Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 15 Jun 2011

PROGRAM: BEBASKAN PESERTA & PENEROKA DARI CENGKAMAN FELCRA

Setelah lebih 20 tahun lalu, tanah pinggir yang diteroka dan diusahakan orang-orang kampung telah hilang apabila diserah untuk diusahakan oleh Felcra. Bagi kita orang-orang kampung yang bernasib baik kerana tidak kehilangan tanah pula, tanah kita usahakan asalnya berkeluasan 4 ekar seorang akhirnya, hanya  tinggal 3 ekar  sahaja. Sehingga kini, kita tidak tahu dimanakah kedudukan sebenar tanah milik kita berada.
  
Begitupun selama lebih 20 tahun, setelah tanah kita diusahakan oleh Felcra, bayaran dividen (hasil) yang kita terima adalah kurang dari RM2 ribu, setahun bagi setiap 3 ekar. Ini bermakna, bayaran yang kita terima dari Felcra diatas 3 ekar tanah adalah kurang dari RM2 ratus, sebulan. Bermakna, setiap 1 ekar tuan tanah hanya mendapat bayaran kurang dari RM55.00 sahaja sebulan.

Sebagai tuan tanah, kita berhak mempersoalkan keraguan yang timbul terhadap pengurusan Felcra. Mengapakah kita sebagai tuan tanah hanya menerima bayaran kurang dari RM55.00 untuk 1 ekar sebulan. Berbanding dengan ladang sawit diusahakan sendiri yang dapat memperolehi hasil sebanyak RM1,085 1 ekar sebulan???   
   
Sehingga kini, setelah lebih 20 tahun Felcra mengusahakan tanah kita, tetapi tuan tanah dikatakan masih lagi berhutang kos-kos pembangunan ladang dengan Felcra. Adalah tidak munasabah sama sekali ladang sawit yang telah mengeluarkan hasil diatas tanah kita selama lebih 20 tahun masih lagi menanggung beban hutang kos pembangunan ladang berjumlah beribu ringgit yang hanya berkeluasan 3 ekar.

Ini bermakna, tuan tanah telah menanggung kerugian yang besar, kerana sudah lebih 20 tahun ladang mengeluarkan hasil tetapi, tuan tanah masih berhutang ribuan ringgit dengan Felcra. Dan kita akan terus dipaksa menanggung hutang-hutang yang berpanjangan disebabkan selepas 25 tahun, ladang sawit akan ditebang untuk projek tanam semula yang sudah tentu tuan tanah akan kembali berhutang kos pembangunan ladang (tanam semula) dalam jumlah yang sangat banyak dengan Felcra.

Mari kita hitung semula, setelah lebih 20 tahun Felcra mengusahakan ladang, kini hampir masanya untuk ditebang bagi projek tanam semula, Felcra mendakwa  tuan tanah masih lagi  berhutang paling kurang sebanyak RM8 ribu, 1 ekar dengan Felcra.
Jumlah dividen yang diterima oleh peserta-peserta selama lebih 20 setelah diusahakan oleh Felcra, masih tidak dapat lagi membayar hutang kos pengurusan ladang yang tidak munasabah.  Sedangkan Felcra mendapat keuntungan yang besar diatas kerugian tuan tanah itu sendiri.

Oleh yang demikian, wajarlah peserta Felcra melalui NGO Badan Bertindak Peserta Kebangsaan (BAPA) bangkit bersama-sama untuk mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan diatas kegagalan Felcra memberi pulangan atau keuntungan yang setimpal kepada tuan tanah. Jika kerajaan tidak bertindak, maka wajarlah kita  bersama-sama rakyat bangkit bertindak untuk menukar kerajaan yang tidak dapat menjaga kebajikan dan hak-hak rakyat.

Masyarakat peserta Felcra tidak perlu takut dengan Felcra atau mana-mana pihak yang menggugut untuk mengenakan tindakan mahkamah kepada peserta yang mahu keluar dari projek yang diusahakan oleh Felcra. Kerana, BAPA juga akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang seperti yang telah termaktub bagi mempertahankan hak-hak peserta sebagai tuan tanah.
Perlu diingatkan bahawa Felcra adalah penyewa dan kita adalah tuan tanah. Siapakah yang lebih berhak? Tuan tanah atau penyewa?.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk bangkit bersama Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) untuk mengangkat atau membela hak dan nasib kita sendiri supaya mendapat keadilan yang sewajarnya.

Justeru itu, Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) mengadakan Sesi dialog dan ceramah bersama peserta-peserta Felcra Negeri Perak yang bertajuk, “MEMBEBASKAN PESERTA FELCRA DARI CENGKAMAN FELCRA” bagi mengumpul segala aduan peserta seterusnya, menulis memorandum untuk diserahkan kepada Menteri Besar Perak. Dengan ini juga, Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) menjemput semua peserta/peneroka Felcra yang berada di Negeri Perak supaya hadir beramai-ramai pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

MAJLIS DIALOG; “MEMBEBASKAN PESERTA/PENEROKA FELCRA DARI CENGKAMAN FELCRA”

AHLI PANEL 1: Sdr. Radzi Mustafa.
(Peserta Felcra Lubuk Sireh, Perlis yang telah menang kes saman keatas Felcra sebanyak RM11 juta.)

AHLI PANEL 2: Sdr. Aminuddin Zulkifli.
(Peguam & Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang & Hak Asasi Manusia BPPNPk.)

TARIKH:           18 Jun 20111.

HARI:               Sabtu.

MASA:               02:00 – 06:00 Petang.

TEMPAT:          Dewan Mesyuarat, Rumah Rehat Lenggong, Perak.

CERAMAH UMUM; “MEMBEBASKAN PESERTA/PENEROKA FELCRA DARI CENGKAMAN FELCRA”

PENCERAMAH 1: Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

PENCERAMAH 2: Sdr. Radzi Mustafa.
(Peserta Felcra Lubuk Sireh, Perlis. Yang telah menang kes saman keatas Felcra sebanyak RM11 juta.)

PENCERAMAH 3: Sdr. Aminuddin Zulkifli.
(Peguam & Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang & Hak Asasi Manusia BPPNPk.)

TARIKH:          18 Jun 20111.

HARI:               Sabtu.

MASA:              09:15 – 12:00 Malam.

TEMPAT:         Markas PAS Cawangan Kampung Chepor, Lenggong, Perak.



2 ulasan:

  1. Orang Kampung sekarang tidak takut lagi ugutan Felcra dan wakil Rakyat yang tidak dapat membantu rakyat. Jadi, mari kita sambut tindakan yang dilakukan oleh BAPA. Orang Kampung sudah cerdik dan tidak akan termakan lagi pujukan dan penipuan Flcra dan wakil rakyat BN.

    BalasPadam
  2. felcra penipu besar, pengkhianat bangsa

    BalasPadam