Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 21 Ogos 2011

"KEADILAN UNTUK SEMUA"



Ucaptama
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sempena Himpunan :
Front Bertindak Anti Murtad [Forkad] dan Bongkar Kepincangan SPR [Bongkar]

Dewan Bandaran MPKj Bandar Kajang Selangor. [ 20 Ramadhan 1432 ]
-----------------------------------------------------------

Pertahankan Aqidah Ummah
Menangi Pilihanraya ke 13.
 
Muqaddimah  :

Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Surah Ibrahim. Ayat 24 - 25
---------------------------------------------------------
Aqidah Islam adalah noktah perjuangan PAS.

1. Perjuangan Islam yang didokong oleh PAS  adalah  manifestasi  dari  tuntutan 2 kalimah  syahadah لا اله الا الله محمد رسول الله  . Sebuah perjuangan yang diasaskan oleh Rasuulul Ummah Musthafa saw. yang sekurang – kurangnya  berpaksi pada 4 prinsip.

·         ان اعبدوا الله و اجتنبوا الطاغوت  - surah an nahl ayat 36
·         اقامة الدين و سياسة الدنيا به  - makna khalifah dari surah al baqarah ayat  30
·         بلدة طيبة و رب غفور -  surah saba’ ayat 15
·         الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر  - surah aali imran ayat 104

2. Aqidah Islam menjadi rahsia umum keupayaan PAS bertahan merentasi tribulasi di sepanjang zaman. Pejuang – pejuangnya menjadi mulia kerana mempertahankan aqidah Islam dan kita wajib merasa mulia untuk melangsungkan kesinambungan perjuangan dengan aqidah ini. Kerana aqidah ini, kita sanggup berkorban, mendepani cabaran dan meredah mehnah biarpun berapa harga pengorbanan tersebut.

3. PAS adalah benteng utama untuk mempertahankan syariat dan aqidah ummah sesuai dengan dasar dan prinsip perjuangannya. Sebagai sebuah parti politik yang perjuangannya berteraskan Islam, PAS senantiasa dihadapan memperjuangkan aqidah, syariat dan kebajikan ummah.

4. Menyedari keruntuhan nilai hidup beragama yang semakin parah dalam negara kita, gara – gara budaya maksiat dan mungkar yang disiram subur oleh kerajaan UMNO dan BN sejak sekian lama, Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagai sayap utama parti, dibawah slogan Duta Penyelamat dan Kasih Sayang telah menubuhkan Front Bertindak Anti Murtad [ Forkad ] untuk menyelamatkan aqidah ummah dari musibah murtad.

5. Saya mengharapkan Dewan Pemuda PAS mampu berperanan sebagai dahan kukuh tempat ummah berpaut dan bergantung bagi menyelamatkan aqidah mereka. Sekurang – kurangnya 3 peranan besar dapat dilaksanakan melalui Forkad.

·         Memberi bimbingan khusus dan khidmat asuhan aqidah kepada mereka yang mengalami keraguan terhadap Islam dan syariatnya.

·         Melebarkan dakwah Islamiyah kepada masyarakat dan membentengi mereka dengan amal Islami di dalam kehidupan mereka.

·         Mengawasi dan memantau sebarang anasir yang tidak bertanggungjawab dari merosakkan aqidah ummat Islam seperti penularan gaya hidup bebas, free thinker dan lain - lain.

6. Isu aqidah adalah isu yang berterusan dan berpanjangan. Ianya akan terus ditangani dengan hikmah dan serius tanpa apologetic.  Namun kita tetap akan memberikan komitmen kita, bahawa non muslim berhak beramal dengan agama mereka tanpa gangguan, malah kita turut menentang apa jua tindakan yang melanggar hak – hak non muslim yang dipelihara oleh syara’ seperti meruntuhkan rumah ibadah mereka, menghalang mereka mengadakan upacara agama mereka dan seumpamanya.

7. Sebagaimana kita juga akan bermati – matian berjuang mempertahankan aqidah ummah dari dicemari dan dinodai oleh mana – mana pihak termasuk mereka yang mengambil kesempatan di atas kelemahan fizikal dan material ummat Islam. Bahkan kita mesti berjiwa besar, berani dan rajin untuk tampil memperbaiki kelemahan ummat Islam dan berjuang membebaskan mereka dari belenggu kelemahan tersebut.

8. Mutaakhir ini, satu perkembangan menarik apabila UMNO dan BN juga berminat untuk bercakap soal aqidah dan memperlihatkan kononnya mereka juga sedang memperjuangkan aqidah. Buat masa ini, UMNO dan BN sememangnya diragui oleh kebanyakan pihak dalam usaha mereka memperjuangkan aqidah, justeru sejak sekian lama mereka menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun saya yakin dan percaya bahawa ini sebahagian dari kejayaan kita mendidik masyarakat selama ini, bahawa aqidah adalah suatu yang mesti diperjuang dan dipertahankan oleh seluruh ummat Islam justeru ia adalah suatu yang melepasi sempadan politik kepartian.

9. Sebagaimana kita berjaya menghapuskan doktrin politik suku dan agama suku yang dianut oleh UMNO dan BN sejak sekian lama sehingga hari ini, kita hampir tidak mendengar lagi pemimpin UMNO dan BN bercakap soal politik suku agama suku. Kita mengharapkan suatu masa nanti UMNO dan BN benar – benar memperjuangkan aqidah Islam dan melaksanakan tuntutan aqidah ini lalu meninggalkan perjuangan batil yang berasaskan faham nasionalis dan menerima Islam sebagai dasar perjuangan.

10.  Saya yakin dan  optimis bahawa PAS mampu memberi suatu yang jauh lebih baik dari UMNO dan BN untuk membangunkan Islam dan syariatnya di negara ini jika diberi peluang memerintah dan berdaulat. Sekaligus memperbaiki beberapa kerosakan teruk pada system pengurusan dan pentadbiran khususnya system pengurusan demokrasi dan pengendalian pilihanraya negara.

11.  Kebetulannya kini, negara  tidak boleh menghadapi pilihanraya berhakimkan SPR yang kini telah mengalami kecacatan parah pada nilai kepercayaan awam terhadap ketelusan dan keadilan mereka mengendalikan pilihanraya. SPR kini tiada pilihan melainkan hanya terpaksa berdepan dengan 3 keadaan :

·         Yang di Pertuan Agong merombak Suruhanjaya Pilihanraya yang ada pada hari ini.
·         Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan segera
·         Merombak keseluruhan struktur Suruhanjaya ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti - parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat nasional dan antarabangsa.

12. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar salah satu pilihan di atas dikenakan kepada SPR sebelum terlambat. Tiada makna lagi pilihanraya, jika pengurusnya tidak telus dan pengadilnya tidak adil. Sebelum negara kita dipersenda oleh dunia antarabangsa dan rakyat seluruhnya hilang keyakinan dan kepercayaannya kepada SPR.

13. Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya sehingga kini masih kabur fungsinya. Tanpa penglibatan semua termasuk parti politik yang bertanding, ngo dan pemantau bebas di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya , ianya akan terus terdedah kepada keraguan terhadap tahap keberkesanan Jawatankuasa Khas itu dibentuk.

14. Sungguhpun begitu, pemuda PAS mesti senantiasa bersedia untuk menghadapi apa jua bentuk makar dari pihak lawan dan sayugianya mengambil apa jua langkah berkesan untuk memenangi pilihanraya umum yang akan datang.

·         Kekuatan asas pemuda PAS menghadapi pilihanraya sebagaimana yang telah digariskan oleh pihak Jabatan Pilihanraya Pemuda mesti dimiliki bagi memastikan peluang memenangi pilihanraya senantiasa besar dan tinggi disamping kita terus berjuang menuntut pengendalian system pilihanraya yang adil dan telus.

·         Tugas utama pemuda PAS mesti diselesaikan mengikut dateline yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pilihanraya Pemuda. Jangan lengah dan tangguh kerja sehingga akhirnya semua perkara menjadi tunggakkan yang membebankan di saat akhir kita menghadapi pilihanraya. Perkara ini boleh dirujuk kepada manual tindakan atau manual operasi gerakkerja pilihanraya pemuda yang akan dipimpin dan dipantau oleh Jabatan Pilihanraya Pemuda.

·         Hala tuju pemuda PAS mesti dihadham atau dicerna dalam setiap aktiviti dan gerakkerja pemuda sehingga matlamat dan objektif perjuangan pemuda dapat dicapai dengan baik dan cemerlang.

15. Kita mesti menangi pilihanraya demi agenda perjuangan suci yang kita dokong ini. Selepas ini, semua organ pemuda di pelbagai peringkat mesti berperanan selayaknya. Ambil posisi dan pastikan berfungsi. Berjuanglah dengan penuh dedikasi demi melunaskan amanah perjuangan dan tanggungjawab kita kepada Allah swt.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sidang Meja Bulat Ngo - Ngo Islam
Anjuran : Ikatan Ilmuan Malaysia [ILMUAN]
Tajuk : Isu Aqidah Ummah : Apa Sikap dan Peranan Kita ?
Resolusi Sidang Meja Bulat
Shah Alam 13 Ramadhan 1432
Sidang Meja Bulat NGO-NGO Islam yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Ogos 2011  bersamaan 13 Ramadhan 1432 [sabtu] telah mengambil pendirian-pendirian berikut:
1. Kami bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.
2. Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
3. Kami menggesa supaya JAIS dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.
4. Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.
5. Kami mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
6. Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru kami menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.
7. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati.
8. Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.
9. Kami mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini. 
10. Kami NGO yang hadir hari ini bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.
Ngo yang terlibat :
1. PIMPINAN
2. ILMAM
3. Sekteriat Pemuda Perihatin
4. Yayasan Kepimpinan Malaysia
5. Ummah Prihatin Malaysia
6. ILMUAN
7. Pro – Guam
8. Perubatan Islam Darus Syifa’
9. PAPISMA
10. GAMIS
11. INTELEK
12. BISA - Belia Islam Ampang
13. IKATAN - Ikatan Padu Rakyat Malaysia
14. IMPROF - Pertubuhan Muslim Professional
15. I - Khidmat - Ikatan Khidmat Muslim
16. MPM - Majlis Perundingan Melayu
17. GAGASAN
18. PMRAM
19.  UKP - Usrah Kebajikan Profesional
20. FORKAD - Front Bertindak Anti Murtad
21. Umah Care
22. Terap Care
23. Tabung Kebajikan Al-Masakin.
24.  Dewan Pemuda PAS Malaysia
sekian.
Presiden Ilmuan
Dr Fuad Salleh
Isu Aqidah Ummat : Apa sikap dan Peranan Kita ?

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom  telah mengemuka satu kenyataan ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa [DAP] bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. [ Er Teck Hwa meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu. ]

2. Ertinya aqidah ummat Islam sememangnya berdepan dengan isu yang mesti ditangani oleh seluruh ummat Islam tanpa melihat apa fahaman ideologi politik mereka khasnya mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin. Isu aqidah adalah Isu utama yang melepasi sempadan politik justeru ia berkait masa depan ummah di akhirat kelak.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mempunyai Front Bertindak Anti Murtad [Forkad] untuk menangani isu pencemaran aqidah khasnya berkait dengan kes murtad dalam negara kita. Insyaallah Forkad akan terus berperanan khasnya operasi pembenterasan usaha memurtadkan ummat Islam dan operasi pemulihan aqidah bagi muslim yang tercemar aqidah dan keliru terhadap pegangan agamanya.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah ummat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah. Justeru itu kita sokong JAIS yang bertindak untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini.

5. Namun dalam masa yang sama, JAIS juga mestilah bermuhasabah malah jika jelas JAIS tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada ummat Islam di atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku pada Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang, Masjid Fatimah az Zahra' Taman Kosas Ampang dan lain - lain. Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah - penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang JAIS boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah.

6. Sedang rumah Allah inilah menjadi "port" untuk memantapkan ilmu dan amal ummat Islam serta penceramah - penceramah inilah pula menjadi "agen" untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dari musibah murtad yang melanda negara.

7.  Murtad yang berlaku dalam negara kita mempunyai beberapa faktor pendorong yang ketara. Samaada faktor itu kecil atau besar, ianya perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri. Zaman ini adalah zaman yang disebut oleh ulamak sebagai zaman "Riddah wa Laa Aba Bakrin Laha"  iaitu : Gejala Riddah dan Tiada Abu Bakar Menanganinya"

8. Sejarah Islam telah melakarkan format tindakan Abu Bakar as Siddiq Rha dalam memerangi murtad di hari pertama musibah murtad ini tercetus. Begitu juga di sepanjang zaman khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Maka kesimpulan yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui mesyuaratnya yang berlangsung pada 13 August 2011  ialah :

a ] mendesak Akta Murtad dilulus oleh Parlimen Malaysia dan dilaksanakan dalam negara kita.  [ Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi malangnya ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru sekali lagi tidak dibenarkan membentang rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.  Demikian juga pada sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, Yb Salahudin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. ]

b ] mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.

c ] menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat, Baitul Maal dan lainnya dapat membuat agihan yang adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka.

d ] mencadangkan supaya agensi berikut membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan orang asal, Sabah dan Sarawak.

e ] mendesak supaya pihak berkenaan dan berwajib membuat tambahan pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik dalam negara kita.

f ] mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam.

g ] mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran ummat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar.

9. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak non muslim yang telah dipelihara oleh syara' seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka termasuk melakukan pencerobohan terhadap hak non muslim.

10. Ummat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai aqidah dan keperibadian mereka sebagai seorang muslim. Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sabtu, 20 Ogos 2011

"MODAL LAPUK UMNO BARU (UMporNO) KONONNYA PEMBELA AGAMA DAN MELAYU.


Mat Sabu: Isu Kristianisasi modal politik Umno
Isu murtad dan proses Kristianisasi yang dipelopori oleh media arus perdana milik Umno-BN adalah sekadar untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.




NONE
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mempercayai propaganda Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

“Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA,” katanya yang dipetik oleh Harakahdaily.

Sejak kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu yang dikaitkan dengan laporan murtad, rakyat saban hari disajikan dengan ledakan pelbagai bukti oleh media dan blog-blog pro-Umno.

NONE
Rabu lalu, satu laporan yang didakwa ditulis oleh seorang pegawai kanan JAIS berhubung pemeriksaan di premis gereja itu telah disebarkan di internet mankala klip video berhubung kejadian berkenaan juga telah dimuat-naikkan.

Meskipun laporan rasmi belum dikemukakan kepda Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, namun nama penuh dan kad pengenalan 12 orang Islam yang dikatakan hadir di majlis makan malam itu juga telah disenaraikan.

Begitu juga dengan bukti-bukti lain termasuklah kertas soal-selidik dan jumlah wang yang dibekalkan, dan lagu-lagu yang didakwa dinyanyikan pada malam berkenaan.

Bagi pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, lebih mencurigakan tindakan itu disusuli dengan demonstrasi yang dilakukan oleh Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor yang diadakan di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk membawa penyapu tandas, mangkuk tandas untuk dihantar ke pejabat menteri besar.

“Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses Kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?” soal Tuan Ibrahim dalam kenytaan medianya semalam.

NONE
Bagi pemimpin PAS, tindakan itu hanya menguatkan lagi perasaan curiga mereka bahawa dakwaan usaha pengkristianan di negara ini sebenarnya didalangi oleh Umno sebagai modal politik.

Mengulas isu itu, Mohamad Sabu semasa merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau, Temerloh semalam berkata pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada orang Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya.

Rabu, 17 Ogos 2011

Koleksi Terbaik Kenyataan Pimpinan UMNO Yang " Memperlekeh Undang2 Islam "





Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud. 

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. 

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan. 

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor. 

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan. 

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa. 

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa. 

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan. 

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas. 

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO. 

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan. 

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan. 

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan. 

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah. 

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota. 

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92.



ULASAN:

APA LAGI YANG DAPAT DIHARAPKAN DARI UMNO-BARISAN NASIONAL YANG KONONNYA MENJADI PEMBELA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. UMNO DULU LAIN, UMNO YANG ADA PADA HARI INI ADALAH UMNO BARU SETELAH UMNO (LAMA) DIHARAMKAN PADA ERA MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 1987 YANG LALU.

NAK HARAPKAN PEMUDA UMNO SEPERTI YANG ADA PADA HARI INI? HUH... MAKIN ROSAK BINASALAH ANAK-ANAK MUDA DENGAN HIBURAN MELALAIKAN YANG SERING DITAJA OLEH PEMIMPIN MUDA UMNO BARU YANG SEDANG LIGAT MENGANGKAT BAKULNYA SENDIRI. PEMIMPIN YANG LEBIH TUA DITENTANG HABIS-HABISAN, ITULAH MORAL PEMUDA UMNO BARU LENGGONG YANG ADA PADA HARI INI. 

KETUANAN MELAYU HANYA PENIPUAN, NAK BELA AGAMA UCAPAN MURAHAN. MEREKA SEMUANYA CARI MAKAN  IBARAT KUTU DIATAS KEPALA, (KALAU TAK ISAP DARAH ATAS KEPALA RAKYAT, TENTULAH KUTU TAK BOLEH HIDUP.) 

BERILAH KEPERCAYAAN KEPADA PAKATAN RAKYAT UNTUK MENERAJUI NEGARA PADA PRU-13 AKAN DATANG.

AGAMA, RAJA-RAJA MELAYU, BANGSA DAN NEGARA AKAN LEBIH SELAMAT DAN TERJAMIN BERSAMA PAKATAN RAKYAT. 

"KEKAYAAN NEGARA UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK PEMIMPIN." 

Selasa, 16 Ogos 2011

SELEPAS GAMBAR LUCAH DITABUR DITEMPAT AWAM, UCAPAN MULIA DAN PERINGATAN DARI MAKSUD AL-QURAN DAN HADITH PULA DIROSAKKAN.



LENGGONG – Perbuatan merosakkan kain rentang (banner) yang digantung Pas Kawasan Lenggong di kawasan simpang empat Kota Tampan, di sini, kelmarin, dianggap sebagai kelakuan jijik dan mempunyai agenda tertentu. 

Banner berkenaan merakamkan ucapan sambutan Ramadan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain dan daripada pemimpin-pemimpin Pas setempat. 


Penolong Setiausaha Satu Pas Kawasan Lenggong, Azni Mohamed berkata, banner yang digantung berhampiran lampu isyarat itu dipercayai telah dipotong dua menggunakan senjata tajam. Menurutnya, banner berkenaan digantung di kawasan itu sejak seminggu lalu dan perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan pada sebelah malam atau awal pagi. “Kami percaya, perbuatan ini dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan dan kita juga percaya pelaku diupah pihak tertentu yang tidak senang dengan pendekatan Pas Kawasan Lenggong yang banyak membuat aktiviti serta mampu menarik sokongan ramai. 


“Tindakan mereka ini adalah seperti perbuatan tidak siuman dan kita akan berusaha untuk mengenal pasti mereka yang terlibat,” katanya ketika melihat sendiri keadaan banner yang dipotong itu. Azni juga tidak menolak kemungkinan dan mendakwa perbuatan berkenaan mungkin dilakukan pihak sama yang pernah menimbulkan maslah dengan Pas Kawasan Lenggong sebelum ini. Katanya, pelaku mungkin telah diupah pihak tertentu demi kepentingan politik mereka dan sebelum ini kerusi dan meja di Markaz Pas Banggol Belimbing, dekat sini, pernah dirosakkan. 


“Kita juga pernah jumpa lambakan risalah serta gambar lucah membabitkan pemimpin tertinggi sebuah parti politik di negara ini di Markaz Pas Banggol Belimbing. “Saya suka mengingatkan pelaku, dan mereka yang terlibat bahawa, satu masa nanti perbuatan mereka akan terbongkar dan kita beri amaran kepada pihak yang tidak bertamadun ini, lebih berhati-hati kerana Pas juga boleh mengambil tindakan sewajarnya. 


Beliau turut memaklumkan bahawa satu lagi banner milik Pas di Pekan Lenggong turut dibuang dan beliau percaya ia dilakukan oleh pihak yang sama. Menurut Azni, Pas Kawasan Lenggong akan membuat laporan polis berkenaan kedua-dua perbuatan itu agar tindakan selanjutnya dapat diambil.


Klik Gambar dan Bacalah Maksud Al-Quran Yang Tertera.
ULASAN:
PERBUATAN DENGKI DAN KHIANAT INI TELAH JELAS MENGHINA MAKSUD DARI AL QURAN, YANG DTUJUKAN KEPADA UMAT ISLAM OLEH PIMPINAN PAS YANG  AKHIRNYA, MENIMBULKAN KEMARAHAN MASYARAKAT ISLAM DISINI, INILAH ANGKARA DURJA PIHAK-PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG SENGAJA MAHU MENIMBULKAN KETEGANGAN DI DAERAH LENGGONG. 


JANGAN MULAKAN......... BARU SAHAJA GAMBAR-GAMBAR LUCAH DITABURKAN DITEMPAT-TEMPAT AWAM, JANGAN HINAKAN ISLAM, INI ADALAH SATU PERINGATAN DAN PESANAN BAIK, BENTUKLAH AHKLAK YANG MULIA BERMULA DARI BULAN YANG MULIA INI.


KALAU NAK BERPOLITIK, BIARLAH DENGAN CARA YANG TERPUJI SEPERTI BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBELA NASIB ORANG-ORANG KAMPUNG YANG SEDANG DITIPU DAN DITINDAS OLEH AGENSI KERAJAAN DI FELCRA DAN FELDA. PERBAYAKKANLAH PROGRAM DI MASJID DAN SURAU SUPAYA MASYARAKAT JADI INSAN YANG BERGUNA.


LETAKLAH KEPENTINGAN PERIBADI DIBELAKANG, JIKA TIDAK, KELAK BINASALAH BADAN.


KEPADA SEMUA MASYARAKAT ISLAM SELURUHNYA YANG BENCIKAN KEPADA PERLAKUAN MANUSIA-MANUSIA ZALIM, HASAD DENGKI DAN KHIANAT TERHADAP PERINGATAN MULIA DISISI AGAMA........... KITA DOAKAN, DAN: 


MARI KITA SAMA-SAMA BERSOLAT HAJAT, BERMUNAJAT KEPADA ALLAH S.W.T DIDALAM BULAN YANG MULIA INI SUPAYA, HIDAYAH DAN PERTUNJUK ALLAH SAMPAI  KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM, DENGKI DAN KHIANAT TERHADAP SAUDARA SEAGAMANYA SENDIRI. 

MENANG SAMAN FELCRA: PAS SERIUS AGENDA NEGARA BERKEBAJIKAN.


Seorang waris kepada peserta Felcra di Tapah, Mohamad Ramly Sanji menang dalam samannya terhadap Felcra Berhad yang didakwa menceroboh tanah milik ibunya. Keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Hassan Abd Rahman yang memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat oleh Felcra dengan ibu plaintif sebelum ini tidak sah.

Sehubungan itu pihak Felcra diarah membayar ganti rugi kepada plaintif dan kos tindakan itu akan ditaksirkan mahkamah. Selain itu Hakim juga mengeluarkan perintah injuksi yang menetapkan bahawa pihak Felcra perlu mengosongkan tanah tersebut dalam masa 30 hari dan segala kos pengosongan itu perlu ditanggung pihak Felcra.

Plaintif memfailkan saman berkenaan pada 2008 selepas mendapati pihak defenden iaitu Felcra Berhad melakukan pencerobohan ke atas tanah seluas dua hektar dijalan Kacu Tapah, yang dibangunkan atas tujuan tanaman kelapa sawit.



Kes beliau antara yang mendapat bantuan dan sokongan Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA), iaitu sebuah NGO yang memperjuangkan nasib peserta Felcra. 

Sementara itu, menurut pengerusi BAPA yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, Tuan Haji Razman, beliau menganggap kemenangan tersebut sebagai kemenangan rakyat. Beliau menyatakan, kes itu menjadi penyuntik semangat kepada NGO itu untuk terus memberi kesedaran serta membantu peserta-peserta mendapatkan semula hak-hak mereka yang selama ini tidak diendahkan oleh pihak pengurusan Felcra.

ULASAN:





PESERTA-PESERTA FELCRA KHUSUSNYA DIKAWASAN LENGGONG PERLU BANGKIT SERTA BIJAK MENDEPANI PENIPUAN FELCRA TERHADAP TUAN TANAH DENGAN BERSEDIA MENUNTUT HAK DI MAHKAMAH. TIDAK ADA APA YANG HENDAK DITAKUTI.

INI ADALAH SATU BUKTI BAHAWA, (BAPA) AKAN TERUS MEMBELA NASIB ORANG-ORANG MELAYU DIKAMPUNG-KAMPUNG YANG TELAH LAMA MENJADI MANGSA PENIPUAN FELCRA YANG JELAS TELAH DIDALANGI OLEH KERAJAAN UMNO-BN.

FIKIRKAN SEJENAK APA YANG TELAH DIBUKTIKAN OLEH PAS DIDALAM MELAKSANAKAN AGENDA "NEGARA BERKEBAJIKAN," DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DIDALAM PEMBELAAN INI. 

"HAK RAKYAT AKAN DIBELA DENGAN SEBAIK MUNGKIN,  KEKAYAAN NEGARA UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK PEMIMPIN SEPERTI KERAJAAN BARISAN NASIONAL." 

Khamis, 11 Ogos 2011

Pakatan Rakyat Vs UMNO Baru


Pakatan Rakyat perlu berkuasa untuk survival Melayu.

Waima pemimpin "UMNO Baru" di lihat tidak relevan kerana telah murtad kemelayuannya dan juga keIslamannya. Murtadnya parti Melayu bernama UMNO Baru adalah kerana mereka di rasok nafsu syaitan yang merupakan ideologi Kapitalisma yang tamak, beralatan riba berbentuk duit kertas mudah tipu dan menguntungkan Bankers serta golongan pemerintah.

Ekonomi duit kertas dan Bankers atau lebih tepat "Kafirnomics" telah hancurkan ideologi Sosialis dan juga Islam yang mesra rakyat. Sistem Negara Berkebajikan dan Sadakah Islamiah di hancuri ideologi tamak Kapitalis dan duit kertas mudah tipu dan mudah cetak.
Tidak hairan ideologi "UMNO Lama" yang berasaskan visi menolong bangsa Melayu khasnya, telah di kaburi nafsu syaitan dan tamak haloba.
UMNO Lama yang dulu visinya menolong rakyat menjadi kaya, telah di matikan dan tersadai visinya di gantikan dengan Visi 2020 yang perkayakan yang golongan kaya/bogoise daripada Melayu, Cina dan India, Yahudi, dan di samping itu memiskinkan rakyat Malaysia yang miskin dan daif.
Jika bukti di tagih oleh sesiapa yang sceptic/kurang kepercayaan, lihat sahaja pada nilai matawang Singapura, yang dahulunya sama RM 1.00 = S 1.00, tetapi kini RM 2.4 = S 1.00. Ini bermakna, rakyat Malaysia telah di miskinkan 240% dari keadaan asalnya.
Bagaimana boleh berlaku begini? Malaysia mempunyai petroleum, kelapa sawit tanah yang luas , sedangkan Singapura tanah sekangkang kera, tiada apa-apa, petroleum mahupun air.
Maka konklusi yang benar adalah UMNO Baru telah mismanage/salah urus aset dan ekonomi Malaysia.

Kenapa UMNO Baru salah urus ekonomi, adalah kerana sifat TAMAK pemimpinnya dan juga sifat tidak peduli rakyatnya yang buta politik dan telah lupa visi asal UMNO lama.
Bukti-bukti salah urus Dr M dan UMNO Baru adalah:-

1) Skandal BMF Hong Kong (RM 2 billion)melibatkan satu pembunuhan pada 1965.
2) jatuhnya nilai ringgit selepas membina Dayabumi dll pada 1985.
3) Skandal Bank Negara yang rugi RM 20 billion beserta jatuhnya nilai ringgt selepasnya pada 1994.
4) Skandal MAS /Tajuddin Ramli yang hampir bankrapkan MAS. Dr M dan UMNO Baru telah bailout Tajudin Ramli dan MAS dengan membayar harga saham melebihi dua kali ganda harga pasaran pada 1997.
5) Kejatuhan nilai ringgit setelah Dr M dan UMNO Baru membuat KLIA, KLCC, KL Tower, Putrajaya, Empangan Bakun dan projek-projek bangunan mega yang lain dengan mengunakan wang Soros dan pelabur-pelabur lain pada 1998.

Deposit Soros menjana 90% atau 9 kali berganda wang untuk di beri pinjaman pada Kompeni kroni UMNO (mengikut Banking procedure).
Semunya ini menunjukkan bertapa borosnya UMNO Baru memperkayakan yang kaya, tetapi rakyat menjadi makin miskin apabila nilai ringgit jatuh akibat duit di cetak untuk menampung hutang kerajaan. Rakyat di cukai melalui jatuhnya nilai ringgit untuk membayar hutang-hutang membina KLIA, KLCC, Putrajaya, Empangan Bakun dan lain-lain bangunan mega diserata Malaysia.

Kejatuhan nilai wang Malaysia tidak menggugat kaum Cina yang kebanyakan berniaga. Golongan bisnessman boleh atasi kejatuhan nilai ringgit dengan menaikan harga barangan mereka. Tetapi pekerja-pekerja dan golongan miskin terperangkap oleh durjana UMNO Baru yang menurunkan nilai ringgit.
Maka konklusi rootcause analysis politik Malaysia adalah ekonomi yang salah.
DEB ciptaan Tun Razak dari UMNO Lama adalah memperkayakan rakyat dengan skim 10 ekar kelapa sawit untuk setiap peneroka FELDA, Mara dan sebagainya.
Malangnya DEB UMNO Baru memperkayakan kerajaan dan kroni-kroninya dengan beribu-ribu ekar kelapa sawit (diberi kepada Felda Plantation) dan concept Privatization dan Globalization dan Liberalization yang membolehkan aset negara di jual pada negara asing.
Bernas telah jual 30% sahamnya kapada syarikat Hong Kong. Kelapa sawit kerajaan telah di jual kapada Sime Darby, syarikat British. Saham Bank Bumiputera dan Maybank pun di beritakan telah di jual kepada bukan Melayu dan warga negara asing. Dan yang terbaru, memberikan Status kerakyataan (warganegara) kepada pendatang asing dengan sangat mudah.

UMNO Baru menyalahgunakan kuasa, memperjuangkan poket mereka sendiri, mengabaikan kesempitan hidup rakyatnya sendiri.
UMNO Baru telah menswastakan Institusi Kerajaan, seperti Hospital, Air, Letrik dan Jalan Raya (tol).
UMNO Baru telah swastakan/Privatiz segala macam institusi dan bisness termasuk bisnes beras, gula, AP kereta, jalan raya dan Tol, hospital, Universti, dan sebagainya bukan untuk kayakan rakyat, tetapi untuk kayakan ahli-ahli UMNO Baru/BN dan kroni-kroninya.

Kita bencikan Umno Baru yang telah merompak kekayaan negara milik rakyat dengan cara yang terhormat!!!
Kita bencikan UMNO Baru yang telah merompak rakyat melalui penswastaan, inflasi dan turun nilai ringgit dan kini Globalisation dan liberalisation!!!

Asas Revolusi semuanya adalah EKONOMI MESRA RAKYAT dan EKONOMI YANG TIDAK MEMISKINKAN RAKYAT MELALUI INFLASI DAN TURUN NILAI WANG.
Dan asas diatas inilah yang di jamin oleh Pakatan Rakyat, dengan beriltizam bahawa, SEGALA KEKAYAAN NEGARA UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK PEMIMPIN. Tidak sepertimana ketamakan pemimpin-pemimpin Umno Baru telah lakukan untuk mencari kekayaan peribadi, maka Pakatan Rakyat lah yang rakyat akan sayang dan akan undi pada PRU-13 akan datang.
Tidak ada lagi yang dapat diharapkan supaya UMNO Baru akan berubah, apalagi sejarah buruk UMNO Baru yang telah lama terbukti sangat hipokrit apabila, sanggup membunuh UMNO Lama yang sekaligus telah mengkhianati rakyat yang perlukan pembelaan, ini adalah kerana di rasok nafsu syaitan dan tamak haloba parti Umno Baru yang ada pada hari ini.


Maka pada era ini, timbullah perjuangan Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat tertindas untuk menentang parti Umno Baru yang tidak mengamalkan EKONOMI MESRA RAKYAT walaupun lebih 50 tahun diberi kepercayaan oleh rakyat. Kita menjadi dayus jika parti yang masih amalkan "Kafirnomics" di naikkan atau terus dikekalkan sebagai pemerintah. "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA."

ULASAN:

Ayuh semua rakyat Malaysia!!! Berilah Kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negara. Marilah kita sama-sama mereformasikan kerajaan yang ada pada masa ini dengan menukar tampuk pemerintahan Barisan Nasional kepada Pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat melalui Peti Undi pada PRU-13 akan datang.

Insya-Allah, SEGALA KEKAYAAN NEGARA UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK PEMIMPIN Sebagaimana, amalan pemimpin-pemimpin Umno Baru & Barisan Nasional yang telah membebankan rakyat akibat dari tamak haloba mengaut kekayaan peribadi mereka dan keluarga serta kroni-kroni yang sewaktu dengannya.

Rabu, 10 Ogos 2011

Murtad: Umno tolak mentah-mentah usul PAS



KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.
"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.
Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.
"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya
Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.
Menurut Salahuddin, usaha yang dibawa oleh pihak PAS mengenai perkara itu dibuat berkali-kali selepas Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.
Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.
Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
"Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu.
"Sebab itulah umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan gelagat gerombolan kuda tunggangan Umno yang kini nampak benar menunjuk-nunjuk kononnya mereka mahu mencegah murtad," tegas Salahuddin.
Beliau juga berharap rakyat menolak lakonan dan permainan gerombolan kuda tunggangan Umno itu kerana mereka adalah hipokrit sebenar.
"Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad.
"Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin.
Beliau juga mempersoalkan di mana suara Umno ketika umat Islam bangkit menentang kes-kes murtad seperti kes Aishah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan Lina Joy.
"Malah Umno juga berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah," katanya.
Dengan sejarah sedemikian, Salahuddin sekali lagi meminta umat Islam menolak hipokrit yang cuba berlagak hero yang kononnya memperjuangkan Islam dan kepentingan umat Islam.