Sebuah restoran halal di Urumqi, Xinjiang tidak membuka perniagaan pada bulan Ramadan. Pada pintunya dilekatkan notis yang bermaksud "Minta maaf, kami tidak berniaga pada bulan Ramadan".
Baiertiyar, seorang pegawai Jawatankuasa Agama di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang menafikan khabar angin itu dengan mengatakan bahawa, sebagai seorang yang beragama Islam, kakitangan mereka setiap hari telah berkunjung ke puluhan masjid tempatan untuk bersolat dan berbuka puasa bersama-sama masyarakat Islam tempatan. Setiap malam ribuan yang berbuka puasa bersama. Jika benar seperti apa yang didakwa oleh Kongres Sedunia Uygur, sesiapa pun yang mahu masuk ke masjid perlu menunjukkan kad pengenalan dan mendaftar dulu, ini akan menggunakan waktu begitu panjang dan tidak mungkin berlaku. Penduduk etnik Uygur tempatan pula menyatakan, mereka tidak pernah mendengar maklumat tersebut di Urumqi.
Jadi, sumber maklumat Kongres Sedunia Uygur dari mana? Pertubuhan ini yang beribu pejabat di Jerman, merupakan organisasi yang disusun semula dengan beberapa kumpulan pemisah Xinjiang di luar negara, termasuk beberapa kumpulan yang telah disifatkan sebagai kumpulan keganasan oleh masyarakat antarabangsa. Setelah berlakunya peristiwa 11 september, kumpulan-kumpulan tersebut takut menjadi sasaran dalam perang antikeganasan dan menyusun semula pertubuhan dan dikenali dengan nama Kongres sedunia Uygur. Pertubuhan ini mendalangi peristiwa 5 Julai yang berlaku di Xinjiang pada tahun 2009 dan mengakibatkan 197 orang terbunuh. Menjejaskan keamanan dan keharmonian di Xinjiang merupakan kaedah mereka untuk mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, khususnya negara barat dan juga mendapat sokongan dana dari sesepihak.
Untuk mengetahui keadaan benar di Xinjiang, China mengalu-alukan rakan dari masyarakat Islam melawat ke Xinjiang dan menengok dengan mata sendiri. Kebetulan CRI sedang menganjurkan aktiviti "Xinjiang dalam Lensa Kamera", mengundang wartawan dari masyarakat Islam di Afrika dan Asia, termasuk wartawan dari "Bernama" Malaysia untuk membuat liputan ke Xinjiang. Kami berharap gambar-gambar yang diambil oleh mereka di Xinjiang dapat membantu anda memahami Xinjiang yang sebenar.
ULASAN:
Maka dengan pendedahan ini, rakyat Negeri Perak yang mendengar Khutbah Hari Raya Eidul Fitri tidak perlu keliru dengan bahan teks Khutbah yang disampaikan oleh Khatib pada Hari Raya diseluruh Masjid dan Surau baru-baru ini setelah merujuk kepada berita ini.
Mesej awal teks Khutbah menceritakan Masyarakat Islam di Xinjiang China, telah disekat oleh kerajaan negara itu dari melakukan ibadat dan sangat sukar untuk melaksanakan gerakan dakwah yang seterusnya mengaitkan dengan keadaan yang ada didalam negara pada masa ini adalah lebih baik dari negara bukan Islam.
Harap-harap kerajaan siasatlah dulu keadaan sebenar yang berlaku menurut sumber yang sahih, bukan sumber yang diperolehi daripada pihak-pihak yang anti Islam. Bagaimana sekiranya Negara China mahu menyaman kerajaan Malaysia jika khabar yang disampaikan kepada rakyat adalah tidak benar, siapa yang susah?
Jika dihayati bahan Khutbah Hariraya baru-baru ini, mesej yang ingin disampaikan hanyalah semata-mata mahu menghentam kerajaan Selangor berkaitan isu 'MURTAD' supaya dapat menaikkan kemarahan umat Islam terhadap kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Isu sebenarnya yang perlu kerajaan perjelaskan ialah kenyataan mufti Negeri Perak Dato' Seri Harussani Zakaria pada tahun 2007, mengenai masyarakat melayu yang telahpun 'MURTAD' berjumlah seramai 250 ribu orang di seluruh Malaysia pada ketika itu. Jadi, mengapa pula baru sekarang isu ini dimainkan dengan hebat melalui Khutbah, Media massa pihak kerajaan UMNO?
Apakah pada ketika itu UMNO masih kuat dan tidak perlu menjadikan isu umat Islam 'MURTAD' sehebat ini? ataupun UMNO terpaksa memainkan Isu 'MURTAD' pada ketika ini untuk menjadi talian hayat untuk terus menjadi kuat?
Rakyat sudah celik jadi, sepatutnya sumber rujukan untuk dijadikan bahan Khutbah bagi pengetahuan umat Islam sewajibkan diteliti sebaik-baiknya sebelum dijadikan teks penyampaian. Janganlah sampai Masyarakat Islam tertipu dengan Khutbah dari sumber yang tidak sah. Dan janganlah sampai negara Komunis mengatakan negara Islam di Malaysia sebagai penipu dan pembohong.
Wllahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan