Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 31 Ogos 2013

PENCURI PECAH MASUK DAN BAKAR RUMAH.

Ruang tamu rumah rentung di jilat api.
GERIK: Kg. Padang Kunyit - Ketika rakyat Malaysia sedang gembira menantikan kiraan menyambut hari kemerdekaan ke 56, seorang warga emas Hussin bin Hj Ahmad, 68, mendapat berita sedih setelah hampir keseluruhan rumahnya hangus terbakar di jilat api pada malam tadi.

Kebakaran berlaku pada kira-kira jam 11 malam, ketika itu beliau berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur dan bergegas pulang setelah diberitahu kejadian yang menimpa melalui panggilan telefon oleh jiran berdekatan.

Beliau hanya dapat menyaksikan hampir keseluruhan rumahnya musnah apabila tiba disini pada jam 7 pagi tadi.

Difahamkan 2 buah jentera Bomba daripada Balai Lenggong dan Gerik telah berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran yang dipercayai berlaku di bilik utama berhampiran ruang tamu daripada merebak dan memusnahkan terus keseluruhan rumah itu.

Kesan bukti yang di tinggalkan oleh pencuri.
Menurut Hussin, kebakaran berlaku ini di percayai berpunca daripada perbuatan jenayah pecah rumah, kerana terdapat kesan bukti penjenayah menceroboh masuk dengan meletakkan sebuah kerusi diatas tong untuk memanjat  dan memecah masuk melalui atap di bahagian belakang rumahnya.

Disyaki juga, penjenayah yang memecah masuk itu berbuat khianat dengan membakar rumah setelah mendapati tiada barang-barang berharga dapat diambil oleh penjenayah tersebut, ujar Hussin.

Tambah Hussin, laporan polis telah dibuat Balai Polis Gerik, untuk siasatan lanjut. Manakala kerugian akibat kebakaran ini dianggarkan melebihi RM160 ribu.



PAS Kawasan Lenggong turut bersimpati diatas musibah yang berlaku keatas mangsa dan berharap agar siasatan polis dapat dilakukan dengan segera, sekiranya telah dikenalpasti terdapat kesan bukti kejadian jenayah yang berlaku seperti ini tidak menimpa kepada mangsa-mangsa seterusnya.

PAS Kawasan juga menyeru kepada sesiapa yang ingin membantu mangsa, bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun bank CIMB: 08100000510050. (Hussin bin Ahmad).



Rabu, 28 Ogos 2013

PAS Selangkah di hadapan jadikan Lenggong Hab Pengajian Islam.

Muat turun dan sebarkan.
LENGGONG-  PAS Lenggong berada selangkah dihadapan menjadikan kawasan ini sebagai Hab pengajian Islam, setelah Insitut Latihan Kepimpinan  dan Pangkaderan Dakwah Islamiyyah (ILHAM) membuka cawangan baru di Daerah Hulu Perak. Seterusnya, membuka peluang kepada Jemaah PAS di daerah ini untuk mengikuti kursus peringkat Diploma yang di tawarkan yang akan beroperasi di Maahad Tahfiz Quran Lid Da’awah Wal Imamah kg. Luat, disini pada bulan September ini.

ILHAM menawarkan kursus pengajian 3 semeter selama 3 tahun. Manakala untuk pengajian lanjutan, boleh di sambung di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Kuliah akan diadakan sebulan sekali dan peperiksaan akan diadakan setiap 5 bulan sekali.

Sebagai langkah awal, program pertama yang ditawarkan di ILHAM Cawangan Lenggong ialah, Diploma Tasawwur Islam (DTI) seperti berikut:-

 :: Pengantar Pengajian al-Quran
:: Aqidah Islamiyyah
:: Pengantar Politik Islam
:: Pengantar Fiqh islam
:: Ekonomi Islam
:: Akhlak Islamiyyah
:: Pendidikan Islam
:: Pengantar Pengajian Hadith.

Pengambilan pelajar terhad kepada 30 orang sahaja di peringkat permulaan dan semua pelajar-pelajar yang berjaya akan bergraduasi setelah tamat pengajian untuk menerima diploma masing-masing.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus di tawarkan, sila hubungi no. telefon ini sekarang untuk mendapatkan borang kemasukan: (019-575 9843- Syakir) (013-537 8142-Juwadi) (012-344 6000-Rifaat.)

Terdahulu, ILHAM telah mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 pada 18 MAC 2013 bertempat di Dewan Dato’ Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Taman Melewar, Kuala Lumpur. Seramai 120 orang graduan telah menerima diploma masing-masing.

Sehingga kini, ILHAM juga telah berjaya membuka cawangan-cawangan di beberapa buah negeri iaitu Johor, Terengganu, Pahang Negeri Sembilan dan Perak.



Rabu, 21 Ogos 2013

SOLAT HAJAT SELAMATKAN UMAT MESIR - SYRIA - PALESTIN & JAMUAN RUMAH TERBUKA HARIRAYA EIDULFITRI PAS KAWASAN

PAS Lenggong menyeru kepada semua muslimin dan muslimat yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, supaya bersama-sama menghadiri program yang diadakan bermula jam 7 petang, di Surau Ibnu Zakaria. Dataran Luat, Lenggong pada 22 Ogos nanti.
 
Menurut YDP PAS Kawasan, tn hj Razman hj Zakaria, sebagai umat yang mengaku dirinya bersaudara sesama Islam maka, kita semua mestilah berharapan supaya kezaliman yang sedang berlaku keatas umat Islam di Mesir, Syria, Palestin dan dimana sahaja terhadap umat Islam, dapat dihentikan dengan segera.
 
Bagaimanapun, kemampuan terhad telah membataskan kita untuk membantu mereka secara meterial atau fizikal.  Namun kewajipan kita keatas saudara seagama yang dizalimi tidak bermakna berhenti begitu sahaja.
 
Oleh yang demikian, bantuan terhadap mereka akan di lakukan juga dengan mengadakan solat hajat dan munajat bagi meminta pertolongan dan bantuan Allah dengan berdoa sebagaimana telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW iaitu; doa ialah senjata bagi orang-orang mukmin.
 
Merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, tn hj Razman turut menyeru semua umat Islam tanpa mengira latarbelakang politik agar dapat bersama menyertai program ini dan berdoa untuk keselamatan umat Islam di seluruh dunia supaya terhindar daripada sebarang kezaliman dan penindasan yang keji.
 
Kesempatan menganjurkan solat hajat ini, PAS Kawasan turut mengadakan jamuan rumah terbuka Hariraya Eidulfitri pada tarikh tersebut dengan mengundang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengimamkan solat hajat yang akan bermula dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.
 
Inilah sedikit sumbangan kita untuk saudara seagama dengan kita di bumi yang sedang bergolak dan berdarah seperti yang sedang berlaku di negara umat Islam di Timur Tengah pada ketika ini. Dengan berdoa secara berjemaah, sekurang-kurangnya dapat membuktikan ikhtiar serta keupayaan kita di hadapan Allah untuk membantu mereka di dalam apa juga keadaan yang sedang saudara seagama dengan kita  alami, ujar tn hj Razman.

Sabtu, 3 Ogos 2013

MAHKAMAH TOLAK TUNTUTAN FELCRA: Sinar baru untuk peserta bebas dari cengkaman FELCRA.


LENGGONG- 1 Ogos: Mahkamah Majistret Lenggong hari ini menolak dengan kos tuntutan berkenaan saman kos pembangunan oleh Felcra Bhd terhadap Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa), Razman Zakaria. 

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak telah disaman oleh Felcra Bhd selaku wakil diri kepada arwah bapanya, Zakaria bin Awang Kechik dan ibunya, Naimah binti Ahmad.

Selain itu, mahkamah juga turut membenarkan tuntutan balas Razman dan ibunya terhadap Felcra berkenaan wang tabung tanam semula yang tidak dikembalikan oleh Felcra.

Turut dibenarkan adalah tuntutan balas untuk ganti rugi berkenaan tindakan Felcra yg telah mengambil hasil di tanah milik bapa dan ibu Razman dari tarikh 1 Januari 2011 hingga 30 April 2011 tanpa kebenaran pada kadar satu tan per-ekar mengikut harga Malaysian Palm Oil Board (MPOB) pada masa berkenaan.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Majistret, Akhiruddin @ Boy bin Acho tidak memberikan butiran alasan penghakiman namun beliau menyatakan ianya akan dikeluarkan kelak.

Peguam mewakili Razman, Mohamad Zamri Ibrahim ketika dihubungi berkata, di antara hujah defendan iaitu Razman dan ibunya ialah perjanjian oleh Felcra adalah tidak sah kerana tiada kepastian berhubung tempoh masa perjanjian, cara pembayaran serta amaun hutang yang perlu dijelaskan oleh defendan."Ianya adalah bertentangan dengan seksyen 30 Akta Kontrak 1950.

"Defendan juga membawa pembelaan had masa iaitu tindakan Felcra menuntut terhadap Defendan adalah diluar dari tempoh masa yang dibenarkan oleh undang-undang."Ia mengambil kira tempoh perjanjian adalah 15 tahun dan berdasarkan terma perjanjian, ianya bermula 1 Januari 1988 dan tamat mulai 01 Januari 2004," jelasnya.

Berkenaan tuntutan balas defendan, beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Perak menjelaskan, hujah yang dibuat oleh defendan ialah wang tabung tanam semula adalah milik defendan. Katanya, oleh yang demikian, ianya perlu dikembalikan kepada defendan dan Felcra tidak boleh memotong wang tersebut untuk tujuan selain penanaman semula kelapa sawit.

Ketika ditanya berkenaan ganti rugi terhadap tindakan Felcra mengambil hasil tanah defendan, pihak defendan telah menghujahkan bahawa hasil di sepanjang tempoh tersebut adalah milik defendan dan perlu dikembalikan oleh Felcra.

Dalam pada itu, Razman ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang telah dibuat oleh majistret itu.Katanya, perjuangan beliau bersama ibu dan arwah bapanya itu akhirnya menghasilkan kejayaan kepada mereka.

"Inilah harapan baru kepada peserta Felcra untuk membebaskan daripada cengkaman Felcra."Saya menyeru kepada peserta Felcra agar mendesak pihak felcra mengembalikan hak mereka khususnya kepada perjanjian yg telah melebihi 15 tahun.

"Mereka juga wajar menyemak kos pengurusan berlebihan yang tidak sepatutnya dikenakan kepada peserta," jelasnya lagi.

Rabu, 26 Jun 2013

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ABANG KETUA URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN LENGGONG.

(Tn Hj Razman Hj Zakaria Mengimamkan Solat Jenazah Allahyarham Rashidi Idris di Masjid Kg. Sawa.)
LENGGONG: 26 Jun - Al Fatihah.... Abang kepada Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Lenggong, Ustaz Hanapiah bin Idris, iaitu, Allahyarham Rashidi bin Idris, Kembali ke Rahmatullah pada kira-kira jam 3 petang tadi di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.

Urusan pengurusan jenazah telah diuruskan oleh pihak Hospital, manakala jenazah telah dibawa balik untuk di semadikan di tempat kelahirannya di kg.Sawa, Gerik.

Semua jemaah di jemput hadir beramai-ramai ke masjid kg.Sawa pada malam ini untuk solat jenazah yang akan dilakukan selepas solat Isyak nanti.

Bagi pihak ahli jawatankuasa PAS Kawasan, saya merakamkan ucapan takziah di atas pemergian kekanda Ust Hanapiah dan mengharapkan semua ahli keluarga Allahyarham bersabar di atas pemergiannya.






Selasa, 25 Jun 2013

WAKIL RAKYAT LEPAS TANGAN: 'Rakyat Sudah Hilang Kepercayaan.'

Sebelum PRU 13 Berbagai Janji Ditabur. 
Rakyat Lenggong mahukan penjelasan daripada Wakil Rakyat berkaitan beberapa isu utama yang masih tidak nampak halatuju dan jalan penyelesaiannya kepada penduduk-penduduk yang berhadapan dengan masalah ekonomi akibat daripada kegagalan melaksanakan projek-projek yang tidak mengikut perancangan  jadual sepertimana yang  telah ditetapkan dan tiada sebarang pemantauan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Masyarakat penduduk di beberapa buah kampung di kawasan parlimen Lenggong masih menantikan tindakan yang sepatutnya diambil dengan segera oleh pihak berwajib selepas mereka memberikan kepercayaan kepada semua wakil rakyat Umno yang dipilih pada PRU 13 yang lalu, untuk menerajui pentadbiran kerajaan dan seterusnya menyelesaikan isu-isu yang menyentuh terus berkaitan perancangan ekonomi masyarakat penduduk kampung yang mengalami berbagai kesukaran.

Menteri@YB: Belanja Minum Kopi dan Roti Canai, Sesiapa Pun Boleh....
Rungutan daripada peserta rancangan tanam semula berkelompok (RISDA) di kg. Luat dan Chepor berkenaan projek itu, seakan-akan tidak mendapat sebarang perhatian daripada pimpinan Wakil Rakyat disini.

Masalah ini sepatutnya diambil berat dan hendaklah diberi perhatian dengan kadar segera kerana, apabila projek dilaksanakan itu tergendala, hasil yang akan diperolehi daripada tanaman itu juga akan melambatkan proses pendapatan kepada penduduk kampung yang bergantung dengan hasil getah tersebut untuk menyara hidup dan keluarga.

Menurut seorang peserta projek, peruntukan daripada (RISDA) dan perlaksanaannya tidak dilaksanakan dengan baik menurut SOP (Standard Operation Procedure) yang ditetapkan.

Bagi peserta projek, apa yang mereka mahukan ialah, tanaman getah mereka berjaya diusahakan mengikut  Spesifikasi seperti yang telah ditetapkan. Terpulanglah samada projek ini di tender kepada sesiapa sahaja yang berkemampuan melaksanakannya.

Pagar Elektrik Rosak dan Runtuh Tiada Sebarang Penyelenggaran.
Sekiranya projek ini tergendala selama beberapa tahun maka, pendapatan ekonomi peserta juga akan turut terjejas akibat daripada kegagalan melaksanakan projek yang telah menelan belanja besar itu.

Adakah pihak yang berwajib hanya memandang perkara ini sebagai sesuatu perkara yang remeh sahaja? Sedangkan untuk mendapatkan hasil daripada tanaman getah ini, peserta terpaksa menunggu selama 8-10 tahun untuk mendapatkan hasilnya. Jika projek ini tergendala dan terbengkalai selama 3-4 tahun, maka peserta terpaksalah menunggu sehingga 11-14 tahun untuk menerima hasil pendapatan ekonomi daripada projek tanaman semula ini.

Musuh Tanaman Masuk Kekawasan Projek Merosakkan Pagar Letrik.
Manakala musuh tanaman juga merupakan masalah utama kepada projek ini. Ianya bermula apabila projek pagar elektrik melindungi tanaman daripada musuh seperti gajah dan kerbau di Kg. Chepor, Luat, Beng dan Bukit sapi yang menelan kos sebanyak RM2.5 juta telah menjadi projek sia-sia setelah pagar letrik itu terbiar rosak dan tidak lagi berfungsi melindungi tanaman hampir setahun lalu hingga ke hari ini tanpa sebarang penyelenggaraan.

Apakah pihak-pihak bertanggungjawab boleh terus menutup mata sahaja, atau tidak melihat dan menyedari apa yang sudah berlaku dan memikirkan apa yang akan terjadi kepada pendapatan ekonomi penduduk kampung bagi jangkamasa panjang???

Projek Pembinaan Jambatan Banjir Tampan Air Berhenti Begitu Sahaja.
Sementara itu, di Kg. Tampan Air, dan Lubuk Kawah, punca pendapatan penduduk yang bergantung pendapatan seperti berniaga gerai makan, kedai runcit jualan ikan air tawar mengalami kerugian besar kerana  kegagalan projek pembinaan jambatan yang kononnya menyebabkan banjir melanda Lenggong setiap kali hujan lebat.

Bertahun-tahun projek membina jambatan yang menghubungkan jalan dari MRSM ke Kota Tampan itu ditutup untuk sebarang laluan yang akhirnya berhenti begitu sahaja tanpa di ketahui puncanya. Sedangkan peruntuka kos pembinaannya telahnpu di keluar berjuta-juta ringgit.

Penutupan Jalan Ini Menyebabkan Peniaga Juga Menutup Perniagaan.
Projek yang terbengkalai ini mengakibatkan seorang pengusaha gerai makanan terpaksa menutup perniagaannya kerana ketiadaan pelanggan melalui jalan tersebut dan menghadapi masalah pendapatan ekonomi disepanjang projek ini dimulakan sehinggalah ianya dibiarkan terbengkalai begitu sahaja.

Bagi pihak-pihak yang berwajib, siapakah yang lebih bertanggungjawab untuk melihat masalah yang sedang menimpa masyarakat penduduk yang kini menghadapi berbagai kesukaran akibat daripada projek yang tidak beroperasi menurut syarat-syarat ditetapkan oleh kerajaan???

Adakah masalah rakyat seperti ini tidak terpikul di atas bahu Yang Berhormat yang kononnya, merekalah yang terbaik untuk menjaga kebajikan-kebajikan masyarakat setelah mereka diberi amanah sebagai WAKIL RAKYAT..???

Pembohongan Wakil Rakyat UMNO Kononnya, mereka mempertahankan Hak Orang Melayu: ::KLIK & LIHAT DISINI:: YB dah seleweng Perjanjian pengambilan tanah saudara-mara sendiri dengan cara yang mungkar.

Apa perlunya Projek bangunan Pejabat RELA, Trek Moto-Cross, Padang badminton disegerakan  di Kg. Luat, berbanding kepentingan ekonomi rakyat yang menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga tidak di dahulukan oleh Pemimpin dan Wakil  Rakyat di Parlimen Lenggong ini....???

Bagaimana pula seorang Ahli Parlimen hanya nampak keuntungan membina Chalet untuk kepentingan peribadi lebih di utamakan daripada tidak langsung melihat keperitan dan kesusahan yang di alami oleh rakyat disebabkan pembangunan dan kemajuan yang tidak memberi manfaat terus kepada rakyat untuk menaik taraf punca pendapatan ekonomi masyarakat kampung.

Wakil rakyat seumpama turunlah tengo-tengokkan masalah masyarakat,.... bukan masa pilihanraya sahaja datang bagi anak pokok nangka madu.

Belajar-belajarlah tunaikan amanah baru untuk penggal kedua ni disamping meng-qada' semula amanah yang tidak tertunai di penggal pertama yang sudah berlalu....

Penduduk Dikampung Pengkalan Ikan Kuak Menyatakan Masalah Mereka.
Di Kg. Pengkalan Ikan, Kuak. Penduduk sedang merungut sampai bila mereka semuanya harus tinggal dia tas tanah TOL...??? Dan sampai bila masalah ini akan selesai...???

Tolonglah orang melayu dapatkan tanah hak milik untuk mereka, jangan dok galak tebang balak, teroka tanah baru dan dok Faraid sesama kroni serta serah kepada syarikat-syarikat je tanah-tanah Anak Perak ni...

Ingatlah.... "When We Stop Learning. We Stop Leading." - "Bila Kita Berhenti Belajar. Kita Berhenti Memimpin."

Kita semua akan di pertanggung jawabkan.....






















Sabtu, 22 Jun 2013

LEMBU DAN KERBAU ANCAM NYAWA PENGGUNA JALANRAYA


LENGGONG: 21 Jun 2013- Dua kemalangan berasingan melibatkan kenderaan kereta dan motosikal berlaku lagi disini malam tadi.

Dalam kejadian pertama jam 9.30 malam, di Kota Tampan. Seorang pemandu kereta ,Saad @ Jali bin Hassan, 48, berasal dari kg. Pulau Ceri, melanggar sekumpulan kerbau yang berkeliaran dijalan Luat-Lenggong yang gelap dan hampir meragut nyawanya apabila mengalami kecederaan teruk di kepala.

Lebih teruk, mangsa terpaksa menunggu lebih 45 minit untuk dibawa ke hospital oleh orang awam kerana kekurangan Ambulan untuk mengambil mangsa untuk di bawa ke pusat rawatan kecemasan.

Makluman kekurangan Ambulan disini, di ketahui setelah orang awam (yang tidak Mahu dikenali) membuat panggilan kecemasan untuk melaporkan kemalangan menerima maklumbalas mengatakan, hanya terdapat sebuah Ambulan sahaja sedang beroperasi menyelamatkan mangsa kemalangan di kg.Beng, berdekatan tempat kejadian.

Ketika kejadian, Saad terkejut melihat kawanan kerbau yang sedang bertempiaran lari melintasi jalan dan cuba untuk mengelak daripada melanggar Tetapi, seekor daripadanya telah merempuh kereta mangsa, sehingga mangsa tidak dapat mengawal kereta yang dipandu dan terbabas merempuh longkang dan tebing dikiri jalan.

(Nahas  Di Kg. Beng: Seekor Lembu Mati/ Penunggang Motosikal Parah.)
Manakala kejadian kemalangan kedua berlaku pada masa yang sama pada kira-kira jam 9.30 malam tadi di jalan kg. Luat-Beng,  yang membabitkan seorang penunggang motosikal dengan seekor lembu.

Mangsa kemalangan, Mohd Nabil bin Roslan, 16, menunggang motosikal dari Kg. Beng ke Kg. Luat, untuk bermain futsal di dewan rakan muda disini, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Taiping, akibat mengalami pendarahan di kepala setelah merempuh kawanan lembu sehingga seekor daripadanya mati akibat pelanggaran itu.

Menurut seorang penduduk kampung yang ditemui, Azmi bin Mohammad, 41, kemalangan melibatkan lembu dan kerbau sering berlaku disepanjang jalan Kg.Chepor, Kg. Beng, Kg.Luat dan Kota Tampan, disebabkan haiwan ternakan ini dilepaskan berkeliaran tanpa kandang dan penjagaan baik oleh tuannya, sehingga mengakibatkan berlakunya pelanggaran dan kemalangan teruk kepada pengguna-pengguna jalanraya terutamanya diwaktu malam.

Tambah Azmi, penternak haiwan ternakan ini sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk memastikan ternakan mereka dijaga dengan sebaik-baiknya dan tidak mendatangkan sebarang masalah sehingga mengancam nyawa pengguna-pengguna jalanraya.

Justeru itu, Azmi mengharapkan agar semua pihak-pihak berwajb dapat menyelesaikan perkara ini dengan segera serta mengambil tindakan segera dan sewajarnya kepada penternak haiwan yang telah menyebabkan kemalangan seperti  ini dari terus berlaku kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain.

Ketika terjadi nahas seperti ini, tiada sesiapapun yang berani mengaku haiwan yang dilanggar itu milik mereka, sebaliknya mangsa yang telah cedera terpaksa pula menanggung banyak kerugian akibat kerosakan teruk kenderaan disebabkan kemalangan yang berlaku.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 
Admin:-

DEKAT JER DENGAN RUMAH YB AHLI PARLIMEN LENGGONG, KAMPUNG LUAT, BENG, CHEPOR, BUKIT SAPI, DEKAT JER DENGAN KAMPUNG YB.

TAKKAN NAIK KERETA MEWAH HARRIER, ESTIMA DAN HONDA ACCORD SAMPAI TAK NAMPAK DAH TAIK LEMBU DAN TAIK KERBAU BERTERABUR TIAP-TIAP HARI ATAS JALAN BALIK KE KAMPUNG NI SEMENJAK JADI YB 2 PENGGAL NI YB OOOOIIII...!!!

BANYAK SANGAT DAH KES NAHAS SEBEGINI BERLAKU, ITUPUN TAK DAPAT NAK SELESAIKAN... NAK TUNGGU ORANG KAMPUNG MATI BARU NAK BERTINDAK KE YB...???

ATAUPUN SEBAB LEMBU DAN KERBAU TU SEMUANYA MILIK KRONI-KRONI YB... ITU SEBAB LA YB TAK PEDULI APA NAK JADI KEPADA ORANG-ORANG KAMPUNG YANG DOK GUNA JALANRAYA TU YB...???

NI SALAH SATU SEBAB JUGAK YB... BERILAH TANAH BARU DIBUKA TU KEPADA ORANG KAMPUNG UNTUK TUJUAN PENTERNAKAN... BUKAK PADANG RAGUT BARU DAN BERI PELUANG KEPADA RAKYAT USAHAKAN TERNAKAN... USAHLAH GALAK SANGAT TEBANG BALAK DAN BERI TANAH UNTUK KEUNTUNGAN PERIBADI DAN KRONI...

TANAH PADANG RAGUT DOK ADA DI CHERAKOH BUAT LOT BANGLO... JUAL RATUS RIBU... UNTUNG KIRA BERAPA PERSEN...???

LEMBU DEPAN RUMAH BERKELIARAN TAK NAMPAK DAH... YANG DOK NAMPAK, UNTUNG BESOR JER...

TERUK SUNGGUH YB PARLIMEN KITA NI... KES LEMBU TAK BOLEH NAK SELESAI...

DOK DALAM DEWAN PARLIMEN PUN TAK DENGAR SUARA LANGSUNG PUNNN...

YANG BOLEH DENGAR CUMA SUARA TUKANG TEPUK MEJA BILA DEWAN PANAS YB LAIN DOK BERHUJAH JER...

TERUK-TERUK YB-YB LENGGONG NI...






Rabu, 19 Jun 2013

PAS Komited Jadikan Lenggong Hab Pengajian Ilmu Islam.

Seramai 30 Pelajar Tahfiz Sedang Mendalami Ilmu Disini.
LENGGONG: Pas Kawasan  komited menjadikan Lenggong sebagai hab pengajian islam di daerah ini.

Sepanjang kempen mengharungi pilihanraya umum 13 (PRU 13) baru-baru ini, PAS Lenggong benar-benar berhasrat untuk merealisasikan harapan untuk membangunkan kembali pusat-pusat pengajian agama yang dijangka akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya PAS berjaya menerajui kerusi Parlimen.

Namun, keputusan yang telah dibuat oleh masyarakat pengundi masih tidak menyebelahi PAS bagi memudahkan PAS melaksanakan halatuju murni itu untuk tujuan pembangunan yang meliputi rohani dan jasmani, merangkumi pelan ekonomi jangkamasa panjang yang lebih baik untuk masa depan golongan anak muda.

Ruang Dewan Kuliah Tingkat 2 Yang Selesa. 
Tidak terkesan dengan keputusan PRU 13 disini yang tidak menyebelahi kepada PAS, Tn Hj Razman Hj Zakaria, selaku mantan Calon P.055 Lenggong dan Yang DIpertua PAS Kawasan, tetap akan meneruskan agenda yang telah direncanakan menurut apa sahaja kemampuan yang ada didalam menyampaikan usaha dakwah untuk membentuk generasi masa depan membangun seiring dengan tuntututan cara hidup didunia dan akhirat bersama-sama Jemaah.

Sebagai penaung kepada sebuah Maahad Tahfiz  Al Quran Lid Da’wah Wal Imaamah yang dibangunkan di tempat kelahiran beliau di Kg. Luat, Lenggong, Tn Hj Razman ingin mengembangkan lagi usaha dakwah melalui pengajian ilmu islam kepada pimpinan PAS dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pendakwah dan mengikuti pengajian peringkat diploma pengajian Tasawwur Islam  (ILHAM) yang telah diiktiraf, di Maahad Tahfiz Kg. Luat ini.

Bagaimanapun, pengambilan pelajar yang ingin menyertai program ini terbuka kepada yang berumur 20 keatas dan hanya terhad kepada 30 orang sahaja dan mengutamakan kepada peserta berminat yang tinggal di kawasan Cenderoh, Lenggong dan Gerik bagi permulaan sesi pertama, yang dijangka akan bermula pada Ogos 2013.

Sebarang  Pertanyaan, sila hubungi ustaz Zulfiqar di talian: 012-935 5478.

Tn Hj Razman berkata, usaha dakwah yang sedang giat diusahakan ini akan diteruskan bersama Jemaah dan bukan bersifat sementara atau bermusim untuk menghadapi Pilihanraya.

Beliau yakin, apabila masyarakat mempunyai ilmu serta memahami tuntutan agama maka, manfaatnya adalah untuk kebaikan mereka sendiri. Disamping dengan ilmu yang diperolehi para pelajar itu nanti dapat dikembangkan seterusnya kepada masyarakat melalui dakwah disemua surau dan masjid di tempat maSing-masing.

Kata Tn Hj Razman; “Tugas kita sebagai Khalifah ialah untuk menyampaikan apa yang di suruh dan menegah apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. sementara Hidayah pula milik Allah dan Dia-lah yang Maha memberikan rahmat kepada sesiapa yang di kehendakiNya.”

Oleh yang demikian, PAS tidak akan berhenti walaupun terdapat kesukaran dan halangan daripada pihak-pihak tertentu didalam usaha untuk melaksanakan Sunnah Nabi untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya kembali kepada islam sebagai cara hidup.

Dakwah berterusan kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar sangat-sangat diperlukan kerana sejak kebelakangan ini, program-program  agama semakin dipinggirkan penganjurannya di kebanyakan surau dan masjid di kampung-kampung di kawasan Lenggong, berbanding dengan penganjuran program agama di surau dan masjid di kawasan perumahan bandar.

Tanah Lapang Bersebelahan Maahad Tahfiz Untuk Membina Pondok
Tumpangan Pelajar
.
Pengajian hujung minggu terbuka (setiap Ahad) kepada semua muslimin dan muslimat, akan turut diadakan di Maahad Tahfiz ini, manakala sesiapa yang berhasrat untuk tinggal menuntut ilmu disini, bolehlah membina pondok tempat tinggal diatas tanah yang disediakan untuk tujuan itu.

Semoga usaha PAS Lenggong untuk membangunkan masyarakat berilmu dan memahami tuntutan agama mendapat sokongan daripada semua pihak disamping bersama-sama memudahkan urusan yang akan mempercepat tujuan murni ini mencapai matlamatnya.





Sabtu, 4 Mei 2013

GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT LENGGONG MAHUKAN PERUBAHAN: Konvoi, Solat Hajat, Munajat & Ceramah.

SINGGAH DI KG. LUAT
LENGGONG: Penyertaan luarbiasa konvoi kereta dan motosikal "Rakyat Lenggong Mahukan Perubahan."  sempena Munajat perdana rapat umum oleh Tn Guru Nik Razi Nik Mat (adik TG Nik Aziz nik Mat) di dataran Kak Yam, Lenggong, menyaksikan kebangkitan rakyat benar-benar mahu menzahirkan kehendak mereka agar rakyat di Parlimen ini merubah tampuk pemeritahan yang dikuasai oleh Umno-Bn sejak 12 kali pilihanraya umum lalu.

SOLAT MAGHRIB DAN SUNAT HAJAT 
Dianggarkan seramai lebih 2000 peserta pelbagai  lapisan umur, bermotosikal dan kereta berarak bersama konvoi  sepanjang deretan 6 kilometer, yang bermula di bilik gerakan PAS Kg. Padang, Gerik selepas solat asar dan berakhir di dataran Kak Yam, pekan Lenggong sebelum azan mahgrib berkumandang.

Sepanjang tempoh kempen PRU 13 ini, penganjuran Konvoi terbesar kali ke2 yang di mobilisasikan oleh Sebuah Badan NGO Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) untuk membantu Calon PAS P.055  Parlimen Lenggong, Tn Hj Razman Zakaria, sepanjang tempoh berkempen telah berjaya menarik perhatian rakyat disini terutamanya, golongan pengundi muda.

Tn Hj Razman merupakan penaung kepada badan NGO GAML yang memberikan harapan baru kepada anak muda, beliau telahpun menyediakan beberapa pelan perancangan yang telah dirangka untuk menjana peningkatan dan taraf hidup anak muda yang mahu bermastautin di kampung halaman mereka merangkumi aspek ekonomi dan hala tuju khas untuk anak muda sekiranya beliau diberi mandat untuk mewakili rakyat di Parlimen pada PRU 13 kali ini.

Alhamdulillah, sokongan padu daripada rakyat Lenggong kepada Tn Hj Razman, sudah menampakkan ada sinar kemenangan kepada beliau, yang mungkin akan mencatatkan satu sejarah baru kemenangan PAS disini, sekaligus akan memadamkan rekod kemenangan Umno-Bn selama 12 kali pilihanraya umum berlaku di Parlimen Lenggong tidak lama lagi.

Sementara itu. Tn Guru Nik Razi Nik Mat, mengimamkan solat Maghrib dan sunat hajat berjemaah di dataran Kak Yam, serta mengimamkan solat Isyak di iringi tazkirah sejurus selesai bermunajat.

Sesi ceramah pada malam itu juga, PAS turut memperkenalkan diatas pentas ceramah  2 orang calon mewakili Pakatan Rakyat (PKR) yang bertanding di kerusi N.03 DUN Kenering, Ust Mohamad Tarmizi bin Abd Hamid dan calon N.04 DUN Kota Tampan; Zahrul Nizam bin Abd Majid.

Pecutan terakhir rapat umum pada malam ini, PAS kawasan Lenggong mengadakan ceramah di 5 tempat berasingan di DUN Kenering menampilkan Penulis Blog Sakmongkol, Beliau merupakan bekas Setiausaha Umno Bhg.Pekan yang dipengerusikan oleh DS Najib Razak bersama Seorang bekas AJK Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Sdr Nazri, yang akan berceramah di Felda Lawin Utara (rumah sdr Raof,) di bilik gerakan PAS Kg. Padang Jeri dan di bilik gerakan Kg. Sawa.

Manakala di DUN Kota Tampan, ceramah akan diadakan di bilik gerakan PAS pekan Kuak, Bilik gerakan PAS Kg. Luat. Penceramah terdiri dari Ust. Ibrahim Zakaria, mantan calon Parlimen Lenggong dan beberapa penceramah tempatan.

Ayuh,.. kepada pengundi tinggal di luar kawasan yang pulang untuk mengundi. Anda semua dijemput hadir menyaksikan kebangkitan rakyat Lenggong yang mahukan perubahan dan kita bersama meraikan semua program yang telah dianjurkan oleh PAS didalam keadaan yang aman dan selamat.

Insya Allah, sama-sama kita terjemahkan kemenangan rakyat melalui peti-peti undi bagi memenangkan Pakatan Rakyat di Parlimen Lenggong pada PRU 13 kali ini. Dan selepas ini, kita akan dapat menyaksikan satu sejarah baru akan tercipta disini bersama-sama dengan suara rakyat yang mahu menyaksikan Pakatan Rakyat menawarkan kebajikan yang lebih bermanfaat untuk masa depan yang lebih baik kepada seluruh rakyat di kawasan PArlimen Lenggong ini, insya Allah.

Jom Pakat Undi PAS dan Pakatan Rakyat... "PAS dan Pakatan Rakyat Harapan Baru Rakyat Lenggong."



ANAK MUDA MENUNGGU DI PEKAN LAWIN SAMBUNG