Dengan kegigihan jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga publisiti percuma daripada Umno Barisan Nasional dan medianya serta tindakan KDN yang mengarah polis untuk bertindak melampau dengan mengada-adakan konspirasi tak masuk akal terhadap Bersih 2.0, pergerakan itu kini dikenali di seluruh pelosok negara.
Rakyat kini tahu akan apa itu Bersih 2.0, apakah tuntutan mereka dan juga keganasan kerajaan Barisan Nasional.
HIMPUNAN BERSIH 2.O: RAKYAT DI LENGGONG PERAK AKAN MENGAMBIL TINDAKAN MAHKAMAH
Kepada sahabat-sahabat, pemimpin-pemimpin serta penyokong himpunan aman BERSIH2.0 yang telah ditangkap atau ditahan oleh polis dalam peristiwa 09 Julai 2011(BERSIH) dan dibawa ke pusat-pusat tahanan, kemudian dibebaskan tanpa dimaklumkan sebab-sebab tangkapan dan tidak diambil keterangan di bawah seksyen 112 kanun acara jenayah, bertindaklah harap maklumkan kepada setiausaha Lajnah Guaman, Abang Ahmad Kardee, untuk membolehkan satu tindakan 'Wrongful Detention' diambil terhadap PDRM.
Sila berikan butiran seperti berikut:
(Contoh) Nama; Mohd bin Abu.
No. K/p: 123456-01-2345.
Alamat penuh:___________________
(Ditahan pada jam lebih kurang;_____pg @ ptg dibawa ke Pulapol. Dan dibebaskan pada lebih kurang jam;____________ mlm. Tidak dijelaskan sebab-sebab tahanan.)
Setelah itu, sila SMS kepada Hj. Asmuni Awi, (Peguam PAS Pusat) di talian: 019571 0182.
INILAH WAJAH-WAJAH SEBENAR KERAJAAN MALAYSIA DAN TANAHAIR KU YANG TERCINTA...... DAN BAGAIMANAKAH PULA WAJAH-WAJAH RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DILUAR NEGARAKU YANG MENYAKSIKANNYA......
STESYEN LRT KL SENTRAL.
RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK BERSALAH DITAHAN DAN DITANGKAP TANPA SEBAB DAN DIBAWA KE PULAPOL.
Inilah wajah-wajah rakyat Malaysia yang ditangkap & ditahan tanpa sebarang sebab di pintu keluar stesyen LRT KL Sentral, (Setahu kami, hanya 1 negara sahaja didunia rakyat Malaysia tidak boleh keluar-masuk iaitu, di Israel .....). Kepada pihak polis dan kerajaan Malaysia, jangan sangka kamu semua tidak berlaku zalim apabila menyediakan makan, menyediakan kerusi dan khemah, surau kecil yang menyebabkan jemaah berasak-asak menunaikan solat Fardhu semasa ditahan di PULAPOL. Bukan itu yang kami minta. Tetapi, Kami rakyat Malaysia yang telah dinafikan hak-hak sebagai warganegara, menuntut SPR dan kerajaan BN berlaku adil menjalankan amanah dan tanggungjawab yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia didalam menentukan pemerintahan kerajaan sebuah negara kami yang tercinta ini daripada sebarang penipuan didalam pilihanraya seperti yang telah digariskan oleh BERSIH 2.0 untuk dipersembahkan kepada SPB Yang Dipertuan Agong.
Kezaliman kamu semua akan dipertanggungjawabkan. Awaslah kamu semua yang telah melakukan kezaliman keatas kami bahawa, pasti ramai yang ada diantara kami akan menuntutnya di mahkamah dunia dan juga di Mahkamah Akhirat dan, takutlah kamu akan doa orang-orang yang teraniaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan