Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 22 Julai 2014

MENGHAYATI KEPERITAN PENOREH GETAH: Lajnah Tanah PAS Pusat Hulur Bantuan.

PADANG RENGAS: 20 Julai – Program Lajnah Tanah PAS Pusat bersama NGO, Persatuan Anak Penoreh Getah (PETAH) dengan tema ‘Menghayati Keperitan Penoreh Getah,’ diadakan di Paya Ranggam untuk menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada 50 orang penoreh getah dalam majlis berbuka puasa disini.

Menurut Timb. Pengerusi PETAH, Pn Intan Hj Kasah, NGO PETAH ditubuhkan pada Jun lalu ialah untuk membantu penoreh bagi menyuarakan permasalahan dihadapi oleh golongan penoreh yang ramai masyarakatnya ialah terdiri daripada orang-orang melayu, sebagai pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah dan mengambil upah sebagai penoreh.

Program Ziarah menyampaikan bantuan turut diadakan dibeberapa buah Negeri sempena Ramadhan ini untuk menyelami sendiri penderitaan dialami oleh pekebun kecil diseluruh Negara berikutan kejatuhan harga getah dipasaran.

Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Hj Mazlan Aliman, ketika ditemui berkata berkata; “kejatuhan merudum harga getah pada tahap RM180 sekilo pada ketika ini, amat membebankan rakyat khususnya orang-orang melayu dari kalangan pekebun kecil dan lebih-lebih lagi mereka yang mengambil upah sebagai penoreh getah, yang masih berada didalam ruang kemiskinan.”

“Ketika kunjungan ziarah di beberapa Negeri, pihak kami melihat sendiri kehidupan sukar yang terpaksa dilalui oleh keluarga penoreh getah, mereka terpaksa berlapar kerana tidak mampu untuk membeli sekampit beras, jelas beliau.”

Menyedari kesan kejatuhan harga getah ini ditanggung oleh seluruh keluarga pekebun kecil dan penoreh getah, Lajnah Tanah PAS Pusat mendesak kerajaan supaya bertanggung jawab mencari jalan untuk berikan pembelaan kepada golongan ini, setelah berbagai memorandum yang telah disampaikan oleh Lajnah Tanah PAS Pusat dan Beberapa NGO tidak dilayan oleh pihak kerajaan.

Kerajaan perlu menetapkan harga lantai getah dipasaran, bagi menjamin ekonomi orang-orang melayu diluar bandar supaya tidak berlanjutan dihimpit dengan beban kemiskinan.

Kerajaan seharusnya memikirkan kestabilan ekonomi pekebun kecil terjamin dan bersifat jangka panjang. Kerana disana terletaknya survival akar umbi orang-orang melayu yang tinggal diluar Bandar.

Mazlan menyeru kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan bagi meringankan beban golongan penoreh getah bolehlah menyalurkan bantuan melalui NGO PETAH.

Turut sama dalam program ini, Timb.Pesuruhjaya PAS Perak, YB DS Ir. Nizar Jamaluddin yang menerima serahan kutipan wang derma sebanyak RM7,153 daripada PAS Kawasan Padang Rengas untuk tabung Palestin pada malam tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan