Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 20 Januari 2011

SEHARI BERSAMA DS NIZAR JAMALUDDIN MEMBANGKITKAN SEMANGAT JENTERA PRU-13.

(Syarahan Ketua Dewan Pemuda PAS Lenggong Berkobar-kobar)
Lenggong- 18 Jan 2011. Program Parti Islam Se-Malaysia, sehari bersama YB Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin telah membangkitkan semangat Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Lenggong bagi menghadapi PRU-13 akan datang.

Program bermula pada jam 5:00 petang dalam sesi taklimat khas Dewan Muslimat PAS Kawasan di Markas PAS Banggol Belimbing dimulakan dengan ucapan Aluan oleh YDP PAS Kawasan Lenggong, Tuan Hj. Razman Zakaria, dihadapan semua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan-cawangan.

(Tn. Hj, Raman Zakaria -Membawa Pembaharuan )
Program ini juga telah diatur supaya Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin dapat menyampaikan tazkirah kepada masyarakat di Kg. Lata Papan, Kuak setelah selesai menunaikan solat maghrib yang dihadiri seramai 100 orang jemaah sebelum meneruskan program Ramah Mesra bersama Pimpinan dan penyokong-penyokong parti DAP Lenggong, di Air Kala.

(Pemimpin Berkarisma - Di Kagumi Rakyat)
Kunjungan Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluluddin di Air Kala disambut dengan meriah oleh pimpinan DAP serta semua penyokong-penyokong yang dianggarkan seramai 150 orang untuk mendengar ucapan yang disampaikan dengan jelas oleh Dato' Seri Ir. Nizar mengenai isu-isu dimainkan oleh parti BN dan UMNO yang mengelirukan rakyat selama ini. Dan beliau mengucapkan tahniah kepada pimpinan DAP Lenggong kerana telah bersungguh-sungguh memberikan kerjasama baik kepada Pimpinan Parti Islam SE-Malaysia Kawasan Lenggong untuk melaksanakan tugas-tugas Jentera Pilihanraya bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat pada PRU-13 Khususnya disemua kerusi yang dipertandingkan nanti.
(Setelah Menjamu Selera Selepas Ceramah)
Air Ganda Gerik- Jam 9:00 malam Ceramah umum di Markas PAS Cawangan Air Ganda dihadiri kira-kira 1000 orang bermula dengan syarahan bersemangat dari Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lenggong, Al Fadhil Ustaz Abd Karim bin Mahmud, mengenai huraian dari ayat-ayat Al Quran tentang kewajipan setiap pemimpin supaya berlaku adil, dan ketaatan rakyat terhadap pemimpin zalim.

(Sebahagian Daripada Kira-kira 1000 Orang Yang Hadir)
Ust. Abd Karim berpendapat bahawa PRU-13 semakin hampir, apabila berbagai acara sedang dipertonton dan dipergiatkan oleh parti BN untuk mendekati pengundi-pengundi di setiap pelusuk Kampung untuk meraih undi supaya kemenangan terus berpihak kepada BN. Beliau menasihatkan kepada semua hadirin yang merupakan sebilangan besar pengundi-pengundi di Kg. Air Ganda, supaya bertindak santun kepada musuh politik BN yang semakin hari semakin rakus menggunakan wang rakyat untuk mencapai hasrat supaya terus berkuasa, beliau berpesan, sekiranya ada pemberian Hamper untuk meraih undi pada PRU-13 nanti, atau kononnya sebarang bantuan kepada masyarakat di Kg. Air Ganda maka, terimalah dengan baik sumbangan tersebut, tetapi jangan sekali-kali memberi undi kepada BN, hanya itulah saja cara supaya menjadi satu tamparan hebat atau sebagai suatu pengajaran kepada BN yang selama ini tidak mahu berubah. Kerana setiap undi yang diberikan kepada BN akan menjadi sokongan yang akan membawa rebah kepada generasi anak-anak muda akan datang

(Sebahagian Aggota Petugas Jab, Amal Malaysia Kaw. Lenggong)
Jam 09:45 malam, YDP PAS Kawasan Tuan Hj. Razman Zakaria dengan lebih jelas memberikan penerangan isu-isu semasa menggunakan tayangan video dan slide Show mengenai isu-isu yang telah dibocorkan didalam  internet melalui laman WIKILEAKS. Banyak rahsia-rahsia kerajaan telah dibocorkan oleh WIKILEAKS, dan di Malaysia WIKILEAKS telah mendedahkan beberapa kenyataan Mantan PM Singapura, Lee Kuan Yew, terhadap pentadbiran PM Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abd Razak yang sangat lemah.

Kecelaruan dalam pentadbiran kerajaan BN juga semakin ketara apabila isteri PM, Rosmah Mansur begitu ghairah bertindak menjadi seperti menteri pelajaran Malaysia dengan mengunjungi menteri-menteri pelajaran negara lain di Asia Barat. Campur tangan Rosmah Mansur didalam pentadbiran kerajaan amat membimbangkan. Ditengah-tengah kemelut kegawatan ekonomi negara dan rakyat, Rosmah mengambil kesempatan menghabiskan berjuta-juta ringgit wang negara dan rakyat setelah melantik dirinya sendiri sebagai First lady (Wanita Pertama Malaysia.)

Syarahan Tuan Hj. Razman mengenai "Buku Jingga" sememang boleh dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat seperti yang ditawarkan kepada seluruh rakyat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menduduki Putrajaya pada PRU-13 nanti berdasarkan kekayaan hasil bumi yang terdapat di Malaysia sekarang ini. Pakatan Rakyat telah mengambil langkah bijak supaya dapat menaikkan taraf ekonomi rakyat agar tidak terus dibelenggu dengan masalah kenaikan kos sara hidup selama ini.

(Katanya Pembangkang memfitnah & Perlakuan Beliau Tiada Niat)
10:45 malam- Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin menyampaikan ucapan dan disambut dengan laungan Takbir,
Dato' Seri  Nizar menjelaskan tindakan "Menteri Besar Haram",  Dato' Seri Zambry Abd Kadir, memanggil semua pegawai-pegawai jab. Agama untuk diberikan taklimat bahawa keterlibatan beliau dalam majlis menaikkan tiang seri dan tepung tawar di K.Kangsar yang pada mulanya di fatwakan Khurafat dan haram oleh mufti perak sebenarnya tidak Kurafat atau tidak Haram setelah beliau sendiri menjelaskan kepada mufti tersebut dengan alasan beliau tiada niat. Walau bagaimana sekalipun, rakyat telah menyaksikan rakaman tersebut. Zambry hanya pandai berbohong, tetapi tidak mahu mengaku kesilapan yang telah dilakukannya. Sepatutnya beliau mengakui kesilapan tersebut, mengapakah beliau sanggup menyembunyikan hal-hal yang berkaitan dengan agama hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan politik sahaja? Jika begitu, adakah kesalahan menteri merogol perlu dilepaskan kerana beliau tiada niat untuk merogol?

Perkara ini rakyat telah sedar, rakyat telah menyaksikan rakaman video ANCAK yang telah ditayangkan diseluruh pelusuk Kampung-kampung dalam bentuk VCD. Apa yang rakyat nampak sekarang ialah pembohongan demi pembohongan semakin menjadi-jadi dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO-BN samada dalam perkara  agama ataupun perkara-perkara yang melibatkan supaya UMNO-BN terus berkuasa.

Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin menggesa supaya rakyat menolak UMNO-BN pada PRU-13 akan datang dan menyeru supaya semua hadirin mendoakan kemenangan untuk PAS didalam menghadapi PRK DUN Tenang pada 30 Jan 2011 nanti. Dan menyeru supaya Jentera Pilihanraya Parti Islam SE-Malaysia Kawasan Lenggong Berkerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS pada PRU-13 dibawah kepimpinan Tuan Hj. Razman sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan, Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan