Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 6 April 2011

KENA PECAT KERANA MAHU MENYERAHKAN MEMORANDUM KEPADA MENTERI


(Timb. Menteri Pemb. Luar Bandar 
menerima Memorandum)
Begitulah tindakan pihak FELCA Bhd yang dipimpin oleh pemimpin UMNO apabila bertindak sewenang-wenangnya memecat seorang kakitangan yang telah berkhidmat selama 4 tahun bersama FELCRA Bhd Seberang Perak 2, Ishak Saari, di Pasir Salak, setelah pengurusan FELCRA mengesyaki Ishak adalah orang yang menjadi  perancang utama rombongan 50 peneroka dari FELCRA Nasaruddin (Belia) Seri Iskandar, FELCRA Seberang Perak dan FELCRA Changkat Lada Pasir Salak, Perak menyerahkan memorandum tuntutan peneroka kepada MenteriPembangunan Luar Bandar, di parlimen dan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) pada 29 mac yang lalu.

(Pesuruhjaya SUHAKAM menerima 
memorandum)

Menurut  Ishak, pada mulanya beliau berhasrat mahu menyertai peserta rombongan itu ke Parlimen yang ketuai   oleh Pengerusi NGO 'BAPA' (Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan), Tn Hj Razman Zakaria, tetapi terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana mendapat tekanan daripada pihak SB dan pengurusan FELCRA melalui pesanan ringkas (SMS) yang bermotifkan ugutan terhadapnya ketika beliau sedang berada didalam bas yang hendak berlepas ke Parlimen pada waktu itu.

(Pegawai yang menutup ruang Peneroka 
FELCRA Nasaruddin (Belia) dan badan 
NGO untuk berunding)
Lebih mengejutkan kata Ishak, setelah beliau membatalkan perjalanan tersebut, Pengurus FELCRA kawasan Seberang Perak 2, Rodhi Salleh, telah berjumpa dengannya pada hari yang sama dan menyatakan secara lisan bahawa, beliau telah dipecat kerana telah mencemarkan imej FELCRA Bhd. Menurut Rodhi, arahan pemecatan ini telah dikeluarkan oleh Pengurus Besar Felcra Seberang Perak, Merangkap Timbalan Pengarah FELCRA Bhd negeri Perak.) Hj Mutalib Taif.

(Dihalau daripada berunding)
Inilah hakikat sebenar dalam UMNO sebagai pembela Orang-orang melayu.............. (dato' Tajuddin Abd Rahman ialah Pengerusi FELCRA Bhd. Merangkap Ahli Parlimen BN Pasir Salak). Apabila rakyat menyuarakan sesuatu yang berkaitan dengan hak mereka sebagai peneroka FELCRA, dan bertentangan dengan kehendak UMNO maka, rakyat akan terus ditindas dan dilingkupkan periuk nasi  mereka hingga menjadi mangsa seperti orang mangsa sedemikian. 

(Tim. Menteri bersama Peneroka FELCRA)
Tindakan yang telah diambil oleh pengurusan FELCRA terhadap Ishak adalah jelas bertentangan dengan amalan demokrasi didalam negara ini, berdasarkan apa yang telah  dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Hassan Malek, katanya; "kunjungan kesemua peneroka FELCRA ke Parlimen berjumpa dengan menteri untuk menyerahkan memorandum tuntutan ini adalah suatu perkara yang amat baik, sopan dan terpuji bagi menyelesaikan sesuatu tuntutan dan pihak Kementerian juga sentiasa sedia mendengar suara hati peneroka dalam suasana yang baik seperti ini, daripada menyuarakannya dalam demonstrasi di jalanraya, atau diluar Parlimen, kerana dengan cara berdemonstrasi setiap permasalahan tidak akan selesai dengan cara yang baik. Oleh yang demikian, saya yang mewakili Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Shafie Apdal yang tidak dapat hadir ke Parlimen pada hari ini, menerima kunjungan Peneroka dari tiga kawasan FELCRA di negeri Perak dengan rasa gembira setelah mendengar permasalahan yang disuarakan oleh peneroka FELCRA itu sendiri dengan cara yang begitu sopan. Katanya lagi; "Tindakan pengurus FELCRA Nasaruddin (Belia) menghalau peneroka dan badan NGO yang dilantik oleh peneroka bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, adalah salah dan sesuatu yang bertentangan dengan amalan demokrasi."

(Sidang akhbar penyerahan memorandum
bersama pemimpin PAS)
Ujarnya lagi, "Ruang rundingan yang dibuka oleh semua peneroka FELCRA seperti ini adalah betul, supaya pihak kerajaan dapat mengetahui dengan lebih jelas permasalahan di peringkat akar umbi dengan lebih dekat setelah tidak dapat diselesaikan oleh FELCRA ataupun wakil rakyat diperingkat negeri ."    

Inilah akibatnya apabila rakyat menuntut keadilan keatas hak mereka sendiri dari kerajaan yang kononnyademokrasi, Aman, Selamat, Makmur.


P/s:1 Ahli Parlimen BN Pasir Salak (Dato' Tajuddin Abd Rahman) Mesti Berundur dari jawatannya sebagai WAKIL RAKYAT dan MELETAKKAN JAWATANNYA sebagai PENGERUSI FELCRA Bhd. Atas Slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

P/s:2 KEPADA PEMIMPIN UMNO-BN.......
LEBIH BAIK BERKERJA SEBAGAI WAKIL RAKYAT !!!!!
ATAU, LEBIH BAIK BEKERJA DENGAN FELCRA BHD........???????

1 ulasan:

  1. pemimpin UMNO dlm Felcra pantang ditegur ble dtegur habis dipecat.....jgn pangkah lagi DATO' tajuddin d pasir salak...buang duit rakyat shj undi dia tok pilihanraya...abis dimakan elaun wakilrakyat...akibatnye rakyat yg papa kedana...

    BalasPadam