelah mengadakan sesi temu-bual bersama lebih 1000 penduduk orang asal di pendalaman Air Ganda, Gerik.

Dalam sesi temubual, Razman menyatakan, sepanjang 30-40 tahun yang lalu memang berbeza dengan hari ini. Perbezaan di antara kaum orang asal dengan kaum lain tidak pernah menjadi halangan kepada Pas untuk memberikan hak yang sepatutnya untuk di nikmati oleh semua kaum dengan kemudahan infrastruktur bagi perkampungan orang asal yang tinggal di pendalaman sekiranya,  Pas di beri kuasa untuk mentadbir negeri dan Negara.

Menurut Razman, apapun zaman dan latarbelakang kaum atau agama, rakyat mestilah ditanamkan dengan harapan dan cita-cita untuk berjaya dimasa hadapan. Kita tidak boleh melihat dari kacamata yang berbeza, setelah 55 tahun merdeka, masyarakat orang asal di pendalaman juga mempunyai harapan dan cita-cita yang serupa dengan kaum-kaum lain untuk menambah peningkatan ekonomi keluarga.

Rakyat sering di ingatkan agar menjadi penyumbang kepada pendapatan Negara melalui modal insan dan lain-lainnya. Kerajaan pula bukan sekadar membuat pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan rohani kepada semua rakyat, khususnya untuk masyarakat orang asal.

Kata Razman; “Pas merupakan parti yang bersifat rakyat, sekaligus menepati slogan yang dibawa PAS iaitu Membangun Negara Berkebajikan, serta sedang berusaha merakyatkan ekonomi khusus untuk semua rakyat di Negara ini.”

“Sudah pasti, kita mendapat jawapan tersebut setelah kita sendiri menyantuni dan memahami harapan dan cita-cita masyarakat ini.” Tambah Razman.