Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 13 April 2013

NGO BERHIMPUN TUNTUT RAKYAT SEDAR

LENGGONG: 12 April 2013- Beberapa NGO dari Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) KERABAT, ANAK, BAPA, PBTM berhimpun secara aman di tapak EKSPO Gerik, selepas berunding dengan pihak polis yang tidak membenarkan peserta himpunan mengadakannya ditempat letak kereta berhadapan ibu pejabat daerah polis (IPD) Daerah, Gerik.

Himpunan secara aman itu berlangsung sejurus anggota beberapa buah kumpulan NGO selesai menunaikan solat jumaat di masjid Jame' Gerik.

Antara pimpinan NGO yang mengambil bahagian dalam ucapan himpunan itu ialah, Tn Hj Razman Zakaria selaku pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA.)

Hj Razman dalam ucapannya, berkata; "inilah masanya, rakyat membuat pilihan yang tepat untuk mengubah masa depan anak bangsa daripada penguasaan pemerintah dari kalangan pemimpin yang kita pilih ketika berlaku  pilihanraya setiap 5 tahun sekali bagi membawa kemajuan dan pembangunan khususnya pengukuhan ekonomi yang dapat menjamin masa depan rakyat melalui hasil kekayaan bumi milik rakyat di negeri ini."

Tambah Hj Razman, rakyat pada hari ini boleh melihat sendiri beberapa siri pendedahan yang telah dilakukan oleh beberapa buah NGO ynag menyusuri penyelewengan tanah rizab melayu Korbu, rizab hutan simpan bintang hijau, ladang teh Lenggong, Air Karah, Bukit Sapi, Bukit Kulim, Luat, yang banyak mengeluarkan hasil bumi seperti balak, bijih besi dan tanah-tanah rizab kerajaan dengan mudah ditukarkan status untuk diambil dan diberikan kepada orang-orang yang berkepentingan peribadi dari kalangan yang tertentu sahaja.

Sedangkan, rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada pemimpin kerajaan supaya membela nasib anak bangsa untuk menyambung warisan memiliki kekayaan bumi tanah tumpah darah mereka sendiri diketepikan daripada memiliki sedikit aset untuk meneruskan kehidupan di kampung halaman mereka sendiri.

Hj Razman mendedahkan, penyelewengan yang jelas di depan mata rakyat pada hari ini telah berlaku di Kg.Cherakoh. Pengambilan tanah bagan ragut yang telah berfungsi sebagai tempat penternakan lembu kepada penduduk dibeberapa buah kampung disitu, diambil untuk pembangunan sebuah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) masih belum diganti. Lebihan tanah kosong pembangunan projek itu pula, dipecahkan dan dijadikan tanah lot banglo untuk dijual kepada umum.

Ini merupakan satu masalah besar terhadap kesan ekonomi rakyat yang rata-ratanya masih berada dibawah himpitan kemiskinan.

Apa ertinya pembangunan dan kemajuan yang hanya nampak cantik dimata untuk keuntungan orang-orang tertentu sahaja, sedangkan rakyat disini tidak mendapat manfaat yang besar untuk keluar daripada paras kemiskinan di kampung halaman mereka sendiri. Mampukah penduduk kampung didaerah ini membeli tapak lot banglo untuk dijadikan tapak rumah mereka? Sedangkan masih ramai lagi penduduk di daerah ini kekal tinggal di atas tanah rizab sungai, rizab jalan dan (TOL.)

Manakala Pengerusi NGO Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) sdr Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, menegaskan; " GAML akan terus memberi kesedaran kepada rakyat di Lenggong dengan membongkarkan segala kepincangan yang dilakukan oleh pihak penguasa kerajaan berkaitan penyelewengan hak rakyat.

Seluruh anak muda digesa agar mengetahui hak kita sebagai anak negeri Perak yang pada masa ini masih tidak memiliki sebarang aset walau sebidang tanah untuk menyambung masa depan generasi anak bangsa pada masa hadapan.

"Pada hari ini, rata-ratanya, anak muda hanya mampu berada dibawah perkongsian harta dimiliki oeh ibu-bapa masing-masing, lantaran tiada sebarang peluang dibuka oleh pihak pemimpin kerajaan yang berusaha merangka halatuju anak muda, supaya tinggal berbakti di kampung halaman sendiri dengan menyediakan tapak ekonomi kukuh daripada warisan bumi seperti membuka ladang untuk diusahakan oleh golongan muda."

Penghijrahan anak muda ke bandar untuk mencari kerja bukanlah pilihan baik yang dapat menjamin masa depan mereka. Hasil soal selidik secara terus ke atas anak muda, GAML mendapati, golongan ini kerana tiada pilihan lain, anak muda terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk meneruskan kehidupan mencari nafkah untuk menanggung keluarga.

Tambah Ramdzi, anak muda hendaklah bangkit membuat perubahan pada kali ini agar kita tidak diusir dengan cara yang halus oleh pihak yang kita berikan sokongan ketika pilihanraya. Hari ini rakyat sudah nampak jelas, segala harta kekayaan negeri dan negara hanya berlegar dari kalangan orang tertentu sahaja.

Ahmad Ramdzi berkata, rakyat pada masa ini sedang inginkan perubahan, bantulah anak muda dan kesedaran ini hendaklah diterjemahkan ketika menghadapi pilihanraya umum nanti dengan memasukkan undi kepada Pakatan Rakyat (PR.)

Sementara itu NGO KERABAT, pengerusinya, sdr Zulkafli Daud, menyeru semua bekas angkatan tentera bersama membantu kemenangan PR pada PRU tidak lama lagi.

Tambah Zul, harapan seluruh bekas tentera melalui KERABAT ialah supaya kerajaan menunggu PR akan dapat merealisasikan tuntutan bekas tentera melalui Perjanjian Majlis Angkatan Tentera (PMAT 1972) diterima oleh golongan ini.

Menurut Zul, perjanjian tertakluk itu adalah sebahagian daripada penghargaaan kerajaan yang tidak pernah di berikan perhatian oleh kerajaan, walaupun hanya sebidang tanah untuk pertanian dan sebidang tapak rumah seperti dijanjikan kepada tentera untuk menyambung kehidupan selepas bersara.

Sampai bilakah bekas tentera perlu menghabiskan usia mereka di pondok-pondok jaga setelah bersara daripada perkhidmatan sebagai anggota keluarga?

Harapan rakyat,  kali inilah rakyat bersama membuat satu perubahan besar bagi mengubah masa depan yang lebih baik.

Hasil daripada pengalaman rakyat Lenggong menyaksikan sendiri pelbagai penyelewengan dan penipuan pemimpin-pemimpin yang telah diberikan amanah mengaut kekayaan harta rakyat disini. Maka, Pihak NGO menyeru semua rakyat agar menolak kepimpinan kerajaan UMNO-BN pada pilihanraya umum yang akan tiba tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan