Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 21 Oktober 2011

KALAU MIKA NAK SOKONG UMNO JUGAK, MIKA SOKONGLAH. INILAH KONSEP NEGARA ISLAM YANG UMNO TELAH PERJUANGKAN......


Koleksi Terbaik Pimpinan UMNO "Membela" Islam. Renung-renungkan untuk mereka yang masih tebal dengan ke"UMNO"annya.

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud.

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
(Buang Bayi)
8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

(Hari-hari dilaporkan diakhbar)
11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

(Inilah punca gejala maksiat yang melalaikan)
15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

(Inilah Kemajuan orang Islam kata Umno
17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92.


ULASAN: Siapakah kita nak menolak huku yang telah Allah Perintahkan?
Jangan menyokong orang-orang yang tunjuk pandai lebih dari Tuhan. Kita menumpang bumi Tuhan, janganlah sampai nak jadi tuan. Ikutlah apa yang telah diperintahkan. Dulu-Kini-Selamanya Umno menentang Hukum Tuhan.

Kalaupun Umno taknak melaksanakan, janganlah pula jadi penghalang. Saudara Islam dari Parti PAS hendak laksanakan undang-undang Islam difitnah macam-macam, bukannya Umno nak tolong bekerjasama menegakkan kebenaran. Sebaliknya Hukum yang wajib keatas semua umat Islam yang PAS hendak tegakkan jadi bahan ejekkan Pemimpin Umno.

Jadi, terpulanglah kepada mikoa, orang-orang melayu yang mengaku dirinya sebagai orang Islam supaya membuat pilihan, hendak menyokong orang yang nak menegakkan Undang-undang Islam kah? Ataupun menyokong orang-orang yang tidak mahu menegakkan Islam.

Paling mudah: Nak sokong orang-orang yang nak bina Masjid ke, atau nak nak sokong orang-orang yang nak buka Kelab Malam dan Kelab Judi?

Mika Pikirla Sendiri..................................!!!!!


Rabu, 19 Oktober 2011

Ayat Al Quran Muncul Dikaki Bayi.



MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia Bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci Al-Qurandan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
  
Ayat-ayat itu muncul pada belakangtangankaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat Al-Quran baru pada setiap dua kali seminggu.
  
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,"
kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu,"
kata seorang ahli parlimen di wilayah itu,

Isnin, 17 Oktober 2011

KERABAT Bantu Balu Bekas Angkatan Tentera.

TAMAN MEWAH; Taiping, 12 Okt 2011 – Seramai 7 orang balu Angkatan Tentera disini, yang mengharapkan bantuan untuk menyara diri dan keluarga telah menerima sumbangan berupa 2 kampit beras, hamper, kain batik dan sepasang telekung beserta wang zakat sebanyak, RM100.00 daripada sebuah badan NGO (Badan Amal dan Kebajikan Al-Jauhar) disalurkan menerusi Penganjur, Kebajikan Rangkaian Bekas AngkatanTentera Negeri Perak, (KERABAT.) Bantuan ini telah disampaikan kepada penerima oleh, ADUN Semanggol, YB Hj Ramli Tusin, selaku penaung (KERABAT) Cawangan Taman Mewah.

Pengerusi KERABAT Negeri Perak, Zulkafli Daud 53, berkata; “kami menyelami penderitaan seorang balu angkatan tentera, Siti Aminah bt Ahmad 38, beliau seorang warganegara Indonesia yang tidak diberikan taraf kerakyatan oleh kerajaan, kesempitan hidup bersama anak-anak dilaluinya dengan penuh sabar, beliau hanya menerima pencen berjumlah, RM120.00 sebulan untuk menyara anak-anak sejak kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya, 3 tahun lalu.” 

“Jumlah pencen yang diterima sebanyak RM120.00 sebulan, adalah tidak mencukupi untuk balu yang bergantung hidup dengan jumlah yang sedemikian bagi menanggung keperluan sebuah keluarga pada zaman ini.” Ujarnya lagi.

Kata Siti Aminah; “tanggungjawab untuk menyarahidup bagi membesarkan 2 orang anak yang masih bersekolah rendah bertambah sukar, kerana tidak dapat bekerja disebabkan menjaga seorang anaknya yang cacat serta tidak dapat mencari pekerjaan yang boleh menjamin masa depan keluarganya kerana tidak memiliki taraf warganegara, walaupun beliau sudah menjadi balu seorang Angkatan Tentera Malaysia.” 

"Sekarang ini, saya hanya mengambil upah mengasuh 2 orang anak jiran yang bersimpati dengan nasib saya dan dapatlah saya menyara anak-anak dengan pendapatan RM300 sebulan.” Ujarnya. 

Oleh kerana kemiskinan hidup, dengan berat hati, ibu kepada 3 orang anak ini terpaksa berpisah dengan seorang anaknya yang diserah kepada jagaan ibubapa mertuanya yang kini menetap di Sarawak, demi memastikan masa depan anak-anaknya tidak terabai disebabkan tidak mampu lagi menampung beban kemiskinan yang menimpa dirinya.

Katanya lagi, “Dalam tempoh itu tidak ada sebarang bantuan diterima daripada agensi-agensi kerajaan bagi meringankan beban yang kami tanggung walaupun sudah beberapa kali mengisi borang memohon bantuan daripada pihak-pihak yang berwajib.” 

Kesemua penerima menzahirkan rasa syukur dan gembira menerima bantuan seperti ini, sekurang-kurangnya sumbangan yang diterima dapatlah mengurangkan derita yang ditanggung.

YB Hj Ramli Tusin, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Badan Amal Kebajikan Al-Jauhar, kerana memberikan sumbangan dan bantuan serta perihatin terhadap masalah kemiskinan yang dihadapi oleh balu angkatan tentera.

Jelas beliau, sebenarnya agensi kerajaanlah yang sepatutnya mengambil berat keatas golongan ini. Tetapi malangnya, pihak-pihak berwajib tidak mengambil apa-apa tindakan segera keatas aduan yang dibuat oleh balu angkatan tentera supaya pihak-pihak bertanggungjawab dapat menyampaikan terus bantuan yang sewajarnya kepada mereka. Beliau menuntut, pihak-pihak yang bertanggungjawab tampil segera turun padang, supaya melihat kesusahan rakyat yang berada dibawah pada ketika ini.

Menurut beliau lagi, peruntukan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah disekat oleh pihak kerajaan, yang mana akhirnya, wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sukar menyalurkan bantuan kepada rakyat yang sangat-sangat memerlukan seperti golongan ini.

Katanya, masih terdapat ramai lagi golongan miskin ini sedang dijejaki oleh KERABAT, semoga usaha murni Badan Amal dan Kebajikan (Al Jauhar) akan berterusan agar menyalurkan bantuan ini melalui KERABAT, supaya dapat disampaikan terus  kepada balu angkatan tentera yang selama ini telah terabai kebajikan mereka.

ULASAN: 

TAHNIAH KERABAT PERAK! Walaupun PBTM ada, tapi tak boleh diharap. Bunyi cakapnya PBTM ni berdegar-degar tapi............. malas nak ulas, biarkanlah mereka itu dengan projek-projek yang berkepentingan untuk diri mereka sendiri je.

Teruskan usaha untuk berbuat kebajikan dengan menyalurkan terus kepada mereka yang tidak bernasib baik, seperti golongan balu bekas angkatan tentera yang memerlukan.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Jamuan & Ceramah Gerakan Kebangkitan Rakyat Parlimen Lenggong (1)

KAMPUNG LUAT: 05 Oktober, 2011. Ceramah diadakan kerana tidak ada lagi ruang dan peluang pihak Parti Islam Se Malaysia untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat pengundi tentang kesedaran mengenai kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang warga negara untuk memilih khalifah, supaya Pemimpin-pemimpin yang dipilih menerajui Negara melaksanakan tanggungjawab mereka menurut hukum-hukum yang telah diperintahkan oleh Allah. Sesi penerangan dan dakwah ini bagi menjelaskan kepada masyarakat umum bahawa, sesungguhnya hal-ehwal politik tidak boleh dipisahkan dengan Agama seperti yang diperkatakan oleh Pemimpin Umno-Barisan Nasional selama ini.

