Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 9 Ogos 2011

TERKINI !!! Senarai 112 kerusi parlimen berpotensi dimenangi Pakatan Rakyat.



Jika diukur dari segi statistik yang dibuat selepas pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan tsunami politik melanda Malaysia dengan Pakatan Rakyat pertama kali dalam sejarah memenangi 82 kerusi parlimen, sasaran untuk menguasai parlimen kali ini dengan 100 kerusi dianggap satu misi agak mustahil tetapi mampu dilaksanakan.

Dan di sebalik krisis ahli parlimen yang keluar parti sehingga Pakatan Rakyat kehilangan tujuh kerusi menjadikan hanya 75 kerusi kini.
 

Apa yang menarik untuk diperkatakan adalah, sebenarnya Pakatan Rakyat boleh menang sehingga 112 kerusi, sekiranya gabungan pembangkang itu dapat bekerjasama dengan parti senior di Sabah dan Sarawak seperti SAPP dan SNAP.
 

Berikut disenaraikan kerusi-kerusi parlimen yang berpotensi untuk dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
 

Kedah
 - Alor Setar, Langkawi,
Pulau Pinang - Tasek Gelugor
Perak - Larut, Parit, Kampar, Lumut
Selangor - Pandan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Tiada
Negeri Sembilan - Rembau, Jempol
Melaka - Bukit Katil
Johor - Ayer Hitam, Kluang, Tebrau, Johor Bharu
Pahang - Paya Besar, Rompin
Terengganu - Kuala Nerus, Dungun
Kelantan - Ketereh, Pasir Mas
Sabah - Sepanggar, Putatan, Penampang, Kimanis, Tuaran
Sarawak - Mambong, Kota Samarahan, Sarikei, Miri, Limbang

Dan bandingkan dengan senarai sedia ada yang sudah dimenangi Pakatan Rakyat (termasuk pilihanraya kecil)
 

Kedah 


P7 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS)
 
P8 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS)
P10 - Kuala Kedah - Ahmad Kassim (PKR)
P11 - Pendang - Mohd Hayati Othman (PAS)
P12 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS)
P13 - Sik - Che Uda Che Nik (PAS)
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)
P17 - Padang Serai - N Gobalakrishnan (PKR)

Kelantan 


P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
 
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P21 - Kota Bharu - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS)
P23 - Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
P24 - Kubang Kerian - Salahuddin Ayub (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P28 - Pasir Puteh - Muhammad Husin (PAS)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
P31 - Kuala Kerai - Mohd Hatta Ramli (PAS)

Terengganu 


P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
 
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Pulau Pinang
 

P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
 
P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)
P53 - Balik Pulau - Mohd Yusmadi Mohd Yusuff (PKR)

Perak
 

P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
 
P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P65 - Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson (DAP)
P66 - Batu Gajah - Fong Po Kuan (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)
P76 - Teluk Intan - M. Manogaran (DAP)

Pahang
 
P82 - Indera Mahkota - Azan Ismail (PKR)
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

Selangor

P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P98 - Gombak - Mohamed Azmin Ali (PKR) 
P99 - Ampang - Zuraida Kamarudin (PKR)
P101 - Hulu Langat - Che Rosli Che Mat (PAS)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP) 
P104 - Kelana Jaya - Loh Gwo Burne (PKR)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR) 
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P108 - Shah Alam - Khalid Abdul Samad (PAS) 
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP)
P111 - Kota Raja - Siti Mariah Mahmud (PAS)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR) 

Wilayah Persekutuan 

P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
 
P115 - Batu - Chua Tian Chang (PKR)
P116 - Wangsa Maju - Wee Choo Keong (PKR) quits PKR 
P117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP)
P119 - Titiwangsa - Lo' Lo' Mohd Ghazali (PAS)
P120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR) 
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR) 

Negeri Sembilan 

P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)
Melaka

P138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP) 

Johor

P145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP)

Sabah

P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

Sarawak

P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)


Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.

Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.

Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kerusi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.

Selain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.

"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati.

Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa,” katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.

Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.

Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang


ULASAN:-


Kepada penyokong UMporNO tegar, berubahlah dari menyokong Barisan Nasional kepada menyokong sepenuhnya kerajaan menunggu Pakatan Rakyat.


Selama lebih 50 tahun kita berikan sokongan kepada Be-End tetapi mereka telah gagal meningkatkan taraf hidup orang-orang melayu. Tanahair kian hilang akibat diserahkan kepada negara luar seperti Pulau Batu Putih, Tanah keretapi melayu, (KTM) Tanjung Pagar dengan mudah diserahkan kepada Singapura, Rakyat tidak mendapat apa-apa manfaat pun hasil tindakan menyerahkan tanah melayu kepada negara asing.


Berilah kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sebagai tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia pada PRU-13, akan datang. Insya-Allah, semua hasil kekayaan negara akan dapat dikongsi bersama untuk semua rakyat Malaysia.

Isnin, 8 Ogos 2011

BLOG PAS KAWASAN LENGGONG

lenggongkite'13.blogspot

PAS Perak hubungi pengundi luar dengan FB

Menjelang pilihan raya umum akan datang, PAS Perak memperkenalkan laman Facebook khas bagi berkomunikasi dengan pengundi negeri itu yang berada di perantauan.

Ia dilancarkan pesuruhjayanya Abu Bakar Hussien di Markaz Tarbiyyah PAS negeri di Changkat Jering semalam, kata kenyataan PAS Perak. Ust Abu Bakar Hussin, (kanan, berbaju biru) dalam ucapan ringkasnya berharap usaha itu membantu PAS dan Pakatan Rakyat merampas kembali tampuk kepimpinan negeri daripada BN antaranya melalui penggunaan laman sosial itu secara maksimum.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak Haji Asmuni Awi pula berkata, pihaknya mensasarkan 50,000 akan mengikuti Facebook itu sebelum pilihan raya akan datang."Bagi semua pengundi yang menyokong PAS/Pakatan terutamanya yang berada di Lembah Klang agar dapat bersama dengan Facebook ini yang menjadikan ianya komunikasi dan saluran berita PAS/Pakatan di negeri Perak," katanya.Asmuni juga berkata, laman itu akan menjadi pentas mendapatkan maklumat yang akan dijawab sendiri oleh pimpinan PAS negeri.

Beliau juga berharap semua pengundi luar yang berada di seluruh negara agar kembali ketika pilihan raya umum ke-13 nanti.


ULASAN:-


Anak Lenggong di perantauan mesti pulang untuk mebantu memenangkan PAS di Parlimen Lenggong melalui peti undi. 


Kepada semua para pengundi di Parlimen Lenggong, sila maklumkan maklumat ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai seperti, no. Telefon untuk dihubungi, alamat tempat tinggal alamat emel, facebook dsb. Kepada pejabat PAS Kawasan Lenggong: No. 61, tingkat atas, Jalan Kampung Sira,    33400. Lenggong, Perak.

IC HARAM; usaha menidakkan kuasa rakyat sendiri

Saya segera bersetuju dengan kenyataan Tuan Haji Mohamad Sabu (Harakah 27-29 Mei 2011) bahawa sindrom pemberian kad pengenalan segera kepada rakyat asing untuk dimasukkan ke kawasan tenat BN adalah suatu tindakan menggadai negara. Malah ia merupakan suatu pengkhianatan tanahair yang tidak wajar diampunkan oleh rakyat yang sedar.
 
Sama ada rakyat Malaysia sedar atau tidak, membaca atau tidak, jahil atau pandai, mereka perlu diberikan penerangan berkenaan konsep pilihanraya yang menjamin pengekalan maruah tanah nusa bangsa. Memenangkan parti tertentu dengan menggunakan sokongan pihak luar seperti rakyat negara lain sebagai penentu politik dan siasah masa depan negara adalah agenda yang cukup bejat.
 
Gettell menegaskan negara adalah: komuniti yang bermastautin mendiami wilayah tertentu, menuntut dengan sah kemerdekaan dan mempunyai sebuah organisasi pemerintahan, dengan mencipta dan menjalankan hukum secara menyeluruh didalam sempadan negaranya. Negara tidak akan berdaulat jika keutuhannya diraih melalui undi dan sokongan rakyat luar.
 
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-  
 
1. warganegara Malaysia;  
2. berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;  
3. seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia;
4. tidak hilang kelayakan.
 
Akan tetapi jauh daripada itu, rakyat yang dibenarkan untuk memilih perlu diterapkan agar memahami peri penting undinya mencorak kemakmuran negara, kemerdekaan, keharmonian dan kedaulatan daripada dicemari anasir luar.
 
Dalam aspek siasah Islam, si pengundi perlu memahami tujuan membuang undi adalah untuk memastikan masa depan negara masih berada dalam lingkungan wilayah pentadbiran dan mengamalkan syariah serta syiar islam. Mereka perlu celik dan kenal mana calon yang adil, bermatlamat ke arah kebaikan serta mendokong keutuhan agama.
 
Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di sisi syara', pilihan raya merupakan suatu bentuk aqad wakalah (perwakilan).
 
Dan dalam peristiwa baiat 'Aqabah II, Rasulullah s.a.w. meminta 12 orang sebagai wakil dari 75 orang Madinah ketika itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Riwayat ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan proses perwakilan (wakalah). Dengan demikian, hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah harus (boleh).
 
Golongan Ahlul Sunnah dan jumhur ulama berpendapat bahawa ketua negara hendaklah dipilih secara pilihan raya. Pemilihan khalifah merupakan ikatan kontrak di antara khalifah dan umat. Justeru itu, istilah yang dipakai dalam kontrak ini dinamakan “Bai‘ah”. Jika zaman Rasulullah, baiah mudah diperolehi lantaran penduduk Madinah menyerah urusna pemilihan kepada ahli halli wal aqdi yang adil iaitu sahabat Nabi yang tersohor, zaman terkemudin menyaksikan pemilihan ketua negara Islam lebih kompleks dan akhirnya pilihanraya demokrasi ala Barat diterima pakai kerana ia mendekati kaedah pemilihan kepimpinan zaman Rasulullah. Kerencaman pemikiran rakyat, fertiliti yang semakin meningkat, umat Islam yang pelbagai bangsa dan budaya menghendaki sistem pilihanraya mengantikan undi baiah secara ahli halli wal aqdi yang terhad kepada beberapa orang sahaja zaman Rasulullah.
 
Berdasarkan hal ini, kedaulatan Khalifah adalah didapati daripada rakyat, rakyat merupakan sumber kekuasaan yang sebenar dan ikatan di antara rakyat dengan ketua negara adalah ikatan sosial. Justeru itu, Dr. Yusof Al Qardhawi menyatakan bahawa sistem pilihan raya pada pandangan Islam adalah suatu kesaksian (syahadah) terhadap keletakan seseorang calon yang bakal dan akan dipilih.
 
Namun hal ini tidak bermakna jika politikus yang gilakan kuasa sanggup meremehkan urusan kewarganegaraan, memberi lesen kuasa undi kepada sesiapa sahaja yang sanggup membuta tuli mengundi mereka, yang akhirnya akan menghasilkan parti pemerintah yang menang dari aspek kertas undi tetapi kalah dalam perleksanaan mandat negara kerana rakyat tidak lagi menyokong mereka. Dalam erti kata lain mereka memerintah dalam situasi ‘syok sendiri’. Adakah ia suatu kenikmatan hidup yang mereka kejari?
 
Dahulu Hasnar Ebrahim pernah ditahan ISA pada tahun 1980an kerana mendedahkan bahawa beliau pernah bermesyuarat bersama Megat Junid, dan wakil Jabatan Pendaftaran Negara membincangkan kaedah pemberian IC kepada pendatang di sabah. Lantaran itu sebarang retorik BN bahawa mereka sedang menyelesaikan isu pendatang haram adalah dusta malah hipokrit kerana Projek IC segera di Sabah jelas direstui oleh Mahathir.
 
Selepas kes IC palsu dilaporkan sekitar 1990an, 17 kakitangan JPN termasuk Jabar Khan ditahan ISA juga sebagai satu cara kambing hitam tindakan Mahathir.
 
Gempar juga apabila seorang buruh Indonesia yang menunggu kad pengenalan selama 30 tahun mendedahkan bahawa beliau diminta menyokong BN jika inginkan kad pengenalan biru. Malah beliau diminta mengundi bukan di alamat tetapnya di Lembah kelang sebaliknya di Johor untuk memantu kawasan BN.
 
Kini didedah pula hal sepucuk surat yang dihantar oleh Umno Bahagian Hulu Selangor kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein bertarikh 23 Mac 2011 menyatakan jika ingin mengekalkan kerusi parlimen tersebut, Umno bahagian meminta "jasa baik" menteri supaya membawa masuk "bakal pengundi" terutamanya pemastautin tetap (PR - Permanent Resident) sebanyak 2,000 orang.
 
Jika Machiavelli masih hidup, beliau juga akan mengutuk tindakan kerajaan sebegini kerana Machiavelli cukup benci kepada pemerintah yang berjaya atas bantuan tentera upahan, tentera rakyat asing serta bergantung kepada para menteri yang hanya pandai mengampu.
 
Rakyat perlu disedarkan bahawa mereka kini tiada lagi nilai di mata BN kerana rakyat asing akan menggantikan rakyat Malaysia sebagai penyokong dan pengundi BN.
Beri IC kepada warga asing jelas suatu tindakan menghina rakyat sendiri, menidakkan kuasa undi rakyat sendiri.
Dipetik dari tulisan:
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011.
 
ULASAN:-
 
Sekiranya SPR yang disokong oleh kerajaan UMNO/ Barisan Nasional tidak melaksanakan pembersihan senarai undi yang telah jelas menipu rakyat Malaysia maka, Rakyat mesti bangkit untuk menjayakan Himpunan BERSIH 3.0 dengan segera,
 
Apalah gunanya pemerintahan kerajaan penipu, dimanakah letaknya harga diri dan maruah Orang-orang melayu UMNO dimata bangsa berbagai kaum di negara yang tercinta ini. Jika UMNO berkata merekalah pejuang Agama, maka hendaklah mereka melaksanakan tuntutan Agama Islam sepertimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat yang tidak pernah memisahkan politik dengan Hukum-hukum Agama. Patuhilah segalan tuntutan yang terkandung didalam Al Quran dan Sunnah.  


 

Jumaat, 5 Ogos 2011

MASANYA TELAH TIBA: PENYOKONG UMNO, BERSEDIALAH MENJADI PEMBANGKANG!

Najib di GANYANG oleh PERKASA...siapa dalangnya?. Isu kaitan Israel dalam Projek PDRM kembali panas.Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak di PDRM.

Dalam laporan polisnya hari ini, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan itu perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman.
Kenapa sekarang, dibelakang mereka ini ada tangan ghaib yang kurang selesa dengan tindakan Najib yang telah merosakan segala Rancangan UMNO BN.

Ini adalah agenda segelintir dari bekas-bekas menteri yang ingin menaikan Muhyidin, siapa lagi kalau najib tidak mampu menjana kemenangan dalm PRU akan datang. Rasa kurang selesanya mereka dengan Najib membuatkan tentangan ini berlaku dan dan akan terus kukuh dari masa kesemasa. Najib akan berlalu sepertimana beliau dan konconya menjatuhkan Tun Abdullah.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi
menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.


Melihat dengan respon yang diberikan oleh beberapa orang kita yakin gerombolan ini memang berlaku dan pasti PM Najib mengetahuinya.

ULASAN:

Kepada semua penyokong-penyokong UMporNO, masuklah kamu semua kedalam PAS. Atau bersedialah menjadi untuk menjadi parti pembangkang di Malaysia. Langit tidak selalunya cerah, terimalah hakikat bahawa, negeri Perak juga akan berada dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat selepas pilihanraya ke-13 akan datang.

Berubahlah sekarang daripada menyokong parti Barisan Nasional yang sudah terbukti susah sangat menjaga kebajikan rakyat setelah diberi kuasa selama lebih 50 tahun, oleh itu, berikanlah sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat melalui peti undi pada PRU ke-13 ini nanti.

Insya-Allah, kebajikan negara, RAJA-RAJA MELAYU dan seluruh rakyatnya akan lebih terjamin. Pakatan Rakyat telah berjanji, "KEADILAN DAN KEKAYAAN NEGARA UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK PEMIMPIN."

Isnin, 1 Ogos 2011

Tragedi Ribut Port Dickson & Apa Dah Jadi?



PORT DICKSON, 30 Julai -- Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari tadi.Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.

Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat van yang di bawanya untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.Dia yang datang bersama 11 lagi ahli keluarganya terpaksa menunggu adiknya yang akan datang dari kampong di Kampong Paya, Pulai, Johor untuk membawa mereka pulang kerana van yang mereka naiki itu rosak teruk.


Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.


Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.


















SEBELUM KEJADIAN RIBUT DATANG DUA ORANG MAHKLUK BLAH BLAH !!.....


D

APA DAH JADI?
atuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok.
Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam. 

Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990. 
Ulasan 
Aikkk main tendang bola penalti olok-olok pun kepala lutut boleh terdera? Sedangkan Mat Sabu yang betul-betul tercedera akibat dilanggar kenderaan ppolis dituduh berbohong. Polis siap buat video ala video seks Datuk T nak tunjukkan kononnya PAJERO Polis tak langgar Mat Sabu. Sedangkan Mat Sabu membuat laporan polis sebelumnya menyatakan beliau dilanggar oleh kereta Proton WAJA bukannya Pajero. 

Amacam polis? Tak nak buat video tunjukkan Najib cedera semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas?Sekarang bagaimana jika rakyat berpesepsi bahawa Najib lagi besar pembohongnya?Itu sebab jangan mudah untuk menuduh orang berbohong, kini pemimpin sendiri yang secara tiba-tiba terpaksa menjalani pembedahan di kepala lutut.