Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 21 Januari 2011

PEREBUTAN KERUSI DALAM UMNO MELEBAR KE DUN KOTA TAMPAN

(Dulu Selesa, Kini Ada Pencabar)
LENGGONG- Perebutan kerusi DUN Kota Tampan memasuki gelanggang pertarungan sesama sendiri oleh jawatankuasa UMNO Bahagian Lenggong pada masa ini walaupun kemelut perebutan kerusi Parlimen Lenggong diantara Irwan dan YB Shamsul belum selesai. Menurut maklumat terbaru yang diterima, perebutan kerusi DUN Kota Tampan yang kini disandang oleh YB Dato' Shaarani Mohamed selaku EXCO Penerangan,Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan telah dicabar oleh seorang yang agak berwibawa, kata seorang ahli UMNO Bahagian Lenggong.

Menurut maklumat yang diterima, 'pencabar' YB Dato' Saarani (nama beliau dirahsiakan buat masa ini) sebenarnya merupakan orang yang paling rapat dengan beliau. Sebelum ini, 'pencabarnya' banyak mendapat 'kontrak' dari YB Saarani dan masih berkhidmat dengan 'kementerian pendidikan.'

(Ahli UMNO Sendiri Tidak Setuju Dengan YB)
Sumber yang diterima telah menjelaskan, perebutan kerusi DUN Kota Tampan tersebut telah mendapat perhatian serius daripada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abd Kadir, setelah 'pencabarnya' membuat aduan terus kepada Menteri Besar tentang pencapaian KPI YB Dato' Saarani Mohamed yang merudum teruk di DUN Kota Tampan, apabila gagal mendampingi masyarakat di Daerah Lenggong.

(Kemelut Peserta Felcra Gagal Diselesaikan)
Banyak rungutan yang dibuat oleh ahli dan penyokong UMNO cawangan mengenai YB Saarani yang sering mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai Wakil Rakyat di Daerah ini, jawatan EXCO beliau tidak dimanfaatkan sebaik mungkin untuk pembangunan, kemajuan ekonomi penduduk Kampung-kampung di daerah Lenggong, kelibat beliau tidak kelihatan sejak sekian lama, tetapi hanya akan muncul apabila tibanya Pilihanraya bagi meraih undi. Masyarakat daerah  Lenggong telah muak dengan tindak-tanduk YB Saarani selama ini yang telah gagal menyelesaikan masalah jalan, air, kemelut peserta Felcra dan pembasmian kemiskinan masyarakat penduduk di daerah Lenggong.
 
(Penduduk Kg. Chepor membaiki sendiri jalan yang Rosak)
Perebutan kerusi DUN Kota Tampan diantara kedua-dua belah pihak ini, telah mencetuskan kontroversi sehingga mengheret campurtangan MB Perak bagi mencari jalan penyelesaiannya, namun setakat ini masih lagi belum ada tanda-tanda kesudahan perebutan kerusi yang telah berlaku.

Pemberi maklumat melahirkan rasa kesal kepada penulis, kerana perebutan kerusi DUN Kota Tampan ini akan melebarkan lagi perpecahan dalaman UMNO Bahagian Lenggong, seperti yang telah berlaku kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lenggong yang sedang berperang dengan Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Shamsul Annuar, bagi merebut pencalonan kerusi Ahli Parlimen pada PRU-13 nanti.

13 ulasan:

  1. Jangan lupa Dato' Saarani jenguk-jenguk la orang Lubok Kawah . Jangan nak asyik bagi tumpuan kampung Dato' aja di Raban . Kalau tak alamat bungkusla dato' PRU 13

    BalasPadam
  2. Dengar cerita pencabar YB Saarani dah berjaya ambil alih jawapan YDP PIBG sebuah sekolah dalam DUN Kota Tampan. Tak kenang budi pencabar tu ye...dalam diam2 YB Beri bantuan kat sekolah melalui dia pastu nak tikam cabar dato' balik....YB buat sesuatu sebelum terlambat!

    BalasPadam
  3. Dah sampai masanya Dato' Saarani berundur!Dato' sejak jadi exco banyak sombong taknak lawat rumah ke rumah. lawat kampung Raban je. hidup Cikgu Mad!Undur Saarani undur!Cikgu Mad akan bela nasib kami!Dato banyak bagi bantuan sekolah kat sekolah yang Dato' jadi YDP PIBG aja. Mana peruntukan sekolah lain !Ini tidak adil!

    BalasPadam
  4. Cikgu Mad ada degree...YB Saarani?Panggang jauh dari api...macam mana nak lawan Hj Razman ada master?!Cikgu Mad lebih setara untuk lawan PAS !

    BalasPadam
  5. Dah lama dah pendek ni jadi YB... Mengutuk orang pandai la... Bagi la kt orang lain pulak... Becakap dia la pandai, macam dah tak de orang umno lain dah yang pandai.... Woi pendek!!! blah la... Aku orang umno pun nyampah tgk dia ni...

    BalasPadam
  6. Ramai peserta Felcra tidak berpuashati dengan YB, sepatutnya Jawatan EXCO Perladangan boleh membantu siasatan penyelewengan Felcra, dan dapat menaikkan kadar dividen peserta-peserta Felcra. Tapi, langsung tak boleh diharap..... harap Dato Saarani arahkan pejabat Felcra Wilayah siasat penyelewengan pejabat timbang hasil sawit diladang. Banyak penyelewengan berlaku, tolong siasat segera melalui pengurus Felcra Gugusan Chepor.

    BalasPadam
  7. YB Dato' Saarani tak pernah nampak di Lenggong. Jadi, mana dia nak tahu, pengurus Felcra kan ada, suruh lah dia uruskan pegawai-pegawai dia.

    BalasPadam
  8. Semuanya pegawai-pegawai Felcra dah jadi tali barut UMngok...... sekongkol dengan YB. Ramai pegawi-pegawai Felcra dok berkeliaran di pekan Lenggong je, bukan dok masuk ladang pun. Kalau ada pegawai yang lurus, maka tak lama la hayat kerja dengan Felcra di Lenggong. Kalau tak caya, tengok la nanti dekat-dekat pilihanraya. Macam-macam program Felcra anjurkan Untuk angkat YB UMNgok.

    BalasPadam
  9. Dengar cerita cikgu Mad zaman Nizar MB pun dapat tender balak!zaman Tajol MB dapat balak!jaga2 YB Saarani Cikgu Mad ni rapat ngan orang PAS!!!!Kami akar umbi UMNO Lenggong dapat hidu awal ...bertindak sebelum terlambat!!!!!!!

    BalasPadam
  10. Dapat berita semasa rampasan kuasa BN dari kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak lalu, Ada pihak yang terlibat menjatuhkan kerajaan PR melalui kerajaan Pusat, mahu meletakkan YB Saarani sebagai Menteri Besar Perak. Alih-alih,Zambry Kadir yang naik jadi MB.

    BalasPadam
  11. Minta bongkar syarikat teksi yang dimiliki oleh YB ni. Ada Teman saya kata dia tahu.......

    BalasPadam
  12. Saya kenal lama dgn yb saarani..
    Dia sentiasa merancang utk kemajuan kota tampan,lenggong dan negeri perak..
    dia akan cuba bahagikan masa utk turun padang jumpa rakyat..
    Undilah barisan nasional utk yb saarani pada PRU13..
    Yb akan bertanding smpai dia dpt capai kemajuan utk negeri perak.dia bukan lah gila kuasa

    BalasPadam
  13. dh la sombong..pendek lak tu

    BalasPadam