Saksikan ceramah yang telah disampaikan oleh; Ybhg Al-Fadhil Tn. Hj, Razman Zakaria dan Ybhg, Al-Fadhil Ust. Wan Ahmad Tarmizi bin Abd Aziz.



Video streaming by Ustream

Isnin, 3 Oktober 2011

KERABAT: Pakatan janji bela Nasib Bekas Tentera.


SERDANG, 3 Okt: Hampir 75 peratus dari anggota tentera dan bekas didakwa hidup dalam kesempitan hidup dan menghadapi tekanan emosi, kata presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar. 

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatSelain itu, katanya lagi, masalah kewangan semasa dan masa depan yang kabur menghantui mereka sepanjang perkhidmatan.

"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat," katanya.

Selain itu, Mohd Nazari juga mendakwa ganjaran gaji bulanan yang diperolehi khususnya oleh anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) tidak setimpal dengan beban tugas, lebih-lebih lagi dengan harga barangan keperluan asas yang semakin mahal.

"Kebajikan yang ala kadar menjadikan kehidupan mereka menderita hampir sepanjang tempoh dalam kerjaya mereka khususnya bagi anggota lain-lain pangkat yang kerap ditugaskan di lokaliti terpencil berhampiran perbatasan yang daif dengan prasrana.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatSehubungan itu, beliau yang mengetuai NGO tentera - Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) malam tadi menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat.

Memorandum itu sebagai memohon bantuan agar kebajikan anggota tentera dan veteran yang telah berkhidmat mempertahankan negara dari anasir luar diperjuangkan jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

Memorandum itu diserahkan oleh Mohd Nazari Mokhtar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Subang Jaya di Serdang Jaya jam 9.30 malam yang hadiri kira-kira 300 orang termasuk bekas tentera.

Antara pemimpin Pakatan yang turut hadir, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Hussin, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatDalam memorandum itu, Mohd Nazari berkata berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".

Dakwanya lagi, kehidupan askar yang sentiasa berada di perbatasan sama ada di darat, laut atau udara menyebabkan kesukaran mereka meninjau perolehan tanah untuk dipohon. Ini diburukkan lagi dengan faktor birokrasi dari pejabat tanah tempatan yang menyumbang kepada kegagalan permohonan mereka.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyat"Termaktubnya PMAT 1973 yang memberi keistimewaan perolehan tanah ini telah tidak diurustadbir dengan cekap malah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan.

"Akibatnya, hampir 150,000 tentera yang telah menamatkan tugas bakti kepada negara dengan jayanya sejak 1973, tetapi hak keistimewaan ini telah dibiarkan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kementerian bertanggungjawab.

"Ini adalah pencabulan hak asas kehidupan mereka sekeluarga untuk mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian yang termaktub dalam akta dan diluluskan oleh kabinet," kata Mohd Nazari dalam memorandum itu.

Beliau yang juga timbalan yang dipertua PAS Tenggara, Johor berkata walaupun ada usaha veteran tentera menyuarakan masalah perkara itu melalui kumpulan atau persatuan tetapi keluhan mereka itu disifatkannya sebagai "anjing menyalak bukit".

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatOleh sebab itu, Mohd Nazari mendakwa sebilangan besar pegawai dan anggota LLP ini "bercita-cita besar" untuk menamatkan perkhidmatan berdasarkan peraturan "semata-mata untuk merasai hidup tanpa tekanan, bebas dari ancaman undang-undang tentera dan adat resam budaya penjajah" yang masih menjadi amalan tradisi tentera. 

Sehubungan itu, bagi merealisasikan tuntutan tersebut, beliau mencadangkan lapan resolusi utama pemerkasaan kebajikan dan sosio-ekonomi anggota dan bekas tentara jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam tempoh 100 hari .

Lapan resolusi tersebut dibacakan oleh Mohd Nazari, antara lain memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.

