Sewa Homestay Lenggong
Saham Akhirat
Jumaat, 29 Julai 2011
UMNO gentar berbagai tohmahan telah dilemparkan.
Dakwaan tidak benar: Ishak
KAMPUNG GAJAH - Penduduk Pasir Salak, di sini, bertindak membuat laporan polis bagi menyangkal kenyataan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris berhubung pengagihan borang tanah Felda Plantation di Lenggong pada 22 dan 23 Julai lalu.
Penduduk yang terlibat dengan Karnival Pakatan Rakyat (PR) Pengagihan Borang Tanah Felda Plantation itu menafikan kenyataan ADUN berkenaan bahawa PR menjual borang tersebut dengan harga RM10 dan mencetak sebanyak 1.3 juta borang untuk dijual kepada rakyat.
Pengerusi Lajnah Tanah Pas Kawasan Pasir Salak, Ishak Saari berkata, mereka menafikan perkara itu sekeras-kerasnya kerana pengagihan borang dilakukan secara percuma sahaja.
Menurutnya, borang itu juga hanya dicetak sebanyak 500 keping dan bukannya 1.3 juta seperti yang dilaporkan.
“Kenyataan itu adalah satu fitnah kerana borang berkenaan hanya diberikan percuma sahaja tanpa sebarang bayaran.
“Pembahagian borang ini dilakukan rentetan daripada Agenda Buku Jingga PR yang mempunyai 10 perkara untuk dilaksanakan dan salah satunya mahu memansuhkan Felda Plantation bagi tujuan membuka ladang yang kini diuruskan oleh Felda kepada generasi kedua dan ketiga,” katanya ketika ditemui semasa membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Gajah, semalam.
Ishak berkata, tanah seluas 320,000 hektar di bawah Felda Plantation itu akan diagihkan kepada golongan memerlukan termasuk bekas para jurit, orang miskin dan mereka yang tidak mempunyai tanah.
“Jika PR dapat memerintah selepas ini, ia adalah salah satu agenda 100 hari pertama kemenangan PR yang akan kami laksanakan.
“Borang itu diagihkan sekarang bagi membuat persiapan awal jika PR betul-betul menang nanti kita akan terus memproses borang ini,” katanya.
Katanya, namun begitu apabila ada yang membuat kenyataan sedemikian mengatakan PR cuba mencari keuntungan, pihaknya merasakan tidak sepatutnya perkara itu terjadi kerana ia boleh merosakkan pemikiran rakyat yang tidak mengetahui hal sebenar.
Sementara itu, Ketua Muslimat Pas Kawasan Pasir Salak, Jamaliah Sudin berkata, pihaknya melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Kenering berkenaan.
“Ia satu fitnah semata-mata sedangkan perkara berkenaan tidak berlaku.
“Kami tahu perkara sebenar dan akan tetap menyokong perjuangan yang dilakukan oleh PR,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan