Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 14 April 2013

56 TAHUN UMNO/BN BERKUASA DI LENGGONG, ISU TANAH SEMAKIN MENJADI SERIUS DI LENGGONG

Hampir 56 tahun Umno/BN berkuasa di Lenggong namun masalah berkaitan tanah menjadi semakin serius. Hampir keseluruh Kampung di Lenggong mempunyai masalah berkaitan tanah yang dilihat semakin kritikal. Slogan rakyat didahulukan dan membela melayu hanya dilihat janji manis untuk menutup kesalahan mereka. Tidak prihatin dengan isu tanah yang melibatkan kebayakkannya golongan muda dilihat punca anak muda Lenggong semakin terpinggir dari arus ekonomi. Peluang pekerjaan yang tipis ditambah lagi dengan ketiadaan tanah untuk mejana aktiviti pertanian dilihat faktor utama menjadi masalah pengangguran di Lenggong.

Seluruh Kampung ada isu tersendiri. Pelbagai isu tanah dilontarkan kepada ngo GABUNGAN ANAK MUDA LENGGONG (GAML) berkaitan isu tanah ini. Dengan tanggungjawab yang dipikul, GAML sedaya upaya membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Hanya tindakan politik sahaja dilihat mampu menyelesaikan masalah tanah di Lenggong ini.

Satu perhimpunan secara aman telah dianjurkan oleh GAML pada hari jumaat yang lepas. Himpuanan Selamatkan Tanah Rakyat Lenngong in imenggabungkan seluruh isu di semua Kampung, GAML sedaya upaya mengetengah isu ini agar pihak yang berkuasa mengambil perhatian terhadap masalah ini. Alhamdulillah perhimpunan ini dianggap berjaya kerana mendapat sokongan terutamanya anak muda di seluruh Lenggong.

Walaubagaimana pun, himpunan ini tetap diganggu oleh pihak polis. Polis sedaya upaya cuba untuk menggagalkan himpuanan ini. Soalnya sekarang ini berkaitan dengan masalah rakyat di Lenggong. Jika ada pihak yang ingin membantu sepatutnya pihak berkuasa perlu membantu. Dengarlah rintihan rakyat. Lebih 50 tahun rakyat di Lenggong dikhianat oleh pemimpin mereka. Ada yang cuba bersuara tetapi kemanakah suara mereka ini akan didengari. Semakin hari semakin bertambah masalah mereka. Mereka perlu dibantu dengan segera agar ada perubahan  didalam hidup mereka.










Ini antara beberapa masalah tanah yang dibangkitkan di Lenggong  :

1.      Dimanakah tanah Bagan Ragut Kampung Cerakoh untuk penduduk Kampung Raban, Kampung Kuak dan Kampung Changkat Berangan??  Kami mahukan tapak gantian ini seperti yang dijanjikan!! Mengapakah tanah lebihan daripada pembinaan pusat pengajian tinggi ( MARA ) dijadikan lot banglow ??
2.      Kami NGO Gabungan Anak Muda Lenggong  ( GAML ) mahu keahlian Bagan - Bagan ragut di sekitar parlimen Lenggong dibuka kepada semua pemuda - pemuda setempat demi kebajikan ekonomi mereka.
3.      Kami GAML memandang serius isu - isu tanah penempatan melayu yang kebanyakkannya masih lagi tidak mempunyai status, kampung - kampung terbabit adalah :
                                                              i.      Kampung Pengkalan Ikan Kuak
                                                            ii.      Chuas yang terletak ditepi rezab jalan
                                                          iii.      Cherakoh
                                                          iv.      Tampan Air
                                                            v.      Kampung Sawa
                                                          vi.      Kampung Malau
                                                        vii.      Kampung Belom
                                                      viii.      Kampung Rancangan Merah
                                                          ix.      Kampung Lawin
                                                            x.      Padang Jeri
                                                          xi.      Air Ganda
                                                        xii.      Bukit Amerikan
                                                      xiii.      Kuala Kenerung
                                                      xiv.      Kenayat
Tidak dinafikan ada yang mempunyai status tetapi masih TERLALU BANYAK yang tidak jelas tentang status tanah mereka, walaupun telah puluhan tahun mereka mendiami tanah tersebut. Dan termasuk juga tanah PPRT yang tidak mempunyai status adalah seperti berikut :-
                                                     i.                  PPRT Air Ibol.
                                                   ii.                  PPRT Sumpitan.
                                                 iii.                  PPRT Air Jada.
                                                 iv.                  PPRT Tampan Air.
                                                   v.                  PPRT Banggol Batu.
Daripada hasil kaji selidik, kami GAML mendapati masih terdapat banyak lagi penempatan melayu yang masih belum mempunyai status termasuk yang mendiami di Kampung Raban( berdekatan tempat YB ), di pinggir - pinggir sungai, berdekatan tasik dan rezab jalan menuju ke Kampung Chuas di Cherakoh Raban.
4.      Bagaimana pula dengan tapak petanian dan tapak rumah generasi kedua yang telah dijanjikan oleh YB DUN Kenering,  Pejabat Daerah dan Tanah untuk memberikan tanah kepada penduduk Kampung Merah , Kampung Air Jada, dan Kampung Sawa. Dimanakah tanah - tanah tersebut ?? dan dimana janji - janji tersebut ??
5.      Dimanakah wang pampasan penduduk Kampung Kenering yang berjumlah RM 2juta 500ribu untuk projek hydro eletrik DUN Kenering, penduduk tempatan masih menanti dari tahun 80an, namun sehingga kini masih belum dapat diselesaikan.
6.      Kenapa tanah Bagan Ragut Air Pari dijadikan tapak rumah , Soalannya , mengapakah tanah tersebut diberikan hak kepada orang luar, sedangkan anak tempatan kawasan Lawin masih lagi tidak mempunyai tapak rumah sendiri??
7.      Mengapa tanah teroka di Kampung Belum Baru dimonopoli oleh pihak tertentu sahaja dengan jumlah yang besar??
8.      Dimanakah tanah rancangan baru yang dijanjikan untuk penduduk Kampung Beng, Kampung Luat, Kampung Chepor dan Kampung Bukit Sapi?
9.      Bagaimanakah dengan tanah 300 ekar  yang dijanjikan kepada pemuda Kampung Luat?
10.  Kenapa pembukaan tapak rumah di Changkat Berangan amat terhad, apakah status tapak rumah tersebut??
11.  Mengapakah tanah penempatan seluas 400 ekar yang baru dibuka di Kampung Bukit Sapi diberikan kepada orang luar?? Sedangkan penduduk tempatan masih lagi tidak mempunyai rumah dan tanah sendiri.
12.  Kami juga mahukan penjelasan mengapakah tanah rezab persekutuan ditukar status dengan sesuka hati .
13.  Kami mahukan tanah Bukit Kulim Luat diberikan hak kepada penduduk setempat.
14.  Mengapakah tanah di dataran tinggi diberikan kepada syarikat swasta?? Sehingga mengakibatkan banjir besar berpunca daripada penerokaan hampir seribu ekar oleh syarikat swasta tersebut.
15.  Pejabat Tanah Lenggong telah mengeluarkan borang permohonan tanah , dimanakah tanah tersebut?? Dan apakah tindakan seterusnya??
16.  Mengapakah pada saat-saat PRU 13 makin hampir, pihak pemerintah sibuk menjanjikan tanah sana-sani, sedangkan janji-janji lama masih belum ditunaikan lagi !!!
17.  Sudah 56 tahun merintah mustahil tidak mampu menyediakan jalan, tanah pertanian dan penternakan untuk penempatan orang asli Air Ba, Air Jala dan Bukit Sapi, kenapa hak mereka dinafikan??
18.  Bagaimanakah pembekalan air bersih yang dijanjikan kepada penduduk Kampung Bukit Nasah, Tawai??
19.  Kami mahukan tapak rumah & tanah pertanian seperti yang dijanjikan.dan dimanakah kolam di tapak kuari yang telah dijanjikan kepada belia Kenayat ?
20.  Mengapa tanah agropolitan di jalan Ganda diberikan kepada individu tertentu dengan jumlah sehingga 12 ekar seorang. Kami anak muda mahukan hak tersebut !!!
21.  Dimana tapak rumah dan tanah pertanian yang dijanjikan di jalan daerah Gerik , Kupang untuk bekas SC dan tentera.
22.  Gabungan Anak Muda Lenggong ( GAML ) Tanjung Kala dan Ulu Kenerong meminta agihan tanah di jalan daerah Gerik - Kupang diselaraskan kepada seluruh penduduk - penduduk kampung terbabit . Kami mendapati tanah tersebut telah dimonopoli oleh individu - invididu yang memiliki kemudahan mesin jentera, Bagaimana dengan kami yang tiada upaya ??
23.  Penduduk Kampung Padang menuntut geran hak milik supaya dikeluarkan kepada setiap peserta.
24.  Difahamkan penempatan kampung Air Pulau, Lawin telah disediakan untuk mangsa-mangsa banjir, dari Kampung Padang Jeri sehinga Kampung Malau. Tetapi, kenapa pihak lain yang mendiami rumah tersebut??
25.  Difahamkan juga sejumlah RM6 juta 400 ribu diperuntukan untuk pembekalan air bersih di Kampung Chepor, Kampung Bukit Sapi, Kampung Luat dan Kampung Beng,mengapa projek ini terhenti??
26.  Difahamkan ribuan hektar hasil balak telah dikeluarkan dengan matlamat untuk dijadikan Ladang 1Malaysia. Dimana ladang tersebut???
27.  Kami GAML mahukan  hak FELDA Plantation diberikan kepada anak - anak peneroka dan anak - anak muda Lenggong yang layak .
28.  Kami GAML mahukan tanah agrotani diagihkan kepada anak - anak muda Lenggong.
29.  Tanah  tapak rumah Kampung Labek hampir 20 tahun tidak diberikan hak mana pembela melayu?
30.  Dimana tapak padang ragut Air Ganda. Dari tahun 1976 sehingga sekarang janji tinggal janji..

1 ulasan:

  1. Hidup PR!! UMNO/BN semuanya auta tak boleh dipercayai zalim kerana membatalkan kelulusan hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk kg baru cina (bekas kominis, keluarga, penyokong,barua dll) seluruh Perak selepas dapat berkuasa semula apabila ada katak lompat yang insaf. Mari kita jadi babi tunggang DAP untuk untuk jatuhkan UMNO/BN

    BalasPadam