Tujuh resolusi lain adalah:-
  • Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
  • Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat.
  • Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.
  • Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.
  • Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.
  • Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.
  • Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.

Ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Mohd Nazari berkata sejak ditubuhkan pada 18 Julai lalu, jumlah anggota tentera yang menyertai NGO itu setakat ini mencecah kira-kira 2,900 orang, khususnya dari Johor dan Perak

Katanya, selepas ini pihaknya akan menjelajah dan memberikan penerangan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.


ULASAN:
Kerajaan UMNO-BN tidak pernah mengambil tahu kesukaran bekas angkatan tentera sebelum ini. Janganlah percayakan lagi janji-janji manis para pemimpin-pemimpin Umno yang hanya pandai mengambil hati bekas-bekas tentera apabila dekat dengan pilihanraya.

Buktinya, bila hampir dengan pilihanraya barulah Umno-Bn mengadakan perjumpaan didewan-dewan untuk memberi bantuan makanan, hamper dsb.

Apa yang bekas tentera minta bukan sekadar kaki palsu, gigi palsu, kerusi roda, cermin mata atau bantuan dapur semata-mata, bukan itu matlamatnya, tetapi mereka mengharapkan kebajikan dan masa depan yang lebih terbela untuk meneruskan kehidupan selepas bersara atau pencen. Mereka tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan kerajaan Umno-Bn tetapi, mereka hanya menuntut berdasarkan apa yang telah termaktub didalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) 1973. Inilah tuntutan sebenar bekas tentera, inilah hak mereka yang telah dinafikan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Benarkah kerajaan BN tidak mampu menunaikannya? mengapa tidak dilaksanakan? Bukankah kerajaan BN sering memenangi pilihanraya dengan bilangan UNDI POS yang sangat banyak untuk menyelamatkan kerusi calon Barisan Nasional? Jadi, apakah yang menjadi masalah kepada kerajaan Barisan Nasional menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada bekas tentera?
Wajarlah baru-baru ini seramai 63 orang bekas tentera berbangsa India menyerahkan borang keahlian  menyertai KERABAT, mereka ini telah memberikan sokongan dan kepercayaan penuh kepada Pakatan Rakyat supaya mengangkat kebajikan bekas tentera apabila berjaya menawan Putrajaya.  

Oleh itu, semua bekas tentera wajib menyemak semula kebajikan yang bagaimanakah telah diberikan oleh kerajaan Umno-Bn selama berkhidmat dan selepas tamat perkhidmatan samada pencen atau bersara dari jawatan Agkatan Tentera.
Bertindaklah, dengan Serangan bijak di peti UNDI untuk mengalahkan kerajan UMNO-BARISAN NASIONAL pada pilihanraya umum ke 13 akan datang supaya, apa yang dicadangkan melalui resolusi KERABAT pada hari ini dapat dilaksanakan bagi mengubah masa depan bekas tentera yang lebih terjamin.

"KEKAYAAN NEGARA UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK PEMIMPIN"
'Jom Ubah Untuk Kebajikan Kita Semua'

Rabu, 28 September 2011

HUDUD : PUTRAJAYA SEPATUTNYA BANTU, BUKAN SEKAT - PAKAR PERLEMBAGAAN



KUALA LUMPUR, 25 Sept – Kerajaan pusat wajar membantu Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan selain memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan kerangka perundangan semasa membenarkan keadaan itu, kata pakar perlembagaan.




Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata Putrajaya perlu membantu dengan:
  • Memansuhkan Akta Mahkamah Syariah yang “mengikat tangan Mahkamah Syariah.”
  • Meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan dengan memberi pengecualian untuk Kelantan
  • Membenarkan polis dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan yang berada di bawah tangan mereka untuk melaksanakan tugas di sisi undang-undang

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Penegasan sedemikian juga telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, ia boleh dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

“Kalau MCA dan Gerakan tak mahu sokong tak apa kerana apa yang Kelantan cadangkan itu tidak memberi kesan kepada bukan Islam,” katanya.

“Contohnya sekarang, kalau orang Islam berzina dengan bukan Islam, orang bukan Islam tidak didakwa. Orang Islam tak boleh cabar hudud kerana di bawah Perlembagaan hak sama rata tidak terpakai dalam konteks undang-undang peribadi.

“Wanita Islam tak boleh cabar undang-undang poligami atau kuasa cerai suami atas alasan mereka didiskriminasi. Orang Islam kena faham Malaysia ada dua sistem undang-undang, jadi tak timbul tuntutan layanan sama rata,” kata beliau lagi.

“Perlembagaan membenarkan cadangan itu. Kalau Karpal Singh tak setuju itu hak dia tapi dia kena sedar pendapat dia tidak mutlak. Satu lagi kesimpulan ialah faktor kritikal ialah kejujuran dan kemahuan politik,” katanya lagi.

Aziz berkata, apa pun yang Kelantan hendak ialah hak negeri melaksanakan hudud dan persekutuan perlu memberi kerjasama tetapi ini sukar berlaku kalau dilihat dari sudut isu royalti minyak.

“Hudud ini sebenarnya mempertingkat undang-undang jenayah syariah yang sedia ada. Kesalahannya, contohnya zina, sudah mengikut Islam. Apa yang perlu dipinda ialah hukuman,” katanya lagi.
ULASAN: 
Kenapa UMporNO takut sangat? tak sedar diri lagi ke? Sesungguhnya kamu dan kami ini adalah hamba kepada Tuhan, kamu wahai kerajaan UMporNO BN, sudah memperhambakan rakyat sudah terlalu lama. Jadi, pada waktu ini kamu dan kami patuhlah titah perintah Allah yang telah mewajibkan seluruh manusia mentaati titah perintah-NYA. Tiada Alasan Lagi................

Ahad, 25 September 2011

Perutusan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengerusi Sambutan Enam Puluh Tahun PAS




Memperingati kelahiran dan kehadiran 60 tahun PAS ditengah-tengah persada politik Malaysia bukan sekadar satu perayaan biasa tetapi ia adalah satu peristiwa semasa bagi mempelajari dari masa lalu untuk menuju ke hari muka.

Hari ini kita bukan sekadar mensyukuri rahmat ALLAH dan anugerah NYA sebuah wadah umat 

yang membawa berkat perjuangan mengangkat ma’aruf dan menggugat mungkar tetapi berusaha untuk menyempurnakan sebuah gagasan Islam yang lengkap.


Dikesempurnaan ini kita memperingati dan belajar dari Burhanuddin Helmi, Zulkifli Mohamad, Abbas Alias, Mohd Yusof Rawa, Fadzil Noor, dan sejumlah mujahid yang telah pergi. Hari ini kita bertekad untuk bergerak dengan lebih nekad merebut kemenangan dengan iltizam dan kebijaksanaan politik pakatan untuk mengganti barisan politik lama yang sudah ketinggalan zaman. Politik perkauman, politik adu domba, pecah perintah sudah tidak sesuai untuk bumi ini.


Politik baru yang berintipatikan Islam, keadilan dan demokrasi akan kita suburkan untuk generasi mendatang. Inilah tugas baru yang sedang berada di hadapan kita.Tugas besar sepertimana diperingatkan oleh Syaikh Mustapha Mashyur:


    “Tugas terbesar umat Islam ialah memimpin dunia, mengajar seluruh kemanusiaan kepada sistem Islam, membimbing kepada cara hidup Islam, kepada ajaran yang baik, kerana tanpa Islam manusia tidak mungkin mendapatkan bahagia.


    Tugas ini bukan tugas juz’iyah, bukan tugas sampingan dan sebahagian-sebahagian. Bukan tugas yang hanya untuk mencapai tujuan terbatas dalam aspek politik, social dan ekonomi sahaja. Bukan pula hanya untuk suatu tempat atau daerah tertentu. Bukan pula terbatas kepada suatu bangsa dan tanahair tertentu. Akan tetapi tugasan ini merupakan satu tugas agung, yang meliputi segenap sisi kehidupan, demi kebaikan seluruh manusia dan kemanusiaan sejagat yang paling sempurna dan manfaat.”


