Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan menampilkan putera  raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu program jelajah  berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd ke  Bursa Malaysia.
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, dengan nama  Gerakan Selamatkan Felda itu dirancang untuk membabitkan Tengku  Razaleigh atas kapasiti bekas menteri kewangan itu sebagai salah seorang  pengasas Felda.
"(Dalam) isu penyenaraian (ini), beliau berhajat  bertemu dengan kami. Mungkin sudah sampai masanya beliau menyatakan  pendiriannya tentang Felda kerana beliau antara yang terbabit dengan  penubuhan Felda," kata Mazlan dalam satu sidang media di ibu negara hari  ini.
Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh hari ini berhubung perkara itu.
Selain  Tengku Razaleigh, program jelajah anjuran ANAK dan sepuluh NGO lain itu  juga dirancang untuk membabitkan beberapa tokoh lain yang telah berjasa  kepada Felda, termasuk seorang bekas pengerusi, Tan Sri Raja Alias Raja  Ali.
"Banyak lagi tokoh-tokoh lain (kita sedang berhubung)...  Ini untuk melonjakkan kebersamaan dalam isu Felda (supaya) menjadi isu  nasional untuk dipertimbangkan secara serius oleh perdana menteri," kata  Mazlan.
Dalam mesyuarat hari ini, yang dihadiri 11 NGO, Mazlan  berkata mereka turut memutuskan untuk membawa isu berkaitan Koperasi  Permodalan Felda Berhad ke pengetahuan Angkatan Koperasi Malaysia  (Angkasa).
"Sudah sampai masanya dimaklumkan kepada Angkasa. Kita  juga akan memohon pandangan yang dipertuanya termasuk (bekas YDP  Angkasa) Ungku Aziz (Abdul Hamid)," kata Mazlan.
Mazlan yang juga  ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, beliau akan menulis surat kepada  International Coorperative Alliance untuk melihat masa depan Koperasi  Permodalan Felda yang disifatkannya sebagai agensi koperasi terpenting  di Malaysia.
NGO yang hadir dalam mesyuarat itu antaranya  Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Teras  Pengupayaan Melayu (Teras) dan Badan Bertindak Felda (Bangkit), Badan  Bertindak Peserta Felcra (BAPA), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam  Malaysia (PKPIM) dan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

ANAK, KULI tu ular,jangan guna dia,kerana ular akan patuk ANAK atau dibelitnya. Ku Li sinataro lihat tidak bolih susah kerana Dia anak Raja. Ingat Semangat 46 apa jadi? Disebalik kepayahan dan kesengsaraan penyukongnya berkorban ada yang jadi bangkrup,hilang pekerjaan dsbnya,senang senang dibubarkan Pati tersebut cuma dia mula rasa rezekinya dah berkurangan angkara Mahafiraun dan konco konconya. Orang jenisni tak percaya rezeki Allah tentukan.
BalasPadamSintaro ingin memberi pandangan kpd ANAK supaya jangan libatkan Insan Tua ini dan menjadikan ANAK tertipu.... Lufikirlahsendiri.