Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Isnin, 11 April 2011

LENGGONG GEMPAR: Pengajian Agama di Masjid Dihalang Jawatankuasa Masjid.


Kampung Luat, Lenggong: Politik jahat UMNO untuk menjauhkan masyarakat Kampung daripada ilmu Agama sedang menular kebelakangan ini. Kejadian ini berlaku pada awal kehadiran Ust Wan Ahmad Tarmizi yang telah dijemput oleh masyarakat disitu untuk menyampaikan kuliah bulanan bagi memenuhi ruang jadual pengajian yang telah dikosongkan oleh Ust Rozaini (Guru Pondok Pakteh, Kuak Luar, Kroh.)


Menurut masyarakat penduduk Kg. Luat, kehadiran Ust. Wan Ahmad Tarmizi menyampaikan kuliah Agama pada pertama kali di Masjid itu, telah cuba dihalang oleh Jawatankuasa Masjid pada akhir bulan lalu, tetapi dapat diteruskan juga diatas desakan permintaan dan perbincangan dengan masyarakat disitu dengan syarat seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Masjid supaya Ust. Wan Ahmad Tarmizi tidak menggunakan pembesar suara ketika menyampaikan kuliah Agama disepanjang pengajian itu.

Amat malang apabila baru-baru ini telah diberitakan bahawa, jadual pengajian bulanan yang akan disampaikan oleh Ust Wan Ahmad Tarmizi bagi menggantikan Ust. Rozaini adalah tidak dibenarkan lagi oleh Jawatakuasa Masjid Kg. Luat yang telah bermesyuarat.

Seorang penduduk Kg. Luat menyatakan dengan nada kesal diatas tindakan Jawatankuasa masjid itu yang telah menyekat masyarakat mendalami ilmu Agama, Katanya; "Pihak Jawatankuasa sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk mengadakan banyak lagi pengajian di Masjid, kerana setiap kutipan sumbangan yang diberikan oleh masyarakat pada setiap hari Jumaat dapat dimanfaatkan untuk pengajian ilmu Agama kepada penduduk disitu bukan hanya untuk disimpan ataupun hanya untuk membuat bangunan Masjid sahaja."     

Lebih malang menurut penduduk Kg. Luat, sekatan dan halangan untuk mengadakan pengajian Agama di Masjid ini telah berlaku didalam Kg. tanah tumpah darah kelahiran Yang Berhormat Ahli Parlimen Lenggong. 

P/s:-
Harus diingat bahawa, menghalang atau menyekat pengajian Agama Islam yang wajib disampaikan kepada seluruh manusia, adalah perkara yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T.

Menjauhkan Ilmu Agama akan menjauhkan rahmat Allah dan mendekatkan pula  bala bencana yang sudah tentu akan menimpa semua yang ada disana. (Wa Iyya U' Dzubillahi Min Dzalik)

Kalau orang-orang Islam yang rasa-rasanya diri dia, (senang cakap, UMNO lah)dah banyak sangat ilmu dalam dada, atau tak nak mengaji dah. Minta tolong jangan menyekat orang-orang Islam yang dahagakan ilmu Agama Islam sehingga ke liang lahad mendapatkannya di Surau-surau dan di Masjid-masjid.

9 ulasan:

  1. Umno mahu menjadikan masyarakat lenggong senantiasa jahil agar mereka kekal mengundi YB lenggong agar kekal d kerusinya...krn dikhuatiri dgn dibenarkan diadakn ceramah agama agar menyebabkn rakyat lenggong yg berilmu akan mengundi PAS pd pilihan raya umum akan dtg...

    BalasPadam
  2. Hidup Islam mati UMNO!
    Teruskan kuliah agama walau di benci musuh Allah!

    BalasPadam
  3. HANCURKAN JAHIHILIAH TAJAAN UMNO...........

    BalasPadam
  4. Mereka takan mampu bertahan

    BalasPadam
  5. ya allah,, bantulah perjuangan islam dimalaysia..

    jahanamlah musuh2 yang ingin merosakkan islam dimalaysia..

    BalasPadam
  6. apa lu cita ni..gila ka apa.pandai buat cita.siapa halang kuliah kt masjid.ke lu yg tk pg masjid.ni lah kaum kaum yang memusnah kan masyrakat dan agama.putar belit kan cerita utk tujuan politik.pejuang islam konon,,,allah nampak apa kita buat bro.....ya allah selamatkan gua yang jahil ni dari golongan tabsub ni.(PAS)...............LU MATI,LU TAHU LA...

    BalasPadam
  7. pecah kepala siot..rasa2 bkn masjid luat tu.oooo,,dipolitik kan.kerana politik sangup melakukn apa saja tidak kira dosa dan pahala..mcm2 dunia2,,entah gambar masjid mn nye letak pun tak tahu

    BalasPadam
  8. orang pas ni pakai serban meleret sampai kekaki pun menipu lagi.....nama majlis ilmu tapi....politik pegi nya...itu je....allah maha besar lagi mengetahui....

    BalasPadam
  9. Orang Luat dan Lenggong patut tahu ,bersih atau tidak razman tu,kenapa tak pencen.....siasat la

    BalasPadam