Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 18 November 2010

IBADAH KORBAN YDP PAS LENGGONG BERSAMA PENDUDUK KG. BENG


Tahun ini menjadi sejarah di Kg. Beng dan Pas Kawasan Lenggong kerana sejak pertama kalinya YDP Pas Kawasan Lenggong memberi sumbangan se-ekor lembu untuk ibadah korban di Kg Beng Dalam. Ternyata dengan dengan adanya program seperti ini dapat lagi mengeratkan hubungan silatulrahim antara YDP dengan penduduk Kg Beng.
Program bermula sebaik sahaja selesai solat hari raya Aidiladha kira-kira jam 11.00 pagi dan disertai kira-kira 30 orang penduduk tempatan. Selesai sahaja kerja menyembelih lembu, penduduk memotong daging secara bergotong royong untuk di edarkan sekitar kg Beng, manakala kaum ibu pula menyiapkan juadah kenduri kesyukuran pada sebelah petang.
Pada sebelah petang, YDP bersama penduduk setempat bersembahyang asar secara berjemaah dan beliau menyampaikan sedikit tazkirah sebelum makan bersama penduduk. Diharapkan ini menjadi titik permulaan bagi penduduk Kg. Beng untuk lebih mengenali YDP Lenggong ini dan diharapkan ini bakal menjadi acara tahunan.



Isnin, 15 November 2010

JAMBATAN TAK SAMPAI SETAHUN ROBOH LAGI...

Jambatan di jalan lama Jalan Raya Lenggong-Kuala Kangsar di Kampung Bor, Banggol Belimbing dekat sini yang roboh ketika banjir besar pada 11 dan 12 November tahun lalu sekali lagi mengalami kerosakan. Kerosakan di bahagian rasuk jambatan berkenaan menyebabkan laluan kenderaan, kecuali motorsikal, ditutup buat sementara waktu.
  Jambatan itu roboh teruk pada tahun lalu mengakibatkan sebuah rumah di tepi Sungai Nerok di bahagian hilirnya mengalami kerosakan apabila sebahagian dinding ruang dapur dihanyut air.
  Berikutan itu kenderaan terpaksa melalui jalan raya baru Jalan Grik-Kuala Kangsar.



 

BANJIR DI LENGGONG




LENGGONG: Sepuluh keluarga terpaksa dipindah apabila tujuh kampung termasuk pekan dilanda banjir lumpur membabitkan hampir 100 rumah, sebuah masjid dan lebih 20 premis kedai selepas hujan kira-kira tiga jam sejak petang semalam.
  Di Mukim Temelong, Kampung Banggol Batu dan Taman Kota Tampan paling teruk, di mana 10 daripada hampir 30 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di surau taman berkenaan selain di rumah saudara mara.
  Banjir lumpur akibat limpahan air Sungai Nerok mulai jam 8.30 malam itu turut melanda Masjid Kampung Banggol Batu dan tujuh premis kedai, termasuk sebuah kedai runcit, sebuah bengkel motorsikal, sebuah kedai pakaian dan sebuah kedai makan.
  Khalid Yusof, 41, terpaksa menggunakan lori jiran untuk memunggah barangan di dalam kedai seperti beras, gula, dan pelbagai barangan lain selain peti ais dan lain-lain apabila air masuk ketika hujan masih turun.
  Katanya, ketika air mulai masuk dia sedang berada di rumahnya untuk mengurus air yang masuk sedikit ke dalam rumah akibat longkang melimpah dan pada ketika sama jiran memberitahu kedainya dimasuki air.
  "Sebaik jiran memberitahu air mulai masuk ke dalam kedai, saya bergegas ke kedai untuk menyelamatkan barang-barang di dalamnya yang lebih penting daripada keadaan di dalam rumah.
  "Nasib baik dengan pertolongan jiran-jiran peti air serta barangan di dalamnya dapat diselamatkan,' katanya.
  Khalid berkata, dia bernasib baik apabila air mulai surut jam 11 malam dan walaupun air naik hingga ke paras 0.4 meter di dalam kedainya dia tidak mengalami kerugian besar.
  Pemilik bengkel motorsikal, Badri Othman, 40, pula berkata, dia kerugian kira-kira RM20,000 apabila sebuah mesin kompresor dan tiga buah motorsikal ditenggelami air, tidak sempat diselamatkan kerana rumahnya juga dilanda banjir.
  Katanya, air naik dengan pantas, manakala dia dan keluarga terpaksa bergelut dengan banjir di rumahnya di Banggol Batu, menyebabkan bengkelnya yang terletak di Taman Kota Tampan tidak sempat diurus.
  Seorang peniaga makanan, Mohd Yusri Yacob, 36, terpaksa menghentikan perniagaannya apabila air naik ketika hujan masih turun dan kemungkinan tidak dapat berniaga untuk sekurang-kurangnya dua hari.
  Sementara itu, tiga sekeluarga di kampung banggol batu yang sedang menunggu rumah PPRT, bernasib baik dapat menyelamatkan barangan penting di dalam rumah sebelum berpindah ke rumah saudara di kampung sama.
  Ketua keluarga, Mohd Mizi Abdul Rani, 28, berkata ketika hujan lebat sejak jam 6 petang, dia, adiknya, Mohd Radzi, 26, dan ibunya Hasnah Abdullah, 64, bergegas memunggah barang-barang penting termasuk barangan elektrik ke tingkat atas rumah.
  "Air naik separas 1.5 meter di dalam rumah dan walaupun semua barang-barang sempat diselamatkan, kami tiga beranak terpaksa berpindah bimbang kalau-kalau air naik lagi," katanya.
  Mohd Mizi berkata, banjir kali ini adalah yang ketiga melanda rumah mereka pada tahun ini, di mana kali kedua selepas Aidilfitri lalu sepertimana dilaporkan akhbar ini.
  Di Mukim Lenggong pula, di pekan Lenggong sendiri kira-kira 10 premis kedai termasuk sebuah kedai motorsikal dan kedai mesin Singer dilanda banjir limpahan air longkang, bagaimanapun tidak ada kerosakan harta benda berlaku.
  Di Kampung Sumpitan 40 buah rumah dan dua buah kedai dilanda banjir lumpur mulai lebih dua jam mulai 11 malam akibat limpahan air Sungai Temelong, bagaimanapun tidak ada mangsa dipindahkan.

Ahad, 14 November 2010

Persepsi 'Melayu lemah' mainan politik Umno



Nazri Abdullah   
SHAH ALAM, 13 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata slogan 'Ketuanan Melayu' yang dimainkan Umno dengan menanam persepsi Melayu lemah adalah tidak berasas sama sekali.
Buktinya, kata beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 penguasaan kerusi Melayu di parlimen terus meningkat dari 108 kepada 130 kerusi pada PRU 2008.
"Kita telah tunjukkan dan amat jelas statistiknya bahawa kedudukan politik Melayu dari sudut itu adalah kuat.
"Maka yang sebenarnya sebab Melayu dilihat lemah ini ialah kerajaan Umno BN yang dibentuk selepas PRU 2008 itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.
Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja ‘Umno dan Krisis Ketuanan Melayu’ pada Seminar PAS Ganti Umno, di sini, hari ini.
Katanya, yang lemah bukan Melayu tetapi Umno, khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Menurutnya, Umno sengaja mewujudkan persepsi tersebut selepas hilang sokongan Melayu pada PRU ke 12.
Ianya ditambah pula dengan beberapa negeri dominan Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor dikuasai Pakatan Rakyat.
"Krisis politik Umno hari ini mempunyai dua punca utama iaitu masalah ekonomi orang Melayu dan masalah undi orang Melayu," katanya lagi.
Umno, katanya, sedar bahawa dasar baru yang dibuat selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada 1990 sehingga kini tidak banyak menaikkan taraf hidup orang Melayu.
Mereka juga sedar bahawa dasar-dasar politik mereka juga sudah tidak dapat diterima Orang Melayu.
Beliau turut menyenaraikan semula 17 bukti Umno pengkhianatan Melayu yang pernah didedahkannya sebelum ini.
Antaranya melemahkan institusi raja Melayu, melemahkan sistem kehakiman, menarik royalti Terengganu dan menyekat royalti Kelantan, memperkenal PPSMI, menarik peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan terbaru mahu menggadai tanah Kampung Baru kepada bukan Melayu.
Namun segala krisis Umno itu diterbalikkan dan dituding kepada Pakatan Rakyat sebagai yang bersalah dalam 'permainan politik' mereka.
Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan PR Selangor dan Perak menjadi mangsa serangan Umno kerana kedua-dua negeri ini mempunyai adun bukan Melayu lebih ramai khususnya dari DAP dan PKR.
"Ladang ternakan babi di Selangor, walaupun dirancang semasa BN, tetapi digambarkan sebagai projek PR yang dipengaruhi DAP.
"Di Perak, dasar menukar status tanah TOL kepada tanah miilik kepada masyarakat Cina yang berpuluh tahun mendudukinya, dikaitkan sebagai kekuatan DAP dan kelemahan PAS," katanya.
Permainan politik Umno BN juga disifatkannya sebagai berjaya dengan membawa imej sederhana apabila parti-parti pembangkang ditonjol sebagai ekstremis.
Rakyat kini, katanya sedang menilai kredibiliti BN dan akan terus menyokong PR jika PAS, PKR dan DAP mampu membuktikan bahawa mereka boleh duduk bersama.

Sabtu, 13 November 2010

PAS PERLU MENANG DENGAN KEKUATAN SENDIRI


Oleh Nazri Abdullah   
SHAH ALAM, 13 Nov:
PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.
"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.
"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.
Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,
Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.
Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.
Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.
"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.
Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.
"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.
"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.
Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.
Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.
Umno berundur secara terhormat
Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.
Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.
"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.
"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.
Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan.
Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan".
Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".

Lenggongkite'13: Kecamukan dalam Felda sedang mengancam pengaruh Umno

Lenggongkite'13: Kecamukan dalam Felda sedang mengancam pengaruh Umno: "- Sent using Google Toolbar"

Kecamukan dalam Felda sedang mengancam pengaruh Umno


KETIKA pembahas berucap dalam Perhimpunan Agung Umno ke 61 (usia Umno 64), antara nama yang sering menerima kritikan dan kecaman, ialah Ketua Penerangan, Dato' Ahmad Maslan. Namun, yang menghairankan tidak pula Ahmad diberi peluang oleh Presidennya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menjawab ketika penggulungan.

Berbeza dengan era kepimpinan Umno terdahulu, biasanya, mereka yang namanya disentuh dalam perbahasan, akan bangkit memberi jawapan tetapi, dalam era Najib, ia diubah. Mungkin Najib tidak membenarkan Ahmad membuat jawapan, kerana khuatir akan diboo perwakilan.

Sejak Ahmad dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, di situlah bermulanya serangan peneroka Felda terhadap Felda. Ada juga yang mengatakan, sejak kebelakangan ini Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Nor sudah semakin kerap menganjurkan pelbagai program dengan harapan jawatannya disambung dua tahun lagi.

Desas-desus bertiup kencang, Dr. Yusof akan ditamatkan jawatannya dan tempatnya digantikan dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tetapi, desas-desus ini senyap begitu sahaja apabila, beberapa kes saman peneroka terhadap Felda berjaya.

Ahmad sebenarnya patut bangun memberi penjelasan di hari terakhir perhimpunan. Sindiran perwakilan Wanita yang menyentuh Felda dan beberapa agensi dan GLC nampaknya tidak mendapat respon yang baik dari pihak tertentu. Ahmad, selaku timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda sebenarnya sedang digigit dan digugat sekarang ini. Dia tidak boleh lari dari tanggungjawab ini. 

Walaupun, kali pertama Felda kalah bicara, mereka mengatakan peguam yang mewakili Felda tidak hadir bicara, bagaimana pula dengan beberapa kes lain, yang peneroka menang bicara? Dr. Yusof Nor yang jarang muncul di TV, kini sudah pandai mencari publisiti. Mahu buat kolej melatih bakal pembantu rumah dijadikan fokus utama Felda sekarang.  

Dalam masa yang sama, Felda terpaksa membayar 'air time' kepada radio Kelasik Nasional untuk menyampaikan berita-berita Felda. Acap kali, akan ada peneroka-peneroka yang dijemput untuk memberi puji-pujian kepada Felda. 

Entah berapa jumlah Felda terpaksa bayar kepada RTM untuk slot ini, tidak pula diketahui tetapi pelbagai usaha mahu dibuat bagi memberi keyakinan kepada rakyat kononnya Felda teraniaya dek perbuatan segelintir peneroka.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda ialah Perdana Menteri sendiri. Tetapi, dalam tugas sehari-harian, Ahmadlah yang dipertanggungjawabkan. Malangnya, Ahmad tidak dapat membendung kehendak peneroka-peneroka yang merasakan mereka tidak mendapat hak mereka selama ini sebagai peneroka.

Selama ini, BN menyifatkan Felda adalah kawasan simpanan tetap mereka. Mereka percaya bahawa peneroka dan anak-anak peneroka tetap akan menyokong BN dalam pilihan raya kerana keyakinan kononnya Felda adalah hak kerajaan.

Namun, apabila ada pihak yang merasakan Felda sebenarnya 'neo kolonial' kepada sesetengah peneroka hingga mereka tampil untuk menyaman Felda, Najib dan Ahmad gelabah. Tentunya Dr. Yusof Nor juga gelabah disebabkan situasi yang tidak berpihak kepada mereka.

Bukan itu sahaja, jika Felda berjaya disaman, agensi yang seakan-akan Felda, Felcra juga menanti masa sahaja untuk diheret ke muka pengadilan. Peneroka dan peserta Felcra sudah nampak tindakan rakan-rakan mereka di Gugusan Raja Alias di Jempol dan Tanah Merah, beroleh kejayaan.

Perkembangan ini cukup merisaukan. Felda yang selama ini, sukar ditegur, kini sudah diserang kiri dan kanan. Malahan, isu penubuhan team bola Felda United dan pembinaan bangunan Felda oleh Kumpulan Naza juga menjadi isu yang cukup sukar dijawab.

Sepatutnya dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu, Ahmad atau Najib sendiri boleh menggunakan platform tersebut untuk membuat penjelasan isu Felda.  Atau, jika mereka mempunyai hujah, boleh sahaja isu ini ditanam untuk menjadi bahan ucapan perwakilan.

Sekurang-kurangnya, mereka berdua boleh menjawab untuk membersihkan nama baik Felda. Malangnya, mereka sendiri, barangkali sudah tidak ada hujah yang mampu mereka luahkan bagi memberi jawapan terhadap apa yang dipertikaikan. Banyak agensi kerajaan kini, menjadi tempat bekas menteri mencari makan. Jawatan pengerusi seperti diwujudkan hanya untuk menteri mendapat ofis selepas tidak lagi dilantik. 

Antaranya, Shahrir Samad dilantik menjadi pengerusi satu agensi berkaitan kelapa sawit, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (Risda), Dato' Seri Ir Mohamad Zin Mohamad (KTMB), Tan Sri Syed Hamid Albar (SPAD), Tajol Rosli Ghazali (Air) dan ramai lagi.

Bagaimana akhirnya Felda di tangan PM dan Ahmad, hanya masa yang akan menentukan. Sekiranya, ada lagi peneroka bertindak mahu menyaman Felda, tiada siapa yang dapat menahannya. Yang lebih penting, BN sudah mula resah untuk menghadapi pilihan raya akan datang, kerana tahu, Felda yang selama ini dianggap sebagai 'simpanan tetap' sudah berubah.

Perubahan ini berlaku kerana semakin ramai peneroka yang sedar bahawa mereka seperti dijajah dalam bentuk penjajahan moden atau neo colonial. Itu mungkin anggapan mereka dan hanya mahkamah yang akan menentukan sama ada kes atau tidak setiap kali saman difailkan. - SAFAR JUMAAT
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam


Rabu, 10 November 2010

Lenggongkite'13

Lenggongkite'13: "- Sent using Google Toolbar"

PENYELEWENGAN FELDA- PENEROKA FELDA LAWIN SELATAN BUAT LAPORAN POLIS

LENGGONG – Kira-kira 20 peneroka Felda Lawin Selatan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik berhubung rasa tidak puas hati mereka berkenaan penetapan harga kayu getah yang didakwa terlalu rendah.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Pas Perak, Razman Zakaria berkata, peneroka membuat keputusan itu setelah dinasihatkan pihaknya sewaktu majlis dialog di Felda Lawin Selatan, kelmarin.

Menurutnya, laporan itu turut menyentuh masalah ketiadaan surat perjanjian jual beli kayu getah antara peneroka dan kontraktor serta tiada tender terbuka.

"Perjanjian antara pihak terlibat juga didakwa tidak pernah ditunjukkan kepada peneroka menyebabkan proses tatacara pemberian tender tidak jelas.

“Bagaimanapun kerja-kerja penebangan tetap diteruskan oleh pihak kontraktor dan kini peneroka sudah mendapat bayaran tambahan sebanyak RM2,000,” katanya ketika ditemui di IPD Gerik.

Hadir sama, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Pas Pusat, Mazlan Aliman serta Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Gerik.

Razman berkata, peneroka juga tidak berpuas hati dengan bayaran yang diberikan melalui bank setelah ditolak hutang sedangkan butiran lengkap tidak diketahui.

“Bayaran kayu getah yang diberikan adalah kira-kira RM23,000 bagi 4 hektar berbanding RM38,000 bagi Felda Papulut dan RM40,000 bagi Felda Lawin Utara," katanya.

Katanya, diharap pihak berkenaan akan membuat siasatan bagi membolehkan peneroka mendapat pembelaan sewajarnya.

PENYELEWENGAN FELDA- PENEROKA FELDA LAWIN SELATAN BUAT LAPORAN POLIS

LENGGONG – Kira-kira 20 peneroka Felda Lawin Selatan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik berhubung rasa tidak puas hati mereka berkenaan penetapan harga kayu getah yang didakwa terlalu rendah.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Pas Perak, Razman Zakaria berkata, peneroka membuat keputusan itu setelah dinasihatkan pihaknya sewaktu majlis dialog di Felda Lawin Selatan, kelmarin.

Menurutnya, laporan itu turut menyentuh masalah ketiadaan surat perjanjian jual beli kayu getah antara peneroka dan kontraktor serta tiada tender terbuka.

"Perjanjian antara pihak terlibat juga didakwa tidak pernah ditunjukkan kepada peneroka menyebabkan proses tatacara pemberian tender tidak jelas.

“Bagaimanapun kerja-kerja penebangan tetap diteruskan oleh pihak kontraktor dan kini peneroka sudah mendapat bayaran tambahan sebanyak RM2,000,” katanya ketika ditemui di IPD Gerik.

Hadir sama, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Pas Pusat, Mazlan Aliman serta Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Gerik.

Razman berkata, peneroka juga tidak berpuas hati dengan bayaran yang diberikan melalui bank setelah ditolak hutang sedangkan butiran lengkap tidak diketahui.

“Bayaran kayu getah yang diberikan adalah kira-kira RM23,000 bagi 4 hektar berbanding RM38,000 bagi Felda Papulut dan RM40,000 bagi Felda Lawin Utara," katanya.

Katanya, diharap pihak berkenaan akan membuat siasatan bagi membolehkan peneroka mendapat pembelaan sewajarnya.

Selasa, 9 November 2010

SANGGAHTOKSAGO.COM: Mengapa Kerajaan Umno-BN syok luaskan industri mun...

SANGGAHTOKSAGO.COM: Mengapa Kerajaan Umno-BN syok luaskan industri mun...: "Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan ETP yang sedang dipergiatkan Perdana Menteri sebagai 'economy pumping', dakwa Ketua Dewan Pemuda PAS Pus..."

SANGGAHTOKSAGO.COM: Tak percaya? Umnolah punca bangsa Melayu dihina se...

SANGGAHTOKSAGO.COM: Tak percaya? Umnolah punca bangsa Melayu dihina se...: "Umnolah yang menjadi penyebab mengapa bangsa Melayu hari ini dihina di tanahair sendiri, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad..."

SANGGAHTOKSAGO.COM: Kecamukan dalam Felda sedang mengancam pengaruh Um...

SANGGAHTOKSAGO.COM: Kecamukan dalam Felda sedang mengancam pengaruh Um...: "KETIKA pembahas berucap dalam Perhimpunan Agung Umno ke 61 (usia Umno 64), antara nama yang sering menerima kritikan dan kecaman, ialah Ket..."

NANTI ROSMAH PUN TERINGIN JUGA.

Nanti Rosmah Pun Teringin Juga


Bantal yang menggambarkan gambar wanita AS pertama Michelle Obama, direka oleh Arpita Kalra, dipamerkan di sebuah kedai di New Delhi, India, pada Sabtu, November 6, 2010 untuk memperingati kunjungan Pasangan Pertama Amerika Syarikat Presiden Barack Obama ke empat negara Asia termasuk India.

Rosmah yang tak 'sadar' diri mengaku dirinya wanita pertama Malaysia, akan teringin jugalah bantal sebegitu untuk dijadikan koleksi (hangpa mau kaa...). Kalau Michelle Obama tidak pernah meminta untuk dibantalkan dan Arpita Kalra merasakan boleh mendatangkan keuntungan dengan ciptaannya, mungkin Rosmah Najib terpaksa mencari pereka mencipta sesuatu seumpamanya dan itu pun akan diberi percumalah...kan wanita pertama

SPRM digesa siasat dakwaan penyelewengan Felcra

Oleh: Nazri Abdullah
PUTRAJAYA, 9 Nov: Satu laporan dakwaan penyelewengan Felcra dalam perlaksanaan Projek Pembangunan Pulau Bangi, Sabah diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Laporan diserahkan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman di pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.
"Kita menggesa SPRM menubuhkan special Task Force untuk siasat projek ini.
"Ianya bukan sahaja melibatkan kos besar, tapi penyelewengan menteri dan pengurusan kanan Felcra," katanya yang juga Pengerusi Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak).
Beliau mendakwa, Projek Agropolitan Pulau Bangi yang dibangunkan pada 2006 dengan kos RM167 juta, untuk penanaman getah di atas tanah seluas 2000 ekar dibuat tanpa kajian awal sehingga merugikan wang rakyat.
Projek tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu, Datuk Seri Aziz Shamsuddin.
Ianya termasuk faktor cuaca panas 7 hingga 8 bulan setahun di pulau tersebut, kadar kemasinan tanah yang tinggi dan ombak besar yang berisiko merosakkan tanaman.
Selain itu, Lembaga Getah Sabah juga didakwa menolak syor menanam getah tersebut, manakala anak syarikat SEDC Sabah juga menolak syor untuk penanaman kelapa sawit namun tidak dipedulikan Felcra.
"Kerajaan mesti membuat perisytiharan rasmi tentang status projek tersebut agar wang rakyat tidak dibazirkan sesuka hati," katanya lagi.
Selain itu, Felcra juga didakwa membazirkan sejumlah RM40 juta untuk membina Empangan Air dan RM25 juta untuk membina 100 buah rumah peserta sedangkan tiada apa-apa hasil selepas 3 tahun projek itu berjalan.
Malah terdapat juga dakwaan bahawa kontrak membina empangan tersebut dibuat secara runding terus.
Sehingga kini katanya, kemajuan tanaman getah tersebut hanya statik, dan Felcra juga telah membayar gaji bulanan kepada peserta antara RM 18 hingga RM20 bermula 2007.
Beliau juga mahu kebenaran, sama ada benar sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan untuk projek tersebut untuk 2008, 2009 dan 2010.
"Kita juga mahu siasatan menyeluruh dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab dan mengheret mereka ke muka pengadilan," katanya sambil menunjukkan senarai nama mereka yang didakwa terlibat.

Sabtu, 6 November 2010

Rasuah dari Sudut Pandang Hukum Islam

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap 'pilih kasih' dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab "al-risywah". Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan " memberi dan menerima suapan" adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum".Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :" Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka".

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya". (al-Baqarah : 188)

Perjuangan Agama Lebih Utama

Assalamualaikum

Medan dakwah merupakan satu lapangan yang luas selari dengan objek dakwah yang dibawa oleh para rasul iaitu agama Islam. Justeru itu para du’at selaku juru dakwah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam rangka menyalur dan menyampaikan risalah dakwah dengan lebih terarah dan terencana. Oleh itu pemahaman yang mendalam dan mendasar mengenai "Fiqh Dakwah" adalah perlu agar penyebarluasan risalah ini mencapai tahap yang maksimum.Fiqh dakwah merupakan cantuman dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah. Setiap kalimah mempunyai maknanya tersendiri.

FIQH : Mengetahui (tahu) dan memahami (faham).
DAKWAH : Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukan sesuatu.

Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa, patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap.
Ini bermakna dakwah ilallah ialah seruan untuk tunduk dan patuh kepada agama Islam secara keseluruhannya (total). Meyakini Islam adalah agama yang benar, yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang diwahyukan oleh Allah Taala.Fiqh Daulah merupakan satu proses pemahaman secara mendalam dan mendasar terhadap sejarah dakwah, sebab-sebab dakwah dijalankan, rukun-rukun dakwah, matlamat dan tujuan dakwah, uslub dan method yang digunakan, wasilah yang dipraktikkan dan kesan rangka tuju dakwah tersebut.

Pemahaman yang jelas dan mendasar mengenai Fiqh Daulah ini memungkinkan juru daie mempersiap siagakan diri dengan 'senjata' yang mampan, keupayaan diri, kemampuan mengutarakan bukti dan hujjah untuk berhadapan dengan mad'u yang pelbagai, suasana dan iklim yang berbeza, bangsa keturunan dan bahasa yang berbeza.

Justeru itu perkara-perkara di atas wajib dikuasai bagi siapa yang mahu menjadi kemudi risalah, pengikut baginda Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, ia menjadi satu kewajiban yang tertanggung di bahu manusia selagi ia bergelar muslim, merialisasikan tugas tersebut berdasarkan kemampuan dan keupayaan.Jelasnya, kewajipan menyampaikan risalah dakwah Islamiah ke serata pelusuk rantauadalah satu tuntutan sebagaimana wajibnya beriltizam terhadap jemaah Islam di atas dasar wajibnya memberi peringatan kepada manusia.