Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 10 Januari 2012

OKU (Orang Kuat Umno) MASUK PAS BERAMAI-RAMAI.

(Orang Kuat Umno Pasir Salak Abd Halim Hadi, Masuk PAS Bersama 20 orang penyokong-penyokongnya.) 
CENDERONG BALAI, 6 JANUARI 2012: PAS cawangan Kg. Pekan Rabu, mengadakan majlis penyerahan 20 borang keahlian baru kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj. Razman Zakaria, oleh seorang bekas ahli Umno, Abd Halim Hadi, 56, yang juga merupakan mantan setiausaha cawangan Umno disini bersama-sama 20 orang penyokong-penyokongnya.

Ketika ditemui, Hj Razman mengucapkan syukur dan tahniah diatas kesedaran masyarakat disini kerana pada hari ini, perjuangan PAS sudah difahami oleh kebanyakan masyarakat berbilang kaum samaada di bandar-bandar besar mahupun yang tinggal diluar bandar,  ujarnya setelah diberitahu tempat program diadakan ini merupakan kubu kuat dan juga kampung kelahiran seorang ahli Parlimen Umno-Bn. (Dato' Tajuddin Abd Rahman)

Hj Razman Berkata; “Jika sebelum ini, masyarakat melayu dan kaum-kaum bukan melayu seringkali ditakut-takutkan oleh pihak parti lawan dengan mengatakan, “Negara tidak akan maju, terkebelakang dan akan huru-hara sekiranya PAS atau Pakatan Rakyat memerintah,” ternyata tidak benar sama sekali setelah masyarakat berbilang kaum di negara ini lebih meyakini pentadbiran cemerlang yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri.”

Katanya Lagi, “Ini dibuktikan dengan adanya sayap parti, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mewakili kaum bukan Islam yang telah memberikan sokongan penuh terhadap dasar parti  diperjuangkan oleh PAS iaitu, membina sebuah Negara berkebajikan yang merangkumi semua aspek kehidupan dan pembangunan dengan memberikan keadilan kepada semua kaum, bangsa dan agama di Negara ini.” Tegas beliau dalam ucapannya.

Ahli Parlimen P. Salak, dato' Tajuddin Abd Rahman.
(Kampung dia la berita ni.) 
Hj Razman mengajak semua masyarakat menilai semula, apakah bentuk pembangunan dan kemajuan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat disini setelah lebih 54 tahun, Umno-Bn diberi mandat untuk mengurus kemajuan dan pembangunan seperti, keperluan asas masyarakat setempat yang dilihat masih lagi sangat jauh ketinggalan daripada arus kemajuan sebenar. "Sedangkan kampung ini ialah tempat kelahiran Ahli Parlimen yang sedang berada didalam dewan rakyat pada hari ini. Tidak nampak apa-apa pun perubahan besar yang dibawa oleh beliau setelah dilantik oleh penduduk disini supaya membawa penyelesaian terhadap pemasalahan masyarakat penduduk disini." Ujarnya.

Penyerahan borang disaksikan Dr Muhaimin, (Tiga dari kanan.) 
Hj Razman, mengulas mengenai aduan Abd Halim, yang baru menyertai PAS berikutan rasa tidak puashati penduduk kampung  dengan janji-janji kosong ahli Parlimen parti lawan (Umno-BN) untuk menaik taraf jalan luar bandar (kampung) dan projek membina sebuah Masjid baru yang katanya, bernilai RM2.5 juta. Tetapi, sehingga kini tidak dilaksanakan. “Perlukah masyarakat disini menunggu 20-30 tahun lagi?” Soal Hj Razman, sambil menyeru supaya ramai lagi ahli atau penyokong Umno-Bn meninggalkan parti itu dan mengikuti Abd Hadi, yang sudah pun menyertai parti PAS.

Mengakhiri ucapannya didalam program ini, Hj Razman menyeru semua lapisan masyarakat supaya membuat pilihan yang betul agar memilih seorang pemimpin yang amanah dan benar-benar layak untuk mewakili penduduk disini bagi mencapai kemajuan, kebajikan dan pembangunan sepertimana telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri dengan rekod urus tadbir terbaik setakat ini, berbanding amalan belanjawan pihak kerajaan Umno-Bn yang sering mengalami ketirisan dan penyelewengan ketika membelanjakan dana awam dan perbendaharaan harta Negara setelah sekian lama mereka diberi mandat oleh rakyat memegang tampuk kuasa pemerintahan di negeri Perak.


1 ulasan:

  1. Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Rahman (=) Dia ni la penyangak yang dok jaga FELCRA 1Malaysia. Cissss!!! Tak Guna punya orang..........

    BalasPadam