| Sebahagian Jentera PRU-13 PAS Kaw. Lenggong (Amilin Hijau) |
LENGGONG- 10 Feb 2012: Jentera Pilihanraya Pas kawasan Lenggong turun bersama Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Abu Bakar Hussien, Timb. Pesuruhjaya Pas Perak, Tn Hj. Razman Zakaria dan Ketua Penerangan Pas Perak, Ust Nuri Al Amin dengan pelan strategik, Gerak Tawan Perak (GTP) bagi menawan Parlimen Lenggong diadakan disini pada jam 3:30 petang di tengah-tengah pekan kecil Lenggong, telah berjaya menepati sasaran.
| (Ahi Parlimen Lenggong emosi melihat kehadiran jentera PAS bersama YDP sambil berkata:- Apa ni... jangan la macam ni..... Kah....kah....kah...) |
Sebanyak 400 naskah risalah berbagai isu, berjaya diedarkan kepada orang-ramai disekitar pekan sehari dan disekitar majlis Sambutan tahun baru cina anjuran Umno-Bn Lenggong, yang kebetulan diadakan pada hari yang sama.
Pelancaran program (GTP) peringkat Lenggong, ditumpukan di 5 buah kampung di DUN Kenering, yang berada didalam parlimen Lenggong, iaitu Kg. Lawin, Kg. Tawai, Kg. Air Ganda, Kg. Padang dan Kg. Tg. Kala sebagai permulaan.
Program ini juga dijalankan diseluruh Kawasan kerusi Parlimen ditandingi Pas di Negeri ini, bagi memperkenalkan Pas kepada masyarakat umum, khususnya di Perak.
Pelancaran logo dan slogan "Perakite", Rakyat Sepakat, Perak Berkat, bertujuan menggantikan logo dan slogan 1Malaysia tajaan Umno-Bn.
Dengan adanya logo dan slogan ini, masyarakat akan lebih mudah mempromosikan Pas tanpa menampilkan logo parti disemua tempat, terutamanya ketika memakai logo ini untuk masuk ke tempat mengundi sepertimana Umno-Bn menggunakan logo 1Malaysia untuk meraih undi didalam dewan mengundi ketika pilihanraya.
Seramai 100 orang jentera pilihanraya Pas Kawasan telah diberi taklimat khas mengenai strategi-strategi untuk mencapai kemenangan Pas pada pilihanraya akan datang, oleh Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Perak Ust. Misbahul Munir Masduki, Ust. Nuri Al Amin dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Perak, sdr. Salman Salleh, di Kg. Lawin pada petang yang sama.
Program sehari ini turut diisi di 3 tempat berasingan dengan pengisian kuliah maghrib oleh Ust Misbahul Munir di masjid Kg. Air Ganda, dan Ust. Nuri Al Amin di masjid Kg. Tg. Kala, manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Perak, tuan Asmuni Awi, mengadakan dialog bersama bekas-bekas AC, Homeguard dan bekas-bekas polis di Kg. Padang pada masa yang sama.
Kemuncak program pelancaran (GTP) peringkat Parlimen Lenggong, ceramah umum pada jam 9 hingga 12 malam, disampaikan oleh Tn. Hj Razman, Ustaz Misbah, Ust. Nuri, dan Tn. Asmuni, diadakan di Kg. Tawai untuk memberi penerangan kepada masyarakat pengundi di Kg. Kenayat, Kg. Pdg. Jeri, Felda Papulut dan kampung-kampung berdekatan yang hadir dalam jumlah yang menepati sasaran.
| Ketua Penerangan PAS Perak, Ust Nuri Al Amin, Menyampaikan Taklimat Kepada Jentera PRU-13. |
| Setiausaha JPN Sdr. Salman Salleh menyampaikan taklimat kepada jentera PRU-13. |
| Timb. Pesuruhjaya 2 Ust. Misbahul Munir menyampaikan taklimat kepada jentera PRU-13. |
| sebahagian Jentera PAS Kawasan Lenggong. |
| "Sambil Makan Baca Risalah Ni......." |
| Ahli Parlimen Lenggong yang paling emosi pada abad ini. (Shamsul) |
| Adun Kenering dan Adun Kota Tampan ni nampak Steady je. Tapi YDP PAS nampak lebih berwibawa. |


















