Sewa Homestay Lenggong
Saham Akhirat
Isnin, 31 Januari 2011
SEMBANG-SEMBANG BERSAMA PIMPINAN DAP LENGGONG
Pertemuan yang penuh bermakna ini di adakan di gerai berhadapan Simpang Kuala Kenering (Rancangan Merah) di atur oleh Pengarah MTD Dun Kenering. Pertemuan ini selain dari menambah erat hubungan, pelbagai perbincangan khususnya gerak kerja pilihanraya Jentera Pakatan Rakyat Lenggong. Mudah - mudahan segala apa yang dirancangkan berjaya diterjemahkan.
Selasa, 25 Januari 2011
PEMIMPIN UMNO-BN MERATAH, PESERTA FELCRA MAKAN KUAH.
LENGGONG- Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kelibat Dato' Saarani begitu ligat menampilkan diri menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin di Kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Tampan dalam Program Bantuan Rumah (PBR) dan di Wakill Rakyat seluruh Negeri Perak juga tidak ketinggalan menyampaikan bantuan yang sama. Ternyata UMNO telah menggunakan wang Felcra untuk kepentingan politik BN kerana program ini dilaksanakan oleh kerajaan BN dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sedangkan modalnya dikeluarkan oleh FELCRA sebagai agensi pelaksana bagi program itu.
Dari manakah jumlah RM21 juta untuk PBR diseluruh negeri ini diperolehi? Kenapa bukan agensi kerajaan lain yang menjadi badan pelaksana program tersebut? Atau serahkan sahaja kepada RISDA sebagai badan pelaksana Program Bantuan Rumah tersebut? Mengapa Felcra yang dipertanggunngjawabkan? Mengapa pendapatan kadar dividen peserta-peserta Felcra masih terlalu rendah?
Kalau nak beri bantuan, berilah juga kepada tuan tanah atau peserta-peserta dulu, jangan jadikan Felcra sebagai hak UMNO-BN. Konon nak tunjuk kerajaan baik, tetapi tidak peduli dengan pemilik tanah yang masih lagi berada dibawah paras kemiskinan. Keluarkan dulu peserta-peserta Felcra dari belenggu kemiskinan.
Tuan tanah beri tanah kepada Felcra untuk diusahakan, supaya apabila hasilnya dapat keuntungan maka, tuan tanah dapatlah rasa peningkatan taraf ekonomi mereka. Tetapi malangnya, jumlah hasil yang diterima oleh tuan tanah tidak setimpal jika dibandingkan dengan hasil yang diperolehi penerima-penerima bantuan PPRT, PBR, bantuan bulanan,dsb. Jadi, dimanakah Misi dan Visi Felcra yang telah digariskan kepada peserta-peserta Felcra untuk meningkatkan taraf hidup mereka selama ini?
Dato' Saarani memandang beban kemiskinan yang ditanggung oleh rakyat kerana masalah sikap masyarakat yang "malas" berusaha, tetapi tidak melihat kegagalan pemimpin-pemimpin UMNO menaikkan taraf hidup rakyat yang terang-terangan dilihat menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa, Kalau Ahli Parlimen gunakan wang Felcra untuk dapatkan "Lembu Korban" maka peserta-peserta Felcra duhulu yang berkorban atau terkorban. (Bukan wakil rakyat yang berkorban beli LEMBU KORBAN tetapi, peserta FELCRA DIKORBANKAN supaya Ahli Parlimen Lenggong dapat 5 ekor LEMBU KORBAN) - Teruk sungguh pemimpin UMNO buat kerja, harta banyak kerana sikap rajin mereka...... Jadi berilah daging lembu korban "Sekati Dua" kepada rakyat miskin yang mempunyai sikap malas berusaha........(Begitu ke Dato' Shaarani???) Yang ini, Ahli Parlimen Lenggong dan ADUN Kota Tampan kenalah jawab dengan segera......
Disini, jelaslah kepada rakyat bahawa Felcra dijadikan satu agensi untuk menyambung survival politik UMNO oleh kerajaan BN setelah pemilihan untuk mendapat sebarang bantuan yang disalurkan melalui Felcra diambil daripada cadangan atau maklumat yang dikemukakan oleh wakil rakyat, penghulu dan ketua Kampung menurut kenyataan Dato' Saarani.
Rakyat diseluruh pelusuk kampung dikawasan Lenggong dan di Pasir Salak, telahpun memahami apa yang sebenarnya berlaku didalam agensi Felcra mengenai penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN menerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) yang di Pengerusikan oleh Tuan Hj. Razman Zakaria.
Jumaat, 21 Januari 2011
PEREBUTAN KERUSI DALAM UMNO MELEBAR KE DUN KOTA TAMPAN
(Dulu Selesa, Kini Ada Pencabar) |
Menurut maklumat yang diterima, 'pencabar' YB Dato' Saarani (nama beliau dirahsiakan buat masa ini) sebenarnya merupakan orang yang paling rapat dengan beliau. Sebelum ini, 'pencabarnya' banyak mendapat 'kontrak' dari YB Saarani dan masih berkhidmat dengan 'kementerian pendidikan.'
(Ahli UMNO Sendiri Tidak Setuju Dengan YB) |
(Kemelut Peserta Felcra Gagal Diselesaikan) |
(Penduduk Kg. Chepor membaiki sendiri jalan yang Rosak) |
Pemberi maklumat melahirkan rasa kesal kepada penulis, kerana perebutan kerusi DUN Kota Tampan ini akan melebarkan lagi perpecahan dalaman UMNO Bahagian Lenggong, seperti yang telah berlaku kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lenggong yang sedang berperang dengan Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Shamsul Annuar, bagi merebut pencalonan kerusi Ahli Parlimen pada PRU-13 nanti.
Khamis, 20 Januari 2011
SEHARI BERSAMA DS NIZAR JAMALUDDIN MEMBANGKITKAN SEMANGAT JENTERA PRU-13.
(Syarahan Ketua Dewan Pemuda PAS Lenggong Berkobar-kobar) |
Program bermula pada jam 5:00 petang dalam sesi taklimat khas Dewan Muslimat PAS Kawasan di Markas PAS Banggol Belimbing dimulakan dengan ucapan Aluan oleh YDP PAS Kawasan Lenggong, Tuan Hj. Razman Zakaria, dihadapan semua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan-cawangan.
(Tn. Hj, Raman Zakaria -Membawa Pembaharuan ) |
(Pemimpin Berkarisma - Di Kagumi Rakyat) |
(Setelah Menjamu Selera Selepas Ceramah) |
(Sebahagian Daripada Kira-kira 1000 Orang Yang Hadir) |
(Sebahagian Aggota Petugas Jab, Amal Malaysia Kaw. Lenggong) |
Kecelaruan dalam pentadbiran kerajaan BN juga semakin ketara apabila isteri PM, Rosmah Mansur begitu ghairah bertindak menjadi seperti menteri pelajaran Malaysia dengan mengunjungi menteri-menteri pelajaran negara lain di Asia Barat. Campur tangan Rosmah Mansur didalam pentadbiran kerajaan amat membimbangkan. Ditengah-tengah kemelut kegawatan ekonomi negara dan rakyat, Rosmah mengambil kesempatan menghabiskan berjuta-juta ringgit wang negara dan rakyat setelah melantik dirinya sendiri sebagai First lady (Wanita Pertama Malaysia.)
Syarahan Tuan Hj. Razman mengenai "Buku Jingga" sememang boleh dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat seperti yang ditawarkan kepada seluruh rakyat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menduduki Putrajaya pada PRU-13 nanti berdasarkan kekayaan hasil bumi yang terdapat di Malaysia sekarang ini. Pakatan Rakyat telah mengambil langkah bijak supaya dapat menaikkan taraf ekonomi rakyat agar tidak terus dibelenggu dengan masalah kenaikan kos sara hidup selama ini.
(Katanya Pembangkang memfitnah & Perlakuan Beliau Tiada Niat) |
Dato' Seri Nizar menjelaskan tindakan "Menteri Besar Haram", Dato' Seri Zambry Abd Kadir, memanggil semua pegawai-pegawai jab. Agama untuk diberikan taklimat bahawa keterlibatan beliau dalam majlis menaikkan tiang seri dan tepung tawar di K.Kangsar yang pada mulanya di fatwakan Khurafat dan haram oleh mufti perak sebenarnya tidak Kurafat atau tidak Haram setelah beliau sendiri menjelaskan kepada mufti tersebut dengan alasan beliau tiada niat. Walau bagaimana sekalipun, rakyat telah menyaksikan rakaman tersebut. Zambry hanya pandai berbohong, tetapi tidak mahu mengaku kesilapan yang telah dilakukannya. Sepatutnya beliau mengakui kesilapan tersebut, mengapakah beliau sanggup menyembunyikan hal-hal yang berkaitan dengan agama hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan politik sahaja? Jika begitu, adakah kesalahan menteri merogol perlu dilepaskan kerana beliau tiada niat untuk merogol?
Perkara ini rakyat telah sedar, rakyat telah menyaksikan rakaman video ANCAK yang telah ditayangkan diseluruh pelusuk Kampung-kampung dalam bentuk VCD. Apa yang rakyat nampak sekarang ialah pembohongan demi pembohongan semakin menjadi-jadi dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO-BN samada dalam perkara agama ataupun perkara-perkara yang melibatkan supaya UMNO-BN terus berkuasa.
Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin menggesa supaya rakyat menolak UMNO-BN pada PRU-13 akan datang dan menyeru supaya semua hadirin mendoakan kemenangan untuk PAS didalam menghadapi PRK DUN Tenang pada 30 Jan 2011 nanti. Dan menyeru supaya Jentera Pilihanraya Parti Islam SE-Malaysia Kawasan Lenggong Berkerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS pada PRU-13 dibawah kepimpinan Tuan Hj. Razman sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan, Insya-Allah.
Isnin, 17 Januari 2011
Selepas Sekolah Mengandung, Kini Buanglah Bayi Di tempat Yang Disediakan……
Ipoh: KPJ Ipoh Specialist Hospital (KPJ-ISH) di sini mewujudkan sebuah pusat perlindungan bayi, yang pertama seumpamanya diwujudkan di hospital di negara ini, dalam usaha membendung gejala pembuangan bayi di samping mengurangkan risiko kematian bayi yang baru lahir.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Nasirruddin Harun berkata pusat itu ditubuhkan bagi menyediakan tempat jagaan terbaik kepada bayi malang serta yang tidak diingini oleh keluarga mereka.
"Ia ditubuhkan atas rasa tanggungjawab sosial KPJ-ISH bagi membendung gejala pembuangan bayi yang tidak berdosa ini.
Pusat ini hanya mahu menyelamatkan nyawa bayi serta memberi perlindungan sebaik-baiknya kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat berkenaan di KPJ-ISH di sini, Isnin.
Beliau berkata pusat itu dibuka 24 jam bagi membolehkan mereka yang tidak menginginkan bayi yang dilahirkan boleh meletakkannya di tempat yang disediakan dan akan dikendalikan oleh sekumpulan tenaga mahir serta perunding.
Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman turut dihadiri Pengarah Perubatan KPJ ISH Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah.
Ahmad Nasirruddin berkata KPJ-ISH tidak mempunyai kepentingan untuk mengetahui identiti ibu atau individu yang menghantar bayi ke pusat berkenaan.
Sementara itu, Hamidah berkata kerajaan negeri menyokong penuh program yang dijalankan KPJ ISH kerana ia membantu menangani masalah pembuangan bayi di negeri ini.
Bagaimanapun katanya kewujudan pusat itu bukan penyelesaian kepada masalah pembungan bayi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi kesedaran di kalangan pihak berkaitan bagi menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.
"Sebelum ini ada beberapa kes membabitkan kematian bayi berikutan dibuang di tempat berbahaya.
Jadi kewujudan pusat perlindungan itu dapat dijadikan satu alternatif bagi menangani masalah itu," katanya. - BERNAMA
Rabu, 12 Januari 2011
11/1/2011 - ZIARAH UST. MISBAHUL MUNIR DI HOSPITAL IPOH
Dalam perjalanan pulang dari Kelang ke Lenggong, YDP sempat singgah di Hospital Besar Ipoh untuk menziarahi Ustaz Misbahul Munir yang tercedera akibat kemalanghan bersama keluarganya dari Kuala Lumpur. Ustaz Misbahul Munir adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak. Turut bersama menziarahi adalah YB Zainuddin, Sdr Amran Harun, Khalilul Samad. Doa kami panjatkan supaya Ust Misbah dapat sembuh dengan segera.
9/1/2011 - MESYUARAT AJK LAJNAH TANAH & PEMBANGUNAN WILAYAH PAS PUSAT
YDP menghadiri mesyuarat AJK LTPW di tingkat 4 Pejabat Agong PAS Pusat di Jalan Raja Laut. Beliau juga adalah pengerusi LTPW PAS Perak. Banyak aktiviti dan perancangan telah di atur di seluruh Malaysia oleh Lajnah ini dan antara yang terdekat iaitu Himpunan Peneroka Felda di Kelantan dan Himpunan Rakyat Serawak & Sabah
Selesai sahaja mesyuarat, rombongan AJK LTPW ini bergerak ke Lembah Pantai kerana memenuhi jemputan PAS Kawasan Lembah Pantai yang telah mengatur program ceramah dan pertemuan dengan pelajar-pelajar UM. Kesempatan ini juga digunakan oleh Hj Razman & Mazlan Aliman untuk menerangkan kepentingan serta fungsi LTPW ini.
8/1/2011 - CERAMAH UMUM DI SUNGAI SIPUT (U)
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, YDP sempat lagi menerima undangan sebagai penceramah di Kg TalangTrosor di Sg Siput. Penceramah yang bersama -sama beliau adalah Sdr. Amran Harun (PA DS Nizar) dan YB Khalil Idham Lim. Kira-kira 200 orang yang hadir pada malam itu khusysuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Hj Razman dengan menggungakan slide show berkenaan isu semasa dan isu - isu Felcra.
5/1/2011 - CERAMAH KELOMPOK DI CAWANGAN AIR PANAS
YDP serta rombongan menerima jemputan untuk mengadakan ceramah kelompok di Caw. Air Panas, Grik. Rombongan tiba di Air Panas sekitar jam 8.30 mlm dan besembahyang Isyak di Masjid Air Panas. Ceramah diadakan di rumah salah seorang jemaah dan dihadiri kira-kira 60 orang dan 20 orang yang baru menyertai Parti PAS. Tahniah buat Cawangan Air Panas.
Isnin, 10 Januari 2011
TERIMA KASIH KERAJAAN: Tiada Lagi Bantuan Kepada Murid-Murid Sekolah
(Bukti surat makluman) |
Lenggong- "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" apabila ibubapa pelajar-pelajar disekitar daerah Lenggong, Perak menyatakan rasa tidak puas hati terhadap makluman surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah mengenai penarikan bantuan (KWAMP), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan kelas Baucer Tuisyen (SBT) pada tahun 2011.
Difahamkan bahawa terdapat juga kesemua murid-murid sekolah ini tidak layak lagi untuk menerima semua bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), termasuk bantuan Rancangan Makanan Tambahan dan Kelas Baucer Tuisyen (SBT).
Menurut maklumat, surat yang dikeluarkan itu juga menjelaskan bahawa pihak Sekolah dan Pejabat Pelajaran tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan murid yang layak untuk mendapat sebarang bantuan persekolahan. Sekiranya senarai murid yang layak mendapat bantuan ia adalah ditentukan sendiri oleh pihak ICU-(Sebuah badan dibawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.)
Disini penulis turut melahirkan rasa dukacita dan perihatin terhadap tanggungan ibubapa yang semakin berat untuk menyediakan bekalan makanan dari rumah atau wang perbelanjaan harian yang secukupnya kepada kepada anak-anak atau jagaan masing-masing setiap hari untuk meneruskan persekolahan. Yang mana, boleh dianggarkan kesemua penduduk kampung-kampung di daerah Lenggong masih lagi berada pada tahap pendapatan RM1000.00 sebulan kebawah atau dikategorikan sebagai penduduk miskin.
(Gambar ini sekadar hiasan) |
Bagaimanakah keputusan memberhentikan bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta Kelas Baucer Tuisyen kepada murid-murid miskin ini terjadi?...
Berbagai persoalan timbul apabila bantuan ini tidak layak lagi diberikan kepada semua murid-murid Sekolah pada tahun ini. Bagaimanakah keputusan tersebut di nilai???... Adakah ketua Kampung atau Penghulu atau ADUN ataupun Ahli Parlimen telah pasti dan yakin bahawa kesemua penduduk-penduduk kampung di daerah Lenggong kini telahpun terkeluar daripada senarai penduduk rakyat termiskin di negeri Perak sehingga terdapat di beberapa buah Sekolah tiada seorang pun pelajar yang layak untuk menerima bantuan tersebut???....
(Gambar ini sekadar hiasan) |
Amat malang jika kesemua bantuan ini tidak layak diberikan kepada murid-murid luar bandar,sepatutnya pelajar luar bandar lebih layak menerimanya atau didahulukan supaya mereka dapat mengecapi kemajuan negara setelah lebih 50 tahun negara Merdeka. Pelajar yang tinggal dibandar sangat mudah mendapatkan kelas-kelas tambahan, sedangkan pelajar yang tinggal di sekitar pekan kecil Lenggong selama ini sangat jauh ketinggalan atau terkebelakang.
Ataupun mungkin akan berlaku sesuatu yang lebih mencurigakan apabila keputusan layak atau tidak pelajar mendapat bantuan ini hanya ditentukan sendiri oleh pihak ICU iaitu sebuah badan dibawah Jabatan Perdana Menteri melalui e-kasih.
(Gambar ini sekadar hiasan) |
Jika benar kerajaan mahu tolong rakyat miskin maka akan bertambah lah bilangan penerima bantuan tersebut, jika berkurangan atau tiada langsung bantuan diterima maka jelaslah pembohongan kerajaan dengan berbagai slogan yang di laung-laungkan seperti, Program Tranformasi ekonomi Negara khasnya bagi membantu rakyat keluar dari beban kemiskinan.
Penulis sedang menantikan maklumat pendaftaran e-kasih yang sedang ligat dilakukan oleh ketua-ketua kampung bersama kameranya yang berkelip-kelip di sekitar rumah-rumah penduduk mesra BN sahaja, diharapkan e-kasih tidak terus menjadi p-kasih (pilih kasih) seperti yang lazimnya terjadi.
Perlu di ingatkan supaya berlaku adil kepada semua tanpa mengambil kira latarbelakang politik ibubapa yang kesemuanya masih berada dalam kemiskinan, jangan malu menyatakannya ketika bermesyuarat bersama penghulu mukim. Terimalah kenyataan bahawa ibubapa pelajar-pelajar memerlukan bantuan persekolahan untuk masa depan anak-anak mereka, kembalikan hak yang sepatutnya mereka terima.
Jika e-kasih menjadi umpan BN pada pilihanraya yang semakin hampir, rakyat sudah cerdik dan tidak mahu lagi tertipu seperti janji BN pada pilihanraya yang lalu....... Kononnya yuran di mansuhkan, tetapi rakyat kena bayar bermacam-macam bayaran yang sangat mengelirukan....... Nantikan selepas ini keputusannya e-kasih atau p-kasih (pilih kasih)..........
Adakah dengan logo begini atau cara demikian kerajaan dapat membantu rakyat?????
Adakah dengan logo begini atau cara demikian kerajaan dapat membantu rakyat?????
Jumaat, 7 Januari 2011
BANTUAN 'BACK TO SCHOOL' DI KAMPUNG KG. CHEPOR
(Bergambar setelah mendapat saiz yang sesuai: jom ke sekolah...!!!) |
(Bergambar bersama Ust. Haris, Pengerusi Jawatankuasa Surau Kariah Bukit Belapit Kg. Chepor.) |
Alhamdulillah, bantuan untuk meringankan bebanan kemiskinan ibubapa dan ibu tunggal pelajar-pelajar miskin meneruskan pelajaran ke sekolah telah selesai disempurnakan bagi tahun 2010 dan disambut dengan rasa syukur oleh penduduk Kampung Chepor Lenggong, Perak.
(Gembira dan bersemangat untuk ke Sekolah.) |
Seramai 20 orang pelajar di senaraikan sebagai penerima bantuan pada kali ini, begitu gembira menerima sepasang pakaian seragam sekolah bagi pelajar lelaki/perempuan dilengkapi, sepasang kasut, stoking, beg sekolah dan alatulis untuk meneruskan persekolahan di sekolah menengah dan sekolah rendah pada tahun ini.
Dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Kariah Bukit Belapit Kg. Chepor, bantuan ini disasarkan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal mempunyai bilangan anak-anak yang ramai memasuki kelas persekolahan supaya dapat meringankan tanggungan dan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa sekarang, dan Insya Allah program ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.
(Janji nak belajar bersungguh-sungguh.) |
Bantuan diberikan adalah hasil wang zakat yang telah diberikan oleh "hamba Allah" supaya disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak untuk menerimanya tanpa mengira latar belakang politik ibubapa mereka. Insya Allah, pada tahun yang akan datang bantuan ini akan diberikan pula kepada pelajar-pelajar yang belum pernah menerima bantuan sebelum ini.
Terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program bantuan 'Back to School 2010' Kampung Chepor Lenggong Perak pada kali ini.
(Senarai penerima bantuan 'BTS 2010'.) |
Rabu, 5 Januari 2011
TAHNIAH & SYABAS KEPADA PEMUDA UMNO LENGGONG
PAS Kawasan Lenggong mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pemuda UMNO Bahagian Lenggong kerana telah berjaya menganjurkan program seperti yang tertera di gambar di atas.(keratan akhbar Sinar Harian 4/1/2011). Pihak PAS Lenggong juga menyokong program seperti ini kerana ianya dapat mengumpulkan belia-belia dan mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah. Tahniah sekali lagi untuk Pemuda UMNO Lenggong khusunya untuk Sdr. Irwan selaku Ketua Pemuda.
Apa yang PAS Lenggong sedang perhatikan di dalam program ini adalah satu perkara yang tersirat disebalik kejayaan program Pemuda Umno Lenggong ini. Beberapa persoalan yang timbul juga menjadi tanda tanya masyarakat di Lenggong khususnya penyokong-penyokong UMNO. Ini antaranya :
- Tiada nama dalam berita serta gambar Ahli Parlimen Lenggong yang disiarkan di akhbar Sinar Harian yang memberi liputan secara meluas (2 muka surat) pada 4/1/2011.
- Jika dilihat sebelum ini pun kebanyakan program anjuran Pemuda UMNO Lenggong jarang dilihat kelibat beliau. Mungkinkah beliau tidak dijemput atau beliau sengaja tidak mahu terlibat dengan program Pemuda? Kalau mengikut logik dan protokol mustahil Pemuda tidak menjemput 'Boss' mereka atau 'Boss' mereka ini sedang merajuk atau ada agenda atau perkara-perkara tertentu di sebalik ketidakhadiran 'Boss' mereka ini?? Hanya mereka dan 'Boss' mereka sahaja yang tahu...
- Mungkinkah juga Pemuda UMNO Lenggong sedang berusaha untuk mempromosi jentera dikalangan mereka yang sekarang dilihat semakin berani di Lenggong ini. Dari sudut kehadiran dan sokongan untuk satu-satu program yang mereka anjurkan juga dilihat sudah mula berpihak kepada mereka dan impak ini memberi kelebihan kepada Pemuda. Adakah 'Boss' mereka ini senang dengan perkara ini?? Hanya mereka dan 'Boss' mereka yang tahu....
- Mungkinkah juga 'Boss' mereka ini sudah mula hilang popularriti di Lenggong ini? Taring dan kukunya dilihat sekarang tidak lagi digeruni, bukan sahaja dari pihak pembangkang malahan 'Anak' sendiri pun dah pandai melawan.. Perkara ini sudah lama dilihat dan dijangka akan menjadi lebih hangat dan bakal meletup di Lenggong.
Ahad, 2 Januari 2011
2/1/2011- TAKLIMAT GERAK KERJA PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN LENGGONG
Ini adalah program pertama PAS Kawasan Lenggong di awal tahun 2011 ini. Program yang memberi semangat serta memantapkan diri khususnya para pemuda kerana piliharaya semakin hampir. Kira - kira 100 orang anak muda dari seluruh Parlimen Lenggong menghadirkan diri didalam program taklimat ini yang diadakan di bilik mesyuarat Rest Hause Lenggong. Taklimat ini juga menjadi lebih bermakna dengan kehadiran YDP Pas Lenggong, Hj Razman Zakaria serta Sdr Salman Salleh, S/usaha JPN dari Ipoh. Semoga dengan segala tunjuk ajar serta ilmu-ilmu yang dicurahkan di dalam takliamt ini dapat digunakan oleh Jentera Pemuda di dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Pimpinan yang hadir untuk memberi tunjuk ajar.
Antara Pemuda yang hadir.
Sdr. Salman Salleh, wakil dari JPN Perak.
Hj Razman sedang menyampaikan taklimat menggunakan slide show,
Langgan:
Catatan (Atom)