Tetapi semuanya tinggal kenangan... kini tiada lagi teh Lenggong. Produk yang dulu menjadi kebanggaan kini telah ditelan zaman. Tidak tahu dimana silapnya, projek kerajaan negeri ini terhenti begitu sahaja.. kilang memproses teh ditinggalkan, ladang teh yang dahulunya subur kini dikatakan menjadi semak samun. Tidak pernah dinyatakan sebab musabab kenapa projek ini dihentikan.
Bagi memperolehi maklumat sebenar, baru - baru ini rombongan Pas Kawasan Lenggong mendaki bukit untuk meninjau dengan sendiri apa sebenarnya yang berlaku dan ingin melihat sendiri keadaan ladang teh ini. Setibanya diatas puncak bukit kami dapati lain keadaanya daripada apa yang didengar sebelum ini.
Rombongan kami disambut oleh seorang warganegara asing. Setelah kami mendengar apa yang diterangkan dan meninjau kedaan diatas dengan bantuan wargaasing ini rupanya ada sesuatu telah berlaku di tanah ladang teh ini yang selama ini diluar pengatahuan semua.
Tanah ladang teh ini sebenarnya telah diserahkan kepada satu syarikat peladangan yang kini giat menarah bukit ini untuk menanam sejenis pokok balak untuk dijadikan bahan membuat kertas. Difahamkan juga pokok yang ditanam ini telah diharamkan oleh negara Australia kerana mempunyai kesan terhadap alam sekitar.
Persoalan yang timbul hasil dari tinjauan yang dibuat ini :
- Bagaimanakah tanah milik kerajaan negeri (PKNK) diserahkan kepada syarikat ini?
- Bagaimana pula kesan terhadap ekosistem atau pencemaran yang berlaku hasil daripada penebangan dan pembersihan hutan yang dilakukan?
- Tidak adakah pemantauan dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar kerana banyak pencemaran berlaku?
- Kemanakah hasil kayu balak yang ditebang semasa kerja membotakkan bukit ini?
- Bagaiman pula pokok yang diharamkan oleh Australia dibenarkan ditanam di Malaysia? Rujuk disini :
http://www.wrm.org.uy/bulletin/52/Brazil.html
Sebagai anak Lenggong yang perihatin, kami mahukan penjelasan yang sewajarnya daripada pihak berwajib. Selamatkan tanah di Lenggong ini.
Kilang memproses serbuk teh yang ditinggalkan
Warga asing sedang memberi taklimat kepada Hj Razman tentang spesis pokok yang ditanam di tapak ladang teh Lenggong yang dikatakan telah diharamkan di Australia.
Rumah kongsi pekerja syarikat berkenaan
Hasil balak setelah bukit ladang teh digondolkan
Lihatlah apa lagi yang tinggal?
Tidakkah mereka memikirkan kesan sebegini rupa yang mungkin membawa padah kepada penduduk Lenggong
Nantikan siri - siri pendedahan yang berikutnya berkenaan ladang teh ini!