LENGGONG: 21 Jun 2013- Dua kemalangan berasingan melibatkan
kenderaan kereta dan motosikal berlaku lagi disini malam tadi.
Dalam kejadian pertama jam 9.30 malam, di Kota Tampan. Seorang
pemandu kereta ,Saad @ Jali bin Hassan, 48, berasal dari kg. Pulau Ceri, melanggar
sekumpulan kerbau yang berkeliaran dijalan Luat-Lenggong yang gelap dan hampir
meragut nyawanya apabila mengalami kecederaan teruk di kepala.
Lebih teruk, mangsa terpaksa menunggu lebih 45 minit untuk dibawa ke hospital oleh orang awam kerana kekurangan Ambulan untuk mengambil mangsa untuk di bawa ke pusat rawatan kecemasan.
Makluman kekurangan Ambulan disini, di ketahui setelah orang awam (yang tidak Mahu dikenali) membuat panggilan kecemasan untuk melaporkan kemalangan menerima maklumbalas mengatakan, hanya terdapat sebuah Ambulan sahaja sedang beroperasi menyelamatkan mangsa kemalangan di kg.Beng, berdekatan tempat kejadian.
Ketika kejadian, Saad terkejut melihat kawanan kerbau yang sedang
bertempiaran lari melintasi jalan dan cuba untuk mengelak daripada melanggar Tetapi,
seekor daripadanya telah merempuh kereta mangsa, sehingga mangsa tidak dapat
mengawal kereta yang dipandu dan terbabas merempuh longkang dan tebing dikiri
jalan.
|
(Nahas Di Kg. Beng: Seekor Lembu Mati/ Penunggang Motosikal Parah.) |
Manakala kejadian kemalangan kedua berlaku pada masa yang sama pada
kira-kira jam 9.30 malam tadi di jalan kg. Luat-Beng, yang membabitkan seorang penunggang motosikal
dengan seekor lembu.
Mangsa kemalangan, Mohd Nabil bin Roslan, 16, menunggang
motosikal dari Kg. Beng ke Kg. Luat, untuk bermain futsal di dewan rakan muda
disini, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Taiping, akibat mengalami pendarahan
di kepala setelah merempuh kawanan lembu sehingga seekor daripadanya mati akibat
pelanggaran itu.
Menurut seorang penduduk kampung yang ditemui, Azmi bin
Mohammad, 41, kemalangan melibatkan lembu dan kerbau sering berlaku disepanjang
jalan Kg.Chepor, Kg. Beng, Kg.Luat dan Kota Tampan, disebabkan haiwan ternakan
ini dilepaskan berkeliaran tanpa kandang dan penjagaan baik oleh tuannya,
sehingga mengakibatkan berlakunya pelanggaran dan kemalangan teruk kepada pengguna-pengguna
jalanraya terutamanya diwaktu malam.
Tambah Azmi, penternak haiwan ternakan ini sepatutnya lebih bertanggungjawab
untuk memastikan ternakan mereka dijaga dengan sebaik-baiknya dan tidak
mendatangkan sebarang masalah sehingga mengancam nyawa pengguna-pengguna
jalanraya.
Justeru itu, Azmi mengharapkan agar semua pihak-pihak
berwajb dapat menyelesaikan perkara ini dengan segera serta mengambil tindakan segera
dan sewajarnya kepada penternak haiwan yang telah menyebabkan kemalangan seperti
ini dari terus berlaku kepada
pengguna-pengguna jalanraya yang lain.
Ketika terjadi nahas seperti ini, tiada
sesiapapun yang berani mengaku haiwan yang dilanggar itu milik mereka, sebaliknya
mangsa yang telah cedera terpaksa pula menanggung banyak kerugian akibat
kerosakan teruk kenderaan disebabkan kemalangan yang berlaku.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Admin:-
DEKAT JER DENGAN RUMAH YB AHLI PARLIMEN LENGGONG, KAMPUNG LUAT, BENG, CHEPOR, BUKIT SAPI, DEKAT JER DENGAN KAMPUNG YB.
TAKKAN NAIK KERETA MEWAH HARRIER, ESTIMA DAN HONDA ACCORD SAMPAI TAK NAMPAK DAH TAIK LEMBU DAN TAIK KERBAU BERTERABUR TIAP-TIAP HARI ATAS JALAN BALIK KE KAMPUNG NI SEMENJAK JADI YB 2 PENGGAL NI YB OOOOIIII...!!!
BANYAK SANGAT DAH KES NAHAS SEBEGINI BERLAKU, ITUPUN TAK DAPAT NAK SELESAIKAN... NAK TUNGGU ORANG KAMPUNG MATI BARU NAK BERTINDAK KE YB...???
ATAUPUN SEBAB LEMBU DAN KERBAU TU SEMUANYA MILIK KRONI-KRONI YB... ITU SEBAB LA YB TAK PEDULI APA NAK JADI KEPADA ORANG-ORANG KAMPUNG YANG DOK GUNA JALANRAYA TU YB...???
NI SALAH SATU SEBAB JUGAK YB... BERILAH TANAH BARU DIBUKA TU KEPADA ORANG KAMPUNG UNTUK TUJUAN PENTERNAKAN... BUKAK PADANG RAGUT BARU DAN BERI PELUANG KEPADA RAKYAT USAHAKAN TERNAKAN... USAHLAH GALAK SANGAT TEBANG BALAK DAN BERI TANAH UNTUK KEUNTUNGAN PERIBADI DAN KRONI...
TANAH PADANG RAGUT DOK ADA DI CHERAKOH BUAT LOT BANGLO... JUAL RATUS RIBU... UNTUNG KIRA BERAPA PERSEN...???
LEMBU DEPAN RUMAH BERKELIARAN TAK NAMPAK DAH... YANG DOK NAMPAK, UNTUNG BESOR JER...
TERUK SUNGGUH YB PARLIMEN KITA NI... KES LEMBU TAK BOLEH NAK SELESAI...
DOK DALAM DEWAN PARLIMEN PUN TAK DENGAR SUARA LANGSUNG PUNNN...
YANG BOLEH DENGAR CUMA SUARA TUKANG TEPUK MEJA BILA DEWAN PANAS YB LAIN DOK BERHUJAH JER...
TERUK-TERUK YB-YB LENGGONG NI...