Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 26 Ogos 2012

RAMPAS TANAH: "JANJI DICAPATI" OLEH PEMIMPIN MELAYU UMNO LENGGONG

(Tapak rumah ini diroboh kali pertama pada, 13 Ogos 2012.)
KG. LUAT - "Ibarat Belanda Mintak Tanah." Begitulah pepatah melayu yang layak diberikan kepada YB Lenggong.

Kata pemilik tanah, apabila tapak rumah yang dibina telah dirobohkan oleh pihak penguatkuasa pejabat tanah dan daerah Lenggong, pada 16 ogos lalu. Lihat Video Disini

(Tapak rumah musnah diroboh kali kedua pada 16 Ogos 2012)
Rentetan disebalik  kejadian meroboh tapak rumah yang sedang dalam pembinaan itu, ianya menimbulkan banyak kontroversi diantara pemilik tanah dan pihak berkuasa. Berikutan status tanah pemilik asal (milik kekal) telah ditukarkan kepada tanah rizab kerajaan dalam jumlah yang luas dengan cara yang mengelirukan tuan tanah oleh campurtangan pihak ketiga.

Menurut tuan tanah, kontroversi ini bermula apabila arwah bapanya selaku pemilik tanah, menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan kerajaan membina jambatan melintasi sungai Perak dan jalanraya menghubungkan kota Tampan, kg.Luat, kg.Beng dan kg.Chepor.

Menurut tuan tanah, perjanjian asal arwah bapanya sebelum menandatangani surat kebenaran untuk pembinaan jalanraya itu, hanyalah melibatkan sebahagian kecil jalan yang hendak dibina sahaja dan bukan sebahagian besar tanah milik beliau diambil menjadi tanah rizab kerajaan atau rizab jalan.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu, 'khadam' atau penghantar surat pejabat tanah dan daerah disini, memanggil arwah bapanya kepejabat untuk menandatangani satu surat dihadapan pegawai daerah yang mengelirukan tuan tanah berkaitan kebenaran mengambil tanah untuk tujuan pembinaan jalanraya itu.

Menurutnya lagi, arwah bapanya yang sudah uzur pada ketika itu, tidak membaca isi kandungan surat perjanjian itu kerana, mengikut perjanjian bersama ketika majlis perundingan dengan jabatan-jabatan yang terlibat dengan pembinaan jalanraya itu, tuan tanah dengan jelas telah menyatakan bahawa hanya sebahagian kecil tanahnya (mengikut luas jalan sahaja) dibenarkan diambil pihak bertanggungjawab. Perkara ini telah disahkan oleh bapanya ketika bapanya masih hidup, semua surat serta gambar majlis perundingan dengan jabatan terbabit bersama tuan tanah pada masa itu masih ada dalam simpanan keluarganya.


Rentetan daripada peristiwa itu, campurtangan ahli politik. Wakil rakyat ahli Parlimen 

Lenggong, bermula dengan tiket pembangunan diatas tanah yang menjadi kontroversi ini.


Selepas tamat pembinaan jalan dan jambatan sungai Perak, dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal telah dibina diatas tanah yang tidak dibenarkan oleh tuan tanah. Sebelum pembinaan itu dimulakan, wakil rakyat berasal dari kg.Luat yang juga merupakan saudara-mara kepada waris pemilik tanah yang diambil itu, telah berjanji tidak akan mengambil atau membina apa-apa lagi diatas tanah itu dalam satu pertemuan pembinaan dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal pada ketika itu.


Perundingan itu dibuat oleh ahli Parlimen dengan tuan tanah berikutan, status tanah berkenaan masih menjadi milik waris yang sah dan tuan tanah masih lagi membayar cukai hasil tanah berdasarkan perjanjian asal iaitu, tanah yang diserahkan kepada pihak kerajaan hanyalah sebahagian kecil untuk pembinaan jalanraya sahaja. Dan tidak melibatkan tanah yang hendak diambil oleh wakil rakyat untuk sebarang tujuan pembangunan.
Dan pada hari ini, wakil rakyat ini semakin ghairah untuk merampas kesemua tanah disepanjang jalanraya ini daripada tangan waris-waris yang berhak. 

Buat kali keduanya, pihak pejabat tanah dan daerah kecil Lenggong meruntuh dan merampas sturuktur tiang tapak rumah pewaris tanah yang sedang dalam pembinaan setelah pihak berkenaan merobohkannya kali pertama pada 13 Ogos lalu.


Inilah usaha terakhir beliau sebagai ahli Parlimen sebelum BN tumpas dan rebah tersungkur disini. 


Setelah tanah-tanah disini di gazetkan sebagai tapak warisan dunia, ada pihak yang sedang mengambil peluang dan mengidamkan prospek keuntungan melalui pembangunan bernilai berjuta-juta ringgit dengan mengenepikan perjanjian asal diatas tanah ini.

Pada hari ini juga rakyat disini dapat menyaksikan kerakusan sebuah kerajaan diwakili seorang wakil rakyat BN yang mendakwa rakyat didahulukan, juara rakyat, sebenarnya ialah pengkhianat rakyat, tidak menepati janji dan tidak dapat membela nasib bangsa dan saudara-maranya sendiri.

Nantikan pendedahan seterusnya bersama bukti-bukti perjanjian diantara kedua-belah pihak mengenai pengambilan tanah yang menjadi kontroversi ini.

Mengapa dibangga tanah ini tapak warisan dunia sedang anak bangsa ditipu, ditindas dan dirampas hak mereka.

Ingatlah tapak warisan Akhirat, yang mana dari tanah kita dijadikan. Kedalam tanah juga kita akan dimasukkan.

Perjanjian ini telah tertulis oleh Malaikat yang sentiasa mencatitkan apa yang telah kita lafaz dan yang telah kita lakukan.

Kata mereka, UMNO/BN pejuang dan pembela melayu. Tapi, sebenarnya UMNO/BN ni sebuah parti penipu orang-orang melayu.

Khamis, 2 Ogos 2012

TAZKIRAH RAMADHAN: Semoga Allah Beri Kekuatan Untuk Kita Semua Memperbaiki Diri.


Hidup ini tidak sunyi dari arus cabaran dan dugaan. Bahkan, seluruh hidup ini ialah ujian dari Tuhan s.w.t. Dalam sedar ataupun tidak, manusia yang serba lemah ini diperangi oleh empat musuh utama iaitu:

Dunia

Makhluk

Syaitan

Nafsu

Keempat-empat musuh ini cuba sedaya-upaya menjauhkan manusia dari Allah s.w.t., dengan menghakis nilai-nilai kehambaan dalam diri mereka, supaya manusia semakin jauh dari Maha Pencipta.

Adapun dunia, ia memperindahkan dirinya untuk menggoda manusia, supaya melupakan tanggungjawab kehidupannya, untuk menjadi hamba Allah s.w.t., dan seterusnya membuat manusia menjadi hamba dirinya (hamba dunia). Inilah bentuk kehinaan yang tidak difahami oleh sebahagian besar manusia yang telahpun lemas dalam penghambaan diri kepada dunia.

Dunia yang dijadikan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi hamba manusia, dan manusia yang dijadikan untuk menjadi hamba Allah s.w.t., telahpun hilang nilai-nilai tersebut takkala manusia pula yang menghambakan diri kepada dunia.

Padahal, hakikat dunia yang fana ini hanyalah seumpama tempat persinggahan bagi manusia, untuk menuju alam akhirat. Namun, manusia yang melihat zahir kecantikan dunia ini sibuk mengejar segala isi dunia di samping melupakan akhirat yang sepatutnya menjadi destinasi terakhirnya. Tidak kira halal atau haram, mana yang boleh dan mana yang tidak, asalkan dapat dunia, tetap diusahakannya. Setelah itu, apabila meninggal dunia, mahu salahkan dunia, takkala dunia tidak ikut sama? Bahkan, mahu pula menyalahkan dunia kerana menipu? Tiada yang salah ketika itu melainkan diri sendiri.

Diriwayatkan bahawa, Nabi Isa a.s. pernah dizahirkan hakikat dunia kepada baginda a.s. dalam bentuk perempuan yang sangat tua. Lalu, Nabi Isa a.s. pun bertanya kepada perempuan tersebut: "berapa ramaikah suamimu?" Perempuan itu menjawab: "terlalu ramai". Nabi Isa a.s. bertanya lagi: "berapa ramai pula yang kamu ceraikan." Perempuan tua itu menjawab: "terlalu ramai juga".

Nabi Isa a.s. lantas berkata: "tidakkah para suamimu yang kini tidak mahu mengambil pengajaran dari apa yang telah kamu lakukan kepada bekas para suamimu yang lalu?"

Dalam gambaran ini, amat jelas bahawa, dunia ini tidaklah seindah yang disangka. Para suami dunia adalah mereka yang sibuk mengejar dan mencintai dunia. Adapun dunia mencerai para suaminya, adalah dengan kematian. Oleh itu, Nabi Isa a.s. seolah-olah berkata: "tidakkah pencinta dunia sekarang tidak mengambil pengajaran dari apa yang berlaku kepada para pencinta dunia yang telahpun meninggal dunia dalam penuh kerugian?"

Musuh kedua manusia pula ialah makhluk. Makhluk ialah, manusia selain diri sendiri, yang tidak membawa kita kepada Allah s.w.t.. Antara makhluk yang menghalang kita dari Allah s.w.t. adalah makhluk berlawanan jenis. Di mana, ujian bagi lelaki ialah wanita dan ujian bagi wanita ialah lelaki. Makhluk secara umumnya juga hijab yang menghalang manusia dari mengingati Allah s.w.t., takkala mereka sibuk mengajak kita dalam mengingati urusan keduniaan semata-mata.

Bahkan, lebih khusus lagi, takkala syahwat manusia yang sentiasa membuak-buak dalam mengajak diri seseorang untuk mencari pasangan untuk membuahkan cinta berahi. Lelaki amat tertarik dengan perempuan yang cantik dan perempuan pula tertarik dengan lelaki tampan.

Ramai juga di kalangan manusia yang tenggelam dalam cinta manusia dan akhirnya membawa kepada penyesalan. Makhluk yang tidak membawa kita kepada Allah s.w.t., perlulah dijauhi sedaya-upaya dengan mencari golongan manusia yang sentiasa membawa kita kepada Allah s.w.t..
Oleh kerana itulah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "seseorang itu di atas agama temannya, maka perhatikanlah siapa yang akan dijadikan teman dirinya".

Mengapa mencintai makhluk atau manusia melebihi Allah s.w.t., sedangkan kita akan kembali kepada Allah s.w.t.. Mengapakah kita mencintai manusia melebihi Allah s.w.t. sedangkan manusia akan mati, dan perpisahan antara keduanya pasti terjadi, sedangkan cinta kepada Allah s.w.t., kekal abadi, kerana Allah s.w.t. sentiasa bersama-sama sesiapa yang mencintai-Nya?

Kita tertipu dengan zahir manusia, sehingga terlupa bahawa Allah s.w.t. bahkan lebih mencintai kita berbanding manusia. Manusia mencintai kita kerana maslahat yang ingin diambil dari kita, sedangkan Allah s.w.t. mencintai kita tanpa mengharap apa-apa kemaslahatan dari kita, bahkan Dialah yang memberi maslahat kepada kita.

Berusahalah untuk menanam cinta Allah s.w.t. melebihi cinta makhluk dalam jiwa, agar dikau dapat mencapai kebahagiaan abadi, di samping mencari golongan yang sentiasa membawa kita kepada Allah s.w.t.
Musuh yang ketiga bagi manusia pula ialah syaitan yang sentiasa membisikkan kejahatan dan mengajak kepada menderhakai Allah s.w.t.. Syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dari berjalan di jalan yang lurus, dalam menuju Ilahi s.w.t. kerana mahu mengajak manusia menemani mereka di neraka.

Allah s.w.t. seolah-olah berfirman kepada manusia yang taat kepada syaitan dan menderhakai-Nya: "Wahai anak Adam. Bukankah suatu ketika dahulu, Iblis pernah menghina bapamu Adam a.s.? Bukankah pada ketika itu, Akulah yang membela bapamu Adam dengan melaknat Iblis sehingga hari Kiamat. Namun, pada ketika ini, kamu pula yang membela Iblis dan mengkhianati Aku, pembela bapamu Adam suatu ketika dahulu, dan membantu mereka (syaitan) dalam memusuhi Aku?"

Jadi, sesiapa yang tunduk kepada syaitan dalam memusuhi Allah s.w.t., bererti dia tidak mengenang jasa Allah s.w.t. takkala membela ayahnya Adam a.s.. Jadi, janganlah cuba memusuhi Allah s.w.t. dan Adam a.s., kerana barangsiapa yang memusuhi Allah s.w.t. akan dibinasakan oleh Allah s.w.t. sepertimana Dia pernah membinasakan musuh-musuh-Nya sebelum ini, seperti Haman, Fir'aun, Qorun, Namrud dan sebagainya.

Musuh yang paling hampir dan paling merbahaya buat manusia ialah nafsu, yang sentiasa menghasut manusia supaya memusuhi Allah s.w.t. dengan melakukan maksiat. Hasutan-hasutan itu bergelora dengan syahwat dalam diri manusia, tanpa manusia sedari. Nafsu sentiasa memukau manusia dengan menzahirkan kecantikan maksiat sehingga manusia melupai akibat buruk dari maksiat tersebut.

Musuh-musuh inilah yang sentiasa saling berpakat untuk memisahkan manusia dari Allah s.w.t. yang Maha Mengasihi para hamba-Nya. Merekalah yang mengajak manusia mengkhianati cinta Allah s.w.t. terhadap mereka, walaupun Tuhan s.w.t. tidak jemu-jemu dalam memberi rezeki dan nikmat kepada mereka terus menerus.

Mereka lupa, Allah s.w.t. takkala menciptakan manusia, Dia menciptakan manusia kerana cinta-Nya kepada manusia. Manusia lupa, Allah s.w.t. takkala mencintai mereka, Allah s.w.t. mencintai mereka setulus cinta yang tiada cinta yang setanding dengan cinta-Nya. Manusia juga lupa, Allah s.w.t. mencipta cinta dalam diri manusia untuk mencintai Allah s.w.t., sedangkan mereka mencintai selain dari-Nya s.w.t.. Manusia juga lupa, Allah s.w.t. menjadikan seluruh alam ini untuk berkhidmat kepada mereka, kerana cinta Allah s.w.t. kepada manusia, namun manusia pula yang berkhidmat kepada dunia dan mencintai dunia melebihi Tuhan yang menciptakan dunia untuk mereka.

Semuanya kerana cinta. Apa ada dengan cinta Ilahi s.w.t.? Kamu tidakkan mengerti selagi kamu tidak melawan musuh-musuhmu dan kembali kepada Allah s.w.t. yang sentiasa menanti kehadiranmu di sisi-Nya kerana cinta-Nya kepadamu.

Semuanya kerana rindu. Rindu Allah s.w.t. untuk melihat hamba-hamba-Nya bermunajat dalam mengemis belas dari-Nya. Rindu Allah s.w.t. untuk mendengar rintihan para hamba-Nya yang mengharap dari-Nya. Rindu-Nya untuk mengampunkan para hamba-Nya yang telah mengkhianati-Nya, takkala dia bertaubat dengan taubat nasuha.

Dialah Allah s.w.t. yang sentiasa merinduimu.Oleh itu, jangan cemari diri sendiri dengan memusuhi Allah s.w.t. kerana kita memerlukan-Nya saban waktu.

Jadikanlah bulan Ramadhan sebagai bulan untuk mengubah diri ini, dek kesempatan yang sebentar ini, cuma sebulan sekali. Padanya, syaitan dirantai, pahala diganda, pintu pengampunan terbuka meluas, dan hujan rahmat tercurah lebat. Jadikanlah Ramadhan sebagai pintu untuk menuju kebaikan diri dalam proses untuk kembali kepada Allah s.w.t..

Semoga Allah s.w.t menjadikan kita di kalangan mereka yang mengambil faedah di bulan Ramadhan...
Amin...

Jumaat, 27 Julai 2012

PROGRAM IHYA' RAMADHAN PAS KAWASAN LENGGONG

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN:-
Salam Ukhuwwah Fillah. 


Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT, kerana kita semua telah dipertemukan sekali lagi pada tahun ini didalam bulan mulia yang sangat berkat ini.


Bagi mewakili semua jawatankuasa PAS Kawasan Lenggong, kami mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut Hariraya Eidul Fitri."


Marilah kita sama-sama menghayati atau menghidupkan sepanjang malam yang berkat dibulan Ramadhan kali ni, semoga kita akan dipertemukan oleh Allah SWT dengan suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu; malam Lailatul Qadar.


Inilah peluang yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, untuk seluruh ummat Nabi Muhammad SAW, supaya ianya menjadi buruan orang-orang yang soleh disisi Tuhannya.


(Pengisian Tazkirah Selepas Solat Sunat Terawikh 8 Rakaat.)
Disamping itu juga, kita sebagai ummat Islam yang mukmin, jangan berhenti daripada berdoa dengan sepenuh harapan memohon kepada Allah SWT supaya dapat melihat Islam kembali berada dipuncak kegemilangannya didaerah kita ini khususnya. Dan di Negara kita ini umumnya.


PAS Lenggong juga menjemput semua Muslimin dan Muslimat supaya dapat meluangkan masa bersama-sama dengan jemaah bagi menghidupkan suasana Ramadhan didaerah Parlimen Lenggong di DUN Kenering dan DUN Kota Tampan menurut taqwim yang telah diatur.


Antara Taqwim telah diatur bagi DUN Kota Tampan adalah seperti berikut:-


25/7/12 : Rabu-  Surau Padang Luas, Cherakoh, Kuak.
26/7/12 : Khamis- Surau Kg. Danglang, Kuak.
27/7/12 : Jumaat - Surau Kg. Pengkalan Ikan, Kuak.
28/7/12 : Sabtu - Masjid Kg. Raban.
29/7/12 : Ahad - Masjid Changkat Berangan, Raban.
30/7/12 : Isnin - Surau Kg. Dusun, Kg. Beng.
31/7/12 : Selasa - Masjid Kg. Beng.
1/8/12 : Rabu - Surau Kg. Batu Reng.
2/8/12: Khamis - Masjid Kg. Luat.
3/8/12 : Jumaat - Liqa Fikri Negeri Perak.
4/8/12 : Sabtu  - Surau Taman Kota Tampan.
5/8/12 : Ahad - Masjid Kg. Chepor.
6/8/12 : Isnin - Surau Kg. Bor, Bggl Belimbing.
7/8/12 : Selasa - Masjid Bggl. Belimbing.
8/8/12 : Rabu-  Iftar Jamai'e PAS Kawasan Lenggong: Rumah YDP.
9/8/12 : Khamis - Surau Batu Dinding, Kg. Chain.
10/8/12 : Jumaat - Surau Taman Bukit Senyum, Lenggong.
11/8/12 : Sabtu - Surau Kg. Telok Batu, Lenggong.
12/8/12 : Ahad - Masjid Baru Kg. Temelong.
13/8/12 : Isnin - Surau Kg. Bukit Nangka, Lenggong.
14/8/12 : Selasa - Masjid Baru Kg. Gelok.
15/8/12 : Rabu - Surau Air Ibol, Kg. Sumpitan.
16/8/12 : Khamis - Masjid Kg. Bukit Sapi.


Antara Taqwim telah diatur bagi DUN Kenering, adalah seperti berikut:-



25/7/12 : Rabu-  Masjid Kg. Sawa.
26/7/12 : Khamis- Surau Kg. Air Jada.
27/7/12 : Jumaat - Masjid Kg. Belum Baharu.
28/7/12 : Sabtu - Masjid Kg. Malau.
29/7/12 : Ahad - Masjid Felda Lawin Selatan.
30/7/12 : Isnin - Masjid Felda Papulut.
31/7/12 : Selasa - Masjid Felda Lawin Utara.
1/8/12 : Rabu - Masjid Kg. Padang Jeri.
2/8/12: Khamis -Surau Tanjung Kasau.
3/8/12 : Jumaat - Liqa Fikri Negeri Perak.
4/8/12 : Sabtu  - Masjid Kg. Kenayat.
5/8/12 : Ahad - Masjid Kg. Tawai.
6/8/12 : Isnin - Masjid Tanjung Rambai.
7/8/12 : Selasa - Masjid Kg. Air Panas.
8/8/12 : Rabu-  Iftar Jamai'e PAS Kawasan Lenggong: Rumah YDP.
9/8/12 : Khamis - Surau Rancangan Belia Khas (RBK) Air Panas.
10/8/12 : Jumaat - Surau Kuala Kenerong.
11/8/12 : Sabtu - Surau Kg. Jagor.
12/8/12 : Ahad - Surau Atas, Kg. Pulau Belayar.


(Kebersamaan Didalam Jemaah Sangat Dituntut.)
Dengan susunan taqwim ini, mudah-mudahan semua ahli jemaah PAS di kawasan Lenggong dapat menghidupkan suasana sambutan bulan Ramadhan penuh berkat ini dengan keluar beramai-ramai melaksanakan ibadah solat sunat Terawikh bersama-sama dengan rombongan ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan menurut taqwim yang telah disediakan ini.


Sama-samalah kita berdoa agar Allah Mengurniakan kita kemenangan didalam melawan hawa nafsu, kemenangan didalam perjuangan memertabatkan Islam, sepertimana janji Allah SWT akan tibanya beberapa peringkat keberkatan didalam bulan mulia ini yang bermula dengan keberkatan, dipertengahannya ialah penghapusan dosa-dosa dan pengakhirannya ialah, pembebasan daripada api neraka.


Doakan harapan dan cita-cita PAS Kawasan Lenggong menjadikan Daerah ini menjadi sebuah Hab Pengajian Islam di makbulkan oleh Allah SWT.


Selamat beribadah dengan penuh keinsafan dan kesyukuran dibulan Ramadhan pada kali ini. Sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT mempertemukan lagi kita semua pada Ramadhan di tahun-tahun yang akan datang, insya-Allah. 


Bersamalah menyemarakkan sambutan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dalam ertikata ada kebersamaan didalam Jemaah.


Takbiirr..... Allahu Akbar, Walilla Hill Hamd'.

Rabu, 11 Julai 2012

Ceramah Kelompok Bersama YDP RAZMAN ZAKARIA

Salam ukwah,sudah lama rasanye blog tidak update sebabnya kesibukan program Pas di Perlimen Lenggong nie...Gambar diatas diambil di kampung jerai,padang kunyit,Gerik.Boleh dikatakan dalam bulan 7 nie ceramah penerangan pas sudah menerangkan setiap2 kampung dan rakyat perlu buka minda dengan berfikiran terbuka,kuasa PRU 13 penentu untuk Perak...

Selasa, 19 Jun 2012

LENGGONG BAKAL MENJADI HUB PENGAJIAN ISLAM.

(PROGRAM 23 JUN 2012)

PAS kawasan Lenggong gigih berdakwah dalam usaha mewujudkan Lenggong sebagai hub Islam didaerah ini.
Yang Dipertua PAS Kawasan, merangkap Timb. Pesuruhjaya PAS Perak. Tn Hj Razman Zakaria, merupakan anak kelahiran Kg. Luat berkata, beliau bersama-sama rakan seperjuangan sedang berusaha mengembalikan semula lembah Lenggong yang pada suatu masa lalu terdapat banyak pusat pengajian pondok dan guru agama terkenal.
Diantaranya, Allahyarham Tok Guru Hj Idris, Hj Nasruddin @ Hj Nasir, Hj Yahya, Tok Lebai Johan dan Ust Zahid anak kelahiran kg. Luat yang telah menjadi tonggak membangunkan sekolah agama di Paya Lintah, Padang Rengas, Perak.
Ketika ini, usaha  pembangunan sekolah pengajian pondok di Banggol Batu dan Kg. Tawai sedang dalam pembinaan. Sementara sebuah pusat tahfiz al-Quran di Kg. Luat dijangka siap pembinaannya pada bulan November ini.

PAS kawasan Lenggong komited untuk menjadikan lembah Lenggong sebagai sebuah hub melahirkan ilmuan Islam, usaha dakwah menghidupkan suasana agama disini dilakukan berterusan.
Bagi merealisasikan hasrat ini, PAS Kawasan telah mengatur dua program bagi menghidupkan syiar dakwah disini dengan menjemput Tn Guru Hj Salleh Musa dalam program; Munajat Perdana “Memohon Pertolongan Allah.” Pada 23 Jun 2012, bermula solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat dan tazkirah yang akan diadakan di dataran rumah Kak Yam, Pekan Lenggong.

(PROGRAM 29 JUN 2012.)
Manakala pada 29 Jun 2012, Ust Azhar Idrus akan menyampaikan ‘Kuliah Dhuha’ pada jam 9 pagi, di Surau Ibnu Zakaria, Dataran Jambatan Kg. Luat, Lenggong.
Kami mengharapkan semua masyarakat didalam dan disekitar daerah ini datang beramai-ramai untuk mengimarahkan program agama yang telah diatur pada 23 dan 29 Jun, 2012 ini nanti. Kata, Tn Hj Razman Zakaria.
Tambah Tn Hj Razman, kami juga menyeru, sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau infaq untuk pembangunan insan mengikut acuan Rasulullah bagi pembinaan sekolah pondok ‘MADRASAH AL-IBTIDIAH AD-DINIAH AL-KAMALIAH.’ Kg. Banggol Batu, Lenggong, Perak. Sila hubungi; 019-437 2065 (Ust Rahmat Abd Rahman.)

Dan sumbangan atau Infaq bagi menyiapkan pembinaan sekolah pengajian pondok Kg. Tawai, Gerik. Sila hubungi; 019-910 5220 (Tn Hj Zulkifli bin Awang Kechil.)
(PONDOK AL-IBTIDIAH AD-DINIAH AL-KAMALIAH, BGGL BATU LGG.)

Khamis, 17 Mei 2012

Panas: Ust Shahril Long Akan Bertanding dalam PRU-13


Banggol Belimbing - Lenggong: Ucapan Ust Shahril didalam ceramah di sini disambut gelak ketawa kerana beliau akan bertanding sebagai parti bebas dengan logo Penumbuk dan dengan slogan "Hancurkan Umno."

Ucapan beliau berkisar penyelewengan umno dan juga penderhakaan terhadap Allah Swt yang telah menolak hukum-hukum yang telah termaktub didalam Al-Quran.



Dengan raja-raja melayu umno telah jelas menghina institusi raja melayu di Terengganu, setelah menggelarkan Sultan sebagai Natang.

PM juga akan didakwa di mahkamah Perancis berkaitan isu rasuah melibatkan pembelian kapal selam Scorpene yang tak boleh menyelam.


Menteri Agama umno juga terlibat dengan penyalahgunaan wang zakat. 

Memang umno tidak boleh diharapkan lagi untuk menerajui negara ini, jadi bermula dari hari ini, masyarakat pengundi wajib berubah menolak kerajaan umno-bn yang zalim. Hujah beliau berdasarkan dalil Al-Quran.

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu  kelak, akan disambar oleh api neraka."

"Tolak umno rakyat selamat." Jom Pakat Undi PAS.


Ahad, 22 April 2012

MOBILISASI BERSIH 3.0 PAS KAWASAN LENGGONG

Muat Turun, Cetak dan Sebarkan.
PENCERAMAH: Cikgu Mala/ Ust Zawawi/ Tn Hj Razman.
TARIKH: 26 April 2012.
MASA: 9:00 Malam.
TEMPAT: Markas PAS Kg, Malau. (Berhampiran Rumah Ust Hanapiah Idris)

Setelah 2 kali berturut-turut desakan rakyat supaya SPR yang dikuasai oleh kerajaan Najib Razak, Chua Soi Lek dan parti-parti komponen Umno-Bn membersihkan nama-nama pengundi yang diragui didalam senarai daftar pemilih tidak dilayan atau tidak diambil tindakan sewajarnya, rakyat sekali lagi akan turun berhimpun dengan tajuk "Duduk Bantah" pada 28 April ini didataran Merdeka atau dimana sahaja seperti diarahkan oleh pimpinan Bersih 3.0 buat kali ketiganya dalam sejarah Malaysia.

Sesi ceramah pada kali ini akan menjurus kearah penerangan supaya rakyat benar-benar faham tuntutan Bersih 3.0 dan mengapa rakyat mesti turun membuat bantahan pada 28 April ini.

Jika sebelum ini rakyat telah ditanam oleh pemimpin-pemimpin Umno-Bn dengan kefahaman tuntutan Bersih sebagai pembuat huru-hara atau mengancam keselamatan negara disetiap ceramah anjuran Umno-Bn, maka pada kali ini kami mengajak semua masyarakat yang 'ber'parti atau tidak 'ber'parti turun mendengar penjelasan daripada pemidato yang diundang Khas dari Johor, iaitu; Normala Sudirman, atau lebih dikenali sebagai 'Cikgu Mala' ketika beliau dicalonkan bertanding pada Pilihanraya Kecil  N.05 DUN Tenang, negeri Johor yang lalu.

Turut berceramah pada malam itu nanti Ketua Pemuda PAS Perak, Ust Zawawi Hassan, selaku pengarah mobilisasi Bersih 3.0 Negeri dan Tn Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Kupasan bertenaga daripada 3 orang penceramah hebat ini nanti akan dapat menjelaskan kepada kita mengapa SPR dan kerajaan tidak mahu membersihkan senarai daftar pengundi diragui, termasuklah kerajaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing yang didapati boleh mengundi pada PRU-13 ini nanti berdasarkan senarai daftar pengundi induk yang telah dikeluarkan oleh pihak SPR.

Justeru itu, kami menyeru kepada semua rakyat tidak mengira latarbelakang fahaman politik mana sekalipun yang anda sokong, datanglah mendengar penerangan yang akan disampaikan pada malam tersebut.

Kami ingin memberikan penjelasan yang tepat supaya rakyat tidak terus tertipu dengan berbagai tipu daya kerajaan Umno-Bn yang sanggup berbuat apa sahaja demi untuk kekal berkuasa. Kita tidak mahu kemenangan Umno-Bn pada PRU-13 nanti adalah kemenangan secara tidak adil kepada seluruh rakyat Malaysia. Jadi, datanglah beramai-ramai pada tarikh tersebut.

KOLEKSI BARANGAN BERSIH 3.0 ADA DIJUAL PADA MALAM CERAMAH. JANGAN KETINGGALAN MENDAPATKAN KOLEKSI BAJU, RANTAI KUNCI DLL.



Jumaat, 30 Mac 2012

LAPORAN POLIS: FELDA CUBA NAK MENGELIRUKAN WARGA PENEROKA.

LENGGONG - 29 Mac: Wakil peneroka di 3 Felda disini hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gerik di sini berikutan tindakan pengurusan Felda yang menghantar surat pekeliling meminta peneroka menyerahkan dokumen penting.

Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri, Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat.

Antara lain pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna, geran ladang dan rumah, maklumat pentadbir tanah, maklumat anak-anak, status bank, salinan akaun Maybank dan nombor keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Serentak dengan kekeliruan dihadapi peneroka berikutan pekeliling yang mula diedarkan baru-baru ini, mereka mendesak pihak polis menyiasat tujuan dokumen tersebut diperlukan oleh pihak pengurusan Felda itu.

Polis juga didesak menyiasat sejauh mana benarnya pekeliling berkenaan kononnya peneroka dijanjikan dengan durian runtuh (hasil penyenaraian saham) sedangkan mesyuarat (EGM) KPF telah dibatalkan.

Polis juga diminta menyiasat kebimbangan dan kemungkinan geran hak milik peneroka akan dicagar untuk tujuan tertentu di sebalik penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV) seperti diumumkan Isa Samad.

Jurucakap peneroka Felda yang membuat laporan polis berkenaan, ust Abu Hassan bin hj Khatib, 62, berkata, mereka amat dukacita disogokkan dengan gambaran akan mendapat durian runtuh dalam bentuk saham dan wang tunai melalui pekeliling berkenaan.

“Peneroka terpedaya dengan menuruti semua kehendak pengurusan Felda tanpa memikirkan risiko apabila dokumen yang sangat penting seperti geran hak milik diberikan.”

“Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia masih samar-samar ekoran EGM KPF pada 22 Februari yang lalu dibatalkan sedangkan durian runtuh itu masih tidak jelas apabila disenaraikan.”

“Jadi, terdapat sebahgian warga Felda yang keliru dengan pekeliling tersebut, adakah pengurusan Felda hanya menjadi alat kepada agenda pemimpin tertentu (Ahmad Maslan dan Isa Samad) yang mempertegaskan penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan,” katanya.

Tambah ust abu Hassan, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pegawai tertinggi Felda, justeru polis diminta menyiasat sejauh mana kebenaran pekeliling tersebut bagi mengelakkan peneroka terpedaya dengan sandiwara pemimpin tertentu yang berselindung di sebalik tawaran durian runtuh.

Sementara itu, Pengerusi BAPA, tn hj. Razman Zakaria hadir memberi sokongan. Turut hadir Naib Timb. Yang Dipertua PAS Lenggong, tn hj. Zainal ketua ketua lajnah kebajikan, en. Hatta abd Aziz serta ajk pas kawasan Lenggong.

Dalam pada itu tn hj. Razman selaku timbalan pengerusi lajnah pembangunan tanah & wilayah Pas Pusat menyokong tindakan warga Felda membuat laporan polis supaya siasatan dibuat kerana semua dokumen penting yang diminta boleh dimanipulasi untuk tujuan tertentu.

“Segala kemungkinan boleh berlaku, umpamanya mungkin dokumen penting yang diserahkan dibimbangi untuk tujuan tetap menyenaraikan Felda di bursa saham dan tidak mustahil geran hak milik ladang dan rumah dijadikan cagaran sebab geran besar tanah peneroka ada dalam simpanan Felda.

“Saya juga mendesak pekeliling yang amat mengeliru dan membimbangkan peneroka ini ditarik balik dengan segera oleh Felda,” tegasnya.

 ULASAN: Berbagai cara pengurusan Felda yang dikuasai oleh kerajaan BN mencari-cari peluang untuk mencapai matlamat penyeneraian Felda ke Bursa Malaysia, inilah kebimbangan yang duhadapi oleh warga peneroka.

Katanya nak bagi 'Durian Runtuh', nampaknya 'Durian Mangko' jugakla yang bakal diberi kepada warga peneroka nanti.

Yang hairannya baru sekarang ini kerajaan baru mula nak beri macam-macam keuntungan kepada rakyat, mengapa ye? Dah lebih 50 tahun dah diberi kepercayaan.

Mengapa baru sekarang....???

Selasa, 27 Mac 2012

TSUNAMI KECIL MELANDA LENGGONG: Mangsa Mahu Penyelesaian.


Tinggal tapak, rumah dihanyutkan arus deras.

Banyak pihak menuntut penyelesaian segera dicari berikutan insiden banjir besar yang telah menghayutkan beberapa buah rumah ekoran hujan lebat yang melanda di sekitar 2 daerah, Lenggong dan Gerik, pada 10 Mac lalu.


Mereka berpendapat isu banjir kilat di daerah ini sudah berlarutan sejak sekian lama, kejadian banjir berlaku saban tahun menjadi ancaman kepada keselamatan nyawa dan harta benda setiap kali hujan lebat turun. Dan sudah tiba masanya untuk meletakkan titik noktah sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi masyarakat penduduk disini.

YDP PAS Kawasan Lenggong, tn hj Razman Zakaria, berkata, "suatu langkah penyelesaian segera dan lebih bermanfaat perlu diambil bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang berpanjangan."



Paras Banjir, lumpur memenuhi rumah
Tambahnya lagi, "jika kita lihat kos untuk mendalamkan sungai selama tempoh berberapa tahun kebelakangan ini masih gagal  menangani masalah banjir, angka perbelanjaannya telah mencecah berjuta-juta ringgit, tetapi masih tetap tidak menemui jalan penyelesaiannya."

"Sebagai langkah terbaik, kerajaan negeri MB Perak perlu bertindak  bagi menjamin keselamatan  Penduduk dengan menyediakan tapak penempatan semula untuk Mangsa-mangsa yang sering mengalami bencana banjir. Kebanyakan mereka, masih lagi tinggal diatas tanah rizab sungai dan tanah TOL." Katanya ketika kunjungan menziarahi mangsa banjir baru-baru-ini.

Hutan gondol, tanah runtuh kerana projek tanam semula Felda.
"Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak Jabatan Pengairan saliran (JPS) menyediakan perancangan jangka pendek sahaja untuk mengurangkan kejadian banjir.
 Ia memerlukan campur tangan pelbagai pihak, perancangan jangka pendek adalah untuk melaksanakan kerja-kerja penggalian semula sungai-sungai dan sistem saliran untuk membuang kelodak, mendapan dan sekatan-sekatan untuk memastikan aliran sungai terlancar bagi mengurangkan limpahan air berlaku."" katanya.

Titi gantung roboh dihanyutkan arus deras.
Tinjauan kami berpendapat, semua pihak perlu menitik-beratkan usaha menyelamatkan ekosistem tadahan hujan dengan lebih bersistematik. Penebangan hutan dan projek tanaman semula serentak di 3 Felda disini juga didapati telah memberikan kesan terhadap hakisan tanah yang menyumbang berlakunya banjir luarbiasa.

Tiang tumbang, rumah roboh dihanyut air deras.
Curahan hujan yang berlaku, menyebabkan limpahan air dan lumpur larian permukaan dari sistem perparitan setempat dan melimpahi sungai yang akhirnya menjadi cetek dan tidak mampu menampung lebihan air hujan lebat boleh menyebabkan banjir besar.

Menurut tn hj. Razman, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai mengenai masalah yang timbul setiap tahun apabila berlakunya banjir besar, terutamanya melibatkan penduduk-penduduk kampung yang tinggal dipesisir sungai. Mereka tidak mempunyai pilihan lain, kerana tidak mempunyai tanah untuk berpindah.
Arus deras telah meruntuhkan dinding rumah.


Luahan kami dan harapan mangsa-mangsa banjir supaya, semua pihak yang berwajib dapat menyelesaikan masalah mereka dengan sebaik mungkin, sekiranya masih ada peluang untuk mereka keluar daripada ancaman bahaya banjir yang boleh meragut nyawa dan harta benda setiap tahun.

Selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat & Pengerusi Lajnah sama di Perak, tn hj. Razman akan memastikan masyarakat penduduk yang terlibat akan diberi perhatian yang sewajarnya jika beliau diberi mandat oleh rakyat pada Pilihanraya umum akan datang sekiranya, Pakatan Rakyat dapat menguasai Negeri Perak dan Putrajaya, Insya-Allah.

ULASAN:- Tanah Perak Ini Luas, apa salahnya tanah-tanah yang ada diberikan kepada rakyat yang memerlukan? Rakyat tidak diberikan hak untuk mendapatkan tanah, kerajaan juga rugi kerana tidak mendapat hasil cukai tanah. 

Sekiranya jika tanah diberi kepada rakyat, kerajaan akan memperolehi bayaran hasil premium dan cukai hasil tahunan daripada pemilik tanah tsb.

Atau mungkin kerajaan sengaja melengah-lengahkan permohonan rakyat, yang mana bayaran permohonan atas tanah TOL lebih menguntungkan kerajaan kerana bayarannya lebih tinggi daripada cukai hasil tanah tahunan...???

Jika begitu kerajaan Umno-Be End sengaja mahu mengaut keuntungan daripada rakyat miskin, sambil memeras secara terhormat dengan umpan nak beri geran dari tahun ke tahun hinggalah sekarang. 

Tak ada gunanya slogan rakyat didahulukan....... Tukar sekarang, ubah kerajaan.... itulah yang terbaik untuk rakyat.