Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 5 Disember 2010

APA RASIONALNYA PAS GANTI UMNO? INI RAKYAT KENA TAHU…….

Berikut sedutan bahagian pertama kertas kerja Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bertajuk "PAS Ganti Umno: Rasional & Tindakan" yang telah dibentangkan dalam "Seminar PAS Sedia Ganti Umno" pada 13 Nov 2010, di Auditorium MBSA yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Bersambung pada keluaran akan datang.

PAS dan Umno merupakan parti yang menjadi persaingan dalam politik Malaysia. Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, manakala PAS ditubuhkan pada 24 hb Nov 1951. 

Sasaran kedua-parti ini adalah orang Melayu yang beragama Islam. Masing-masing cuba untuk meraih sokongan. PAS sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar, sedangkan Amno berjuang atas perjuangan bangsa. 

Walaupun amalannya lebih kepada kebendaan dan tidak menjadikan Islam sebagai rujukan dalam tindakan. Maka sudah sampai masanya PAS menggantikan Umno, ertinya orang Melayu perlu menyertai PAS sebagai wadah penyelamat di negara ini. 

Ini memandangkan Umno semakin kehilangan arah. Umno telah menjadikan ahlinya semakin kehilangan fokus, tidak lebih daripada mengejar status dan kemewahan. Agenda perjuangan sudah tidak ada, kalau pun mereka bercakap soal memperjuangkan bangsa, tetapi tetap menyalah bangsa lain. Sedangkan apa yang mereka buat hampir setengah abad kepada bangsa sendiri ketika mereka diberi kuasa mereka buat tidak faham. 

Inilah yang menjadi tanda tanya di kalangan anak-anak muda, walaupun bapa mereka penyokong tegar Umno namun generasi yang terdedah dengan maklumat dan hidup dalam dunia yang berbeza dengan zaman bapa mereka. Orang melayu perlu mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah PAS.

Rasional kenapa Umno perlu diganti dengan PAS

Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat,  bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat'ei dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam. 

Apabila Islam tidak mendasari dalam perjuangan maka modal pembangunan akan lapuk, kerana minda rakyat semakin berubah dan maju terutama generasi muda, mereka tahu apa tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah. Siapa yang memerintah semuanya akan membuat pembangunan. Hujah pembangunan hanya sesuai di zaman 60an sahaja dan kawasan majoriti orang jahil. Sedangkan Islam relevan sepanjang masa sehingga hari qiamat.

Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)

Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang  mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat.

Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Tidak hairanlah kepada kita bekas  Menteri Besar Selangor sudah naik minyak dan berani lawan arus. Kerana lubuk emas sudah terlepas ke tangan orang lain. Contohnya Dato' Seri Khir Toyo marah kenapa terlalu banyak tol, dan harga barang terlalu mahal, suaranya semacam suara kita sahaja.

Islam hanya kuda tunggangan Umno

Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manik Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen. 

Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manik Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan.

Program Islam sebagai alat politik

Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai Islam, yang dipakej semula dengan botol baru. 

Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ke-15. Kebangkitan rakyat Afghanistan menyerang Russia yang menceroboh negara mereka. Mereka bangun dengan senjata iman dan kelengkapan yang serba dhaif. Waktu itu juga Revolusi Islam Iran yang berjaya menggulingkan regim Shah Iran di bawah kepimpinan seorang ulamak Al-Marhum Ayatullah Khomeini. 

Bahang kebangkitan ini juga menjalar di kalangan rakyat Malaysia, suara untuk menyeru pihak pemerintah supaya kembali kepada Islam yang syumul kedengaran segenap rantau. Terutama di kalangan generasi muda yang berada di kampus dalam atau di luar negeri.

Waktu itu, Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus.  Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. 

Pada peringkat awal memang nampak hebat dengan adanya Slogan  Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, mempercepatkan jam selama  30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan. Sebenarnya projek seperti ini diadakan ialah hendak  melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. 

Ini hanya program politik untuk mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat. Kenyataan Dr. Mahathir dalam bukunya "The Malay Dilema" dalam halam 15,  membuktikan dakwaan ini "Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. 

Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini  dapat memancing undi di di dalam pilihanraya yang akan datang".   

Peralatkan Melayu untuk kepentingan peribadi

Kononnya atas  nama Melayu untuk bela Melayu, walaupun pada hakikatnya, hanya batu loncatan sahaja. Menggunakan Perkara 153 dalam perlembagaan untuk mengaut keuntungan peribadi dan keluarga, akhirnya Melayu terus merempat di bumi sendiri. 

Di mana tempat Umno kuat disitu melayu merempat. Contohnya apa yang berlaku di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau, walaupun mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. 

Yang menjadi pendinding dan perunding  ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16 Disember 2009. Pemimpin Umno hanya datang lima tahun sekali untuk hendak menagih undi. Mereka membiarkan melayu susah, maka senang untuk mendapat keistimewaan  untuk membantu Melayu. Sebab itu berbagai-bagai dasar yang dibuat gagal untuk membela melayu. Seolah-olah ia dirancang supaya mereka senang untuk memfaridkan harta negara dengan membiarkan orang melayu susah.

Sikap individualistik 

Sikap yang hanya pentingkan diri dan kaum keluarga bukan untuk bangsa dan agama. Akhirnya rakyat sudah naik mual dengan gelagat pemimpin Umno. Parti hanya menjadi sebagai batu loncatan untuk memperkaya anak menantu, sedangkan rakyat di bawah kais pagi makan pagi. Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin. Sikap metrealistik yang sudah berakar umbi dalam Umno sukar untuk diubah. Memegang jawatan sebagai tiket untuk kaut keuntungan. 

Melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak, penuh dengan skandal.

Seperti yang berlaku kepada bekas ahli parlimen Gombak, bekas ahli Ampang Jaya dan Ketua Wanita Umno Kelang.  Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik kerana media dapat tahu. Banyak lagi kelakuan yang tidak senonoh yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Malahan apabila kita bercakap dengan ahli Umno mengenai gejala yang tidak bermaruah, maka mereka mengatakan ini  adalah lumrah.

Umno tidak membela agama. 

Kita boleh melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam membisu. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad.  Selama 62 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.

Orang Agama (ulama) Umno hanya subang tembaga. 

Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu. Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. 

Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya sijahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.
Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam (FFI) di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. 

Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila  kerajaan BN di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu. 

PAS mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS. 

Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, Umno haram duit judi, tetapi halalkan judi. Pendapatan judi 2009  2.3 bilion. 

Rakyat Malaysia berbelanja arak RM1.7 bilion setahun, nombor 10 tertinggi di dunia.  Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam Umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Dato' Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. 

Persoalannya di manakah suara mereka sekarang? Perkasakah Islam di dalam Umno? Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu,  tenangkah jiwa orang agama di dalam Umno yang bergelumang dengan parti yang menyuburkan maksiat? Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang  mereka sertai. 

Dasar Umno putera bukan Bumiputera.

Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku dalam Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Zainal Osman - Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%. 

Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara. Wang royalti dicabul, sebanyak 118 projek kerajaan Pusat dibekukan sejak RMK 6 1991. Apakah layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu? Apakah slogan kuat Umno perkasa Melayu menjadi realiti?

RAKYAT DI DAHULUKAN ATAU RAKYAT YANG KENA DULU????

Kerajaan sepatutnya mempunyai pilihan lain selain menaikkan harga barangan keperluan rakyat sekalipun beralasan mengurangkan tanggungan subsidi negara.  
Tindakan terbaru kerajaan BN menaikkan harga petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula, tidak membuktikan 'rakyat didahulukan', tetapi 'rakyat yang dahulu kena'.
Rakyat yang tidak bersalah sentiasa menjadi mangsa keadaan, sedangkan kerajaan pula boros dan membazir dalam mengurus perbelanjaan wang negara.
"Negara kita begitu banyak sekali kes-kes pembaziran yang melibatkan jutaan ringgit dan ini boleh dirujuk semula kepada laporan audit negara.
Jika ini situasinya, maka bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat yang kena dulu, kerajaan sewajarnya bertindak sebagai payung kepada rakyat, dan mencari jalan untuk mengurangkan bebanan mereka bukan memangsakan mereka.
Jika kerajaan gagal untuk menampung bagi pihak rakyat dan menampan tekanan atau kekangan kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa, maka rakyat akan dihimpit derita dan sengsara.
Bukan kerana mereka menjadi mangsa kepada lonjakan harga minyak dipasaran dunia tetapi mereka menjadi mangsa kepada kerajaan yang mereka pilih kerana menghabiskan dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung bagi pihak rakyat agar mereka tidak perlu membayar harga minyak yang tinggi sebagai pengguna,
Turut dipersoal, sama ada kerajaan sebenarnya memang merancang menaikkan  harga minyak kerana mahu mengelak dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya.
Secara jujurnya saya minta supaya kerajaan Umno dan BN mencontohi bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat mengurus kewangan negeri yang mereka kuasai sehingga mendapat pujian Ketua Audit Negara.
Bukan sahaja pandai dan bijak mengurus tetapi berani berjimat dan cekal mengambil langkah cermat biarpun berdepan dengan tekanan politik dan ekonomi dari kerajaan pusat.
Kalau boleh saya tanya soalan nakal, saya nak tanya, kerajaan menaikan harga minyak ni betul betul kerana harga minyak di pasaran dunia naik atau kerana negara habis duit buat main kapal layar di Terengganu?
“Habis duit buat main jet di Langkawi? Maaf, saja saja jer tanya kerana sedar soalan ini agak nakal,"

4/11/2010 - HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT TERTINDAS (BANGKIT)

Himpunan yang dianjurkan oleh Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Pusat ini diadakan di Kemaman, Terengganu.Rombongan kami sampai kira-kira jam 11.00 pagi di Kemaman. Semasa ketibaan kami, hujan mulai turun dengan lebat dan ketika itu juga Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin sedang menyampaikan ucapan dan merasmikan program ini. Haji Razman membentangkan kertas kerja berkenaan  Felcra serta penubuhan NGO 'BAPA' ( Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan) kira- kira jam 4.30 petang.
 Hj Razman sedang membentangkan kertas kerja beliau.

Mazlan Aliman sedang menyampaikan ucapan penggulungan,resolusi daipada program ini.

Jumaat, 3 Disember 2010

Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok - Malaysiakini

"Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

NONE“Hari ini, isu pelantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

“Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Umno serah kerusi Ketua Menteri

Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.

patrick lim and abdullah ahmad badawi and koh tsu koon 270906“Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

“Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?” soalnya.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik aziz and lim kit siangMenurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno

“Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?” soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.

azlan“'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

“Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Songkok tiga jengkal

“Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai,” katanya.

perkasa protest at chinese assembly hall 6Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

“Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

“YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

Tanah Melayu terhakis angkara Umno — Idris Ahmad

December 02, 2010
2 DEC — Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa.
Pemimpin umno semakin gelisah  untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk  meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara.
Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.
Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua  negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.
Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang  ketika forum  ’Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin Umno.
Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi Umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga taktik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa
kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16 per cent. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu.
Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu: Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu  dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada  1.7 juta hektar (1995).
Bermakna   44 per cent tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2 peratus setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun  2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30 peratus sahaja.
22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK  (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600  orang yang tinggal disitu.
26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.
Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur)  untuk projek kolam udang.
13 Jun  2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi,  kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.
Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan  Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar  menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia  dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak  273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) Tanah seluas 2500 ekar  ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.
Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak Nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing.
217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.
Menghalau 290 buah rumah penduduk  Kampung Plentong Tengah  Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding  ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP.
Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.
Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”. — harakahdaily.net

Khamis, 2 Disember 2010

HIDUP MELAYU

Assalamualaikum, salam blogger.
Sekarang satu malaysia dok sibuk pasal ketuanan melayu,kononnya ada pihak yang nak runtuhkan ketuanan melayu nak buang segala hak istimewa orang melayu. Di satu pihak lagi kononnya nak bela melayu,nak jadi hero melayu. Mengajak rakyat untuk bersama-sama dengan puaknya mempertahankan hak orang melayu.
Betul atau tidak perjuangan kedua-dua pihak ini hanya Allah yang tahu.Mungkin mereka cuma menggunakan isu ni untuk kepentingan politik masing-masing.Untuk mencari pengaruh agar dapat sokongan rakyat.sedangkan dalam hati hanya nak gunakan politik untuk kepentingan peribadi masing-masing.

Saya nak komen mudah saja. saya tak rasa bangga sedikitpun jadi melayu sebab melayu hanya bangsa berdasarkan keturunan dan warna kulit anugerah Allah sama macam bangsa-bangsa lain. Kita tak pernah berjuang untuk jadi melayu, cina , india arab. atau apa bangsa sekalipun.saya jadi melayu sebab mak ayah saya melayu. dia cina sebab mak ayah dia cina. Kalau nak bangga dengan bangsa, orang Israel lah yang paling tinggi sekali darjatnya sebab ramai nabi-dan rasul dilantik dikalangan bangsa mereka. tapi
Allah tidak memandang mulia berdasarkan bangsa dan warna kulit.yang mulia disisi Nya hanyalah iman dan taqwa.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa atau harta kamu, tetapi Allah memandang kepada hati kamu" HR Muslim

Jangan bangkitkan kisah sebelum merdeka, kerana tanah Malaysia ini (dulu tamah melayu) hanya dihuni oleh orang melayu maka melayu jadi tuan.Tapi sekarang kita kena terima hakikat, keadaan sudah berubah sebab mereka juga rakyat malaysia dan lahir di Malaysia. Adakah kita nak halau semua bangsa-bangsa lain dari bumi malaysia?

Saya lebih bangga jadi orang Islam, sebab islam adalah pilihan kita sendiri,nak jadi Islam kita kena berjuang melawan nafsu syaitan.Kita kena berjuang melawan bisikan dan hasutan musuh-musuh islam yang tak kenal penat lelah setiap hari membelanjakan wang yang banyak untuk memurtadkan kita. Kalau iman tak kuat memang mudah termakan pujukan dan tipudaya mereka. Islamlah yang betul-betul berharga dari bangsa. Berapa ramai melayu kini yang murtad. di malaysia sendiri sudah ada persatuan melayu murtad.

Sekarang mungkin kita boleh buat slogan melayu itu Islam dan Islam tu melayu sebab majoriti masyarakat Islam di malaysia adalah melayu,tapi keadaan itu makin berubah sedikit demi sedikit.
Orang melayu makin ramai yang tukar agama, bahkan bangsa cina dan India semakin ramai memeluk Islam. Jika kita masih nak mempertahankan bangsa melayu semata-mata apa akan jadi jika satu hari nanti di malaysia orang dari bangsa lain lebih ramai yang islam dari melayu sendiri. adakah kita masih nak bagi keistimewaan pada melayu murtad dan menafikan hak mualaf semata-mata kerana dia bukan melayu.

Bagi saya lebih baik istimewaan melayu ditukar kepada hak Istimewa Islam tak kira apa bangsa sekalipun asalkan dia islam dia ada hak istimewa. Itu baru betul ikut cara islam.

ISLAM LEBIH BAIK MENJADI `TUAN' DARIPADA MELAYU

Pemimpin Islam yang sanggup bersusah payah demi agama...mudah-mudahan Allah panjangkan usianya...

Oleh: WFAUZDIN NS
UCAPAN Presiden PKR, DS Wan Azizah sewaktu berucap di Kongres PKR kelmarin yang menariknya apabila beliau berkata `tinggalkan saja ketuanan Melayu'. Tentunya perkataan ini akan dijadikan modal besar Umno walaupun Umno sendiri gagal untuk meletakkan Melayu sebagai `Tuan' yang sebenar-benarnya `Tuan'. Maka, PKR akan dilabelkan sebagai `anti-Melayu' selepas ini.

Pada saya buat apa Melayu menjadi tuan kalau Melayu sendiri tertindas? Seronok apanya menjadi tuan kalau yang kaya raya di dalam lima terkaya di negara ini pun bukan Melayu? Untung sangatkah menjadi tuan kalau tulisan jawi yang dulunya terkenal sebagai tulisan orang-orang Melayu kini sudah tenggelam? Bukan MCA atau DAP yang melupuskan tulisan jawi ini dahulu. Jika mahu tahu, cuba tanya veteren-veteren Umno sezaman dengan Khir Johari.

Sepatutnya atau sewajibnya menjadi tuan di dalam negara ini adalah orang-orang Islam yang mengamalkan Islam dengan meletakkan Islam sebagai panduan dan hukum tertinggi di negara ini. Ini bermakna tiada ketuanan Melayu, tiada ketuanan Cina atau India atau apa jua kaum, melainkan meletakkan Islam sebagai tuan. Apabila Islam menjadi `tuan', percayalah, semua kaum dan agama lain akan terpelihara.

Jika begitu keadaannya, maka kita tiada pilihan lain melainkan memilih parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya. Setakat ini, hanya PAS sahaja sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar parti dan jika PAS berkuasa di Pusat, maka dasar negara ini akan berubah dari dasar peninggalan penjajah kepada dasar Islam. Di waktu itu, tiada satu kaum pun yang boleh mendakwa mereka `tuan' kepada negara ini.

Saya ditanya di dalam satu komen, mengapa saya menyokong PKR jika saya percaya PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Saya menyebut, oleh kerana saya sokong PAS lah maka saya juga menyokong PKR. Ini adalah kerana PKR juga menyokong PAS di dalam perjuangan mereka. Seandainya PKR tidak lagi mahu menyokong PAS, maka saya pun tidak akan menyokong PKR, malahan saya akan tentang PKR setakat termampu. Selagi PKR membuat ketetapan bahawa semua ahli dan penyokongnya hendaklah menyokong atau membantu PAS, selagi itulah saya akan membela PKR juga.

Mudah bagi saya, jika mengundi atau menyokong PAS sebagai berpahala, maka mustahil menyokong PKR yang ingin membantu PAS akan mendapat dosa. Saya percaya kepada pahala yang akan diberikan oleh Allah kerana Allah sendiri memberi jaminan pahala kepada mereka yang berbuat amalan yang baik termasuk menyokong mereka yang berbuat baik. Masakan Allah akan memungkiri janji? Apa yang penting, betulkan niat kita terlebih dahulu dengan ikhlas kerana Allah.

Justeru itu, ketuanan Melayu hanyalah `lagu dan irama' untuk melalaikan kita semua agar segelintir pemimpin Melayu yang zalim, rakus, rasuah dan kaya raya ini akan terus mendakap kuasa yang mereka miliki sekarang. Sebab itulah selama 50 tahun lebih mereka mendakwa negara ini tuannya adalah Melayu, hakikatnya kita lihat di mana Melayu sekarang berada? Kalau sudah Melayu pun mereka gagal martabatkan, jangan ditanya soal Islam.

Selasa, 30 November 2010

LEMBU OH LEMBU.....

Ini cerita lembu dan Felcra. Cerita lembu dan Felcra ini kalau di Changkat Lada & Lenggong semua dah tahu.. Dipendekkan cerita kes Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman mem'farait' lembu-lembu Felcra di musim Qurban tempoh hari kepada rakan-rakan karibnya termasuk lah di Lenggong. Felcra mengeluarkan modal yang besar untuk menubuhkan 1 anak syarikat yang di panggil Felcra Bio Valley iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan menjalankan kerja menternak lembu. Jadi Felcra memperuntukkan 1 jumlah yang cukup besar dalam usahanya menaikkan anak syarikat ini supaya dapat menghasilkan keuntungan sesuai dengan modal yang dikeluarkan. Persoalannya sekarang kuasa dari manakah yang di gunakan oleh Datuk Tajuddin ini yang membolehkan lembu-lembu ini diedarkan kepada ahli parlimen yang memohon lembu untuk sumbangan dari Felcra. Dia hanya dilantik sebagai Pengerusi sahaja dan Felcra bukan kepunyaan dia atau bapak dia. Tahun 2009 dengar cerita YB Lenggong dapat 5 ekor, tahun ini dengar cerita dapat lagi 9 ekor. Yang menghairankan lagi, tak malu ke YB-YB yang memohon lembu Felcra ini. Kalau nak beribadah, nak menyumbangkan sesuatu biarlah sumber yang halal terutamanya untuk ibadah qurban. Belajar lah tentang hukum ibadah qurban ni dulu. Jangan sampai nak buat pahala, dosa yang dapat. Fikirlah soal rakyat, soal Peserta Felcra yang hidup melarat tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnaya. Rata rata Peserta Felcra di Lenggong ini memberi undi pada YB Lenggong tempoh hari. Kenyataan ini berfakta dan tidak menuduh secara melulu. Ada bukti YB Lenggong menerima lembu tersebut dan ditandatangani oleh Pengerusi Felcra sendiri. Lihatlah keperitan peserta Felcra di Kampung Beng yang rata-rata menyokong kuat UMNO Lenggong. Serah tanah kepada Felcra kerana dijanjikan untuk mendapat kesenangan tetapi apa yang terjadi sekarang? Menoreh getah di atas tanah sendiri yang diserah kepada Felcra hanya di bayar 90sen sekilo sedangkan harga getah dipasaran mencecah RM8 sekilo. Dividen tahunan yang dibayar terlalu rendah, tidak sampai RM200 setahun untuk 3ekar tanah. Mengapa perkara sebegini boleh terjadi? Tercapaikah objektif mulia penubuhan Felcra ini? Yang bertambah peliknya, YB Lenggong ini bukan sahaja tidak mahu membantu peserta Felcra di Lenggong ini malahan mempertahankan pula pengurusan Felcra ini. Mungkin kah kerana Lembu? atau ada yang lain yang melebihi lembu? Mungkin agak kelakar kalau kalau kita memikirkannya tapi inilah hakikatnya.... Lembu oh lembu... kerana lembu lah juga bertumbuk penyokong UMNO di Lawin tempoh hari....Lembu oh lembu.....