Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 10 Julai 2011

MENJAWAB PESTA BERITA TV & AKHBAR TEMPATAN SELEWENGKAN KEJADIAN SEBENAR BERSIH 2.0

SINDROM PENIPUAN: Polis Tak Mengaku Lepaskan Tembakan Ke Hospital Tung Shin.


Tiada gas pemedih mata dilemparkan di Tung Sin, kata polis

Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkanbanyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.

Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.

Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.





Ulasan GB

Kalau tak menipu tidak sah. Sedangkan bukti bergambar begitu jelas dan nyata telah berlaku tembakan gas pemedih mata ke arah perkarangan hospital Tun Shin.

Kerja yang seperti binatang dan tidak berperi kemanusiaan.

Amar Singh yang menipu rakyat Malaysia ini perlu dipecat dari jawatannya.

Petikan laporan semalam:


4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan peserta BERSIH.

Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.



TEMBELANG PECAH JUGA AKHIRNYA: Tangkapan Khairy Hanya Sandiwara.


PPerkecil perhimpunan Bersih, Najib kata Umno tak takut pilihan raya adil

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Datuk Seri Najib Razak pagi ini memperlekeh dan mengetepikan impak Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan semalam dengan menegaskan, Umno pimpinannya tidak bimbang untuk mengadakan pilihan raya bersih.

Dalam ucapannya yang berkobar-kobar dan lantang di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, Perdana Menteri (gambar) memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih 2.0 semalam sambil mengatakan bahawa Umno sebenarnya boleh mengatasi Bersih 2.0 sekiranya mereka meneruskan perhimpunan jalanan.

Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan jalanan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu dan janji Najib bahawa mereka boleh mengadakan perhimpunan di stadium jika mahu.

“Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur.

“Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan,” kata Presiden Umno pada perhimpunan yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC sehari selepas Himpunan Bersih 2.0, kempen yang dilihat menjadi ujian kepada pentadbiran beliau.

Ucapan Najib, yang menjadi perdana menteri dan presiden 27 bulan yang lalu, berkisar pada perhimpunan Bersih 2.0 dan tuntutan gabungan itu agar diadakan satu pembaharuan pilihan raya yang adil dan bersih.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno juga mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0 atas nama gerakan “Patriot”.

Najib berkata meskipun Bersih 2.0 menjanjikan kehadiran 500,000 orang tetapi tidak sampai 10,000 orang yang menyertai perhimpunan semalam.

Seperti semalam, beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang tidak menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan pihak berkenaan sebagai “majoriti senyap.”

“Ini sebahagian daripada kekuatan Umno, kami menghimpunkan 6,000 ahli di sini hari ini dalam tempoh yang singkat . . . mereka menunggu isyarat, mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja,” kata Najib kepada pemberita selepas itu.

Dalam ucapannya, Najib juga mengucapkan terima kasih kepada setiap yang hadir pada majlis yang dikenali sebagai “Majlis Penerangan Perdana” dengan berkata pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk pertubuhan silat bersedia untuk mempertahankan negara sehingga titisan akhir darah.

“Jika anda sebut atau persoal mengenai Islam, mereka akan bangkit,” katanya.

“Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),” kata Najib dengan disusuli laungan sokongan kepada ketua sayap itu.

Kesemua pemimpin kanan Umno termasuk timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir.

“Anda tidak mahu Wanita Umno pergi ke jalanan, jika tidak kami juga telah bertindak begitu,” kata Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Najib pada sidang media yang diadakan itu.

Najib juga berkata, kerajaan sangat serius untuk memperbaiki proses pilihan raya semasa dan salah satu bukti ialah memperkenalkan sistem biometrik.
Juster kata Najib, pentadbirannya mengamalkan demokrasi tulen.

“Umno tidak bimbang (mengadapi) pilihan raya adil,” kata Najib. -TMI

Ulasan GB

Ternyata kini, dari ucapan Najib sendiri bahawa Khairy yang sebelum ini dilaporkan membatalkan penyertaan untuk berdemonstrasi mengubah keputusan di saat akhir, menyertai protes terhadap Himpunan BERSIH 2.0 semalam.

Rupa-rupanya ada ada perencanaan licik dan didedahkan sendiri oleh Najib hari ini:

Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),”

Patutlah masing-masing dari kalangan Patriot termasuk Khairy seperti "berlakon" ditahan. Berposing lagi untuk sesi penggambaran. Akulah wira jalanan!

Najib bertempik hari ini, konon tak takut pilihanraya adil. Jika demikian kenapa takut dengan tuntutan BERSIH?

Semua tidak lupa, pada tahun 1999, Najib Tun Razak cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti 241 undi. Itupun, dalam keadaan ada 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN. Ertinya, selepas 1999, Najib lebih layak dikenali sebagai "Wakil Pos" berbanding "Wakil Rakyat".

Selepas kemenangan tipis beliau, secara tiba-tiba Kem Batu 6 Jalan Gambang dipindah dari Parlimen Kuantan kepada Parlimen Pekan tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Hasilnya Najib menang gemilang selepas 1999 dengan majoriti 26464 undi (2004) dan 22922 undi(2008)bagi kerusi Parlimen Pekan (P85).

Cumanya, Allah SWT Maha Berkuasa. Dengan berpindahnya Kem Batu Enam Gambang, PR berjaya menang di Parlimen Kuantan.

Antara tuntutan BERSIH adalah "PENGHAPUSAN UNDI POS SAMA SEKALI."

Jadi, tidak hairanlah Najib Tun Razak sangat takut dengan gerakan BERSIH. Kalau dihapuskan undi pos, nescaya Najib akan kembali balik kepada zaman kegelapan 1999 di mana beliau hanya mampu menang tipis 241.

Jelasnya, tanpa undi pos, harapan Najib mengekalkan kerusi PEKAN adalah tipis. Atas sebab itu, Najib Tun Razak habis-habisan menentang BERSIH. BERSIH bakal membersihkan beliau dari kerusi Parlimen Pekan (P85)


p/s Eh itu kes campur-adukkan lawatan rasmi ke Kazashtan dengan urusan peribadi untuk merisik perkahwinan anaknya, Najib dan Putrajaya belum jawab lagi.

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya untuk merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan yang salah dan amat menjelekkan nampak Najib mendiamkan diri



ANAK DR. MAHATHIR MOHAMMAD (MARINA MAHATHIR) TURUT BERSAMA....


Beberapa hari sebelum Himpunan Bersih yang berlansung semalam, blog ini ada menyiarkan kecaman Marina Mahathir yang menyatakan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa adalah sama seperti yang digunakan oleh diktator dunia ketiga.

"Hanya mereka yang takut akan mengambil jalan keluar dengan perkara-perkara itu ... dan kita berkelakuan seperti negara dunia ketiga atau kurang," katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak ketika itu sambil diapit oleh beberapa wakil dari Bersih.

Pemimpin pembangkang dan beberapa orang telah ditahan untuk disoal siasat kerana menyokong Bersih yang berhimpun untuk menuntut reformasi pilihan raya. Beliau berkata tangkapan besar-besaran adalah satu daripada tindakan paling keras dalam sejarah politik negara.

Marina berkata tindakan keras kerajaan tidak mencerminkan usaha-usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Kami sebuah negara membangun, kita perlu bertindak sepertinya dan bangkit di atas (semua ini) dan yakin dengan rakyat," katanya.

Marina juga mengutuk serangan peribadi ke atas Pengerusi Bersih S Ambiga, yang dipujinya kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

"Serangan peribadi adalah tidak wajar. Mereka sepatutnya menggunakan hujah-hujah yang lebih baik untuk menyelesaikan isu itu dan tidak mengambil jalan keluar dengan serangan peribadi," katanya.

Semalam, Marina ditemui di perhimpunan Bersih. Tahniah dan syabas!





AL-JAZEERA Buktikan Kezaliman Polis: KPN & Timb. KPN Sila Letak Jawatan.

Hanya 5,000 hingga 6,000 hadir berdemo, kata polis.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini.

"Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya.

Menurut Ismail, perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan.

Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya.

"Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu.

'Macam kenduri'

Beliau berkata, tahanan diberikan makan minum, rawatan kesihatan jika perlu dan kemudahan tempat solat.

"Keadaannya macam kenduri kahwin," katanya sambil disambut gelak ketawa wartawan.

Bagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu.

"Mereka laungkan apa? Reformasi. Bukan BERSIH. Ini macam tahun 2000 dulu," katanya.

Ditanya apa salahnya melaungkan perkataan itu, Ismail menjawab bahawa tindakan menjerit-jerit bukanlah budaya rakyat Malaysia.

Perhimpunan kali ini juga disifatkannya menakutkan orang ramai sehingga banyak pihak didakwa keluar daripada Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu. -mk


Ulasan GB

Tan Sri, logikkah kehadiran cuma 5,000-6,000 sedangkan yang ditahan mencecah 1,600 orang?

Pemerhatian Al-Jazeera, wartawan luarnegara menyatakan "lebih 20,000". Ingat bangsat sangatkah wartawan luarnegara itu berbanding dengan perkataan Tan Sri?

Di dalam satu kenyataan yang lain, Tan Sri menyatakan bahawa polis tidak bertindak kasar, malah mengambil tindakan minima ke atas peserta perhimpunan. Benarkah begitu? Jika demikian, saksikan sendiri rakaman video di bawah.

Dan sudah sampai masanya, kedua-dua KPN dan Timbalan KPN meletakkan jawatannya kerana berbohong kepada rakyat Malaysia! Tidak menjaga kepentingan awam tetapi sebenarnya menjaga kepentingan pihak pemerintah, kepentingan paangkat, nama dan harta, yang kamu-kamu sendiri memang menyedarinya (tetapi berpura-pura tidak menyedarinya.

Kami ingin mengingatkan jika tuan-tuan berdua tidak meletakkan jawatan, kami khuatir tuan-tuan bakal menerima nasib seperti mana bekas KPN-KPN yang lalu, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan mengosongkan pejabatnya. Ia dari doa orang yang terkena zalim. Ia hasil dari campurtangan lansung dari Allah terhadap kezaliman yang penganiayaan yang telah dilakukan dalamasa mereka berkhidmat sebagai KPN.

















Jumaat, 8 Julai 2011

Peranan Proaktif dan Strategik Agong

Sekurang-kurangnya Buletin Utama TV3, malam 4 Julai lalu, tidak lagi dipenuhi momokan tentang "perhimpunan haram golongan pengacau" apabila wakil Bersih yang diketuai S Ambiga bersama A Samad Said dan Zaid Kamarudin diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sebelah petangnya, dan mereka bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak pula dilihat lebih mendatar (berbanding malam sebelumnya di perhimpunan bulanan JPM),  sambil menekankan: "Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, berhimpun secara aman dan mereka akan balik dengan aman."Bagaimanapun, siaran berita yang sama melaporkan sidang akhbar polis Selangor dan Kuala Lumpur tentang rampasan sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang, termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju-T dengan logo Bersih.


Polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan perhimpunan Bersih, 9 Julai. Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan dengan golongan komunis semasa zaman darurat.Saya cuba membayangkan, jika tiada "campur tangan Agong" dan  Bersih tetap bertegas mengadakan perarakan membelah kota raya ke Istana Negara, tentulah kes rampasan senjata bersama baju-T Bersih itu akan menjadi isu hangat-panas  dan diperbesar-besarkan oleh RTM, TV3 dan pastinya Utusan Malaysia, berhari-hari lamanya. 


Mutakhir ini media di negara kita, khususnya TV, berulang kali menyiarkan propaganda memburukkan Bersih yang cukup memualkan. Rasanya propaganda pemerintah zaman komunis dulu pun tidak seteruk itu.Lucu juga mengingatkan penegasan Tun Hisan yang seolah-olah mahu mengaitkan rampasan senjata di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama Bentong, dengan taktik pengganas komunis. (Masakan tidak, "komunis" tahun 2011 ini begitu alpa dan naif sehingga meninggalkan kesan dan bukti, seperti baju-T Bersih! Kebetulan, ada blogger mengingatkan kemungkinan rampasan gelombang kuning di seluruh negara boleh menyediakan ruang untuk mensabotaj Bersih, terutama membabitkan baju-T kuning itu). 


Serta-merta saya terkenang nasib Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan empat aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat (EO) selepas dibebaskan daripada tahanan reman pada 2 Julai. Sebelum itu, Jeyakumar bersama 30 yang lain, ditangkap di plaza tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Polis mendakwa berdasarkan barangan yang dirampas, ahli-ahli PSM itu mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.Penggunaan EO adalah taktik halus polis mahu menahan tanpa bicara dengan tidak menggunakan akta drakonian ISA. 


Berbanding ISA, tidak wujud suara lantang terhadap EO disebabkan sasarannya bukan ahli politik, tetapi gangster atau penjenayah. Peruntukan penting dalam Ordinan Darurat adalah Seksyen 3(3), iaitu tempoh penahanan oleh polis selama 60 hari dan juga Seksyen 4(1), iaitu arahan menteri supaya ditahan tanpa bicara selama dua tahun. Setelah tamat tempoh 60 hari tahanan pertama, menteri boleh memerintah perlanjutan tempoh tahanan tanpa bicara selama 2 tahun. Secara alternatifnya, menteri boleh mengeluarkan perintah sekatan untuk menyekat pergerakan tahanan. Menteri mempunyai kuasa melanjutkan perintah tahunan untuk satu jangkamasa berterusan tidak berakhir (undefinitely).  


Selain itu, isu yang menjadi bualan ramai adalah sikap keterbukaan Seri Paduka yang bersedia menerima rombongan Bersih dan khabarnya pimpinan Pakatan Rakyat juga ke istana, ketika Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengumumkan pintu rundingan sudah ditutup. Malah, Khalid dengan sombong memaklumkan kepada media bahawa perjumpaan ketuanya, Ismail Omar dengan pimpinan Bersih, termasuk Ambiga, bukannya satu rundingan, tetapi hanya untuk memaklumkan pendirian polis.Dan bagaimana pula dengan status Bersih selepas menghadap Agong, khususnya merujuk kenyataan  Abdul Rahman Othman, Pendaftar Pertubuhan Malaysia, bahawa Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa 1 Julai 2011? Masakan Agong sedia bertemu wakil pertubuhan haram, yang di dalamnya mungkin mengandungi anasir subversif, yang dikaitkan dengan komunis?Bagaimanapun bagi saya, perkara yang jauh lebih penting adalah menonjolkan peranan istimewa Agong dalam dunia politik, khususnya membabitkan proses pilihan raya. 


Kedudukan baginda yang unik itu jarang diperkatakan sehinggalah muncul titah diraja, malam 3 Julai lalu. Antara petikan menarik: "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana ..."; "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan ...."


Sememangnya penggubal Perlembagaan 1957 kita begitu cermat ketika memasukkan Perkara 114(2): "Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM." 


Kedudukan Agong yang nuetral dari segi politik membolehkan baginda melaksanakan tugas strategik bagi memastikan SPR benar-benar berwibawa, diyakini rakyat, bertindak saksama dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Menurut Tun Mohamed Suffian Hashim, bekas Ketua Hakim Negara dalam bukunya, Mengenai Perlembagaan Malaysia, "Untuk menentukan bahawa SPR bebas dari campur tangan kerajaan, Perlembagaan memperuntukkan bahawa seseorang ahli SPR tidak boleh dipecat dari jawatannya melainkan atas alasan yang sama dan dengan cara yang sama seperti seorang hakim.


Tiada perutukan lain dalam Perlembagaan yang begini istimewa walaupun terhadap perlantikan hakim, kecuali bagi SPR. Malangnya, pada hemat saya, peranan Agong seperti ditegaskan Perkara 114(2) itu seolah-olah tidak diberi perhatian serius, sedangkan ia kunci kepada masalah yang berbangkit hari ini. Belum nampak satu mekanisme yang jelas dan sistematik tentang perlantikan ahli-ahli SPR yang seharusnya mendapat KEPERCAYAAN AWAM itu, sehingga mereka yang dianggap boleh "diperbudakkan" oleh Umno yang sering dilantik dan ini menyebabkan kontroversi berlaku."Tugas politik" Agong yang begitu penting ini, seumpama seorang pengadil pertandingan yang tidak memihak, mesti dibahaskan secara tuntas. 


Bersih, dalam memorandum kepada baginda, bertarikh 10 November 2007 "menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihan raya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji pembaharuan sistem dan proses pilihan raya". Sebenarnya, daripada menuntut sebuah suruhanjaya bebas, lebih praktikal untuk mendahulukan peruntukan yang tersedia dalam Perlembagaan. 


Penubuhan SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini tidak boleh ditangguh lagi. Perarakan aman membelah Kuala Lumpur, yang dipindahkan ke stadium, tidak akan menyelesaikan isu sebenar sekiranya perkara pokok yang terkandung dalam tuntutan 8 perkara itu terbiar begitu sahaja. Secara peribadi saya mengharapkan langkah awal Seri Paduka ini akan merintis usaha reformasi menyeluruh terhadap proses pilihan raya dan sistem demokrasi di negara kita. Ini bukan perkiraan siapa kalah atau menang; yang penting ada cahaya di hujung terowong ...

Sebab-sebab Mengapa BERSIH diKOTORkan Oleh Kerajaan BN yang akan kalah tidak lama lagi....

SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini. Ianya sewajarnya adalah sebuah Badan yang bebas dan berkecuali dari mana-mana parti politik samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang.
Bagaimanapun semalam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Wan Ahmad Wan Omar telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti SPR sendiri.
Dalam kenyataannya yang jelas menunjukkan beliau memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad telah mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya.
Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.
Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang risau menyaksikan kebangkitan BN dan mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.
Mungkin Wan Ahmad mempunyai terlalu banyak masa terluang hingga membolehkan beliau memikirkan akan agenda Pakatan Rakyat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 akan datang ini..
Hal yang sepatutnya beliau mendiamkan diri bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan terhadapnya oleh Raja-Raja Melayu.. bukannya sibuk untuk memberikan ulasan..
Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar Pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu, jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi didalamnya.. dan bagaimana pula sebuah lagi rumah yang berada dikawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula?
Ini adalah pemilih yang beralamat 1138 kesemuanya ialah 64 Orang, nombor dihadapan senarai adalah nombor siri dari Daftar Pemilih dan nombor terakhir adalah alamat rumah.
15 330422085529 L 1933 MOHD YUSOF BIN MOHD SOOM 1138
48 410403085435 L 1941 MOHD HUSSIN BIN CHAT 1138
44 410108075218 P 1941 RAMLAH BINTI MAT ALI 1138 TBP
76 441202085836 P 1944 EMBIN BINTI ABD RAHMAN 1138
86 460819025036 P 1946 KHATIJAH BT HASSAN 1138
95 470102075254 P 1947 KARTHIYANI A/P PERUMAL 1138
98 470302025470 P 1947 SITI ASA BINTI ARIFIN 1138
114 480928075516 P 1948 MANGGAKASSIN A/P PARMAL 1138
115 481214045168 P 1948 MARIAM BINTI SAAD 1138
125 491107025478 P 1949 SITI JAMALIAH BINTI MD MIN 1138
187 540612025178 P 1954 KECHIK BINTI HAMID NT 1138
194 541029025212 P 1954 RAFTAH BINTI HASSIM 1138
246 561118075201 L 1956 MOHD RASHID BIN MD NOOR 1138
263 571007085860 P 1957 ROBIAH BINTI DIN 1138
273 580328075625 L 1958 MURAD BIN HASSAN 1138
282 580925075498 P 1958 ZAHARAH BINTI MD NOOR 1138
297 590316085577 L 1959 MAT ZAIN BIN MOHD YUSOF 1138
313 590925025721 L 1959 SAMSUDIN BIN REJAB 1138
335 610414085007 L 1961 MARATHAIYAH A/L PACHAVANAM 1138
338 610607075569 L 1961 RUSLI BIN MD NOOR 1138
342 610816025939 L 1961 ABU HASSAN BIN REJAB NO 1138
346 610907075659 L 1961 K PRAMASIVAN A/L P KALIMUTHU 1138
357 620410075724 P 1962 MARIAMA A/P CHELLIAH 1138
372 621204075445 L 1962 KARIM BIN MD.NOOR 1138
373 630101025634 P 1963 SABIRAH BINTI GHAZALI NT 1138
402 641007025009 L 1964 RAMLI BIN ZAHID 1138
408 641121025838 P 1964 BAHIYAH BINTI REJAB NT 1138
418 650712075495 L 1965 MOHAMAD BIN SHAARI 1138
430 660322075800 P 1966 SALASIAH BINTI MD NOOR 1138
439 660531075081 L 1966 AZHAR BIN ISMAIL 1138
455 670407076123 L 1967 AZHAR BIN MD NOOR 1138
475 680406075646 P 1968 JAYABHARATHI A/P VETTANATTAYIL 1138
479 680523106341 L 1968 EWAN BIN ZULKIFLI 1138
496 690220035733 L 1969 ROSLAN BIN ABDUL 1138
498 690516075216 P 1969 AMUTHAVALLI A/P SUBBAYAH 1138
506 691020075655 L 1969 AZNI BIN MD NOOR 1138
519 700618075117 L 1970 SHAMSUDDIN BIN DIN 1138
520 700626085219 L 1970 AMIR BIN HASAN 1138
524 701118075983 L 1970 KAMARUDIN BIN MD NOOR 1138
528 710114086030 P 1971 JULIANA BINTI KAMARUDDIN 1138
550 720605075351 L 1972 KAMARUDDIN BIN DIN 1138
552 720621025397 L 1972 ISMAIL BIN MOHD YUSOF 1138
568 730713075657 L 1973 KAMARUL ZAMAN BIN REJAB 1138
584 741210075253 L 1974 IBRAHIM BIN MOHD YUSOF 1138
585 741227075559 L 1974 MUHAMAT BIN ABDUL HAMID 1138
595 750606086594 P 1975 JAMILAH BINTI MOHD YUSOF 1138
596 750710075588 P 1975 ROSLINDA BINTI MOHD RANI 1138
610 761223025624 P 1976 NORAINI BINTI ABDAUL RASHID 1138
614 770205075542 P 1977 MANJULA A/P KRISHNAN 1138
616 770422086221 L 1977 JOHAR BIN AHMAD 1138
624 771203075869 L 1977 NAZRI BIN ABDUL HAMID NO. 1138
628 780220076227 L 1978 KUMARAN A/L KRISHNAN 1138
635 781221075159 L 1978 AZMAN BIN HASAN NO 1138
644 790822075001 L 1979 THURAIRAJ A/L KRISHNAN NO 1138
657 800806075593 L 1980 MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAZAK 1138
659 800902075323 L 1980 VISVA A/L KRISHNAN 1138
667 810410075182 P 1981 HANIZA BINTI ABDUL HAMID NO 1138
687 820621086200 P 1982 AIDA BINTI HASAN 1138
700 830414075583 L 1983 HAMZAH BIN MAT ZAIN NO 1138
704 830526075561 L 1983 MOHD REDZWAN BIN ABDULLAH 1138
748 850828075450 P 1985 SUHASINI A/P K PRAMASIVAN 1138
754 860302355465 L 1986 YASSIN BIN ABDUL HAMID 1138
758 860823565556 P 1986 NORAIZADATHULAKMA BT MAT RODZI 1138
773 880528355335 L 1988 MUHAMAD SAHLAN BIN SAMSUDIN 1138

Selasa, 5 Julai 2011

Bersih demo di stadium, siapa menang, siapa kalah?

Ketua Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu media bahawa demonstrasi besar-besaran gabungan kumpulan menuntut penambahbaikan proses pilihan raya itu akan diadakan di stadium dan bukan di jalanan.

Pendirian baharu Bersih ini muncul selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agong hari ini.

Bersih yang digerakkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat sebelum ini bertegas untuk mengadakan protes di tengah bandar Kuala Lumpur di beberapa lokasi tetapi ditentang hebat Umno dan penyokong.

Perkembangan ini bermakna Bersih berundur daripada pendirian asal menolak demonstrasi di stadium atas sebab tertentu, manakala pemerintah dan penyokong seperti Perkasa terpaksa menerima protes Bersih akan tetap diadakan.

Gesaan Yang Dipertuan Agong yang telah mendorong perubahan rancangan Bersih kedua kini telah mengendurkan ketegangan antara pihak-pihak terbabit, yang termasuk Bersih 2.0, kerajaan, Perkasa dan pemuda Umno.

Beberapa pihak menjangka akan tercetus kekacauan atau satu bentuk aksi ganas pada masa perhimpunan Bersih kedua Sabtu 9 Julai nanti, yang bakal memburukkan imej pemerintah kerana mengulangi tindakan keras pada Bersih 2007 dan pada masa sama menjejaskan juga pihak pembangkang.

Bagi pihak pemerintah, titah YDP Agong ini telah menyelamatkan kerajaan pimpinan Umno daripada terpaksa mengambil tindakan-tindakan berdasarkan undang-undang pencegahan yang dilihat dengan kritikal oleh pembangkang dan sebahagian rakyat dalam usaha menghalang perhimpunan Bersih kedua.

Pada masa sama, pemerintah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak juga terpaksa akur bahawa hak demokratik untuk berhimpun secara aman perlu dihormati.

Sebagai respons kepada titah YDP Agong itu, penyokong-penyokong Umno termasuk penulis-penulis blog mendakwa ia sebagai kejayaan pemerintah menghalang perhimpunan Bersih 9 Julai nanti, dan mentafsirkannya sebagai membenarkan segala dakwaan mereka terhadap gabungan itu selama ini.

Walau bagaimanapun, perkembangan terbaharu menunjukkan perhimpunan Bersih kedua masih boleh diadakan, menandakan bahawa tuntutan-tuntutan sah gabungan itu masih diteruskan.

Umno dan penyokong tidak boleh mendakwa mendapat kemenangan dalam hal ini kerana isu yang dipersoalkan ialah perhimpunan yang dilihat boleh mencetuskan perkara tidak diingini, tetapi bukan tuntutan-tuntutan Bersih berhubung pilihan raya.

Pembangkang - terutama PAS yang menjadi wajah hadapan perhimpunan kali ini melalui Mohamad Sabu - dan gabungan Bersih juga mendapat manfaat kerana dielakkan daripada dipersalahkan sekiranya perkara tidak diingini berlaku dalam perhimpunan Bersih kedua di tengah kota Kuala Lumpur.

Perhimpunan 9 Julai nanti, sekiranya berjaya diadakan di mana sahaja, masih boleh meningkatkan momentum menuju Pilihan Raya Umum ke-13

PROGRAM MAKAN MALAM SEKRETERIAT PAKATAN RAKYAT LENGGONG



PROGRAM JAMUAN MAKAN MALAM SEKRETERIAT PAKATAN RAKYAT PARLIMEN LENGGONG BAGI TUJUAN, MENGUMPUL DANA TABUNG PILIHANRAYA UMUM KE-13.


TARIKH: 12 Julai 2011.


MASA: 07.30 pm.


TEMPAT: Dewan Kampung Baru Padang Grus, Lenggong, Perak.


PENCERAMAH:    Tn Hj Razman Zakaria.
                             Dr. Hatta Ramli. 
                             YB Nga Kor Meng.
                             Siti Aishah Shaik Ismail.
                             Shamsul Iskandar.
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI TEL:
Azni - 013-485 1510.
Fendi - 019-566 7937.
Ah Keat - 019-572 2642.
Saidi - 013-528 1879.

Isnin, 20 Jun 2011

SEKRETERIAT PAKATAN RAKYAT LENGGONG MENGADAKAN PROGRAM CERAMAH UMUM:


PENCERAMAH:-


1.) DS Anwar Ibrahim.
2.) DS Nizar Jamaluddin.
3.) YB Su Keong Siong (ADUN P.Pinji.)
4.) Tn Hj. Razman Zakaria.




TARIKH: 24 Jun 2011 (Jumaat.)


MASA: 08:30 malam.


BERTEMPAT: MARKAS PAS PEKAN LENGGONG. (Rumah Kak Yam.) 


Mari kita dengarkan Amanat pemimpin Pakatan Rakyat, dan juga kenyataan isu-isu terkini daripada Pimpinan Pakatan Rakyat dengan lebih dekat lagi. "RAKYAT BOLEH DIBOHONGI PADA SUATU MASA, TETAPI RAKYAT TIDAK BOLEH DIBOHONGI PADA SETIAP MASA".


Inilah medium penyampaian terbaik untuk rakyat mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat daripada Pakatan Rakyat. Rakyat tidak boleh lagi mempercayai media arus perdana pro kerajaan yang tidak telus dalam penyampaian berita kepada masyarakat umum. 


Datanglah beramai-ramai.......!!!!!!!

Jumaat, 17 Jun 2011

CERAIKAN UMNO DENGAN TALAK 3.

Jika anda memilih suami atau ketua masyarakat maupun pemimpin menjadi syarat asas adalah untuk menjaga 5 perkara yang dituntut oleh agama.Itu juga antara matlamat sebuah kerajaan yang memerintah dan maqasid kepada syariah itu sendiri.“Agama itu asas, pemerintah adalah pengawalnya. Maka apa yang tidak ada asas akan runtuh dan apa yang tidak ada penjaga akan hilang".


Pemimpin itu hendaklah diganti dan tidak layak untum memimpin apabila gagal menjaga 5 amanah asas kepimpinan itu. Pertamanya adalah menjaga Agama serta rakyat supaya menghindari murtad. Sebab itu adanya kaedah hukum murtad didalam syariah Islam. Keduanya menjaga akal agar sempurna dan waras serta menjauhi orang yang dijaganya supaya tidak rosak.


Kerana itu dilarang meminum arak. Ketiganya tuntutan menjaga zuriat dan keturunan supaya tidak rosak dan bercelaru keturunan mereka dengan anak luar nikah. Lalu adanya larangan dan hukum zina. Keempatnya amanah demi menjaga nyawa supaya jang membunuh nyawa dengan cara yang tak sebenar maka diadakan hukum qisas dan terakhir kewajipan pemimpin menjaga harta rakyat agar negara menjadi aman serta tiadanya penipuan, rasuah dan kecurian.


Kerana itu diadakan hukum hudud demi menyelamatkan manusia daripada kecurian dan sebagainya.Sejak merdeka.. nampaknya kecurian dan penyelewengan menjadi-jadi bahkan pimpinan Negara yang diterajui oleh Umno-BN sendiri merupakan pengamal tegar rasuah dan perompak harta mahsul negara. 


Kejadian bunuh berlaku setiap hari tanpa mendapat pembelaan sewajarnya bahkan pemimpin dan pihak penguasa sendiri yang terlibat dengan kerja mengambil nyawa rakyat. Anak luar nikah melebihi 300k orang yang telah didaftarkan sebagai bukti kerosakan nilai dan zuriat anak-anak kita. Rakyat Malaysia menghabiskan lebih daripada 1 billion untuk arak dan minuman keras. Bahkan anak-anak muda dikhayalkan dengan hiburan siang dan malam serta kegagalan pemerintah untuk membenteras dadah sekian lama yang merupakan punca kerosakan akal dan akhlak rakyat.


Manakala isu murtad tiada penyelesaian sehingga ke hari ini.Bahkan amat menyedihkan apabila menteri yang menjaga hal ehwal agama dengan "sardin" memberi jawapan tanpa ada tindakan apa-apa. 


Malaysiakini melaporkan jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang bagi tempoh 2000 hingga 2010.Ianya berdasarkan kepada pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri, Er Teck Hwa di parlimen kelmarin yang berbunyi: "Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000 - 2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangani gejala murtad."



Jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berbunyi: "Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan." Jamil Khir juga memberikan statistik lengkap yang menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan mengikut negeri.

Jumlah yang meninggalkan Islam adalah 135 orang. Itu yang didaftarkan, bagaimana yang murtad secara diam-diam, tanpa permohonan dan peristiharan. Bagaimana pula dengan angka yang didakwa oleh mufti Perak yang mencecah 100 ribu orang yang telah murtad?.

Umno-BN sudah gagal untuk menunaikan tanggungjawab mereka dari segi syara’ sendiri. Sudah sewajarnya mereka berundur dan Pas adalah harapan ummah untuk melaksanakan tugas ini. Ceraikan Umno-BN dari kerusi memerintah yang sudah menjadi agen perosak ummah. Semakin lama kuasa ada ditangan mereka, semakin banyaklah kerosakan yang dibuat.

Buruk ikan bermula dari kepala, apatah lagi pengakuan Dr Mahathir sendiri bahawa rosak Umno sudah sampai ke usus. Apa lagi yang rakyat tunggu? Umno sudah tidak boleh dibaiki dan diselamatkan. Biarlah ia ditenggelamkan pada Pru-13 nanti. Kita bina Malaysia baru yang lebih menjaminkan kebajikan dan kesejahteraan buat rakyat. Islam adalah penyelamat! Islam Adil Untuk Semua....