Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 30 September 2012

MAYAT PELAJAR LEMAS DIJUMPAI TERDAMPAR DIBETING PASIR

Ibu Mangsa (bertudung kuning) tidak dapat menahan kesedihan melihat jenazah anaknya.
Ayah, ibu dan kakak mangsa diselubungi pilu disisi Arwah Mohd Aiman Izuddin.

KG TEMELONG, Lenggong, 29 Sept – Operasi mencari dan menyelamat pelajar lemas ketika mandi di sungai Perak bersama rakan-rakan di Kg.Temelong, oleh pihak polis bersama anggota bomba dan penyelamat serta penduduk disini bermula pada 4 petang jumaat, berakhir dengan penemuan mayat mangsa, Mohd Aiman Izuddin Abd Rahman 12, pada jam 7 pagi ini di kg.Pulau Cheri, Luat.

Fuad Basri 46, menemui mayat Mohd Aiman terdampar.
Mayat Allahyarham ditemui terdampar dibeting pasir sg.Perak yang cetek, setelah dihanyutkan air kira-kira 10 kilometer daripada tempat kejadian oleh seorang penduduk kg.Luat, Fuad Basri 46, ketika memukat ikan disungai itu pada awal pagi.

Menurut Fuad, beliau menemui mayat mangsa dalam keadaan tertiarap setelah menghampiri beting pasir yang timbul ditengah sg.Perak. Pada mulanya, beliau menyangka sebatang kayu, tetapi mengesyaki mayat manusia apabila terlihat tapak kaki mangsa.

(Agg. Jab.Amal Perak, membawa jenazah
kesurau berhampiran Sejurus ditemui.)
Tambah Fuad, dengan penemuan itu, beliau membawa mayat mangsa mudik kehilir sungai untuk dibawa ke Surau Ibnu Zakaria, dataran Jambatan kg. Luat dengan dibantu anggota Jabatan Amal Perak, yang turut terlibat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa pada pagi itu. Dan menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan mangsa mati lemas telah ditemui. Seterusnya, jenazah dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

 Sementara itu, pada hari jumaat. Dilokasi kejadian, ibubapa mangsa, Abd Raman Adam, 62, dan Noraini Abd Kadir, 48, tidak dapat ditemubual kerana bersedih diatas kehilangan anaknya. Tetapi wartawan sempat bertemu dengan abang mangsa, Mohammad Ezhar Abd Raman 30, beliau menjelaskan, 2 hari sebelum kejadian, arwah adiknya sering meminta beliau membelikan kasut dan pakaian, sebagai persiapan untuk mengikuti lawatan sekolah pada bulan hadapan. Tetapi beliau minta adiknya bersabar kerana tarikhnya lambat lagi.
Abang mangsa, Mohammad Ezhar Abd Raman, 30.
Menurut Mohammad Ezhar lagi, adiknya anak ke 7 daripada 8 beradik, seorang pelajar yang pintar, “saya rasa sangat terharu setelah mendapati tulisan adiknya pada gambar-gambar ibunya tertulis ‘saya sayang mak,’ seperti ingin menyatakan sesuatu sebelum arwah adiknya pergi buat selama-lamanya." jelasnya terharu.

Anggota Jab Amal membersihkan jenazah Mohd Aiman 
Bagaimanapun keluarganya redha dengan takdir Allah dan bersyukur, serta berterima kasih kepada semua yang telah terlibat mengurus, mencari dan menyelamat arwah adik saya, sehingga mayat adiknya dijumpai dan selamat dikebumikan tanah diperkuburan Islam, masjid warisan kg.Temelong.

(Kakak mangsa memeluk adik bongsunya yang menjadi rakan sepermainan
Allahyarham Mohd Aiman.)
















(Suasana terharu menyelubungi keluarga Allahyarham Mohd Aiman Izuddin Abd Raman, sementara menantikan trak polis untuk dibawa ke hospital Gerik.)
(Orang ramai melihat jenazah dibawa ke hospital Gerik selepas membaca tahlil  ketika menunggu trak polis tiba.)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan