Ariff menyerahkan 50 borang ahli ANAK. |
GERIK, 26 Nov: Masyarakat Felda Lawin Utara disini telah menjemput Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, sdr Mazlan Aliman, menyampaikan ceramah disini bagi menjelaskan isu penyenaraian ke bursa saham Malaysia oleh Global Venture seperti yang dibangkitkan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad baru-baru ini.
Mazlan dalam ucapannya menegaskan, masyarakat Felda berkemungkinan besar akan kehilangan tanah, sekiranya membenarkan ahli-ahli politik atau pihak-pihak yang menguasai Felda pada ketika ini menyenaraikannya di papan bursa saham Malaysia. Jelas beliau, pada masa ini pengarah pentadbiran dan pengurusan yang terdiri dari pegawai kanan dan pengurus-pengurus Felda sudah memberikan kerjasama baik kepada beliau untuk memberikan ceramah di rancangan Felda diseluruh negara, supaya dapat menyelamatkan tanah-tanah masyarakat Felda dari kehilangan tanah mereka pada masa akan datang akibat dari kerakusan pihak kerajaan yang mahu tanah Felda Plantation ini disenaraikan di papan Bursa saham Malaysia.
Menurut Mazlan, seorang ketua peneroka dan juga merupakan ahli lembaga pengarah Felda, En Shamsuddin Osman, secara terang-terangan telah menentang penyenaraian ini oleh Global Venture apabila telah berjumpa dengan ketua-ketua peneroka Felda dan menyatakan pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan penyenaraiaan ini. Maka, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad didalam suatu majlis di Negeri Sembilan telah memaki hamun Samsuddin. Disini http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=pMenvftq6Ys Tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Isa itu telah menimbulkan kemarahan wakil-wakil peneroka yang pada masa ini berdiri teguh dibelakang Samsuddin atau dikenali dengan nama panggilan, Pak Sam, yang merupakan satu-satunya Lembaga Pengarah Felda yang menolak pemberian kononnya, wang hariraya yang diberikan kepada setiap Ahli Lembaga Pengarah Felda sebanyak RM20 ribu.
Pengerusi Majlis, Amirul. |
Jelas Mazlan lagi, ini adalah lebih merupakan suatu sogokan secara halus agar ahli Lembaga Pengarah Felda menyokong keputusan mesyuarat serta menyokong bajet oleh kerajaan yang dibentangkan, dan menyokong usaha Perdana Menteri supaya Felda Global Venture dapat disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.
Mazlan mendedahkan tanah Felda Plantation seluas 367 ekar telah dipajakkan selma 99 tahun kepada Felda Global Venture yang sudah terbukti gagal. Tujuan penyenaraian ke bursa saham Malaysia hanyalah semata-mata untuk keuntungan pihak pemimpin-pemimpin umno. Apabila saham Felda naik, pemimpin-pemimpin yang mendapat keuntungan, peneroka tidak mendapat apa-apa kerana tidak membeli saham, bila saham ini jatuh, peneroka berisiko akan kehilangan tanah yang diusahakan.
Perkara penting perlu dilihat oleh peneroka ialah, Tan Sri Isa yang mempunyai memang sudah mempunyai rekod buruk apabila disabitkan dengan rasuah, dan baru-baru ini beiau telah melakukan kesilapan besar setelah melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Koperasi Peneroka Felda (KPF.) Jadi apalah yang dapat diharapkan kepada Tan Sri Isa untuk membawa keuntungan kepada peneroka.
Setelah Bank Bumiputera, Perwaja Steel, Saham Amanah Negeri-Negeri semuanya lingkup. Sekarang ini, Perdana Menteri dan Pemimpin-pemimpin umno sedang menggerakkan usaha untuk menjahanamkan satu lagi projek besar orang-orang melayu iaitu, Felda.
Tn Hj. Razman Zakaria. |
Oleh yang demikian, tidak ada jalan lain lagi untuk menghalang kerajaan yang kini sedang berusaha menyenaraikan Felda ke Bursa Saham Malaysia. Kecuali, masyarakat Felda membuat perubahan besar pada pilihanraya yang akan datang dengan menumbangkan kerajaan umno Bn, supaya agenda Pakatan Rakyat memansuhkan Felda Plantation dan tanah itu dapat diserahkan kepada anak-anak generasi kedua dan ketiga Felda dapat dilaksanakan.
Terdahulu, Tn Hj Razman menyampaikan ceramah dengan tayangan video yang membuktikan pembohongan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno-Bn, diikuti penyerahan borang kemasukan seramai 50 orang ahli baru NGO ANAK oleh wakil generasi kedua anak peneroka Felda disini kepada Presiden NGO ANAK.
Video Ceramah disini: http://www.ustream.tv/recorded/18823276
Video Ceramah disini: http://www.ustream.tv/recorded/18823276
Dan Disini: http://www.ustream.tv/recorded/18825916
Tiada ulasan:
Catat Ulasan