Banggol Belimbing - Lenggong: Ucapan Ust Shahril didalam ceramah di sini disambut gelak ketawa kerana beliau akan bertanding sebagai parti bebas dengan logo Penumbuk dan dengan slogan "Hancurkan Umno."
Ucapan beliau berkisar penyelewengan umno dan juga penderhakaan terhadap Allah Swt yang telah menolak hukum-hukum yang telah termaktub didalam Al-Quran.
Dengan raja-raja melayu umno telah jelas menghina institusi raja melayu di Terengganu, setelah menggelarkan Sultan sebagai Natang.
PM juga akan didakwa di mahkamah Perancis berkaitan isu rasuah melibatkan pembelian kapal selam Scorpene yang tak boleh menyelam.
Menteri Agama umno juga terlibat dengan penyalahgunaan wang zakat.
Memang umno tidak boleh diharapkan lagi untuk menerajui negara ini, jadi bermula dari hari ini, masyarakat pengundi wajib berubah menolak kerajaan umno-bn yang zalim. Hujah beliau berdasarkan dalil Al-Quran.
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu kelak, akan disambar oleh api neraka."
"Tolak umno rakyat selamat." Jom Pakat Undi PAS.