Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 20 September 2011

Tanah Untuk Perwira: Hasil Usaha Pakatan Rakyat Untuk Golongan Bekas Perajurit.


ZAMBRY bersama Muhammad (kanan) membantu membetulkan kerusi roda diterima Moh Sani pada Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, PBTM Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.
Perak negeri pertama tawar 7,000 lot kediaman percuma kenang jasa bekas anggota keselamatan

IPOH: Perak menawarkan lot kediaman percuma dengan bayaran premium tanah paling minimum kepada pesara tentera dan polis sebagai penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan negara.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri semalam mengumumkan 7,000 lot kediaman disediakan menerusi Projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) untuk bekas tentera dan polis, manakala premium tanahnya ditetapkan hanya RM500, sekali gus menjadi negeri pertama berbuat demikian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata projek itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan 3,700 lot kediaman, manakala selebihnya dilaksanakan menerusi fasa kedua.

“Kita sudah mengenal pasti kawasan seluas 248 hektar di seluruh Perak bagi pembinaan lot kediaman berkenaan. Jika semua perbincangan dan persefahaman membabitkan pelbagai aspek, termasuk teknikal dapat diselesaikan, projek berkenaan akan dimulakan sebelum akhir tahun ini.

“Usaha bagi menjayakan projek ini sudah dimulakan kira-kira 18 bulan lalu dan kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan berkenaan membabitkan 10 daerah di negeri ini,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.
Hadir sama Presiden PTBM, Datuk Muhammad Abd Ghani; Yang Dipertua PTBM Perak, Leftenan Komander (B) Jayah Said dan Panglima 2 Briged, Datuk Zulkifli Mansor.
Zambry berkata, pemilihan individu layak menerima peruntukan itu akan dibuat PBTM dan keutamaan diberi kepada mereka yang belum memiliki kediaman.

“Perak menjadi negeri pertama melakukan usaha memberi lot kediaman dan pengurangan kadar premium tanah. Kebiasaannya, kadar premium tanah yang dikenakan sebanyak RM3,000, tetapi kita tetapkan hanya RM500 sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa serta sumbangan kepada bekas tentera dan polis yang banyak berkorban demi mempertahankan keamanan negara.

“Justeru, kerajaan negeri kehilangan hasil sekurang-kurangnya lebih RM17 juta dalam bentuk nilai premium tanah,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan geran hak milik bangunan Wisma Pahlawan kepada PBTM Perak dan bantuan kerusi roda kepada dua bekas tentera Perak, iaitu Moh Sani Odin dan Rosli Adnan.

Pada majlis sama, dua bekas tentera, iaitu Mejar (B) Zainal Arif Abdul Aziz dan Pegawai Waran 1 (B), Nor Wati Pandak Piah turut menerima Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) yang disampaikan Zambry bagi menghargai sumbangan mereka dalam perkhidmatan masing-masing.

ULASAN:
Tahniah kepada MB Haremm...... kerana berhelah: “Usaha bagi menjayakan projek ini sudah dimulakan kira-kira 18 bulan lalu dan kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan berkenaan membabitkan 10 daerah di negeri ini.”

Inilah satu inisiatif kerajaan Umno-Barisan Nasional Malaysia yang terlewat selama 38 tahun dulu. 

Kapten (B) Rosli Diatas Pentas PAS.
Dalam masa yang sama juga rakyat lebih bijak menilai tawaran parti yang sedang bersaing untuk membawa perubahan untuk rakyat supaya kebajikan rakyat selama ini terbela.

Lebih jelas pada masa ini, Pakatan Rakyat telah berada lebih jauh dihadapan mendahului kerajan Umno-BN untuk membela rakyat menerusi halatuju sebuah Negara Berkebajikan.

Jika kita bicara tentang apakah buktinya Pakatan Rakyat mendahului   Umno-BN mengenai pemberian tanah kepada perwira, (bekas anggota tentera dan polis?) dan dapat membantu rakyat ? Maka jawapannya ialah begini;

Mengapa setelah 54 tahun berlalu, baru sekarang nak mengenang jasa? ataupun tanah telah muncul secara tiba-tiba? Atau baru KINI tersedar? wakil rakyat Umno Barisan Nasional di Lenggong sendiri pun telah menjelaskan didalam siri ceramah mereka, tidak ada lagi tanah di Negeri Perak yang dapat diberi kepada rakyat, mengapa tiba-tiba Zambry boleh beri pulak 7 ribu lot kediaman kepada golongan ini? 

1.) Pada tarikh 22 Julai 2011 sebuah NGO Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Angkatan (KERABAT) telah dilancarkan dan ditubuhkan di Lenggong, Perak, Khusus untuk kebajikan Veteran dan Pesara Tentera  dengan tawaran anugerah tanah sepertimana perjanjian yang tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Umno Barisan nasional kepada golongan ini sekiranya, Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya pada PRU-13 akan datang. 

2.) Inilah satu kesan besar yang telah membuatkan kerajaan Umno Barisan Nasional terkejut besar, dan bermacam-macam tuduhan dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat kononnya, bercakap kosong semata-mata. Tetapi, mengapa pada hari ini kerajaan beria-ria benar nak jaga kebajikan Bekas-bekas perajurit? 


3.) Sejak tahun 1972 telah tertulis didalam perjanjian Majlis Angkatan Tentera bahawa, perajurit yang telah bersara/pencen dari pekhidmatan berhak menerima anugerah 2 lot tapak rumah dan 25 ekar tanah untuk diusahakan. Malangnya nasib para perajurit apabila, semua yang dijanjikan hanya tinggal janji, kebanyakan daripada mereka pada ketika ini masih lagi bekerja dipondok-pondok jaga sebagai pengawal keselamatan.

4.) Lebih jelas lagi Persatuan Bekas-bekas Perajurit dibawah kawalan Umno Barisan nasional gagal sama-sekali membela nasib para "Perwira-perwira Negara" seperti yang dimaksudkan oleh MB HAREEMM.... Lihatlah Pengerusi (PBTM) Kapten (B) Rosli yang telah keluar daripada parti UMNO-BN dan disebaliknya kesan daripada penubuhan NGO (KERABAT) yang diusahakan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini telah membawa suatu perubahan yang sangat besar keatas rakyat, khususnya untuk golongan ini pada ketika ini.

Mari kita semua fikirkan sekiranya Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya, sudah tentulah perubahan yang lebih besar boleh dimanfaat kepada semua golongan rakyat yang masih mengharapkan kebajikan mereka terbela untuk meneruskan kehidupan dimasa hadapan. 

JOM UBAH UNTUK KEBAJIKAN KITA SEMUA...........
KEKAYAAN NEGARA UNTUK RAKYAT BUKAN UNTUK PEMIMPIN.



6 ulasan:

  1. kalu mereka beri terima tapi janji ja.. dah lama dah umno buat nyanya kat bekasx ini kalu mohon tanah diperam samapai bertahunx, kalu ahli umno sekejap ja , tak caya tanya lah bekas pangkat bawah. kecuali penglima semua dapat

    BalasPadam
  2. Kerajaan BN tandatangan kerjasama dengan komunis cina......benarkan suratkhabar komunis masuk malaysia..tak jaga sensitiviti bekas tentera langsung.. Sedarlah bekas tentera !anda ditipu oleh UMNO=tali barut komunis!

    BalasPadam
  3. Hahaha.. Lawak betoi la UMNO ni.. tggu nk kn ada pesaingan baru nk buat walaupun benda tu dah dijanjikan... Apa pun yg dibuat, pesara tentera dh nmpk..

    BalasPadam
  4. Sedarlah wahai rakyat, bila ada persaingan, rakyat jugak yang untung. Baru sekarang Umno nak kenang jasa Perajurit. Jelas mereka telah terlewat selama 39 tahun dari sasaran. Jadi, apa saja yang diberikan oleh Umno, sapu je. Kalau Umno suruh undi mereka, jangan sekali-kali. Hamcur Umno, hancur Bn.

    BalasPadam
  5. Mampuih UMporNO.............. Hancurkan BN............... MAPUH,....MAPOH......MAPOH,,,
    JAhanam UMporNO.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!........

    BalasPadam
  6. apa sebab semua ulasan diatas marahkan UMk(N)o, tentu bersebab. orang marah tak bersebab itu ...

    BalasPadam