Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 10 Oktober 2013

MEMANTAPKAN TARBIYYAH MEMPERKASAKAN JEMAAH: Mesyuarat Agung Tahunan Kali 10

LENGGONG: 06 Okt 2013 - PAS Kawasan melengkapkan senarai jawatankuasa kerja, bagi sesi 2013/2015 setelah sidang mesyuarat selesai memilih seorang Timbalan Yang Dipertua (TYDP),  Naib Yang Dipertua (NYDP) dan Ketua Urusan Ulamak serta 16 jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) seperti yang dicalonkan oleh 37 cawangan-cawangan di Kawasan Lenggong berjalan dengan jayanya.

Kerusi Yang Dipertua PAS Kawasan (YDP) sekali lagi menyaksikan Tn Hj Razman Hj Zakaria menang tanpa bertanding setelah jemaah merestui beliau untuk terus menduduki kerusi YDP selama 6 penggal berturut-turut.

Manakala jawatan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) sebelum ini disandang oleh Ustaz Husairi Ariffin, telah bertukar apabila pertandingan bagi jawatan itu telah di menangi oleh Ustaz Hanafiah Hj Idris. Yang mana sebelum ini Ustaz Hanafiah telah memegang jawatan Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan selama 6 penggal yang lalu.

Bagi jawatan Naib Yang Dipertua (NYDP), Tn Hj Zainal Abidin Saadan, mengekalkan kedudukan jawatan yang disandangnya itu bagi sesi 2013/2015.

Walau bagaimanapun, tidak banyak perubahan jawatan yang berlaku melainkan, jawatan Ketua Urusan Ulamak Kawasan yang baru, kini dipikul oleh mantan Ketua Pemuda Kawasan, Ustaz Mohd Wazir bin Mat Zin.

Perwakilan telah memilih seramai 16 orang daripada senarai 44 orang yang calonkan untuk mengisi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan (AJK) bagi sesi 2013/2015.

Tahniah kepada semua yang telah dipilih untuk mengisi jawatan-jawatan didalam struktur pentadbiran PAS Kawasan Lenggong. Semoga Jawatankuasa yang dipilih pada kali ini dapat memikul beban tanggungjawab dengan penuh amanah amanah dan beristiqamah.

Terdahulu, Tn Hj Razman dalam ucapan aluannya menyeru kepada semua jemaah agar bersama-sama merealisasi atau menghidupkan Tema Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 10 yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, YB Ustaz Abu Bakar Hussien, meragkap ADUN Titi Serong iaitu;  "Memantapkan Tarbiyyah, Memperkasakan Jemaah." Supaya meresap kedalam diri, keluarga dan masyarakat dengan menterjemahkannya melalui kehadiran kita semua didalam majlis ilmu dengan memenuhi ruang Masjid dan Surau.

"Hanya dengan ilmu yang mantap, pengetahuan dan pemahaman agama yang tinggi, maka dengannya kita akan dapat menjadikan diri, keluarga dan masyarakat menjadi kuat kesatuannya samada dari segi rohani ataupun jasmani," ujar beliau.

















1 ulasan: