Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak yang telah bersidang
buat Kali Pertama Bagi Sessi 2013/2015 pada; 12 Safar 1435H/15 Disember 2013M,
telah mencapai kata sepakat dan bersetuju melantik serta membentuk Jawatankuasa
Kerja PAS Negeri Perak Bagi Sessi 2013/2015, oleh Pesuruhjaya, Ybhg.Tn Hj Razman
Zakaria, dengan mengambil kira pandangan ahli-ahli perhubungan serta kemampuan
masing-masing yang seterusnya melengkapkan kabinet PAS Negeri seperti Berikut:
Pesuruhjaya : Ybhg. Tn Hj Razman bin Hj Zakaria.
Timbalan Pesuruhjaya I : YB Dato’ Seri Ir. Hj Mohammad Nizar
bin Jamaluddin.
Timbalan Pesuruhjaya II : YB Ustaz Hj Idris bin Ahmad.
Timbalan Pesuruhjaya III : Ustaz Hj Noh bin Ahmad.
Ketua Dewan Ulamak PAS Perak: Ustaz Kamaruddin bin Awang
Bashir.
Ketua Dewan Pemuda: Yang Mulia Dr. Raja Ahmad Iskandar
Al-Hiss
Ketua Dewan muslimat: Dr. Najihatus Solehah bt Ahmad.
Setiausaha : Dr. Muhaimin bin Sulam.
Penolong Setiausaha I : Ismad bin Shahril.
Penolong Setiausaha II : Ph Hjh Mazidah bt Ghazi.
Penolong Setiausaha III : Ahmad Badrin bin Khalid.
Bendahari : Ustaz Hj Ismi bin Mat Taib.
Ketua Penerangan : Ustaz Misbahul Munir bin Dasuki.
Pengarah Jabatan Pilihanraya: Khairul Anuar bin Ismail.
AJK:
1. Ustaz Abu Bakar bin Hussein.
2. Abd Rahim bin Nordin.
3. Jainuddin bin Yusop
4. Hj Rizal bin Ayob.
(3 orang lagi AJK akan dilantik didalam Mesyuarat
Jawatankuasa Harian Negeri.)
AJK TAMBAHAN LANTIKAN
PENGERUSI LAJNAH:
1. Ustaz Hj Ahmad Fakharuddin bin Abd Aziz.
2. Ustaz Hj Norazli bin Musa.
3. Ustaz Hj Zulkifli bin Ahmad.
4. Aminuddin bin Zulkifli.
Terdahulu, Tn Hj Razman membentangkan Visi Utama iaitu;
Memerintah Negeri dengan syariat Allah dan menumpukan hala tuju PAS Perak
kepada (4) Bidang Keberhasilan Utama yang mesti dilaksanakan mengikut Pertunjuk
Ukuran Prestasi (KPI) yang
ditetapkan.
(4) BIDANG KEBERHASILAN UTAMA:
1. Menang PRU 14.
2. Mengukuhkan Kedudukan Kewangan PAS Perak.
3. Memperkasakan Parti.
4. Merapatkan Ukhuwwah Jemaah.
Tn Hj Razman percaya tempoh setahun setengah yang masih
berbaki untuk melaksanakan gerakerja oleh semua jawatankuasa yang telah
dibentuk untuk sessi ini, akan dapat menyumbang kepada suatu perubahan yang
lebih baik bagi memacu kemajuan kepada Parti dan Jemaah pada masa-masa akan
datang, Insya Allah.
sama-sama berusaha meningkatkan kefahaman islam kepada ummah perak dan seterusnya memenangi
BalasPadampru 14. Betulkan Strategi untuk berjuang. Allahuakbar.