Sewa Homestay Lenggong

Iklan
Saham Akhirat

Wakaf / Derma
Sabtu, 1 Disember 2012
UMNO MAHU BERKUASA DAN TERUS HIDUP DI ATAS FITNAH... ???
Selasa, 27 November 2012
GIMIK PRU-13-BERI KEPADA RAKYAT GERAN TANAH SEKANGKANG: AMBIL HUTAN SIMPAN PIAH 1000 EKAR.
:: HUTAN SIMPAN PIAH.
:: Felda Plantation- FGVB.
Sabtu, 10 November 2012
UMNO Lenggong bersetuju dengan kenyataan Pemimpin MCA???
Hero Umno Lenggong, boleh di calonkan sebagai wakil rakyat dari MCA. |
Khamis, 8 November 2012
CEGAH SEBELUM PARAH SEBELUM KUDIS MENJADI BARAH.
Rakyat malaysia ditakut-takutkan kepada DAP yang kononnya menolak Islam..Tapi UMAT ISLAM LUPA BAHAWA MCA ADALAH PARTIYANG PALING LANTANG MENOLAK ISLAM DI MALASIA INI.... SEBARKAN BUKTI2 DI BAWAH SUPAYA RAKYAT MALAYSIA TAHU KEJAHATAN MCA KEPADA ISLAM...
BUKTI2 MCA MENENTANG ISLAM DI MALAYSIA
2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah:
• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.
3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut:
• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”
• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”
5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)
6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.
7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”
8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012
9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.
10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)
11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.
12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :
• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)
• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.
13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.
Ahad, 30 September 2012
HIMPUNAN AMAN BANTAH FILEM HINA ISLAM DI KAWASAN LENGGONG
Protes Filem Hina Nabi diperkarangan Masjid An-Nur, Pekan Lawin. |
Kemarahan umat Islam di Kawasan Lenggong. |
MAYAT PELAJAR LEMAS DIJUMPAI TERDAMPAR DIBETING PASIR
Ibu Mangsa (bertudung kuning) tidak dapat menahan kesedihan melihat jenazah anaknya. |
Ayah, ibu dan kakak mangsa diselubungi pilu disisi Arwah Mohd Aiman Izuddin. |
Fuad Basri 46, menemui mayat Mohd Aiman terdampar. |
![]() |
(Agg. Jab.Amal Perak, membawa jenazah kesurau berhampiran Sejurus ditemui.) |
Abang mangsa, Mohammad Ezhar Abd Raman, 30. |
Anggota Jab Amal membersihkan jenazah Mohd Aiman |
(Kakak mangsa memeluk adik bongsunya yang menjadi rakan sepermainan Allahyarham Mohd Aiman.) |
(Suasana terharu menyelubungi keluarga Allahyarham Mohd Aiman Izuddin Abd Raman, sementara menantikan trak polis untuk dibawa ke hospital Gerik.) |
(Orang ramai melihat jenazah dibawa ke hospital Gerik selepas membaca tahlil ketika menunggu trak polis tiba.) |
Khamis, 20 September 2012
Jamuan Terbuka Eidulfitri PAS Lenggong

Ahad, 9 September 2012
TAZKIRAH & JAMUAN HARIRAYA
KG.GELOK, LENGGONG- Suasana sambutan Eidulfitri masih rancak diraikan oleh jawatankuasa Cawangan-cawangan PAS Kawasan Lenggong.
Hari ini, YDP PAS Kawasan, tn Hj Razman Zakaria dijemput meraikan majlis jamuan terbuka dengan hidangan makan tengahari berserta menu ikan bakar dan ulam-ulaman disediakan oleh jawatankuasa cawangan yang menyelerakan.
Jamuan tengahari dimulakan dengan bacaan tahlil dan tazkirah disampaikan oleh, tn hj Razman Zakaria.
Memetik tazkirah ringkas, Tn hj Razman berkongsi pengalaman beliau, ketika menghadiri kuliah subuh ditanah suci Makkah semasa melaksanakan ibadah umrah pada bulan Ramadhan baru-baru ini, seorang guru agama berbangsa arab telah menyatakan bahawa, ayat Al Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril A.S pembawa wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu ialah, (Iqra') bermaksud, 'bacalah'.
Mukjizat Al-Quran yang tidak ada syak atau keraguan bagi setiap umat islam mukmin, tidak dapat dipertikaikan oleh manusia mengenai keterangan yang jelas dan kebenarannya, terkandung didalamnya batas-batas hukum diperintahkan oleh Allah supaya manusia melaksanakannya dengan penuh rasa taqwa.
Setelah kita beriman dengan kitab Al-Quran. Maka, wajiblah kita melaksanakan setiap apa yang telah terkandung didalamya sehinggalah tiba hari kiamat.
Seruan Jibril A.S keatas Nabi Muhammad S.A.W dengan perkataan Iqra' (bacalah) kepada Nabi S.A.W yang ummi telah dibahaskan oleh guru agama berbangsa arab ini.
Menurut guru agama yang berpandangan luas ini, seruan Allah S.W.T Iqra', yang dibawa oleh Jibril A.S ini hendaklah diterjemahkan dalam ertikata yang lebih jauh lagi. Yakni, 'membaca' setiap keadaan atau situasi yang berterusan berkaitan apa yang ada disekeliling kita pada hari ini. Kerana benarlah firman Allah dan sabda Rasulullah S.A.W bahawasanya, Al Quran dan hadith sesuai disepanjang zaman.
Jelasnya lagi, wahyu Iqra' diturunkan oleh Allah kepada Nabi S.A.W yang ummi (tidak tahu membaca & menulis) ini sangat bermakna untuk seluruh umat islam memikirkannya bersama-sama.
Menurutnya lagi, apa yang dibaca dan difahami melalui Al-Quran ini hendaklah dihayati dan diamalkan oleh setiap umat islam bukan hanya sekadar membayangkan apa yang telah berlaku kepada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan umat yang terdahulu sahaja. Bahkan ianya hendaklah dibaca keadaan dan situasi yang sedang berlaku disekeliling kita disetiap negara, negeri dan bumi tanahair umat islam pada ketika ini.
Tn hj Razman menyeru kepada semua, supaya kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh menyeru manusia melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah secara keseluruhannya.
Kita semua telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mematuhi semua suruhan-NYA. Oleh kerana itu, menjadi kewajipan kita semua menentang golongan yang tidak mahu menegakkan kebenaran menurut apa yang telah diputuskan oleh Al-Quran.
Tidak ada medan lain lagi, untuk mengalahkan pihak-pihak penentang hukum Allah ini. Satu-satunya jalan untuk mengalahkan golongan ini ialah melalui pilihanraya umum yang semakin hampir.
Oleh yang demikian, persiapkanlah kekuatan, lihatlah persekitaran, 'bacalah' situasi dan keadaan setempat supaya tidak berlaku sebarang penipuan oleh pihak lawan yang sedang berusaha mempertahankan kemenangan walau dengan apa cara sekalipun pada pilihanraya umum kali ini.