ALLAHUAKBAR,  ALLAHUAKBAR,  ALLAHUAKBAR


Haji Mohamad bin Sabu  



Sabtu, 24 September 2011

Jangan Terperangkap Dengan Isu Dimainkan Oleh Umno-Bn.

Muktakir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat. Isu ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang PRU akan datang.

Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.

Demikian juga isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, isu akta yang akan menggantikan ISA… semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk PRU ke 13 kerana ianya mempunyai impak kepada rakyat secara langsung.


Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan mengiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama tenggelam dengan isu-isu yang sengaja diwujudkan.

Teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka.

Selain mengalihkan perhatian, sebenarnya tujuan asal BN sengaja mewujudkan isu ialah supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan.

Teknik ini sentiasa digunakan tidak lain tidak bukan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana. Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini.

Walaupun ada-kalanya kita terpaksa jawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya.

Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN.

Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi sebegini. Ini kerana isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi supaya PR terus berbalah dengan mereka dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit.

Seluruh jentera Pakatan Rakyat diharap tidak terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi mengalih perhatian kepada isu sebenar yang sedang dihadapi rakyat.

Sementara itu, Pakatan Rakyat juga hendaklah memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarung PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting.

Bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum. Tindakan segera bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera.

Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana segera bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan.

Gerak kerja rayuan undi, semakan daftar, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan.

Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar.

Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang. 

Selasa, 20 September 2011

Tanah Untuk Perwira: Hasil Usaha Pakatan Rakyat Untuk Golongan Bekas Perajurit.


ZAMBRY bersama Muhammad (kanan) membantu membetulkan kerusi roda diterima Moh Sani pada Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, PBTM Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.
Perak negeri pertama tawar 7,000 lot kediaman percuma kenang jasa bekas anggota keselamatan

IPOH: Perak menawarkan lot kediaman percuma dengan bayaran premium tanah paling minimum kepada pesara tentera dan polis sebagai penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan negara.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri semalam mengumumkan 7,000 lot kediaman disediakan menerusi Projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) untuk bekas tentera dan polis, manakala premium tanahnya ditetapkan hanya RM500, sekali gus menjadi negeri pertama berbuat demikian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata projek itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan 3,700 lot kediaman, manakala selebihnya dilaksanakan menerusi fasa kedua.

“Kita sudah mengenal pasti kawasan seluas 248 hektar di seluruh Perak bagi pembinaan lot kediaman berkenaan. Jika semua perbincangan dan persefahaman membabitkan pelbagai aspek, termasuk teknikal dapat diselesaikan, projek berkenaan akan dimulakan sebelum akhir tahun ini.

“Usaha bagi menjayakan projek ini sudah dimulakan kira-kira 18 bulan lalu dan kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan berkenaan membabitkan 10 daerah di negeri ini,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.
Hadir sama Presiden PTBM, Datuk Muhammad Abd Ghani; Yang Dipertua PTBM Perak, Leftenan Komander (B) Jayah Said dan Panglima 2 Briged, Datuk Zulkifli Mansor.
Zambry berkata, pemilihan individu layak menerima peruntukan itu akan dibuat PBTM dan keutamaan diberi kepada mereka yang belum memiliki kediaman.

“Perak menjadi negeri pertama melakukan usaha memberi lot kediaman dan pengurangan kadar premium tanah. Kebiasaannya, kadar premium tanah yang dikenakan sebanyak RM3,000, tetapi kita tetapkan hanya RM500 sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa serta sumbangan kepada bekas tentera dan polis yang banyak berkorban demi mempertahankan keamanan negara.

“Justeru, kerajaan negeri kehilangan hasil sekurang-kurangnya lebih RM17 juta dalam bentuk nilai premium tanah,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan geran hak milik bangunan Wisma Pahlawan kepada PBTM Perak dan bantuan kerusi roda kepada dua bekas tentera Perak, iaitu Moh Sani Odin dan Rosli Adnan.

Pada majlis sama, dua bekas tentera, iaitu Mejar (B) Zainal Arif Abdul Aziz dan Pegawai Waran 1 (B), Nor Wati Pandak Piah turut menerima Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) yang disampaikan Zambry bagi menghargai sumbangan mereka dalam perkhidmatan masing-masing.

