Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 21 Februari 2013

PAS LENGGONG SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASAL



Kunjungan ziarah PAS Kawasan Lenggong ke perkampungan masyarakat orang asal Air Bah, Kenering bersama YDP PAS Lenggong, tn hj Razman Zakaria di sambut baik 500 penduduk masyarakat disini.

Menurut Anjang, kunjungan pemimpin PAS ke perkampungan orang asal di sini merupakan masa yang sangat sesuai untuk masyarakat mereka mengadu masalah berkenaan jalan keperkampungan  orang asal, Air Bah. Serta percaya dengan kehadiran tn Hj Razman ke penempatan mereka, bakal merubah sesuatu yang lebih baik untuk masyarakat orang asal di masa hadapan.

Sementara itu,  kunjungan Razman ke penempatan orang asal  Air Dala, juga mendapat reaksi yang baik daripada masyarakat ini, setelah mengadakan sesi temu-bual bersama lebih 1000 penduduk orang asal di pendalaman Air Ganda, Gerik.

Dalam sesi temubual, Razman menyatakan, sepanjang 30-40 tahun yang lalu memang berbeza dengan hari ini. Perbezaan di antara kaum orang asal dengan kaum lain tidak pernah menjadi halangan kepada Pas untuk memberikan hak yang sepatutnya untuk di nikmati oleh semua kaum dengan kemudahan infrastruktur bagi perkampungan orang asal yang tinggal di pendalaman sekiranya,  Pas di beri kuasa untuk mentadbir negeri dan Negara.

Menurut Razman, apapun zaman dan latarbelakang kaum atau agama, rakyat mestilah ditanamkan dengan harapan dan cita-cita untuk berjaya dimasa hadapan. Kita tidak boleh melihat dari kacamata yang berbeza, setelah 55 tahun merdeka, masyarakat orang asal di pendalaman juga mempunyai harapan dan cita-cita yang serupa dengan kaum-kaum lain untuk menambah peningkatan ekonomi keluarga.

Rakyat sering di ingatkan agar menjadi penyumbang kepada pendapatan Negara melalui modal insan dan lain-lainnya. Kerajaan pula bukan sekadar membuat pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan rohani kepada semua rakyat, khususnya untuk masyarakat orang asal.

Kata Razman; “Pas merupakan parti yang bersifat rakyat, sekaligus menepati slogan yang dibawa PAS iaitu Membangun Negara Berkebajikan, serta sedang berusaha merakyatkan ekonomi khusus untuk semua rakyat di Negara ini.”

“Sudah pasti, kita mendapat jawapan tersebut setelah kita sendiri menyantuni dan memahami harapan dan cita-cita masyarakat ini.” Tambah Razman.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan