Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 5 Januari 2011

TAHNIAH & SYABAS KEPADA PEMUDA UMNO LENGGONG



           PAS Kawasan Lenggong mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pemuda UMNO Bahagian Lenggong kerana telah berjaya menganjurkan program seperti yang tertera di gambar di atas.(keratan akhbar Sinar Harian 4/1/2011). Pihak PAS Lenggong juga menyokong program seperti ini kerana ianya dapat mengumpulkan belia-belia dan mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah. Tahniah sekali lagi untuk Pemuda UMNO Lenggong khusunya untuk Sdr. Irwan selaku Ketua Pemuda.
           Apa yang PAS Lenggong sedang perhatikan di dalam program ini adalah satu perkara yang tersirat disebalik kejayaan program Pemuda Umno Lenggong ini. Beberapa persoalan yang timbul juga menjadi tanda tanya masyarakat di Lenggong khususnya penyokong-penyokong UMNO. Ini antaranya  :
  1. Tiada nama dalam berita serta gambar Ahli Parlimen Lenggong yang disiarkan di akhbar Sinar Harian yang memberi liputan secara meluas (2 muka surat) pada 4/1/2011. 
  2. Jika dilihat sebelum ini pun kebanyakan program anjuran Pemuda UMNO Lenggong jarang dilihat kelibat beliau. Mungkinkah beliau tidak dijemput atau beliau sengaja tidak mahu terlibat dengan program Pemuda? Kalau mengikut logik dan protokol mustahil Pemuda tidak menjemput 'Boss' mereka atau 'Boss' mereka ini sedang merajuk atau ada agenda atau perkara-perkara tertentu di sebalik ketidakhadiran 'Boss' mereka ini?? Hanya mereka dan 'Boss' mereka sahaja yang tahu...
  3. Mungkinkah juga Pemuda UMNO Lenggong sedang berusaha untuk mempromosi jentera dikalangan mereka yang sekarang dilihat semakin berani di Lenggong ini. Dari sudut kehadiran dan sokongan untuk satu-satu program yang mereka anjurkan juga dilihat sudah mula berpihak kepada mereka dan impak ini memberi kelebihan kepada Pemuda. Adakah 'Boss' mereka ini senang dengan perkara ini?? Hanya mereka dan 'Boss' mereka yang tahu....
  4. Mungkinkah juga 'Boss' mereka ini sudah mula hilang popularriti di Lenggong ini? Taring dan kukunya dilihat sekarang tidak lagi digeruni, bukan sahaja dari pihak pembangkang malahan 'Anak' sendiri pun dah pandai melawan.. Perkara ini sudah lama dilihat dan dijangka akan menjadi lebih hangat dan bakal meletup di Lenggong. 
          Apa pun yang terjadi, syabas dan tahniah sekali buat Pemuda UMNO Lenggong kerana kejayaan program ini dan bebebrapa lagi kejayaan lain yang diluar jangkaan... yang siri kejayaan ini hanya mereka dan 'Boss' mereka sahaja yang tahu.

23 ulasan:

  1. Undur Syamsul undur...khidmat anda pun orang tak kenang.....sampai hati diorang dahle bekerja keras..dalam diam nak tikam boss dari belakang...

    BalasPadam
  2. iruan kurang ajar...berani ko lawan dato'...tunggu ko sebelum ko naik jadi calon kami penyokong setia dato' akan tebas ko dulu!!!!

    BalasPadam
  3. kami sokong irwan jadi calon!!! dato dh banyak menipu oarng lenggong.. cakap tak serupa bikin!! bikin tak serupa cakap!!!!

    BalasPadam
  4. Kepada Ahi Parlimen Lenggong, cukuplah sudah dok atas tempat yang selesa selama menjadi Ahli Parlimen Lenggong.Kali ini pertarungan hebat oleh pimpinan pemuda Umno akan berlanjutan sehingga berlakunya penamaan calon-calon yang lebih berwibawa....... Hidup pemuda Umno Lenggong....!!!!!!

    BalasPadam
  5. kenapa perlu kepada perubahan,kalau ilmu masih di kutip di celahan,kenapa motifkan perlagaan,bukankah elokkan perdamaian.Kenapa diusulkan pertarungan kerana yang menang jadi abu,yang kalah jadi arang!

    BalasPadam
  6. Saya nak tanya YDP PAS ni,saya balik ke Lenggong,berkesempatan jumpa Ustaz Syukri,terlalu banyak yg dia ceritakan,saya cari kawan,Ibrahim namanya,katanya telah dipecat dari ahli PAS,Kenapa?Apa dosanya? Kerana tak sokong YDP sekarang ker? LAgi satu kenapa pimpinan PAS Lenggong sekarang dari kalangan kampung YDP sahaja? Orang lain tak boleh duduk dengan YDP ker,asyik orang Luat,Beng,Chepor,Kota Tampan.Kenapa? Depa jer nak undi kamu? Selesaikan perbalahan sesama kita,jangan usik air berkocak,tak tumpah keluar air tu.Harap YDP main peranan,bukan bergaya meronda kampung jer.

    BalasPadam
  7. sapa Erwan Shah ni? Budak mana? Kita melihat dia agak laju dalam bekerja untuk UMNO ni.Bahaya dia ni,boleh bantutkan kerja kita untuk tawan lenggong ni.Arahkan semua muslimin dan muslimat solat hajat,minta doa,agar dia bukan calon di lenggong.

    BalasPadam
  8. Woooiiiiitttttt............. ada apa dengan umno lenggong sekarang ni????????????? 12 kali dah sejarah PRU tak panas sampai macam sekarang ni dok berebut nak jadi calon....... kalau sayang dan mahu umno terus kuat di Lenggong, kena cari calon-calon yang lebih hebat dari YDP PAS bermula dari sekarang. Kita kena sedar diri la sikit..........

    BalasPadam
  9. Sdr Ibrahim dipecat sebab diberi peringatan sebab buka karaoke kampung. tapi tak endah...bukan sebab tak sokong ydp.Ustaz syukri perlu dapat info sebenar jangan termakan fitnah UMNO.TYDP orang lubok kawah, Nydp orang kenayat, memangla su luat supaya senang bekerja dengan ydp,bendahari lawin, urusan ulamak malau,penerangan orang chepor...selidik dulu jangan main tembak je...

    BalasPadam
  10. Iruan kaki kugiran...undur-undur...tikam belakang ..perosak UMNO Lenggong!!!!

    BalasPadam
  11. kabinet bayangan DUN camana,adakah susunan masih sama,atau masih diangkat orang yang sama.Syukri bagitahu,PAS kian angkuh di Lenggong.Masuk ke kampung - kampung tampilkan imej budaya GENGSTER.Seolah -olah lupa pada DAKWAH SECARA BERHIKMAH.

    BalasPadam
  12. Zaman ustaz Syukri ke sekarang ada budaya Gengster?Ustaz Syukri selepas pemilihan PAS dilantik jadi Ketua Penerangan PAS. Apa yang Ustaz Syukri buat?hampir sepenggal tak hadir mesyuarat bulanan PAS kecuali 2 kali sahaja.Ustaz Syukri masa lepas menang PR waktu jadi YDP banyak kali cakap macam gengster. Perwakilan dah beri mandat kepada orang lain jadi ydp. kena redha...Sejarah Islam khalid al walid dipecat dari panglima oleh umar alkhattab, khalid tak terasa hati pun.berjuang bukan kerana pangkat. Kalau tak betul masuk dalam mesyuarat tegur...Kabinet bayangan perancangan rahsia jemaah...melainkan cybertrooper umno je nak korek hehe...

    BalasPadam
  13. Baru-baru ini pun balik bertemu dangan sahabat lama di Pejabat Agama.Ustaz Hanafiah Idris.Ada sedikit kekecewaan pada hatinya mungkin.Cerita tu tak perlu saya dedahkan disini.Katanya pendekatan Ala Khalifah dan sistem Syura telah perlahan dalam AJK PAS.Lebih banyak keputusan sendiri.Yer ker.Dia juga bingung memikirkan PAS lebih menonjol dalam urusan berkaitan agama seolah - olah menunjuk-menunjuk."tidak masuk syurga jika ada sekelumit perasaan takbur".Ingat tu.

    BalasPadam
  14. Buat apa kita canangkan sangat pada UMNO kita terlalu kuat walhal kita dapat tengok dengan sendirinya kekuatan kita.Perlantikan Saudara Amri dalam AJK DUN Kota Tampan mengiakan tuduhan UMNO,segelintir kita adalah orang yang kecewa.Penggunaan rumah Saudari Mariam untuk ceramah,lagi mengukuhkan telahan UMNO.Kenapa YDP tak tengok ker perkara ini.

    BalasPadam
  15. Elok pun Syukri tu kena tinggal YDP tu,dia meniaga kecik-kecik,pakai lesen kewangan,lain lah macam YDP sekarang,meniaga juta-juta.

    BalasPadam
  16. amboi,amboi ....sudah-sudahlah tu menyamar konon tunjuk simpati, jumpa ust hanafiah lah, eh,eh temuramah ust syukri lah, hei, cyber trooper upahan UMNO...sekilas ikan di air dah tahu jantan betina!saya dah risik kedua-duanya ternyata kenyataan kamu tu bohong dan direka-reka!ALAMAk UMNO geram, dengki tak dapat buat program kat padang kak yam besar kan?ini dinyatakan sendiri oleh kak yam..Shamsul berapa kali pujuk ..tak dapat...ku pujuk,ku pujuk tak dapat jaga-jaga nanti ku bawa lari!

    BalasPadam
  17. Sahabat nabi , saidina abu bakar pun niaga juga , tapi cara halal ...apa masalah ydp lenggong berniaga kalau halal?lainlah dato' shamsul ,kroni2 dapat balak , pasir....atas nama tiket politik!eh..eh shamsul lembu korban pun felcra yang bagi...Ydp PAS bukan dipilih sebab sapa kaya boleh bagi duit macam umno...pimpinan dipilih atas dasar kebolehan. Sebelum tu terima kasih kepada Dato' Shamsul kerana ikut rapat blog ni...eh hem antara yang rapat dengan amri dulu2 la dato' shamsul ni la....

    BalasPadam
  18. Sokong Iruan pertahankan balik ketuanan melayu,idea satu malaysia dah bunuh ketuanan melayu...Shamsul takleh harap nak bela melayu. masa ceramah kat org kampung berdegar2 bela melayu. tapi nak tegur Nazri 1Malaysia, pun tak berani.Undur..undur Shamsul! Shamsul tak layak nak wakil kami untuk berdepan PAS! hujah pun mentaliti bawah!!

    BalasPadam
  19. Nak harap Iruan kugiran nak pertahankan Melayu?!Rosakkan bangsa Melayu bolehlah!Kami yakin kepimpinan Dato' Shamsul untuk wakil orang Melayu Lenggong!Jaga-jaga Iruan, kami akan pertahankan Dato' Shamsul sampai titisan darah terakhir!!!!!

    BalasPadam
  20. Kami Pemuda UMNO lenggong hilang kepercayaan kepada Shamsul celaka...nak korban pun boleh minta kat felcra, malu je dengan ahli parlimen kami macam ni. PAS Lenggong akan dihancurkan tapi hanya apabila Iruan naik jadi ahli Parlimen!!Undur Shamsul Undur!

    BalasPadam
  21. x payah la menyamar sbg org umno la.. inikah perjuangan islam yg memfitnah, memecah belah umat islam?

    BalasPadam
  22. asik-asik ketuanan melayu ...
    x abis2 psl ktuanan melayu...
    apa guna klu mlayu tp x thu psl hukum agama islam.
    d pdang mahsyar nnti pn x kira mlayu ka,keling ka,cina ka smua sma d sisi ALLAH..
    HANYA AMAL MNJDI PNENTU..
    -utk pgetahuan,SHAMSUL ngan MAT IWAN 2 2 x lyk nk jd pmimpin-
    g blajr dulu la,bab hukum istinjak pn x tau nk jd pmimpin..
    BENGONG.......

    BalasPadam
  23. orang PAS hisap dadah,main betina,hisap ganja,main betina,kena tangkap basah,itulah imej PAS Lenggong,Ketua makan duit haram banyak,kroni pun kaki haram banyak,asyik bercampur halal haram,halal haram dia jadi haramjadah lah! projek nuklear Ketua PAS lenggong dengan orang kampung dia gagal ker,projek dia macamana,aik kaya dah pakai Harrier,jangan - jangan terlibat kes rasuah kastam ker,Dulu Tun pernah tegur jamuan pegawai Kastam 3 juta,2 juta makan.perut busuk sampai usus.

    BalasPadam