ULASAN:
Tahniah kepada MB Haremm...... kerana berhelah: “Usaha bagi menjayakan projek ini sudah dimulakan kira-kira 18 bulan lalu dan kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan berkenaan membabitkan 10 daerah di negeri ini.”

Inilah satu inisiatif kerajaan Umno-Barisan Nasional Malaysia yang terlewat selama 38 tahun dulu. 

Kapten (B) Rosli Diatas Pentas PAS.
Dalam masa yang sama juga rakyat lebih bijak menilai tawaran parti yang sedang bersaing untuk membawa perubahan untuk rakyat supaya kebajikan rakyat selama ini terbela.

Lebih jelas pada masa ini, Pakatan Rakyat telah berada lebih jauh dihadapan mendahului kerajan Umno-BN untuk membela rakyat menerusi halatuju sebuah Negara Berkebajikan.

Jika kita bicara tentang apakah buktinya Pakatan Rakyat mendahului   Umno-BN mengenai pemberian tanah kepada perwira, (bekas anggota tentera dan polis?) dan dapat membantu rakyat ? Maka jawapannya ialah begini;

Mengapa setelah 54 tahun berlalu, baru sekarang nak mengenang jasa? ataupun tanah telah muncul secara tiba-tiba? Atau baru KINI tersedar? wakil rakyat Umno Barisan Nasional di Lenggong sendiri pun telah menjelaskan didalam siri ceramah mereka, tidak ada lagi tanah di Negeri Perak yang dapat diberi kepada rakyat, mengapa tiba-tiba Zambry boleh beri pulak 7 ribu lot kediaman kepada golongan ini? 

1.) Pada tarikh 22 Julai 2011 sebuah NGO Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Angkatan (KERABAT) telah dilancarkan dan ditubuhkan di Lenggong, Perak, Khusus untuk kebajikan Veteran dan Pesara Tentera  dengan tawaran anugerah tanah sepertimana perjanjian yang tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Umno Barisan nasional kepada golongan ini sekiranya, Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya pada PRU-13 akan datang. 

2.) Inilah satu kesan besar yang telah membuatkan kerajaan Umno Barisan Nasional terkejut besar, dan bermacam-macam tuduhan dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat kononnya, bercakap kosong semata-mata. Tetapi, mengapa pada hari ini kerajaan beria-ria benar nak jaga kebajikan Bekas-bekas perajurit? 


3.) Sejak tahun 1972 telah tertulis didalam perjanjian Majlis Angkatan Tentera bahawa, perajurit yang telah bersara/pencen dari pekhidmatan berhak menerima anugerah 2 lot tapak rumah dan 25 ekar tanah untuk diusahakan. Malangnya nasib para perajurit apabila, semua yang dijanjikan hanya tinggal janji, kebanyakan daripada mereka pada ketika ini masih lagi bekerja dipondok-pondok jaga sebagai pengawal keselamatan.

4.) Lebih jelas lagi Persatuan Bekas-bekas Perajurit dibawah kawalan Umno Barisan nasional gagal sama-sekali membela nasib para "Perwira-perwira Negara" seperti yang dimaksudkan oleh MB HAREEMM.... Lihatlah Pengerusi (PBTM) Kapten (B) Rosli yang telah keluar daripada parti UMNO-BN dan disebaliknya kesan daripada penubuhan NGO (KERABAT) yang diusahakan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini telah membawa suatu perubahan yang sangat besar keatas rakyat, khususnya untuk golongan ini pada ketika ini.

Mari kita semua fikirkan sekiranya Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya, sudah tentulah perubahan yang lebih besar boleh dimanfaat kepada semua golongan rakyat yang masih mengharapkan kebajikan mereka terbela untuk meneruskan kehidupan dimasa hadapan. 

JOM UBAH UNTUK KEBAJIKAN KITA SEMUA...........
KEKAYAAN NEGARA UNTUK RAKYAT BUKAN UNTUK PEMIMPIN.