Sebelum PRU 13 Berbagai Janji Ditabur. |
Rakyat Lenggong mahukan penjelasan daripada Wakil Rakyat berkaitan beberapa isu utama yang masih tidak nampak halatuju dan jalan penyelesaiannya kepada penduduk-penduduk yang berhadapan dengan masalah ekonomi akibat daripada kegagalan melaksanakan projek-projek yang tidak mengikut perancangan jadual sepertimana yang telah ditetapkan dan tiada sebarang pemantauan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Masyarakat penduduk di beberapa buah kampung di kawasan parlimen Lenggong masih menantikan tindakan yang sepatutnya diambil dengan segera oleh pihak berwajib selepas mereka memberikan kepercayaan kepada semua wakil rakyat Umno yang dipilih pada PRU 13 yang lalu, untuk menerajui pentadbiran kerajaan dan seterusnya menyelesaikan isu-isu yang menyentuh terus berkaitan perancangan ekonomi masyarakat penduduk kampung yang mengalami berbagai kesukaran.
Menteri@YB: Belanja Minum Kopi dan Roti Canai, Sesiapa Pun Boleh.... |
Rungutan daripada peserta rancangan tanam semula berkelompok (RISDA) di kg. Luat dan Chepor berkenaan projek itu, seakan-akan tidak mendapat sebarang perhatian daripada pimpinan Wakil Rakyat disini.
Masalah ini sepatutnya diambil berat dan hendaklah diberi perhatian dengan kadar segera kerana, apabila projek dilaksanakan itu tergendala, hasil yang akan diperolehi daripada tanaman itu juga akan melambatkan proses pendapatan kepada penduduk kampung yang bergantung dengan hasil getah tersebut untuk menyara hidup dan keluarga.
Menurut seorang peserta projek, peruntukan daripada (RISDA) dan perlaksanaannya tidak dilaksanakan dengan baik menurut SOP (Standard Operation Procedure) yang ditetapkan.
Bagi peserta projek, apa yang mereka mahukan ialah, tanaman getah mereka berjaya diusahakan mengikut Spesifikasi seperti yang telah ditetapkan. Terpulanglah samada projek ini di tender kepada sesiapa sahaja yang berkemampuan melaksanakannya.
Pagar Elektrik Rosak dan Runtuh Tiada Sebarang Penyelenggaran. |
Sekiranya projek ini tergendala selama beberapa tahun maka, pendapatan ekonomi peserta juga akan turut terjejas akibat daripada kegagalan melaksanakan projek yang telah menelan belanja besar itu.
Adakah pihak yang berwajib hanya memandang perkara ini sebagai sesuatu perkara yang remeh sahaja? Sedangkan untuk mendapatkan hasil daripada tanaman getah ini, peserta terpaksa menunggu selama 8-10 tahun untuk mendapatkan hasilnya. Jika projek ini tergendala dan terbengkalai selama 3-4 tahun, maka peserta terpaksalah menunggu sehingga 11-14 tahun untuk menerima hasil pendapatan ekonomi daripada projek tanaman semula ini.
Musuh Tanaman Masuk Kekawasan Projek Merosakkan Pagar Letrik. |
Manakala musuh tanaman juga merupakan masalah utama kepada projek ini. Ianya bermula apabila projek pagar elektrik melindungi tanaman daripada musuh seperti gajah dan kerbau di Kg. Chepor, Luat, Beng dan Bukit sapi yang menelan kos sebanyak RM2.5 juta telah menjadi projek sia-sia setelah pagar letrik itu terbiar rosak dan tidak lagi berfungsi melindungi tanaman hampir setahun lalu hingga ke hari ini tanpa sebarang penyelenggaraan.
Apakah pihak-pihak bertanggungjawab boleh terus menutup mata sahaja, atau tidak melihat dan menyedari apa yang sudah berlaku dan memikirkan apa yang akan terjadi kepada pendapatan ekonomi penduduk kampung bagi jangkamasa panjang???
Projek Pembinaan Jambatan Banjir Tampan Air Berhenti Begitu Sahaja. |
Sementara itu, di Kg. Tampan Air, dan Lubuk Kawah, punca pendapatan penduduk yang bergantung pendapatan seperti berniaga gerai makan, kedai runcit jualan ikan air tawar mengalami kerugian besar kerana kegagalan projek pembinaan jambatan yang kononnya menyebabkan banjir melanda Lenggong setiap kali hujan lebat.
Bertahun-tahun projek membina jambatan yang menghubungkan jalan dari MRSM ke Kota Tampan itu ditutup untuk sebarang laluan yang akhirnya berhenti begitu sahaja tanpa di ketahui puncanya. Sedangkan peruntuka kos pembinaannya telahnpu di keluar berjuta-juta ringgit.
Penutupan Jalan Ini Menyebabkan Peniaga Juga Menutup Perniagaan. |
Projek yang terbengkalai ini mengakibatkan seorang pengusaha gerai makanan terpaksa menutup perniagaannya kerana ketiadaan pelanggan melalui jalan tersebut dan menghadapi masalah pendapatan ekonomi disepanjang projek ini dimulakan sehinggalah ianya dibiarkan terbengkalai begitu sahaja.
Bagi pihak-pihak yang berwajib, siapakah yang lebih bertanggungjawab untuk melihat masalah yang sedang menimpa masyarakat penduduk yang kini menghadapi berbagai kesukaran akibat daripada projek yang tidak beroperasi menurut syarat-syarat ditetapkan oleh kerajaan???
Adakah masalah rakyat seperti ini tidak terpikul di atas bahu Yang Berhormat yang kononnya, merekalah yang terbaik untuk menjaga kebajikan-kebajikan masyarakat setelah mereka diberi amanah sebagai WAKIL RAKYAT..???
Pembohongan Wakil Rakyat UMNO Kononnya, mereka mempertahankan Hak Orang Melayu: ::KLIK & LIHAT DISINI:: YB dah seleweng Perjanjian pengambilan tanah saudara-mara sendiri dengan cara yang mungkar.
Apa perlunya Projek bangunan Pejabat RELA, Trek Moto-Cross, Padang badminton disegerakan di Kg. Luat, berbanding kepentingan ekonomi rakyat yang menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga tidak di dahulukan oleh Pemimpin dan Wakil Rakyat di Parlimen Lenggong ini....???
Bagaimana pula seorang Ahli Parlimen hanya nampak keuntungan membina Chalet untuk kepentingan peribadi lebih di utamakan daripada tidak langsung melihat keperitan dan kesusahan yang di alami oleh rakyat disebabkan pembangunan dan kemajuan yang tidak memberi manfaat terus kepada rakyat untuk menaik taraf punca pendapatan ekonomi masyarakat kampung.
Wakil rakyat seumpama turunlah tengo-tengokkan masalah masyarakat,.... bukan masa pilihanraya sahaja datang bagi anak pokok nangka madu.
Belajar-belajarlah tunaikan amanah baru untuk penggal kedua ni disamping meng-qada' semula amanah yang tidak tertunai di penggal pertama yang sudah berlalu....
Penduduk Dikampung Pengkalan Ikan Kuak Menyatakan Masalah Mereka. |
Di Kg. Pengkalan Ikan, Kuak. Penduduk sedang merungut sampai bila mereka semuanya harus tinggal dia tas tanah TOL...??? Dan sampai bila masalah ini akan selesai...???
Tolonglah orang melayu dapatkan tanah hak milik untuk mereka, jangan dok galak tebang balak, teroka tanah baru dan dok Faraid sesama kroni serta serah kepada syarikat-syarikat je tanah-tanah Anak Perak ni...
Ingatlah.... "When We Stop Learning. We Stop Leading." - "Bila Kita Berhenti Belajar. Kita Berhenti Memimpin."
Kita semua akan di pertanggung jawabkan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan