Tetapi semuanya tinggal kenangan... kini tiada lagi teh Lenggong. Produk yang dulu menjadi kebanggaan kini telah ditelan zaman. Tidak tahu dimana silapnya, projek kerajaan negeri ini terhenti begitu sahaja.. kilang memproses teh ditinggalkan, ladang teh yang dahulunya subur kini dikatakan menjadi semak samun. Tidak pernah dinyatakan sebab musabab kenapa projek ini dihentikan.
Bagi memperolehi maklumat sebenar, baru - baru ini rombongan Pas Kawasan Lenggong mendaki bukit untuk meninjau dengan sendiri apa sebenarnya yang berlaku dan ingin melihat sendiri keadaan ladang teh ini. Setibanya diatas puncak bukit kami dapati lain keadaanya daripada apa yang didengar sebelum ini.
Rombongan kami disambut oleh seorang warganegara asing. Setelah kami mendengar apa yang diterangkan dan meninjau kedaan diatas dengan bantuan wargaasing ini rupanya ada sesuatu telah berlaku di tanah ladang teh ini yang selama ini diluar pengatahuan semua.
Tanah ladang teh ini sebenarnya telah diserahkan kepada satu syarikat peladangan yang kini giat menarah bukit ini untuk menanam sejenis pokok balak untuk dijadikan bahan membuat kertas. Difahamkan juga pokok yang ditanam ini telah diharamkan oleh negara Australia kerana mempunyai kesan terhadap alam sekitar.
Persoalan yang timbul hasil dari tinjauan yang dibuat ini :
- Bagaimanakah tanah milik kerajaan negeri (PKNK) diserahkan kepada syarikat ini?
- Bagaimana pula kesan terhadap ekosistem atau pencemaran yang berlaku hasil daripada penebangan dan pembersihan hutan yang dilakukan?
- Tidak adakah pemantauan dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar kerana banyak pencemaran berlaku?
- Kemanakah hasil kayu balak yang ditebang semasa kerja membotakkan bukit ini?
- Bagaiman pula pokok yang diharamkan oleh Australia dibenarkan ditanam di Malaysia? Rujuk disini :
http://www.wrm.org.uy/bulletin/52/Brazil.html
Sebagai anak Lenggong yang perihatin, kami mahukan penjelasan yang sewajarnya daripada pihak berwajib. Selamatkan tanah di Lenggong ini.
Kilang memproses serbuk teh yang ditinggalkan
Warga asing sedang memberi taklimat kepada Hj Razman tentang spesis pokok yang ditanam di tapak ladang teh Lenggong yang dikatakan telah diharamkan di Australia.
Rumah kongsi pekerja syarikat berkenaan
Hasil balak setelah bukit ladang teh digondolkan
Lihatlah apa lagi yang tinggal?
Tidakkah mereka memikirkan kesan sebegini rupa yang mungkin membawa padah kepada penduduk Lenggong
Nantikan siri - siri pendedahan yang berikutnya berkenaan ladang teh ini!
macam mana bleh jadi mcm ni? takkan wakil rakyat Lenggong tak tahu perkara ni? ke wakil rakyat pun dah kene beli dengan syarikat tu???
BalasPadampada wakil rakyat tolong buka mata sikit jangan tahu menyalahkan orang lain sajan lihat lah tempat sendiri..sendiri mau ingat
BalasPadamYB Lenggong ada share kot???
BalasPadamMcm mcm..
BalasPadamibu saya dulu merupakan pekerja ladang teh lenggong waktu mula2 dibuka. baru2 ni saya pulang ke lenggong dan ada juga terdengar mengenai bukit teh yg sudah diambilalih oleh syarikat luar negara. katanya ada anjing2 garang lagi yg mengawal malahan tiada pekerja tempatan di situ. tidak tahulah apa yg telah berlaku di atas bukit dan orang2 "di atas" itu.
BalasPadamHabis Tanah Melayu Tergadai///
BalasPadamSaya boleh katalah saya berasal dr Lenggong, walaupun saya bukan dilahirkan disana, hanya arwah org tua saya pure Lenggong. Teh Lenggong memang ada aroma nya yg tersendiri. Ada rakan saya yg tak minum teh kerana bila dia minum teh perut dia akan rasa kembong, tapi apabila dia minum teh lenggong dia rasa sesuai meminum teh. Hanya berapa tahun aja saya dpt beri dia teh lenggong, lepas itu saya di supermarket diKL tak ada balik Lenggong nak beli pun tak ada jual. Satu yg saya berkenan dgn teh lenggong ini selain dr aromanya, bungkusannya yg HITAM menarik, lepas itu ditukar ke warna lain tak slah saya. YB sial buat sesuatu sebelum kawasan ini tergadai pd warga asing. Ingat kaum keluarga YB ada dibawah bukit ini.Terima kaseh
BalasPadampandai la hng nk wt cito...
Padammaaf bukan sial tapi sila. ribuan maaf YB
BalasPadam🤣
Padamrazman......nak apa?nak jadi yb?????????????????bapa rasuah tu..........kalau tak.........kerja lagi......umur tak sampai 55 lagi berhenti kerana apa ye...............kaya tu..........ish ish ish ,kerana banyak duit hasil rasuah.........ydp lama tersingkir..........balaci2 dah kenyang........terpinggir ydp lama..........ingat boleh menang.........kirim salammmmmm sebab tu cong dah tak laku
BalasPadamcuba siasat maklumat yg diberikan oleh warga asing tersebut...jika sekiranya berlaku apa-apa penyelewengan boleh kita jemput TV perdana buat liputan..pakai teropong dari tepi sungai Perak pun boleh nampak ladang tu.
BalasPadamsalam... cik hassan brcakap pkai la otak sikit... kamu boleh guna otak kan... kita orang melayu.. kita nak kan hak kita... pas takde tv..takde radio .. mcam mana nak jelas kan.... jadi la orang yang berfikir sikit... saya bkan orang senag.. mntak tanah semua tak dapat.. bila ada syarikat nak beli ada pulak... razman nak kita semua senang kat malaysia nie.. nak semua rakyat melayu berjaya... cik hassan fikir masak2... saya orang lenggong.. rakyat semua nak balik ladang teh tu...
BalasPadamassalamualaikum dan salam mesra.
BalasPadamsaya berasal dari kampung sumpitan lenggong.hampir 30 tahun meninggalkan daerah lenggong menetap di telok intan dan kini bekerja di kuala lumpur. teh lenggong memang minuman kami sekeluarga sejak kecil kerana warnanya yang gelap dan sesuai dibuat teh tarik. tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi teh lenggong telah dikatakan jatuh bangkrap selepas zaman persekolahan saya dan ladang nya telah ditutup. sejak itu teh lenggong yang dari pembungkusan hitam ditukar kepada warna oren yang langsung tidak menarik perhatian saya, tidak lagi didapati di kedai kedai runcit dan pasaraya sekitar Lenggong.
amat dukacita kerana Ladang Teh Lenggong boleh dikomersialkan dan boleh menjadi sebuah wadah pelancongan seperti cameron highland. dengan kepesatan dan terhadnya tanah peranginan di cameron ladang teh Lenggong boleh dijadikan destinasi pelancongan bagi anak anak tempatan lenggong, dan dimajukan untuk pengunjung dari luar dengan pembiaan tempat tempat persinggahan , hotel , motel dan homestay.
ladang teh juga boleh menjadi satu pilihan untuk projek drama dan filem kerana dahulunya temapt ini memang cantik dan menarik.
kenapa begini berakhirnya sebuah ladang yang boleh dikomersialkan menjadi tanda tanya dan saya percaya ada pihak yang mendapat keuntungan daripada penutupan ladang tersebut.
dan ada pihak juga yang mendapat keuntungan dari pembukaan ladang baru menggantikan ladang teh lenggong.
kenapakan penduduk setempat tidak dimaklumkan apa pa dan tidak adakah YB YB yang langsung tidak ambil tahu dan dibincangkan apa apa perkembangan tanah tinggi berkenaan. kita percaya ramai cerdik pandai anak lenggong yang boleh mengusahakan dengan lebih baik apa yang sepatut nya dilakukan untuk faedah bersama dengan cara yang lebih baik.InsyaAllah.
Tanya dato shamsul Dan dato shaarani Dan a,d,o lenggong depa blh jwab kot
BalasPadamPknp tau kot dh tentu bawah depa dulu boss last ladang teh Tu en Aziz selepas mat Saleh tu
BalasPadamKerajaan negeri pukimak kuat mkn rasuah hbis senua nk dijualnya
BalasPadam