Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 20 Julai 2011

Pas akan agih borang permohonan hak milik tanah





IPOH – Pas Negeri bakal menganjurkan Program 'PELANCARAN BUKU JINGGA PERINGKAT NEGERI PERAK' Janji 100 hari Pakatan Rakyat membatalkan Felda Plantation (agihan borang permohonan tanah) Dan Pelancaran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Peringkat Negeri Perak di Markaz Pas Kampung Gelok, Lenggong mulai 22 dan 23 Julai ini. 

Timbalan Pesuruhjaya Pas 3 Negeri, Razman Zakaria berkata, program bertujuan mengagihkan borang permohonan hak milik tanah kepada empat golongan rakyat yang berkelayakan. 

Golongan tersebut melibatkan generasi kedua dan ketiga Felda, pekerja bawahan Felda Plantation, penduduk kampung tradisional di sekitar kawasan Felda Plantation serta bekas anggota tentera. 

“Felda Plantation adalah anak syarikat Felda Felda Holdings. Fungsi utamanya membangunkan tanah-tanah yang diserahkan Kerajaan Negeri kepada rakyat di bawah Akta Penempatan Berkelompok. 



“Bagaimanapun, setelah Felda Holdings dikorporatkan sejak 1992, sehingga ke hari ini Felda tidak lagi mengambil peneroka atau rakyat menduduki tanah tersebut dan ia diuruskan syarikat Felda Plantation. 

“Berdasarkan maklumat yang kami terima, lebih 320,000 hektar tanah berkenaan di seluruh negara adalah di bawah pengurusan Felda Plantation ini. 

“Sekiranya kami (Pakatan Rakyat), berjaya mengambil alih pemerintahan, dalam masa 100 hari tanah berkenaan akan diserahkan semula kepada rakyat. 

"Proses itu kita akan mulakan dari sekarang,” katanya pada sidang media berhubung Agihan Borang Felda Plantation Peringkat Negeri Perak di sini, semalam. 

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. 


Katanya, ceramah umum daripada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman; Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria bakal memeriahkan program itu. 

Terdahulu, Razman berkata, sebanyak 5,000 borang berkenaan l disediakan kepada pemohon nanti. 

Pemohon dikehendaki hadir sendiri mendapatkan borang berkenaan. 

“Kami serius dalam isu ini dan pemohon dapat tampil ke hadapan bagi mendapatkan hak mereka,” katanya. 

Sementara itu, Razman berkata, pemberian tanah itu bertujuan mengiktiraf jasa serta pengorbanan anggota tentera yang selama ini seakan dinafikan kerajaan. 

“Kami difahamkan lebih 300,000 pesara tentera di negara ini mengakhiri zaman persaraan mereka di pondok pengawal keselamatan. 

"Selama mereka berkhidmat mereka tidak dapat bersama keluarga, dan kini setelah bersara pun, mereka tidak dapat bersama keluarga. 

“Kami mengambil pendekatan ini untuk membalas asa mereka selama ini. Itu rancangan kami. 

“Kami juga akan melancarkan satu NGO Baru iaitu Kelab Veteran Angkatan Tentera (Kerabat) supaya dapat memberi manfaat kepada bekas anggota tentera apabila Kerabat bakal bersaing dengan satu lagi persatuan bekas perajurit daripada pihak Kerajaan,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan