Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 22 April 2012

MOBILISASI BERSIH 3.0 PAS KAWASAN LENGGONG

Muat Turun, Cetak dan Sebarkan.
PENCERAMAH: Cikgu Mala/ Ust Zawawi/ Tn Hj Razman.
TARIKH: 26 April 2012.
MASA: 9:00 Malam.
TEMPAT: Markas PAS Kg, Malau. (Berhampiran Rumah Ust Hanapiah Idris)

Setelah 2 kali berturut-turut desakan rakyat supaya SPR yang dikuasai oleh kerajaan Najib Razak, Chua Soi Lek dan parti-parti komponen Umno-Bn membersihkan nama-nama pengundi yang diragui didalam senarai daftar pemilih tidak dilayan atau tidak diambil tindakan sewajarnya, rakyat sekali lagi akan turun berhimpun dengan tajuk "Duduk Bantah" pada 28 April ini didataran Merdeka atau dimana sahaja seperti diarahkan oleh pimpinan Bersih 3.0 buat kali ketiganya dalam sejarah Malaysia.

Sesi ceramah pada kali ini akan menjurus kearah penerangan supaya rakyat benar-benar faham tuntutan Bersih 3.0 dan mengapa rakyat mesti turun membuat bantahan pada 28 April ini.

Jika sebelum ini rakyat telah ditanam oleh pemimpin-pemimpin Umno-Bn dengan kefahaman tuntutan Bersih sebagai pembuat huru-hara atau mengancam keselamatan negara disetiap ceramah anjuran Umno-Bn, maka pada kali ini kami mengajak semua masyarakat yang 'ber'parti atau tidak 'ber'parti turun mendengar penjelasan daripada pemidato yang diundang Khas dari Johor, iaitu; Normala Sudirman, atau lebih dikenali sebagai 'Cikgu Mala' ketika beliau dicalonkan bertanding pada Pilihanraya Kecil  N.05 DUN Tenang, negeri Johor yang lalu.

Turut berceramah pada malam itu nanti Ketua Pemuda PAS Perak, Ust Zawawi Hassan, selaku pengarah mobilisasi Bersih 3.0 Negeri dan Tn Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Kupasan bertenaga daripada 3 orang penceramah hebat ini nanti akan dapat menjelaskan kepada kita mengapa SPR dan kerajaan tidak mahu membersihkan senarai daftar pengundi diragui, termasuklah kerajaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing yang didapati boleh mengundi pada PRU-13 ini nanti berdasarkan senarai daftar pengundi induk yang telah dikeluarkan oleh pihak SPR.

Justeru itu, kami menyeru kepada semua rakyat tidak mengira latarbelakang fahaman politik mana sekalipun yang anda sokong, datanglah mendengar penerangan yang akan disampaikan pada malam tersebut.

Kami ingin memberikan penjelasan yang tepat supaya rakyat tidak terus tertipu dengan berbagai tipu daya kerajaan Umno-Bn yang sanggup berbuat apa sahaja demi untuk kekal berkuasa. Kita tidak mahu kemenangan Umno-Bn pada PRU-13 nanti adalah kemenangan secara tidak adil kepada seluruh rakyat Malaysia. Jadi, datanglah beramai-ramai pada tarikh tersebut.

KOLEKSI BARANGAN BERSIH 3.0 ADA DIJUAL PADA MALAM CERAMAH. JANGAN KETINGGALAN MENDAPATKAN KOLEKSI BAJU, RANTAI KUNCI DLL.



2 ulasan:

  1. untuk razman adakah anda dah bersihkan diri daripada rasuah semasa kerja dulu?orang macam kau lah yang ada dalam jabatan kerajaan sekarang.....rasuah pastu dinasihat berhenti.....jadi pembangkang....tuduh kerajaan rasuah sedangkan yang rasuah kau sendiri ,tipu diri sendiri,tipu orang lenggong,tipu semua orang...orang lenggong tau kes kau bahlolllll orang sealiran kau je yang buta

    BalasPadam
    Balasan
    1. U hingat u saja tau ka ?Wa pon tau maa

      Padam